Tolong jangan bunuh kami
IBU Orang Utan yang ketakutan memeluk erat anaknya.
Tiada apa yang dapat dilakukan kecuali memeluk erat
anaknya, menunggu pemburu haram dengan pisau di tangan, datang
menghampiri. Nasib dua ekor Orang Utan ini seperti telur di hujung
tanduk apabila
dikelilingi oleh sekumpulan pemburu lelaki yang bakal mendapat upah
membunuh haiwan itu daripada syarikat ladang kelapa sawit. Namun begitu,
nasib masih menyebelahi haiwan itu apabila kumpulan
penyelamat haiwan yang berpangkalan di Britain, Four Paws, tiba tepat
pada masanya dan menyelamatkan mereka.Orang Utan betina yang hamil dan
anaknya, juga betina, ditangkap dan dilepaskan di satu kawasan
terpencil. Sebelum itu peranti kecil diletakkan pada haiwan itu untuk
memastikan mereka boleh dijejak dan selamat.
Pakar primat Four Paws, Dr Signe Preuschoft berkata, “Kami tiba
tepat pada masanya. Lewat beberapa minit saja, Orang Utan itu dan
anaknya mungkin dibunuh.” “Kami lihat mereka dikelilingi sekumpulan
lelaki muda dan sudah tentu haiwan itu ketakutan. “Kumpulan lelaki itu
pula gembira kerana mereka akan mendapat upah kerana menangkap dan
membunuh haiwan itu.“Kami tidak boleh membenarkan haiwan-haiwan itu
dibunuh,” katanya.
Sebelum
menyelamatkan ibu dan anak Orang Utan itu, anggota Four Paws sedang
mencari Orang Utan yang pernah diselamatkan daripada dibunuh di Pulau
Borneo di bahagian Indonesia, tapi tidak menemuinya. Penebangan
hutan telah menghapuskan habitat Orang Utan dan bilangan mereka telah
merosot daripada 250,000 beberapa dekad dahulu kepada hanya 50,000 yang
tinggal di habitat semula jadi mereka.Bukan saja disebabkan
penebangan kayu hutan yang menjadi ancaman kepada mereka, malah sejak
beberapa tahun lalu, Orang Utan sengaja dibunuh.
Minyak sawit
digunakan dalam beratus-ratus produk, daripada pembuatan coklat hingga
ke kerepek kentang dan harganya yang rendah menyebabkan banyak hutan
ditebang dan habitat mereka dimusnahkan untuk dijadikan ladang kelapa
sawit. Sesetengah syarikat ladang kelapa sawit menganggap Orang
Utan sebagai haiwan perosak yang mengancam perniagaan mereka dan telah
meletakkan harga untuk haiwan itu dibunuh. Eksekutif syarikat dilaporkan
memberi upah hingga 70 pound (RM335) untuk setiap Orang Utan yang
dijumpai di ladang, dibunuh.Berita
itu pada mulanya dinafikan tetapi bukti pembunuhan itu tersebar
September lalu apabila lubang di mana tulang haiwan itu ditemui oleh
anggota penyiasat.
Jrucakap Four Paws Britain berkata, “Membunuh Orang Utan adalah satu
kesalahan di Indonesia tetapi mereka kurang penguasaan.”“Tetapi
sejak dua bulan lalu, 10 lagi tangkapan dibuat termasuk seorang
pengurus kanan ladang di mana kubur yang paling dahsyat, ditemui,”