Bukannya tak sudi dia bertandang lagi ke rumah kami malah lebih dari sudi, di layan dengan baik, diberi makan secukupnya, ada kalanya di mandikan, meski pun dia bukan kepunyaan kami, tetapi milik jiran sebelah rumah. dah menjadi rutin subuh-subuh dah bising-bising minta bukakan pintu di belakang dapur.
Setelah dilayan dengan baik akhirnya dia tidak mahu kembali lagi ke pengkuan tuannya, dah menjadi sebahagian penghuni dalam rumah. Seisi rumah semuanya suka, lebih-lebih lagi si puteri kecilku, diberikannya nama si comel mungkin kerana warna bulunya yang menarik, putih susu kekuningan dan kelabu chair memang cantik.
Namun perkara yang sangat-sangat menganggu deria rasaku tidak tahan dengan si comel ini suka membuang najisnya merata-rata buat aku pening. Habis pasu bungaku dipenuhi najis si comel, pokok bungaku juga jadi layu. Keadaan ini mengundang geramku pada si comel.
Akhirnya kami menggambil keputusan tidak mahu melayannya lagi biarkan dia kembali kepada tuannya semula.. Telah dihalau berulang kali namun si comel ini berdegil tidak mahu berganjak, rasa kesihan namun apa nak buat. Sesekali dia muncul di belakang dapur menziarah kami. Tetap saja kami layan dengan baik dan memberinya makan.
Jumaat, 27 Disember 2013
Khamis, 26 Disember 2013
" ITU PAKAIAN ORANG KRISTIAN "
Dua hari lalu aku dan suami telah ke bandar bersama anak perempuan kami yang baru berumur 7 tahun, tahun depan masuk ke tahun dua sekolah rendah. Kami ke bandar membeli keperluan sekolahnya memandangkan tarikh persekolahan semakin hampir.
Kami terus saja menuju kesebuah kedai tempat kami membeli keperluan sekolah anak kami tahun lepas ketika dia baru masuk tahun satu. Kerana teringat semua keperluan sekolah ada dikedai tersebut. Namun baju pinapo di kedai itu telah habis tiada stok. Tanpa membuang masa kami beralih ke kedai lain.
Di kedai tersebut ada baju sekolah yang diminta, aku pun terus mencari-cari saiz yang sesuai dengan tubuhnya, baju pinapo, aku terus mencapai baju tersebut dan padankan ke tubuhnya, saiznya tepat dengan tubuhnya, aku kata dengan anakku inilah saiz yang sesuai..
Tiba-tiba dia berkata dengan selemba, aku tidak mahu pakai baju itu, " itu baju orang kristian ".. aku dan suami berpandangan.. terkejut..?? mendengar kenyataan puteri kami yang baru 7 tahun itu.
Terfikir-fikir dari mana dia mendengar percakapan serupa itu, Selaku ibubapa kami tak pernah mengajar anak kami berkata begitu jauh sekali dari bercakap tentang agama lain.
Kami terus saja menuju kesebuah kedai tempat kami membeli keperluan sekolah anak kami tahun lepas ketika dia baru masuk tahun satu. Kerana teringat semua keperluan sekolah ada dikedai tersebut. Namun baju pinapo di kedai itu telah habis tiada stok. Tanpa membuang masa kami beralih ke kedai lain.
Di kedai tersebut ada baju sekolah yang diminta, aku pun terus mencari-cari saiz yang sesuai dengan tubuhnya, baju pinapo, aku terus mencapai baju tersebut dan padankan ke tubuhnya, saiznya tepat dengan tubuhnya, aku kata dengan anakku inilah saiz yang sesuai..
Tiba-tiba dia berkata dengan selemba, aku tidak mahu pakai baju itu, " itu baju orang kristian ".. aku dan suami berpandangan.. terkejut..?? mendengar kenyataan puteri kami yang baru 7 tahun itu.
Terfikir-fikir dari mana dia mendengar percakapan serupa itu, Selaku ibubapa kami tak pernah mengajar anak kami berkata begitu jauh sekali dari bercakap tentang agama lain.
Baju sekolah rendah (Baju Pinapo) |
Isnin, 16 Disember 2013
SUDAH DI BERI BETIS NAK PEHA LAGI
Saya teringat setiap kali persidangan UMNO di adakan di PWTC Kuala Lumpur, yang sepatutnya hanya melibatkan para perwakilan saja, namun mereka yang tidak terlibat juga turut sama menggambil kesempatan ke persidangan tersebut sebagai pemerhati. Tiada masalah malah di alu-alukan menandakan kecintaan kita terhadap parti kita sebagai pendokong kerajaan.
Namun apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah sikap segelintir para pemerhati terutamanya dari bahagian saya iaitu disalah satu bahagian di negeri Sabah ini, sikap mereka ini kadang-kadang agak keterlaluan dan mengada-ngada, sudahlah tambang-menambang mereka di tanggung termasuk penginapan dan poket money di beri, masih menunjukkan sikap tidak puas hati, jika boleh dalam hal2 urusan peribadi pun nak di tanggung juga, bukankah ini agak melampau.
Sasaran utama dalam perkara ini tentulah yang berjawatan ketua, tidak kiralah ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda mungkin juga ketua puteri. Inilah fenomena yang sering melanda setiap kali persidangan UMNO di adakan. Mungkin kah perkara sebegini tidak berlaku di tempat lain..??? Walau pun saya tidak terlibat dalam menguruskan perkara ini namun melihat gelagat serta sikap mereka ini buat saya geram dan malu, " SUDAH DI BAGI BETIS NAK PEHA LAGI" nampak sangat ambil kesempatan. Langsung tidak sanggup berkorban untuk keperluan sendiri. Ramai juga manusia macam ini dalam dunia ini...
Namun apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah sikap segelintir para pemerhati terutamanya dari bahagian saya iaitu disalah satu bahagian di negeri Sabah ini, sikap mereka ini kadang-kadang agak keterlaluan dan mengada-ngada, sudahlah tambang-menambang mereka di tanggung termasuk penginapan dan poket money di beri, masih menunjukkan sikap tidak puas hati, jika boleh dalam hal2 urusan peribadi pun nak di tanggung juga, bukankah ini agak melampau.
Sasaran utama dalam perkara ini tentulah yang berjawatan ketua, tidak kiralah ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda mungkin juga ketua puteri. Inilah fenomena yang sering melanda setiap kali persidangan UMNO di adakan. Mungkin kah perkara sebegini tidak berlaku di tempat lain..??? Walau pun saya tidak terlibat dalam menguruskan perkara ini namun melihat gelagat serta sikap mereka ini buat saya geram dan malu, " SUDAH DI BAGI BETIS NAK PEHA LAGI" nampak sangat ambil kesempatan. Langsung tidak sanggup berkorban untuk keperluan sendiri. Ramai juga manusia macam ini dalam dunia ini...
Khamis, 12 Disember 2013
NOKTA PILU CINTA ANTARA DUA DARJAT
DALAM membicarakan jodoh pertemuan kita tidak seboleh-bolehnya terlupa bahawa di hujung kedua-duanya ada perceraian. Sebagai manusia kita hanya mampu berharap dan berusaha yang terbaik melalui doa dan ikhtiar. Sehinggakan kita merasakan setiap yang dipohonkan itu sesuatu yang terbaik dan tepat dalam hidup.
Sebetulnya, yang terbaik dan tepat bagi kita hanyalah yang ditakdirkan oleh Yang Maha Esa.Sebagai manusia kita juga perlu akur dan reda bahawa setiap sesuatu akan sampai ke titik noktahnya.
Demikian jugalah ketentuan yang sudah ditakdirkan terjadi kepada jodoh bekas artis popular tahun 80-an, Mazuin Hamzah dengan adinda Sultan Brunei Darussalam, Pengiran Muda Sufri Bolkiah.
Kekuatan cinta yang bersemi bermula dari sepasang kekasih sehinggalah sebagai suami isteri yang terjalin selama hampir 17 tahun akhirnya rapuh juga.
Pengumuman secara rasmi perceraian Pengiran Muda Sufri Bolkiah dan Pengiran Bini Mazuin Hamzah disahkan oleh jurucakap Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam di sini dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia 17 Februari lalu. Perkahwinan pasangan diraja itu telah berakhir dengan perceraian pada penghujung tahun lalu.
``Berita perceraian tersebut adalah benar dan mereka sekarang dengan haluan masing-masing,'' jelas kenyataan itu lagi. Jurucakap itu membuat kenyataan berkenaan sebagai mengulas pojok Sejenak Bersama Huzz dalam Mingguan Malaysia minggu lalu. Kenyataan itu turut memberitahu, Pengiran Sufri menganggap berita perceraiannya dengan bekas penyanyi kumpulan Quinnary M itu sebagai perkara yang cukup peribadi.
``Perkara ini adalah soal peribadi dan tidak semestinya Kerajaan Brunei Darussalam mengumumkan kepada peminat atau wartawan mengenai perceraian ini,'' kata kenyataan itu lagi. Bermula dari detik perceraian, bekas isteri Pengiran Sufri hanya dikenali sebagai Hajah Mazuin binti Hamzah sebagaimana disiarkan di akhbar rasmi kerajaan (Pelita Brunei) 24 Disember 2003 lalu. Episod cinta penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Aku Ingin Dekat Kepadamu dan Cinta Palsu itu bermula pada 10 Julai 1987.
Pertemuan pertama di Villa Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) itu memberi kesempatan kepada pasangan itu untuk bertentang mata antara satu sama lain. Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi dengan Mazuin, sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987.
Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan Mazuin pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepada kekasihnya itu bertaraf lima bintang.
Sebelum Mazuin dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri mengadakan pertemuan dengan artis wanita berkenaan yang ditemani ibunya, Maimon.
Di ruang pejabat di Istana Nurul Hana, Sufri secara gentleman menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin. Berdasarkan laporan dalam majalah URTV, sebelum menyunting si genit itu, Sufri terlebih dahulu bertanyakan Mazuin apakah dia sudah mempunyai pilihan hati. Tergamam dengan pertanyaan itu, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani puterinya itu juga ditanya oleh Sufri apakah beliau sudi untuk menerima kehadiran putera diraja itu sebagai menantunya.
Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana pada usia 23 tahun, wanita itu berpendapat, lebih baik anaknya sahaja yang menentukan masa depannya.
Kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.
Sekali lagi berita itu mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia yang berjaya mendapat pengakuan eksklusif Sufri yang mengesahkan baginda sudah melamar Mazuin. Bibit cinta antara Mazuin dan Sufri mula berputik selepas detik itu sebagaimana bergulingnya musim-musim, hidup manusia direncahkan dengan peristiwa yang pelbagai.
Berbulan-bulan persiapan dilakukan sehinggalah majlis pernikahan dan persandingan berlangsung secara gilang-gemilang. 11 Disember 1987 menyaksikan dua hati disimpul menjadi satu. Mazuin menjadi artis wanita pertama diangkat kedudukan sebagai permaisuri kepada kerabat diraja negara paling kaya di dunia.
Majlis perkahwinan pasangan ini kekal sebagai perkahwinan paling gemilang artis tempatan sehingga ke hari ini.
Namun, tiada siapa yang pernah menyangka kegemilangan majlis pernikahan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu. Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki bagi mendapatkan reaksinya.
Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang penuh dengan coretan manis Mazuin khususnya sebelum dia menduduki takhta di istana. Mazuin tidak pernah meminta kehidupannya ditakdir sedemikian rupa tetapi hakikatnya musim-musim indah yang pernah dilewatinya sudah berakhir.
Barangkali catatan hidup Mazuin ada signifikannya dengan lagu Penjara Cinta nyanyiannya sebelum bergelar orang istana. Sebahagian daripada kehidupan Mazuin diterjemahkan ke dalam lirik Penjara Cinta yang antara lain menyebut...
bagai merpati
Sepi disangkari
Tiada keindahan
Tak berteman
Tiada kebebasan
Tiada kedamaian
Hatiku berduka
Terpenjara...
Lirik penuh bermakna oleh Seri Bayu ini bagaikan menjelaskan segala-galanya mengenai kehidupan wanita
bernama Mazuin Hamzah.
Ini merupakan sebuah kisah cinta duka seorang wanita biasa yang berkahwin dengan seorang putera raja, kisah ini telah menjadi sejarah namun ianya tetap terpahat dalam diary peminat Mazuin Hamzah , kisah aku dengan Mazuin hampir serupa, hanya aku wanita biasa yang berkahwin dengan orang biasa, perkongsian hidup terpaksa di noktakan kerana sudah tiada persefahaman.
Jujurnya dialah satu-satunya lelaki yang pertama bertaktha di hatiku. Sepanjang hidupku, aku tidak pernah menyintai mana-mana lelaki di dunia ini melainkan dia. Sehingga kami di ijab kabul menjadi pasangan yang sah. Kami menyulam cinta selama tujuh tahun. Sepanjang aku bercinta dengannya ramai jejaka datang melamar, tapi semuanya ku tolak atas faktor kesetiaan demi dia, aku terlalu setia namun dalam pada aku mengabdikan kesetiaanku rupanya dia ada hubungan dengan wanita lain, pun aku tak kisah aku tetap pertahankan seluruh kesetiaanku.
Bukan saja waktu kami bercinta dia bermain kayu tiga malah saat kami telah bertunang dan selepas kahwin pun sikap curangnya tidak pernah berubah. Akhirnya satu saat kesabaran dan kesetiaan yang sekian lama ku pertahankan tidak mampu di bendung lagi, akhirnya aku mengambil keputusan tanpa menoleh ke belakang aku melangkah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Saat itu dia menanggis air mata darah sekali pun sudah tidak mampu mengubah apa-apa. Aku nekad, semuanya sudah terlambat.
Derita jiwaku akhirnya berlalu, bahagianya hidup tidak didampinggi manusia yang tidak tahu menghargai segala pengorbanan. ya aku puas hati, benar-benar puas hati. Setiap diri kita ada hak untuk bahagia, kita banyak pilihan, memilih untuk bahagia atau derita. Aku tidak tersalah membuat pilihan kerana kini kehidupan ini lebih tenang dan damai. Terasa dunia ini lapang, aku terlepas dari satu ruang yang begitu sempit menyekat pernafasan.
Selepas berpisah aku nekad tidak akan berkahwin lagi, kerana derita jiwaku belum berakhir. namun manusia hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segala-galanya. Di takdirkan akhirnya aku bertemu jodoh untuk kedua kalinya. Aku mengharap agar jodohku kali ini adalah yang terbaik, tetapi benarlah apa yang dikata untuk mencari yang benar-benar sempurna itu adalah mustahil melainkan Tuhan saja yang selayaknya sempurna. Perkahwinan kedua ini buat aku banyak makan hati. Sejujurnya anak-anak tak bersetuju aku berkahwin lagi atas sebab mereka bimbang aku tidak bahagia.
Perjalanan hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang ok kadang-kadang tidak ok..andai waktu yang lalu bisa kembali lagi, aku lebih memilih hidup sendiri dari berkahwin lagi kerana ternyata perkahwinan kedua ini pun tidak seperti apa yang ku harapkan.
Sabtu, 23 November 2013
PENGAMAL SIHIR DI LAKNAT TUHAN
Kuala Lumpur: Bimbang suami ingin berkahwin lain atau lebih mengambil
berat terhadap ibu kandung, dua wanita ini sanggup melakukan amalan
syirik dengan menggunakan sihir atau ilmu penunduk menggunakan benda
kotor dan jampi serapah untuk menjinakkan suami.
Jumma, 38, berbuat demikian kerana suaminya mahu berkahwin dengan seorang janda berikutan belum dikurniakan anak selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, manakala Ani, 45, menggunakan ilmu penunduk terhadap suami kerana cemburukan ibu mentuanya sendiri.
Kedua-dua wanita itu adalah contoh segelintir golongan isteri di negara ini yang sanggup menyihir suami demi kepentingan diri. Agama diketepikan asalkan suami ikut telunjuk hasil bantuan elemen syirik.
Diuji tanpa zuriat selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, wanita ini tergamak menggunakan benda kotor termasuk kain kafan bagi mengelap peluhnya sebagai antara ramuan ilmu penunduk bagi menjinakkan suaminya yang hangat bercinta dengan seorang janda muda.
Bahan itu kemudian dicampur minyak air mata duyung, jarum serta rambut suami untuk dijadikan minyak guna-guna oleh seorang bomoh di Malaysia Timur yang diupah Jumma, 38, bertujuan mengembalikan kebahagiaan rumah tangganya.
Jumma, 38, berbuat demikian kerana suaminya mahu berkahwin dengan seorang janda berikutan belum dikurniakan anak selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, manakala Ani, 45, menggunakan ilmu penunduk terhadap suami kerana cemburukan ibu mentuanya sendiri.
Kedua-dua wanita itu adalah contoh segelintir golongan isteri di negara ini yang sanggup menyihir suami demi kepentingan diri. Agama diketepikan asalkan suami ikut telunjuk hasil bantuan elemen syirik.
Diuji tanpa zuriat selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, wanita ini tergamak menggunakan benda kotor termasuk kain kafan bagi mengelap peluhnya sebagai antara ramuan ilmu penunduk bagi menjinakkan suaminya yang hangat bercinta dengan seorang janda muda.
BEKAS minyak air mata duyung yang sudah dimasukkan gumpalan rambut suami, kain kafan, minyak air mata duyung dan jarum.
Bahan itu kemudian dicampur minyak air mata duyung, jarum serta rambut suami untuk dijadikan minyak guna-guna oleh seorang bomoh di Malaysia Timur yang diupah Jumma, 38, bertujuan mengembalikan kebahagiaan rumah tangganya.
Jumaat, 22 November 2013
LEMBUTNYA ALANG-KEPALANG TAPI SAYANG???
Hari yang buat aku bahagia bila melihat-lihat kecantikan bunga-bunga ini |
waktu-waktu aku harus damaikan hati ini dengan pohonan segar ini |
Bunga kekwa |
Bunga ini yang paling manang cantik bukan kepalang tetapi awas dipagari duri-duri halus tersalah sentuh boleh melukai jari-jari halus anda |
pengunjungterpukau dengan kecantikan bunga berduri |
Buahan tempatan |
BR1M -SUDAH DAPAT PUN MASIH MENGUTUK????
Mereka yang dapat sumbangan ini tentu merasa gembira apa lagi pemberian secara percuma dari pihak kerajaan, sebagai hadiah kepada rakyat..siapalah yang tak gembira. Sayangnya ramai manusia yang tak tahu bersyukur, dah dapat pun masih mengutuk lagi, bukan setakat mengutuk malah menyumpah separuh mati...
Alahai manusia kenapalah bah tak mau bersyukur, harusnya belajarlah bersyukur daripada tiada, macam kami ni tak pernah pun merasa pemberian ini, atas sebab gaji terlebih-lebih kata kerajaan, walhal jika di tolak ke tepi, gaji bersih hanya tinggal berapa, hampir saja tak cukup makan namun masih mampu bersyukur dengan semua ini.
Aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Alahai manusia kenapalah bah tak mau bersyukur, harusnya belajarlah bersyukur daripada tiada, macam kami ni tak pernah pun merasa pemberian ini, atas sebab gaji terlebih-lebih kata kerajaan, walhal jika di tolak ke tepi, gaji bersih hanya tinggal berapa, hampir saja tak cukup makan namun masih mampu bersyukur dengan semua ini.
Aku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Isnin, 18 November 2013
DRAMA TANAH KUBUR MUNGUNDANG SEJUTA KEINSAFAN
Entah yang keberapa kali saya menonton drama ini " TANAH KUBUR " lakonan hebat allahyarham Datuk Hj M Rajoli, Ahmad Tarmimi, Azian Ardawati, Ako Mustafa dan Yusni Jaafar, barisan pelakon yang tidak asing di kalangan peminat drama melayu tanah air. Menontonnya buat saya jadi hiba, miski pun ia hanya sekadar drama yang di lakonkan oleh kalangan manusia-manusia biasa namun ia mampu mengecutkan setiap jiwa yang menonton. Ceritanya begitu meruntun jiwa serta mengundang keinsafan yang begitu mendalam.
Selama ini saya tidak begitu berminat sangat menonton drama-drama melayu yang di tayangkan di televisyen kerana kebanyakan cerita yang di paparkan buat saya meluat dan menyampah, tengok tajuknya saja saya dah tiada mood hendak menonton, banyak perkara remeh yang di ceritakan, asyik-asyik itu juga tambahan pula para pelakonnya tidaklah sehabat mana, dilihat sangat mengada-ngada dan kebanyakan pelakonnya tidak begitu menghayati setiap watak yang dibawa.
Kisahnya di satu petang ketika di bulan ramadhan seperti selalu, saya balik dari kerja, kebetulan drama tersebut sedang di tayangkan di tv 2. Anak-anak saya sedang khusuk menonton drama ini, saya turut menonton sama sampai ke penamat cerita. Selesai menonton drama tersebut membekas pula di hati ini, terbayang sekujur jasad lakonan Ahmad Tarmimi Sariga tidak diterima bumi, kerana di saat hayatnya banyak melakukan dosa-dosa besar.
Itulah antara drama melayu yang membekas di hati ini, beberapa siri drama lagi yang saya suka tengok terutamanya kisah yang mengundang keinsafan. Tiada insan yang tidak melakukan dosa saat hayat di kandung badan, namun Tuhan itu maha pengasih dan penyayang amalan taubat mampu menjernihkan segala dosa.. Allahualam
Selasa, 12 November 2013
AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG
- Tegar. - FOTO :
Duit yang diperoleh daripada hasil titik peluh sebagai pengamen (penyanyi jalanan) di Kota Subang, Indonesia hanya cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan seharian keluarganya.
Apatah lagi, sepanjang tempoh 16 jam sehari, dari jam 4 pagi hingga 7 malam, pengemis cilik ini hanya memperoleh RM30 hingga RM40 sahaja.
Namun, pada ulang tahun kelahirannya yang ke 12, pada Rabu lalu, penyanyi cilik, Tegar Septian, menerima hadiah di luar jangkaannya.
Ketika menjalani sesi fotografi Isnin lalu, Tegar yang popular dengan lagu, Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, memberitahu, dia turut menghadiahi ibu bapanya sebagai tanda penghargaan.
"Saya ada terima beberapa bentuk hadiah termasuk I Pad, alat muzik seperti piano, ukulele, keyboard, dan organ.
"Selain itu, saya turut membeli rumah untuk keluarga saya sebagai hadiah. Sebelum ini, memang hasrat saya untuk membeli rumah kepada mereka agar lebih selesa.
"Saya juga turut membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi (motorbike), untuk diri sendiri kerana sudah lama saya teringin untuk memilikinya," katanya yang kini telah mengadakan lebih daripada 10 konsert di Indonesia.
Popular sekelip mata
Bukan sahaja di Indonesia, nama Tegar kini mula meniti di bibir peminat Malaysia. Malah, rata-rata mengagumi bakat dan ketabahannya dalam menjalani kehidupan sebagai pengemis jalanan.
Berjaya berkongsi pentas bersama penyanyi terkenal Indonesia seperti Noah dan Wali Band, jauh di sudut hati Tegar untuk berkolaborasi bersama kumpulan terkenal Malaysia, Slam.
Menurutnya, hampir kesemua lagu-lagu Slam berjaya dihafal dan sering dinyanyikan ketika mengemis dahulu.
"Saya memang minat Slam dan kumpulan itu amat terkenal di Indonesia. Lagunya juga bagus-bagus. Saya teringin nak berduet dengan kumpulan itu jika diberi peluang.
"Selain itu, saya juga mahu berduet dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Bagi bintang antarabangsa pula, saya meminati, Justin Bieber.
"Kalau berpeluang, saya mahu berkongsi pentas dengannya yang merupakan idola saya. Saya mahu berjaya sepertinya," kata Tegar yang tidak putus-putus menunjukkan kebolehannya bermain magik daun terup.
Walaupun hanya berpeluang bersekolah sehingga Darjah 2 sahaja, Tegar kini berusaha 'mengejar' semula pembelajaran yang ditinggalnya hampir lima tahun itu.
"Saya menggunakan kaedah pembelajaran di rumah (homeschooling), kerana saya terikat dengan jadual persembahan. Jadi, kaedah ini lebih menyenangkan.
"Alhamdulillah, setakat ini, saya boleh mengikuti pembelajaran ini dengan mudah. Malah, saya turut diajar untuk mendalami Bahasa Inggeris," katanya yang bakal mengadakan konsert pertama di Malaysia pada bulan November nanti.
Selain itu, Tegar juga kini memiliki album pertamanya, Tegar & Sahabat, yang memuatkan lima lagu termasuk lagu hitnya dan Rindu Ibu.
Merokok, hidu gam
Walaupun kehidupannya kini jauh berubah, namun akui Tegar, jiwa dan pendiriannya masih seperti dahulu.
"Hanya kehidupan sahaja yang berubah. Namun, tegar masih lagi Tegar yang dahulu. Tak akan meninggi diri dan mendabik dada.
"Kehidupan saya di jalanan memberi banyak pengajaran kepada saya dalam menempuh hari-hari mendatang. Walaupun saya mempunyai duit dan segalanya, namun saya tidak dimanjakan.
"Pengurus saya, Alfas Hermansyah, juga bertindak menguruskan kewangan dan membawa saya di tahap ini," katanya yang dijumpai Alfas di Kota Subang, Julai lalu.
Kemerduan suara dan ketabahan Tegar yang mencari nafkah demi keluarganya dengan gesekan ukulele membuatkan Alfas tergerak hati untuk membawa Tegar ke pertandingan pencarian bakat, Telco.
Bercerita mengenai pengalaman lalu, Alfas mengakui Tegar turut terlibat dalam masalah sosial seperti merokok dan menghidu gam.
"Masalah ini adalah gejala biasa di kalangan pengamen cilik. Semasa menemui Tegar, saya meminta kebenaran keluarganya untuk membawa Tegar tinggal bersama.
"Ketika itu, dia juga tidak mengetahui sebarang perkara mengenai Islam. Saya bertanggungjawab untuk mengajarnya.
"Selama tiga bulan, saya berjaya membuang ketagihan Tegar dan kini dia sudah berubah dan berjaya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa. Tiada lagi rokok dan gam.
"Saya kagum dengan Tegar kerana walaupun dia pernah ketinggalan dalam pelajaran, dia cepat belajar. Malah, dia juga mampu menghafal lirik dalam masa yang singkat," katanya
Sumber sinar harian.
Jumaat, 1 November 2013
HARI YANG RIBUT SUDAH TENANG
Perasaan dah agak lega kerana kesibukan yang ribut telah berlalu, namun hanya masih ribut dengan segala tugas hakiki ada-ada saja yang nak di buat. Mesyuarat pun dah agak redah sedikit harap-harap bos tak sibuk buat meeting di hujung-hujung tahun ini. Rasa-rasanya mau rehat-rehat dulu huhu.
Pilihan raya dah berlalu, pemilihan pun sudah selesai semuanya, Syukur kerana usaha telah berbaloi puas hati, yang tak sehatnya macamlah pula aku ni YB..ada saja yang mohon sponsor untuk itu dan ini, tak lama lagi menumbuh lebatlah uban di kepalaku..jika satu masa yang tak tahu bila kalau pun aku jadi YB ok juga hehe perasanlah pula jadi YB..yang berhutang adalah hehe.
Pilihan raya dah berlalu, pemilihan pun sudah selesai semuanya, Syukur kerana usaha telah berbaloi puas hati, yang tak sehatnya macamlah pula aku ni YB..ada saja yang mohon sponsor untuk itu dan ini, tak lama lagi menumbuh lebatlah uban di kepalaku..jika satu masa yang tak tahu bila kalau pun aku jadi YB ok juga hehe perasanlah pula jadi YB..yang berhutang adalah hehe.
" JAMAWI PATAH SAYAP "
Ini kali kedua saya menulis tentang JAMAWI JAAFAR kenapa saya berminat sangat menulis tentang dia, tiada apa yang tersirat mahu pun yang tersurat. Tiada kaitan langsung antara saya dan dia, hanya kami satu negeri tinggal di bumi bayu, rakan dalam perjuangan.
Sejak dari awal bila saya tahu Jamawi telah mengumumkan kesediaannya bertanding naib ketua pemuda umno malaysia, hati kecil ini mula berbicara, apa kah nasib JJ kali ini akan berulang kembali sebagaimana nasib yang menimpanya pada PRU 13. Firasat hati ini selalu benar atau mungkin hanya secara kebetulan saja.
Akhirnya menjadi kenyataan apa yang sering bermain di minda ini, walau pun Jamawi kalah hanya dengan beberapa undi, namun ia dilihat sebagai kalah yang bermaruah..sebelum keputusan di umumkan kabar angin bertiup malu-malu menyebarkan bahawa kekalahan JJ telah dirancang dengan begitu licik, entah benar atau tidak hanya Allah yang maha mengetahuinya. Itulah hakikat yang harus di terima oleh JJ walau pun pahit terpaksa di telan juga.
Itulah antara percaturan politik yang tidak dapat di elak, setelah undian semula di buat di beberapa bahagian bagi menentukan kemenangan di pihak siapa? apakah itu hanya sekadar lakonan untuk mengaburi ? walhal jika pihak kepimpinan menggambil keputusan mudah saja namun mungkin demi menjaga hati orang tertentu.. akhirnya JJ terpaksa akur kemenangan tidak menyebelahinya. Di korbankan demi kepentingan manusia lain.
Banyak yang tersirat yang tak mampu dirungkai. JJ patah sayap sekali lagi apa kah ia mampu terbang jauh untuk waktu mendatang, atau keberangkalian akan terus menjadi korban. di luah mati bapa ditelan mati emak .. Sabarlah JJ teruskan perjuangan " PANTANG ANAK KAMPUNG BERUNDUR SEBELUM BERJUANG, MANUSIA MAMPU MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN".
Sejak dari awal bila saya tahu Jamawi telah mengumumkan kesediaannya bertanding naib ketua pemuda umno malaysia, hati kecil ini mula berbicara, apa kah nasib JJ kali ini akan berulang kembali sebagaimana nasib yang menimpanya pada PRU 13. Firasat hati ini selalu benar atau mungkin hanya secara kebetulan saja.
Akhirnya menjadi kenyataan apa yang sering bermain di minda ini, walau pun Jamawi kalah hanya dengan beberapa undi, namun ia dilihat sebagai kalah yang bermaruah..sebelum keputusan di umumkan kabar angin bertiup malu-malu menyebarkan bahawa kekalahan JJ telah dirancang dengan begitu licik, entah benar atau tidak hanya Allah yang maha mengetahuinya. Itulah hakikat yang harus di terima oleh JJ walau pun pahit terpaksa di telan juga.
Itulah antara percaturan politik yang tidak dapat di elak, setelah undian semula di buat di beberapa bahagian bagi menentukan kemenangan di pihak siapa? apakah itu hanya sekadar lakonan untuk mengaburi ? walhal jika pihak kepimpinan menggambil keputusan mudah saja namun mungkin demi menjaga hati orang tertentu.. akhirnya JJ terpaksa akur kemenangan tidak menyebelahinya. Di korbankan demi kepentingan manusia lain.
Banyak yang tersirat yang tak mampu dirungkai. JJ patah sayap sekali lagi apa kah ia mampu terbang jauh untuk waktu mendatang, atau keberangkalian akan terus menjadi korban. di luah mati bapa ditelan mati emak .. Sabarlah JJ teruskan perjuangan " PANTANG ANAK KAMPUNG BERUNDUR SEBELUM BERJUANG, MANUSIA MAMPU MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN".
Isnin, 10 Jun 2013
BANDARAYA KU BAWAH BAYU
Wellcome To Sabah Malaysia |
Bandaraya kota kinabalu ibu negeri Sabah Malaysia |
Namun mengecewakan wujudnya manusia-manusia yang cuba mengacau-bilaukan kedamaian ini dengan slogan-slogan mencari keadilan, keadilan apa yang cuba dicari, malah cuba berusaha menghancurkan keamanan yang ada. Lihat di negara luar sana kerana kepimpinan yang tidak adil menyebabkan negara kacau-bilau, rakyat pula mencetuskan huru-harah.
Kata arwah ibu mereka sempat mengharungi suasana zaman jepun, betapa derita dan sengsaranya mereka saat itu, orang-orang dipancung, diseksa hidup-hidup dan pelbagai seksaan yang dilakukan. Cerita ibu buat aku cukup menginsafi dan bersyukur kerana tidak melalui keadaan seperti itu. Alhamdulillah kerana berada di sebuah negara yang aman jauh dari peperangan.
Bantu Golongan Muda Miliki Rumah
|
GOLONGAN muda khususnya mereka yang merancang memiliki rumah buat pertama kali pasti gembira dengan tumpuan utama kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang merencana bukan sahaja rumah lebih murah, malah mudah dimiliki.
Buat permulaan, di bawah Bajet 2013, sejumlah RM1.9 bilion diperuntukkan untuk membina 123,000 rumah mampu milik di lokasi strategik seluruh negara.
Bagi memudahkan pemilikan rumah, mereka yang membeli rumah pertama yang bernilai sehingga RM400,000 layak diberi pelepasan yuran duti setem sekurang-kurangnya 50 peratus sehingga akhir 2014.
Ini sekali gus menunjukkan kerajaan komited menyediakan peluang pemilikan rumah sendiri kepada semua peringkat masyarakat terutamanya golongan muda. Malah, ia dilakukan pada ketika harga rumah di luar kemampuan mereka yang berpendapatan sederhana.
Tiga jabatan kerajaan telah diberi kepercayaan untuk merealisasikan hasrat tersebut iaitu Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Jabatan Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara.
Pendapatan sederhana
Seperti yang dijanjikan, kerajaan kini berusaha memudahkan golongan berpendapatan sederhana dari kawasan bandar memiliki rumah sendiri yang berharga antara RM150,000 dan RM300,000 melalui program PR1MA.
Ini dilakukan melalui kerjasama dengan pemaju perumahan swasta untuk membina 80,000 rumah mampu milik di lokasi utama negara seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Seremban dan Kuantan yang akan dijual dengan harga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
Di Johor Bahru misalnya, PR1MA telah mengenal pasti beberapa lokasi tanah di Larkin, Tampoi, Kulaijaya, Plentong dan Pasir Gudang untuk membina 8,000 unit rumah mampu milik.
SPNB pula menerima peruntukan RM320 juta untuk membina 22,855 unit rumah termasuk apartmen kos rendah dan sederhana di bawah program Rumah Mesra Rakyat dan Rumah Mampu Milik.
Melalui Program Rumah Mesra Rakyat sebanyak 21,000 unit rumah berharga RM65,000 seunit akan dibina tahun ini. Para pembeli akan menikmati subsidi sebanyak RM20,000 dan dua peratus lagi tambahan subsidi terhadap kadar faedah.
Tanpa mengabaikan golongan muda berpendapatan rendah, Jabatan Perumahan Negara menerima peruntukan sebanyak RM543 juta bagi membina 45 Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang melibatkan pembinaan 20,454 unit rumah baharu menggunakan sistem bangunan perindustrian.
Untuk membantu kakitangan sektor awam yang tergolong dalam kategori itu, kerajaan mengkhususkan 20 peratus daripada jumlah unit baharu PPR selain satu peratus kuota khas untuk orang kelainan upaya (OKU).
Apapun, pembeli dijamin penjimatan yang sangat besar memandangkan setiap unit akan dijual dengan harga sehingga RM40,000 sedangkan harga pasarannya ialah RM120,000 seunit.
Projek terbengkalai
Selain memastikan pembinaan ratusan ribu rumah mampu milik untuk golongan muda bekerjaya, kerajaan juga komited untuk membantu menghidupkan semula kes rumah terbengkalai.
Selain memperjuangkan nasib pembeli dan menyediakan lebih banyak rumah, kerajaan mahu menghapuskan projek-projek terbengkalai yang menyakitkan mata selain memberi pandangan buruk kepada pelabur dan pelancong asing.
Antara 2010 dan Disember 2012, usaha gigih KPKT telah berjaya menyelesaikan 118 projek perumahan terbengkalai swasta.
Lantas, kementerian akan terus mengatur strategi bagi menangani isu tersebut termasuk melalui insentif cukai khas kepada syarikat swasta bagi memastikan pemaju menyiapkan projek yang mereka laksanakan.
Insentif cukai khas itu termasuk kepada bank yang akan menerima pengecualian cukai terhadap pendapatan daripada faedah yang diterima daripada pemaju projek perumahan terbengkalai. Pemaju juga akan menerima potongan berganda terhadap faedah pinjaman, manakala kontraktor dan pembeli rumah asal akan mendapat pengecualian duti setem.
Kementerian percaya strategi itu akan menggalakkan pemaju menghidupkan semula projek yang terbengkalai memandangkan pihak bank dijangka akan lebih bersedia untuk menyediakan pinjaman bagi memastikan hasrat itu dapat ditunaikan.
Kaedah itu dijangka mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya 30 projek perumahan terbengkalai sekali gus memperjuangkan nasib sehingga 8,000 pembeli rumah. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz2UNEHjrb1
Hakcipta terpelihara
Ahad, 9 Jun 2013
Aura Mandi Bunga
- Badan akan berasa segar
- Menaikkan dan Menyempurnakan Seri Wajah
- Minda terasa segar tiada tekanan
- Menstabilkan Aura Badan
- Badan Harum dan Wangi
- Mengurangkan dan merawat penyakit yang berpunca dari sihir dan makhluk halus
- Dan Banyak Lagi
Mandi bunga, ada orang kata boleh, ada orang kata tak boleh hukumnya haram..hemm apa pun Setiap amalan yang kita lakukan bergantung kepada niat masing-masing.
kesan yang baik dapat
dirasakan antaranya sentiasa berfikiran positif, berkeyakinan dan
sebagainya. Jika mandi bunga jangan niat kelain pula hehe..
Beberapa kali saya telah mencuba mandi bunga namun rasanya biasa-biasa saja, tiada yang apa pun yang berubah, fikiran pun masih seperti biasa, entahlah pandangan orang terhadap kita entah bagaimana hehehe
AIR MATAKU TUMPAH DI KUALA LUMPUR
Sebaik tiba di tanah semenanjung bumi yang begitu asing buat pertama kali ku jejak, aku bagaikan insan sesat jalan, seperti lagaknya mabuk kapal, fikiran macam orang bingung mencari-cari sesuatu yang hilang.
Sejak menerima surat tawaran yang bakal menabalkan aku bergelar seorang guru sebaik aku melahirkan zuriatku yang pertama rezki anak agaknya, hati ini silih berganti memikirkan hendak melangkah pergi atau melupakan saja semuanya namun bila memandang wajah comel anakku semangat ini berkobar-kobar demi masa depan.
Setibanya aku dan rombongan di Kuala Lumpur hatiku bertambah sayu..aku pujuk hati ini agar terus tabah.. penempatanku di Kuala Lumpur, fikirku mudahlah aku balik ke tanah air bila tiba hari cuti..hatiku berbisik,, Ketibaan kami di pusat Latihan itu.. disambut oleh seorang warden perempuan bertubuh gemuk, sudahlah gemuk garang pula letih sangat-sangat, dengan tingkahlakunya. Rasa macam haiwan diperlakukan sudahlah aku dalam kesedihan dihambat pula dengan situasi yang sungguh menyiksakan.
Selepas Mendengar taklimat pada petang itu semua peserta menggambil tempat masing-masing, setiap satu bilik penghuni kena duduk empat orang.Selesai berkemas aku pun kebilik air untuk mandi. entah kenapa sebaik saja aku masuk ke bilik air nak bersiram tiba-tiba jantungku berdegup kencang.. aku sudah tidak tahan aku meraung menanggis dan terus menanggis tanpa dapat ditahan-tahan, aku putar sehabisnya kepala paip agar air itu deras keluar mencurah-curah tujuanku berbuat begitu agar tanggisanku tak didengar dek orang,,,huhhh selepas habis aku menanggis lega sedikit perasaanku...sesungguhnya aku rindukan anak kecilku yang baru berumur 4 bulan......huhhh benar-benar aku menderita jiwa rindukan si kecil pada saat itu....jika boleh saat itu juga aku ingin terbang balik ke tanah air rindunya aku setengah mati...
Malangnya selama setahun itu sekalipun aku tak sempat balik, kursus terlalu padat..derita jiwaku hanya Tuhan yang tahu. Akhirnya berkat kesabaran berjaya juga aku menamatkan kursusku. Tiba masanya aku kembali ke tanah air, perkara utama yang aku tak sabar, bertemu dengan anakku yang dah berumur setahun lebih, setibanya aku dirumah aku melihat anakku dah besar, aku terus memeluknya erat sambil aku menanggis, anakku pula terpingga-pingga kehairanan,,,dia dah tak kenal akuuuu...
Sabtu, 8 Jun 2013
KENANGAN DALAM KERETA API PURBA DARI TENOM KE BEAUFORT
Duduk rumah lama-lama pun terasa boringnya...tidur lagilah boring sangat-sangat...mana-mana sajalah mari pigi melancung naik injin puput dari Tenom ke Beaufort dari Beaufort ke Tanjung Aru hahaha..mungkin sekali-sekala bolehlah sambil menikmati dan menghayati riuh-rendah kebisingan bunyi kereta api sepanjang perjalanan.
Teringat pula saya kenangan dalam kereta api masa lalu, peristiwa ini berlaku ketika saya masih berstatus gadis manis lagi. Waktu itu saya dari Beaufort hendak ke Tenom menaiki kereta api purba negeri sabah yang masih setia berkhidmat hingga ke saat ini. Dulu tempat duduknya keras macam batu, mungkin sekarang sudah di upgred agaknya, saya pun sudah lama tidak menaikinya lagi. Hanya sesekali saya melihat kereta api purba itu berjalan dilandasannya diiringi bunyi rim yang kedengaran ala-ala irama purba dengan ngaumannya menceriakan suasana di perjalanan haha.
Ketika berada di Beaufort saya menaiki kereta api itu menuju ke Tenom, dalam kereta api itu ada sepasang suami isteri tiba-tiba bertengkar, kedengaran puncanya si isteri ni cemburu pada si suami, kerana agak lambat masuk kedalam kereta api, disangka suaminya menggambil kesempatan mengurat perempuan. Si isteri ini langsung tak malu tak mengendahkan para penumpang disekeliling, si isteri membebel tak henti-henti. Oleh kerana si suami ini tidak tahan dengan bebelan si isteri lalu si suami ini cuba beralih tempat duduk.
Belum pun sempat si suami duduk, tiba-tiba si isteri ini membaling sepatunya ke arah suaminya haha nasib baik tak kena orang, bergedebuklah sepatu si isteri tu menghentam belakang si suami.nasib baik suami itu tidak membalas balingan si isteri itu, jika dia membalas agaknya perkara silat-menyilat pasti berlaku dalam kereta api purba itu,..aduilah kesihannya si suami terkejut beruk .bercampur menahan rasa malu.
Macam juga jiran saya yang sebelah rumah , asyik bergaduh laki bini..kadang-kadang bergaduh sampai ke pagi, habis segala barang di hempas-hempas.. yang belakang rumah lain lagi kes, ini pula asyik melalak-lalak mendera anak, siap dengan bahasa yang mencabar jiwa nurani,,menyumpah-nyumpah pada si anak kecil ini. mau saja saya lapor polis.. sampai bilalah saya tinggal di tempat begini...benar saya tidak selesa..
TIBA-TIBA GELAS PECAH
Peristiwa ini berlaku ketika saya membuka sebuah restoran di sebuah bandar. Sejak restoran itu dibuka banyak perkara aneh berlaku, saya tidak pernah terfikir langsung tentang apa-apa lebih-lebih lagi tentang perbuatan sihir. Setelah genap lima bulan restoran saya beroperasi, satu hari sedang saya duduk di dapur restoran itu, tiba-tiba gelas kaca yang berada di hadapan saya pecah dengan bunyi yang agak kuat, saya terkejut, dalam hati berbisik, bagaimana gelas itu boleh pecah walhal ia tidak diusik oleh sesiapa,
Perkara gelas pecah itu saya cuba berfikiran positif tidak kisah sangat, saya biarkan ia berlalu. Selang beberapa hari kemudian ketika pekerja saya menghantar minuman kepada seorang pelanggan, sebaik pekerja saya meletakkan gelas berisi minuman itu diatas meja tiba-tiba gelas itu pecah berderai dengan bunyi yang agak kuat, sekuat letupan sebiji belon, minuman itu habis tumpah diatas meja, pelanggan yang sedang duduk itu terkejut sambil berkata ini petanda buruk. Kebetulan saya berada disitu waktu itu.
.Seingat saya telah empat kali gelas pecah itu berlaku hanya berlainan waktu dan hari. Hati ini mula tidak tenteram dan sering tertanya-tanya kenapa ia berlaku. Sepanjang waktu saya asyik tringat tentang gelas yang sudah beberapa kali pecah itu, Saya memberitahu ayah saya tentang perkara yang berlaku, ayah hanya memberi riaksi yang bersahaja, mungkin dia tidak mahu saya jadi terlalu risau.
Akhirnya saya berjumpa seorang ustaz bertanyakan tentang perkara tersebut, kata ustaz itu, ini berlaku disebabkan ada unsur perbuatan sihir namun ustaz itu tidak menyatakan perbuatan siapa. Yang peliknya lagi duit pendapatan harian yang tersimpan dalam laci kadang-kadang hilang tanpa diketahui siapa yang menggambilnya. Banyak lagi perkara pelik berlaku. Akhirnya saya menggambil keputusan restoran itu saya tutup bagi mengelakkan dari terus rugi dan mengelak perkara yang mungkin lebih buruk berlaku..
Siksanya Kuruskan Badan
Zaman ini ramai dikalangan para wanita berlumba-lumba melangsingkan badan agar kelihatan seksi dan menarik, sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan sesusuk tubuh yang diidamkan. Perkara ini telah mendorong banyak pengusaha produk kecantikan mencipta berbagai produk khusus bagi memenuhi kehendak para pelanggan. Produk ini pula tidak pasti apakah ada jaminan kesalamatan atau pun tidak.
Ramai pengguna telah terpedaya sehingga sanggup membelanjakan ribuan ringgit, ada yang berjaya dan ada pula yang gagal dan lebih malang kesan sampingan daripada produk tersebut telah menjejaskan kesihatan para pengguna. Seperti berlaku sesak nafas, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya.
Kesihan sungguh saya tengok seorang sahabat saya bersungguh-sungguh ingin kurus, makan produk pelangsing sehingga nampak sakit, tapi tak juga kurus, sebabnya dia masih makan dengan kuantiti yang banyak, tak ada disiplin, makan nasi macam gunung kinabalu....
Pada saya semua produk ini tak pernah saya sentuh, saya hanya menggunakan cara sendiri sejak dari zaman anak dara lagi, sehinggalah saya melahirkan beberapa orang anak dan sampailah kehari ini, bentuk tubuh saya tidak pernah berubah masih kekal seperti dulu. Ramai sahabat bertanya bagaimana saya menjaga perut yang sentiasa kelihatan kempis, perut wanita kelihatan buncit apabila telah melahirkan ramai anak, tapi ramai juga wanita bujang berperut buncit semuanya berpunca daripada makanan.
Sebenarnya teknik mengempiskan perut ini juga telah lama saya amalkan sejak saya dari sekolah rendah lagi kerana saya memang berperut buncit. Amalan ini telah menjadi kebiasan sehinggalah ke hari ini.
gambar google |
Dalam menjaga bentuk tubuh rasanya tidak perlulah menyeksa diri yang paling penting disiplin dlam soal menjaga pemakanan itu yang utama
Manjakani Menjarangkan Kelahiran
Saya ingin berkongsi kepada para ibu yang telah melahirkan anak, tahukah anda bahawa manjakani boleh menjarakkan kelahiran, petua ini saya perolehi dari seorang ibu tua yang pernah mengamalkan petua ini, menurut ibu tua ini zamannya belum wujud perancang keluarga, lalu dia telah mengamalkan petua tradisional ini dan ternyata berkesan.
Bagi para ibu di kampung-kampung mungkin masih terdapat dikalangan anda yang takut mengamalkan perancang cara moden iaitu melalui memakan pil atau suntikan. Cara tradisional dapatkan majakani yang ada dijual dipasaran berbentuk biji, basuh terlebih dahulu dan rebus jangan terlalu banyak cukuplah sekadar tiga biji dalam sukatan tiga gelas air, rebus dalam belanga. Air rebusan ini diminum setiap kali anda bersih dari haid. Boleh jiga diminum sebagai minuman harian. Rasanya agak pahit tetapi terpulang kepada anda untuk mengurangkan rasa pahit boleh ditambah air.
Bukan saja boleh membantu menjarakkan kelahiran tetapi boleh membantu merapatkan alat rahim wanita serta awet muda. Saya telah mengamalkan petua ini sejak kelahiran anak pertama, dan ternyata berkesan sehingga tiga tahun umur anak saya yang sulung barulah lahir anak kedua. Saya juga mengamalkan meminum air rebusan manjakani ini sebagai minuman harian sehinggalah kesaat ini.
Apa pun dari kita saja bah itu rajin atau sebaliknya.
Soal kelahiran kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Selamat mencuba.
Aku Akan Terus Berkarya
Sesekali memory lalu hadir bertandang mengetuk pintu hatiku, suatu waktu
yang ditinggalkan betapa indah untuk dikenang..zaman kanak-kanakku dan
remajaku...ahh terlalu indah bila diingat kembali.
Zaman kanak-kanakku tinggal di kampung yang serba kekurangan, namun saat paling indah zaman remaja. Zaman remajaku dibangku sekolah, aku suka menulis sajak ..tentang ketuhanan..tentang alam..tentang kehidupan..tentang kecintaan tanah air....paling mengembirakan bila karyaku tersiar dalam majalah atau surat kabar...
Aku aktif berpersatuan, aku banyak terlibat dengan berbagai persatuan....ahhh sesuatu yang indah. kesibukan itu telah memagar diriku memisahkan aku dari dunia penulisan, banyak perkara yang utama ditumpuhkan akhirnya aku terhenti menulis..puluh tahun aku tidak menulis, aku jadi lupa, aku tidak kreatif lagi ....bakat agaknya sudah malap...namun kini jiwaku kembali segar masih ada niat untuk berkarya semula,
Aku masih ingat apa bila karyaku tersiar dalam sebuah majalah mingguan wanita tahunnya aku dah tak ingat..bertajuk " SEORANG ISTERI" dan " DI PENJURU MALAM " beberapa orang sahabat bertanya siapakah yang aku maksudkan dengan sajak itu,,
Bila tugasku bertambah sibuk aku terhenti menulis..aku lebih suka menulis sajak berbanding cerpin kerana menulis cerpin memakan masa yang agak lama..sajak pula kadang-kadang idea datang sepantas kilat .....
Zaman kanak-kanakku tinggal di kampung yang serba kekurangan, namun saat paling indah zaman remaja. Zaman remajaku dibangku sekolah, aku suka menulis sajak ..tentang ketuhanan..tentang alam..tentang kehidupan..tentang kecintaan tanah air....paling mengembirakan bila karyaku tersiar dalam majalah atau surat kabar...
Aku aktif berpersatuan, aku banyak terlibat dengan berbagai persatuan....ahhh sesuatu yang indah. kesibukan itu telah memagar diriku memisahkan aku dari dunia penulisan, banyak perkara yang utama ditumpuhkan akhirnya aku terhenti menulis..puluh tahun aku tidak menulis, aku jadi lupa, aku tidak kreatif lagi ....bakat agaknya sudah malap...namun kini jiwaku kembali segar masih ada niat untuk berkarya semula,
Aku masih ingat apa bila karyaku tersiar dalam sebuah majalah mingguan wanita tahunnya aku dah tak ingat..bertajuk " SEORANG ISTERI" dan " DI PENJURU MALAM " beberapa orang sahabat bertanya siapakah yang aku maksudkan dengan sajak itu,,
Bila tugasku bertambah sibuk aku terhenti menulis..aku lebih suka menulis sajak berbanding cerpin kerana menulis cerpin memakan masa yang agak lama..sajak pula kadang-kadang idea datang sepantas kilat .....
Jumaat, 7 Jun 2013
Saya Belum Berpunya NORA DANIS
Nora berkata, setelah menempuh pelbagai dugaan sebelum ini, dia tidak akan terburu-buru membuat keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat."Pada masa ini saya tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh, biarlah Allah yang menentukan soal itu. Perkara utama saya sekarang adalah menumpukan sepenuhnya terhadap kerjaya.
"Saya tidak akan terburu-buru untuk berumah tangga sekarang, biarlah saya tumpukan soal kerjaya terlebih dahulu dan andai suatu hari nanti dibukakan pintu hati, saya tidak menolaknya.
"Lagipun anak saya sudah berumur empat tahun jadi teringin juga untuk kembali mempunyai anak selepas ini," katanya tersipu-sipu malu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Krim Mandian Ulung Fruitale FairWhite UV di ruang legar pasar raya Mydin Mall di sini hari ini. Kehadiran pelakon jelita itu ke negeri ini adalah untuk mempromosikan produk penjagaan diri sabun buku dan krim mandian dengan ekstrak buah-buahan semula jadi tersebut.
Sejak memegang status janda setelah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli pada 2008, pelakon cantik itu berhadapan dengan pelbagai cabaran. Dia tidak pernah lekang dengan pelbagai gosip percintaan apabila dikaitkan dengan beberapa rakan artis seperti Zizan Razak, Adi Putra dan terbaharu, Shaheizy Sam.
Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu kegiatan seninya, Nora berkata, dia sedang sibuk menjalani penggambaran untuk program sempena Hari Raya Aldilfitri tidak lama lagi.
Khamis, 18 April 2013
KETUA PEMUDA TENOM JAMAWI ( JJ ) MANGSA KEADAAN
JAMAWI |
Bukan setakat kali ini beliau dijatuhkan malah sejak beliau bertanding atas tiket Ketua Pemuda UMNO Tenom lalu beliau sudah diasak, cuba dicantas namun nasib masih menyebelahi JJ sebab kenapa kerana tiada asas para penyokong beliau dan rakyat Tenom menolak kepimpinan beliau khususnya dikalangan pemuda. Jamawi adalah yang sangat layak menerajui kepimpinan pemuda Tenom berdasarkan keperibadian beliau yang sangat dusukai, mudah didekati, ringan tangan membantu dan banyak lagi menjadi daya tarikan JJ kenapa rakyat Tenom sangat menyenangi beliau.
Nama Jamawi telah lama disebut-sebut bakal menarajui kepimpinan daerah Tenom, Beliau sudah lama bekerja keras, meskipun dia jenis tidak banyak cakap tetapi dia bekerja dan rakyat melihat apa yang JJ buat. Harapan rakyat tenom kepada JJ menarajui kepimpinan Tenom terlalu tinggi mereka sangat berharap akan menjadi kenyataan. Sokongan rakyat Tenom kepada beliau tahap 90% tanpa berbelah bagi.
Pengumuman calun beberapa hari lalu telah meranapkan harapan rakyat Tenom kerana calon harapan mereka tiba-tiba lenyap dalam senarai meskipun PM sendiri telah mengumumkan nama JJ sebagai calun MP untuk parlimen Tenom bagi menggantikan MP yang sedia ada kerana pristasi MP yang ada sekarang tidak begitu memberansangkan. Harapan hanyalah tinggal harapan nama JJ akhirnya tiada dalam senarai, takkan PM berbohong pula ! tak kan PM bermain silang kata ! Rata-rata rakyat Tenom tertanya-tanya dan menunggu-nunggu, kenapa? mengapa? apa terjadi? akhirnya terjawab segala tanda tanya ....rupanya JJ menjadi korban oleh sekolompok manusia yang ingin terus menjadi maharaja kuasa ,.di bumi kinabalu ini.
Penyokong JJ sangat kecewa dengan apa yang telah diputuskan sehingga berlaku demonstrasi secara aman diperkarangan pejabat umno tenom bagi memprotes dan minta kepimpinan pusat agar JJ di calonkan. Protes ini bukan setakat melalui banner tetapi sudah bersesaksakan di maya FB berbagai nada yang disuarakan sehingga ada yang mencadangkan JJ beralih sokongan bertanding atas tiket parti bebas. Suara hanya tinggal suara mampukah timun menentang durian?? sudah tentu tidak hanya akan terluka diri sendiri...
Saya percaya JJ masih waras meskipun hatinya begitu kecewa namun atas sokongan kuat penyokong yang sentiasa memberi semangat agar JJ meneruskan perjuangan, JJ telah tampil membuat kenyataan di FB bahawa beliau akan turun padang membantu kemenangan BN kawasan Tenom. JJ bukan jenis manusia yang mudah melata JJ ada karisma, berwibawa masih setia pada parti keramat ini,
Sabarlah JJ Insyah-Allah ada yang lebih baik menanti.
Persoalan kenapa JJ menjadi mangsa ??? angkara siapa ??? saya fikir ramai yang berteka-teki ?
tidak elok berburuk sangkah takut mengundang dosa.., kadang-kadang manusia ini tidak mampu menyimpan rahsia...akan terbongkar juga...kata orang ini semasa JJ bertanding ketua pemuda, Manusia inilah yang diarahkan menghantar hadiah dari rumah ke rumah kepada para perwakilan...dengan tujuan JJ harus di kalahkan namun katanya JJ agak sukar dikalahkan kerana dia bekerja kuat,,,orang Tenom suka JJ....lalu kelompok manusia yang berhati busuk ini teramatlah kecewa kerana JJ terus kekal menjawat ketua pemuda UMNO Tenom.
Selasa, 16 April 2013
Renunglah Diri Dicermin
WANITA PALING CANTIK |
Kerana jawatannya bakal berakhir tak lama lagi atas sebab faktor umur yang sudah melebihi daripada sepatutnya, Kerana pertubuhan ini telah memaktubkan syarat yang mana seseorang ketua akan tamat jawatannya apa bila umur sampai ketahap sekian ,,,. meskipun kawan ini masih terlalu sayang melepaskan jawatannya namun dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana telah menjadi dasar pihak pertubuhan berkenaan. Justeru Hakikat ini terpaksa dia telan meski pun agak berat.
Aku terkejut besar rupanya si ketua yang bakal tamat khidmat itu rupanya dalam diam-diam menyimpan hasrat yang begitu tinggi ingin mendapatkan jawatan yang lebih besar selepas bersara, namun timbul diminda ini bagaimana dia nak urus tadbir tugas itu jika dia memegang jawatan tersebut, tugas hakiki pun selalu dia abaikan kerana lebih menumpuhkan tugasan sambilannya ...menurut kawan aku, pihak majikannya pernah mengenakan tindakan tatatertib atas sebab tidak hadir bertugas selama berbulan- bulan namun kabarnya dia ini, sangat hebat memainkan peranan sehingga terlepas begitu saja.
...Terkejut beruk tahap gaban aku.... bukan calan-calang jawatan yang dia nak, 1. Jawatan Timbalan Pengarah, 2. Dia nak kejar Jawatan Senator..apa punya kaki .Huhuhu...keinginan melebihi dari kemampuannya..tugas kecil pun dia tak mampu buat. inikan pula tugas yang lebih mencabar.... sikapnya yang suka menguasai orang lain menyebabkan dia tidak ramai kawan bersikap kuku besi, mencatur...dah lama aku perhatikan sikapnya itu benar2 diwarisinya daripada ..blaa! blaaaa! blaaaa
Bukannya mendengki sekecil kuman pun tiada dilubuk hati, akan tetapi aku hanya terkasima.... Jika iya pun agak-agaklah setakat mana kemampuan diri, Jangan terlebih-lebih melagak...jangan sampai tak sedar diri...cerminlah diri dihadapan cermin kerana cermin tidak pernah berbohong.....
Aku selalu merenung diri diermin dari atas ke bawah...hehehe
Isnin, 15 April 2013
Mencari Cahaya
Di dalam kegelapan kumencari cahyaMu…
Cahaya yang mampu menerangi selok belok dunia yang luas...
menembus celah hati yang sempit...
mewarnai kegelapan malam...
menghiasi hati yang gundah...
menghangatkan jiwa yang beku...
mengisi setiap ruang dada...
mengalirkan kehangatan ke syaraf yang lemah...
membinari mata yang sedih...
menghiasi senyuman yang miris...
begitu indah cahyaMu…
cahayaMu mengusir kegelapan kemiskinan...
merentas samudra jiwa pengemis...
meluluhlantakkan keputusan...
menumbuhkan semangat harapan...
menghadirkan impian yang besar…
Cahaya yang mampu menerangi selok belok dunia yang luas...
menembus celah hati yang sempit...
mewarnai kegelapan malam...
menghiasi hati yang gundah...
menghangatkan jiwa yang beku...
mengisi setiap ruang dada...
mengalirkan kehangatan ke syaraf yang lemah...
membinari mata yang sedih...
menghiasi senyuman yang miris...
begitu indah cahyaMu…
cahayaMu mengusir kegelapan kemiskinan...
merentas samudra jiwa pengemis...
meluluhlantakkan keputusan...
menumbuhkan semangat harapan...
menghadirkan impian yang besar…
Ahad, 14 April 2013
Nasi dan Kicap bercampur Kopi indah dikenang..
Satu hari, seperti biasa sebelum ke sekolah aku kedapur untuk makan, aku tak tahu kicap dalam botol itu telah habis sangkaku masih ada kerana aku melihatnya masih berisi setengah, seperti biasa aku mencedok nasi dari belangga dan terus bubuh kicap diatas nasi, aku terkejut dan kehairanan kenapa kicap itu seperti pasir tapi warnanya hitam lalu aku hidu hemm... macam bau kopi kenapa pula jadi begini hatiku berbisik "sambil aku merenung-renung nasiku yang sudah bertukar rupa berbintik hitam...tiba-tiba aku dengar suara orang ketawa, semakin lama semakin kuat deraian ketawanya,, aku cuba mencari darimana datangnya hilaian tawa itu, rupanya abangku bersembunyi dibalik pintu dari tadi memerhati aku ketika aku sedang bersiap-siap hendak makan...
Aku bertanya kepadanya siapa yang bubuh kopi dalam botol kicap dia mengaku dia yang lakukan... dia ketawa terbahak-bahak sambil berlalu meninggalkan aku di dapur..alahai sakitnya hatiku,,dia memang selalu kenakan aku saat ketika zaman kanak-kanak ...Semuanya hanya tinggal kenangan, kami pun dah masing-masing berkeluarga jarang pula bertemu ...Ha Ha Ha...
Jumaat, 12 April 2013
Dentum Guruh Di Langit Menikam Kalbu
Itu baru bunyi guruh...semangat sudah terbang bagaimana jika perang berlaku atau kiamat ???
Semangat kita sememangnya tidak kuat kerana kita tidak pernah melalui keadaan getir sebagaimana berlaku ditempat lain, kita jarang sekali mendengar bunyi sedahsyat itu sebagaimana yang berlaku di bumi palastin atau dimana-mana yang terlibat peperangan...bermandi peluru setiap hari..dentuman meriam..tembakan..bom disana-sini...betapa bersyukurnya kita tinggal dibumi bertuah ini...kita bahagia...kita damai..mimpi kita tidak pernah terganggu dek semua itu....
Tetapi mimpi kita hanya diganggu dentuman guruh di langit...
Ahad, 31 Mac 2013
Boring yang melampau
Perasaan boring kekadang menerpa dalam diri, entah kenapa ia berlaku, kekadang tidak tahu hendak buat apa .. kerja berlambak didepan mata...bertambah boring rasanya...kekadang rasa rimas , tak keruan, kekadang aku tak suka dengar orang lain banyak cakap..huhhh
mencari-cari punca tak tahu juga...harap2 tidada sihir berlaku melemahkan manusia lain Allahualam....
mencari-cari punca tak tahu juga...harap2 tidada sihir berlaku melemahkan manusia lain Allahualam....
Khamis, 28 Mac 2013
WARGA TUA KETAGIH FACEBOOK
SAYA perlu balik Dr. Niva, pukul 5.00 petang ni kek saya masak.
Minta maaf sangat sebab tak dapat nak minum sekali, kata seorang
peserta yang menghadiri ceramah Ketagihan Facebook yang diadakan di
Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Ampang, Selangor bulan lepas.
Wanita berusia dalam lingkungan 50an itu tergesa-gesa pulang ke rumah semata-mata untuk membuka Internet dan bermain permainan Cafe World di dalam laman sosial facebook.
Pakar runding Klinikal Psikologi dan Neuropsikologi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nivashinie Mohan berkata, perkara berkenaan memang benar-benar berlaku selepas ceramahnya mengenai ketagihan facebook.
Wanita berkenaan berkata, saya hadir untuk dengar ceramah kerana ia berakhir jam 4.30 petang dan saya sempat untuk balik ke rumah pada masa kek saya masak dalam Cafe World, katanya sambil tersenyum. Senario ketagihan facebook tidak mengenal batas, semua orang boleh mengalaminya sama ada lelaki, wanita, remaja sehinggalah warga emas. Walaupun di negara ini, ketagihan facebook tidak ketara, di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) terdapat ramai pesakit menunjukkan tanda-tanda ketagihan.
Antara tanda ketagihan facebook adalah suka berbual maya atau chat dalam facebook sehingga mengganggu kehidupan sosial. Biasanya apabila mereka dihalang untuk login facebook tanda berikut akan muncul seperti berpeluh, menggigil, tidak boleh tidur, tidak fokus, risau dan rasa tertekan.
Biasanya mereka lebih suka bergaul dengan rakan-rakan dalam facebook dan hilang kawan di luar.
Di AS, ketagihan facebook telah lama dikesan sejak 2008 tetapi di negara ini belum terdapat diagnosis yang tepat, ujarnya. Dr. Niva berkata, ketagihan facebook sama dengan ketagihan Internet, permainan komputer, telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Secara amnya, ketagihan facebook bukan dilihat dengan penggunaan facebook yang lama tetapi gangguan yang dicetuskan semasa penggunaannya.
Biasanya mereka menggunakan facebook selama satu atau dua jam tetapi jika dihadkan penggunaan mereka menjadi tidak tentu arah, katanya. Facebook tidak boleh diharamkan, kata Dr. Niva tetapi perlu digunakan secara sederhana seperti hadkan penggunaan apabila terdapat tanda-tanda ketagihan.
Walaupun golongan berusia 18 hingga 34 tahun merupakan pengguna facebook terbesar tetapi ketagihannya tidak mempunyai had umur. Bukan semua yang ada dalam facebook tidak elok.
Misalnya di AS, ketua asrama di sana berkawan dengan semua pelajar di dalam facebook bagi mengenali mereka yang bermasalah.
Di Malaysia, biasanya sekolah antarabangsa membekalkan pelajarnya dengan komputer tetapi mengehadkan penggunaan teknologi pada hari tertentu bagi meningkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar, katanya. Kanak-kanak yang kehilangan kemahiran bersosial biasanya menjadi hiperaktif atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Ini kerana mereka yang banyak bermain permainan komputer dan Internet menggunakan gerakan tangan yang cepat.
Mereka lebih gemar bermain dengan permainan Internet yang lebih interaktif, berwarna-warni dengan grafik yang menarik.
Ini tentu menjauhkan mereka daripada buku yang kelihatan kaku dan tidak menarik. Biasanya mereka akan hilang daya imaginasi dan kekuatan berfikir, katanya. Bagaimanapun mereka masih mempunyai banyak kelebihan seperti kemahiran motor halus (guna jari jemari), membantu koordinasi dan mengatur strategi. Kajian ke atas 200 orang pelajar di China mendapati mereka yang ketagih facebook mengalami otak kecut sehingga 20 peratus. Bagaimana kajian yang mendalam perlu dilakukan kerana sampel yang diambil kecil dan tidak dapat mewakili satu populasi, katanya. Dr. Niva menambah, ketagihan facebook boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal dengan mendapat bantuan pakar.
Wanita berusia dalam lingkungan 50an itu tergesa-gesa pulang ke rumah semata-mata untuk membuka Internet dan bermain permainan Cafe World di dalam laman sosial facebook.
Pakar runding Klinikal Psikologi dan Neuropsikologi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nivashinie Mohan berkata, perkara berkenaan memang benar-benar berlaku selepas ceramahnya mengenai ketagihan facebook.
Wanita berkenaan berkata, saya hadir untuk dengar ceramah kerana ia berakhir jam 4.30 petang dan saya sempat untuk balik ke rumah pada masa kek saya masak dalam Cafe World, katanya sambil tersenyum. Senario ketagihan facebook tidak mengenal batas, semua orang boleh mengalaminya sama ada lelaki, wanita, remaja sehinggalah warga emas. Walaupun di negara ini, ketagihan facebook tidak ketara, di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) terdapat ramai pesakit menunjukkan tanda-tanda ketagihan.
Antara tanda ketagihan facebook adalah suka berbual maya atau chat dalam facebook sehingga mengganggu kehidupan sosial. Biasanya apabila mereka dihalang untuk login facebook tanda berikut akan muncul seperti berpeluh, menggigil, tidak boleh tidur, tidak fokus, risau dan rasa tertekan.
Biasanya mereka lebih suka bergaul dengan rakan-rakan dalam facebook dan hilang kawan di luar.
Di AS, ketagihan facebook telah lama dikesan sejak 2008 tetapi di negara ini belum terdapat diagnosis yang tepat, ujarnya. Dr. Niva berkata, ketagihan facebook sama dengan ketagihan Internet, permainan komputer, telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Secara amnya, ketagihan facebook bukan dilihat dengan penggunaan facebook yang lama tetapi gangguan yang dicetuskan semasa penggunaannya.
Biasanya mereka menggunakan facebook selama satu atau dua jam tetapi jika dihadkan penggunaan mereka menjadi tidak tentu arah, katanya. Facebook tidak boleh diharamkan, kata Dr. Niva tetapi perlu digunakan secara sederhana seperti hadkan penggunaan apabila terdapat tanda-tanda ketagihan.
Walaupun golongan berusia 18 hingga 34 tahun merupakan pengguna facebook terbesar tetapi ketagihannya tidak mempunyai had umur. Bukan semua yang ada dalam facebook tidak elok.
Misalnya di AS, ketua asrama di sana berkawan dengan semua pelajar di dalam facebook bagi mengenali mereka yang bermasalah.
Di Malaysia, biasanya sekolah antarabangsa membekalkan pelajarnya dengan komputer tetapi mengehadkan penggunaan teknologi pada hari tertentu bagi meningkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar, katanya. Kanak-kanak yang kehilangan kemahiran bersosial biasanya menjadi hiperaktif atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Ini kerana mereka yang banyak bermain permainan komputer dan Internet menggunakan gerakan tangan yang cepat.
Mereka lebih gemar bermain dengan permainan Internet yang lebih interaktif, berwarna-warni dengan grafik yang menarik.
Ini tentu menjauhkan mereka daripada buku yang kelihatan kaku dan tidak menarik. Biasanya mereka akan hilang daya imaginasi dan kekuatan berfikir, katanya. Bagaimanapun mereka masih mempunyai banyak kelebihan seperti kemahiran motor halus (guna jari jemari), membantu koordinasi dan mengatur strategi. Kajian ke atas 200 orang pelajar di China mendapati mereka yang ketagih facebook mengalami otak kecut sehingga 20 peratus. Bagaimana kajian yang mendalam perlu dilakukan kerana sampel yang diambil kecil dan tidak dapat mewakili satu populasi, katanya. Dr. Niva menambah, ketagihan facebook boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal dengan mendapat bantuan pakar.
Sumber Utusan
Ahad, 24 Mac 2013
12 Hal Dilakukan Wanita yang Paling Membosankan Lelaki
Duabelas hal yang perlu diketahui lelaki maupun wanita.
Kedua
belas hal yang dilakukan wanita ini dapat dengan mudah membuat lelaki
berpaling. Bagi para wanita, periksa diri anda untuk melihat seberapa
banyak hal itu ada pada anda. Bagi para lelaki, analisa tindakan ini dan
belajar mengoreksi dengan sabar atau maklumi mereka.
1. Terlalu banyak gosip
Selalu
bicara tentang kehidupan wanita-wanita lain, tentang tubuh, hubungan,
dan lain-lain, khususnya dari pandangan negatif, akan membuat lelaki
memandang anda dangkal, rendah dan kurang percaya diri.
2. Penggali Emas
Lelaki tidak menginginkan hubungan yang didasarkan pada wang. Banyak wanita
tanpa sedar akan bertanya lelaki pada pertemuan pertama, "Apa pekerjaan
anda?" Dari sudut pandang lelaki, mereka sedang ditanya seberapa banyak
harta mereka.
3. Banyak Peraturan
Tak
seorang pun suka bila terus-menerus diberi tahu apa yang harus
dilakukan, bagaimana melakukan, atau apa yang telah dilakukan itu salah.
4. Bergantung pada Lelaki
Beberapa
wanita seperti tentakel atau golongan, melilit lelaki tanpa melepaskan.
Mereka memerlukan lelaki untuk membantu segala hal. Mereka memanggil
terus-menerus. Hal ini sering menguras energi dan kesabaran lelaki.
5. Cemburu
Ini
adalah racun yang dapat merosak suatu hubungan. Jika anda ingin lelaki
itu tetap jalan dengan anda, maka anda harus memberinya kebebasan. Jika
ia dapat dipercaya, maka beri ia ruang untuk bernafas. Jika ia seorang
playboy (mata keranjang), maka lebih baik hubungan itu diakhiri.
6. Kurang Terima kasih
Lelaki menilai penghargaan wanita atas perhatian mereka terhadap hal detail
untuk menjaga sebuah hubungan. Sebuah kata terima kasih yang sederhana
tidak terlalu dituntut tapi hal itu menunjukkan kesopanan anda.
7. Kurang Percaya Diri
Wanita yang cukup percaya diri sangat menarik bagi para lelaki.
8. Membawa-bawa Masa Lalu
Ketika
wanita berbicara terang-terangan tentang hubungan masa lalunya, lelaki
melihatnya sebagai kurang adanya minat dalam hubungan yang sekarang.
9. Menyatakan Ketidakpuasan
Lelaki sangat meluat dengan wanita yang sering mengungkapkan ketidakpuasan karena tidak pernah ada yang cukup baik menurutnya.
10. Mesin Bercakap
Cari sesuatu yang baru dan bermakna untuk dibicarakan, jangan bercakap tentang topik duniawi terus-menerus.
11. Terlalu Banyak Barang Bawaan
Ini
adalah kesalahan yang sering dibuat wanita. Membawa terlalu banyak
barang di perjalanan dan bershopingsakan membuat lelaki merasa seolah-olah mereka
adalah pekerja transport anda. Hal ini juga sering terjadi ketika
berbelanja.
12. Tidak menepati Waktu
Lelaki tidak suka menunggu terlalu lama kerana ini membuat lelaki cepat bosan.
|
Selasa, 19 Mac 2013
Diam itu lebih baik dari terus berbicara
Bersemadilah Dengan Tenang Wahai Bunga-bunga bangsa
Wahai parajuritku al-fatihah buat kalian yang gugur dimedan juang, gugurmu dimedan juang mengundang sebak didada, meskipun aku bukan kalangan keluarga kalian atau siapa diantara kalian, namun kita adalah satu warga bernaung dibawah satu bumbung negara justeru perasaan hiba tetap ada, kerana kalian adalah benteng yang sentiasa mempertahankan kedaulatan, keamanan negara dari segala patualang yang buta hatinya, buta matanya dan buta akalnya. Patualang ini harus dibentras dari menganggugugat kadaulatan negara kita. Terima kasih perajuritku dan syhabas diatas perjuangan kalian.
Sejak tercetusnya malapetaka ini semua masyarakat berbicara tentangnya, ada yang sedih, takut dan berbagai perasaan menyelubungi setiap warga terutamanya ditempat yang terlibat malah ditempat lain juga turut terkena tempias angkara penyebaran kabar angin oleh mereka yang tidak bertanggungjwab. malah daerahku juga turut terlibat menyebabkan berlaku sedikit keributan dan berlaku beberapa hari bandar menjadi sunyi sepi.
Lebih malang ada segelintir manusia memperlekeh terhadap para pejuang, bukan disambut dengan menadah tangan bersyukur atau berterima kasih malah diangap sebagai satu sendiwara kerajaan meskipun sudah beberapa nyawa yang terkorban masyah-Allah jenis manusia apakah mereka ini..Manusiawi atau haiwani atau syaitani sungguh biadap...
Aku hanya insan kerdil tidak mampu berbuat apa-apa yang termampu aku sumbangkan hanyalah doa, doa dan terus mendoa semoga para parajuritku yang masih berjuang dimedan tempur sentiasa dalam lindungannya. Juga untuk kita rakyat Malaysia.
Sekadar gambar hiasan |
Isnin, 18 Mac 2013
Hujan Mengundang Kenangan
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar bekerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi di waktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi
(c) Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua rindu...lagi..
(c) Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama airmata
Bersama pedih bersama rindu
kau datang dan kau pergi jua rindu...lagi..
Rindu.... lagi...
Ini merupakan senikata lagu nyanyian Allahyaraham Sudirman Hj Arshad
Bila mendengar lagu ini buat aku terkenang sahabat karibku, terkenang saat masih di sekolah menengah dalam tingkatan dua, kami menyanyi lagu ini bersama, sahabat karibku ini telah lama kembali kealam berzah akibat barah rahim.
Aku masih ingat saat itu kami pulang bersama setelah seisi persekolahan tamat bagi sidang petang. Dalam perjalanan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, lalu kami sama-sama menyanyikan lagi ini dalam keadaan basah kuyup, sambil menyanyi sambil kami ketawa...jiwa remajalah katakan sungguh seronok..
Antara empat orang sahabatku, dia sangat akrab padaku, dia seorang sahabat yang baik, kami akrab sejak dari sekolah rendah, sehinggalah ke sekolah menengah, namun sayangnya dia telah pergi lebih awal, Tuhan lebih menyayanginya Al-Fatihah buat sahabatku...KAMSINAH
Langgan:
Catatan (Atom)