Isnin, 21 Januari 2013
Jumaat, 18 Januari 2013
Indahnya Kebesaranmu ya ALLAH
"Segala yang
ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran
Allah); dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
(Surah al-Hadid ayat 1)
(Surah al-Hadid ayat 1)
"Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
(Surah al-Hasyr ayat 1)
(Surah al-Hasyr ayat 1)
"Telah
bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada
di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
(Surah as-Saf ayat 1)
(Surah as-Saf ayat 1)
"Segala yang
ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada
Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa
lagi Maha Bijaksana."
(Surah al-Jumua' ayat 1)
(Surah al-Jumua' ayat 1)
"Langit yang
tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan
tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu
sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Penyantun lagi MahaPengampun"
(Surah al-Isra' ayat 44)
(Surah al-Isra' ayat 44)
Biarkan Bulan Bicara
Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan
Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu
Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini
Khamis, 17 Januari 2013
Berhati-hati dalam setiap langkah
Sendiriii.......
Kesendirian yang kurasa
membuatku terus berfikir
dan mencuba untuk
memahahami segalanya
dan terus berfikir
hingga aku tak tahu lagi
apa yang sebenarnya kufikirkan
hanya bisa merasa
betapa hidup ini
begitu melelahkan
tiada harapan untuk
bisa tersenyum
seakan hati ini
telah terluka parah
ku disini terduduk
dengan mata nanar
terhalang airmata yang meleleh tiada henti
kutatap gelapnya langit
tanpa bintang
KAU tentu melihatku
yang kelelahan
mengharungi takdir-MU
yang cuba terus bertahan dijalan-MU
tolong hulurkan tangan-MU
hingga aku dapat berdiri
dan melangkah lagi
mengharungi kehidupan
yang belum selesai kujalani
tolong biarkan bintang-bintang
bersinar lagi
hingga aku dapat
menentukan arah
dan tidak tersesat
Binatang lagi tahu erti kasih sayang
Saya menulis tentang ini kerana melihat pada sikap binatang ini begitu tinggi daya prihatin terhadap anaknya, buat saya berfikir dia hanya seekor binatang namun akalnya lebih sempurna berbanding manusia yang membuang anak dan jadi pembunuh. Berbeza sekali dengan binatang ini, saya perhatikan sungguh dalam kasih sayang terhadap anak-anaknya. Sesaat anaknya hilang dari pandangan dia akan memanggil-manggil anaknya dan dia tidak suka anaknya diganggu. Malah dia akan berusaha mempertahankan anaknya dari sebarang ganguan atau ancaman.
Aku Tidak Bijak Membodek..
Sebagai kakitangan kerajaan banyak perkara yang buat kita rasa tidak puas hati, kekadang berlaku pilih kasih di kalangan pegawai atasan yang buat kita rasa kecewa, menyampah, meluat, geram dan panas hati. Yang suka angkat kaki, mengampu dan banyak gaya ditonjolkan bagi menarik perhatian pihak atasan. Sikap begini mungkin ada baiknya juga kerana boleh menyumbang keuntungan kepada si pengampuh.
Sehingga tiba-tiba ada yang mendapat anugerah yang entah dari sudut mana dia dilihat menyumbang kepada kecemerlangan itu walhal belum pun panas kerusi tempat dia duduk,, yang bertungkus-lumus pula langsung tidak mendapat apa-apa, mungkin agaknya kerana tidak mahir mengampuh atau angkat kaki atau bermuka-muka sebab itu tidak menarik perhatian .
Dalam hal-hal angkat kaki ini saya sememangnya tidak berbakat, saya tidak suka bersikap suka berpura-pura, saya akan buat sebagaimana yang sepatutnya tanpa menunjuk-nunjuk. saya melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab. Tanpa kemahiran mengangkat kaki. apa pun tak apalah bukannya ada niat dengki tapi memang tak adillah..Tidak dapat anugerah pun tak apa janji gembira melaksanakan tugas dan hati sentiasa ceria hemmmm....

Rabu, 16 Januari 2013
Aku Tidak Mahu Bersubahat
Perkara ini selalu buat aku rasa serba salah, bila setiap kali bos minta aku berbohong, alahai lama2 aku naik rimas, patutkah aku turuti segala arahan bos ini..aku rasa bengang..aduhai..bukan setakat sekali atau dua kali sudah berulang kali ...sudah berlambak dosa aku ni angkara bos seorang ni..
Dahlah jarang masuk ofes, tanggungjawab selalu diabaikan, nasib baiklah aku ada untuk handle segala urusan dia jika tidak mengamuklah bos diatas sana huhu...
Tidak sangguplah aku menangung dosa selamanya ..patut kalau dah tidak sanggup menjalankan tugas lebih baik letak jawatan , kerja sendiri lagi baik tidak terikat dengan siapa2..kerjakah atau tidak kerja kah lantaklah...Aku kekadang naik pelik dengan pegawai yang bersikap sambil lewa dalam menjalankan tugas, bagaimana kedudukan gaji mereka, apakah halal disisi hukum? tentu sudah berstatus haram, makan gaji buta,,,
Isnin, 14 Januari 2013
Didikan baik berasaskan tauhid bentuk peribadi anak
Anak yang dibiasakan dengan kebaikan dari kecil akan membesar
menjadi anak yang baik dan begitulah sebaliknya. Justeru, semua
bergantung kepada ibu bapa bagaimana untuk mewarnai peribadi anak
mereka.
Firman Allah SWT: “Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At Tahrim, ayat 6)
Saidina Ali berkata: “Ajarilah diri kamu dan keluarga kamu dengan kebaikan dan bimbinglah mereka.”
Pemimpin kepada anak
Ibu bapa adalah pemimpin kepada anak dan seandainya ibu bapa lalai menunaikan tanggungjawab itu, mereka akan dipersoalkan nanti. Oleh itu, walau seberat mana tugas mendidik anak, ia perlu dilaksanakan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan bertanya pada setiap pemimpin atas apa yang dipimpinnya, apakah ia menjaganya ataukah mensia-siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)
Rasulullah SAW menganjurkan kita bersikap adil dan memberi kasih sayang terhadap anak dengan mengajar mereka kebaikan. Rumah adalah sekolah pertama anak dan apa yang membentuk mereka ialah perkara yang dipelajari di rumah.
Keluarga, khususnya ibu bapa adalah unsur yang paling berpengaruh dalam membangun peribadi anak dan menanamkan tekad yang kuat dalam hatinya sejak usia kecil.
Al Zubair bin Al Awwam, salah seorang daripada anggota pasukan berkuda Rasulullah SAW yang dinyatakan oleh Umar ibnul Khattab dengan kata: “Seorang Zubair menandingi seribu lelaki.”
Al Zubair adalah seorang pemuda yang kukuh akidahnya, terpuji akhlaknya, tumbuh di bawah binaan ibunya, Shofiyah binti Abdul Mutalib (ibu saudara Rasulullah SAW dan saudara perempuan Hamzah)
Ali bin Abi Talib sejak kecil menemani Rasulullah SAW bahkan dipilih menjadi menantunya. Ia tumbuh sebagai seorang pemuda yang menjadi contoh teladan bagi para pemuda seusianya. Abdullah bin Ja'far pula adalah seorang bangsawan Arab yang terkenal kebaikannya, di bawah bimbingan ibunya Asma binti Umais.
Umar ibnu Abdul Aziz pada usianya yang masih kecil telah ditanya ibunya: “Apa yang membuatmu menangis? Dua menjawab: “Aku ingat mati.” Waktu itu dia telah menghafal al-Quran. Ibunya pun menangis mendengar perkataannya. Ini adalah berkat didikan dan penjagaan ibunya yang salihah.
Rindukan ucapan, kasih sayang
Sesungguhnya, anak-anak rindukan ucapan dan kasih sayang seorang ibu yang pandangannya jauh ke depan, seorang ibu yang arif serta bijaksana.
Antara langkah-langkah dasar dalam mendidik anak adalah mengajarkan tauhid yang mengesakan Allah. Mengajar mereka solat dan membiasakan berjemaah, mengajar mereka bersyukur kepada Allah, ibu bapa dan golongan lebih dewasa.
Mendidik anak taat kepada kedua-dua orang tua dalam hal yang bukan maksiat, menumbuhkan pada diri mereka sikap merasakan diri selalu diawasi Allah. Tidak meremehkan maksiat dan menanam pada jiwa mereka sikap tawaduk.
Firman Allah SWT: “Dan orang yang beriman dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun daripada pahala amal mereka, tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (Surah Ath-Thuur, ayat 21)

Rabu, 2 Januari 2013
Sambutlah Tetamu dengan muka yang paling manis
Beberapa hari lalu , Aku telah menghadiri undangan majlis perkahwinan di beberapa buah kampung, ada lima jemputan yang harus aku hadiri pada hari tersebut, maklumlah diakhir tahun begini ramai yang menggambil kesempatan melangsungkan perkahwinan kerana ramai yang sedang bercuti, Dalam majlis tersebut ada perkara yang boleh di jadikan iktibar, yang mana betapa pentingnya sikap ramah dalam bab menyambut tetamu jika tidak pasti jadi bahan cerita dan kurang menyenangkan kepada para tetamu.
Ketika aku menghadiri majlis perkahwinan di salah sebuah kampung dari jauh sudah terlihat senyuman manis tuan rumah kepada para tetamu seterusnya bersalam dan memperlawa menjamu hidangan yang telah tersedia sambil beramah mesra, tetamu rasanya sangat dihormati walaupun berlaku hanya sekejap, kerana kita faham dalam keadaan begitu tuan rumah agak sibuk.
Setelah selesai menjamu dimajlis itu aku terpaksa minta diri daripada tuan rumah untuk meninggalkan majlis kerana ada beberapa majlis lagi yang harus aku hadiri. Aku pun meneruskan perjalanan menghadiri undangan seterusnya dengan penuh bersemangat, Setibanya aku di majlis yang kedua itu sungguh berbeza keadaan, alangkah malunya aku kerana tuan rumah dan para ahli keluarganya yang berada di situ tidak pun memperlawa atau menyapa kepada tetamu yang datang, membiarkan kami tercengang-cengang dan serba salah, sekurang-kurangnya persilakanlah duduk atau bersalam kah mungkin juga sibuk tapi berama- mseralah dengan para undangan walau hanya sesaat pun memadailah. Ini tidak, tuan rumah membiarkan saja tetamu terpingga-pingga dalam keadaan serba salah. Aku dan beberapa tetamu yang lain hanya melopong akhirnya kerana malas dengan suasana sebegitu aku meninggalkan majlis itu dan meneruskan menghadiri undangan keseterusnya.
Tahun baru 2013
Belum terlewat saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada warga dunia yang masih berada di muka bumi ini semoga tahun ini banyak membawa tuah buat kita semua. Sejak saya wujudkan blog yang tak sepertinya ini, banyak perkara telah saya pelajari antaranya berkenaan dengan dunia blog dan bermacam-macam perkara. Telah lama saya meneroka blog-blog para blogger namun belum terlintas difikiran untuk buka blog sendiri pada ketika itu, kerana tak tahu lagi bagaimana membuat blog, lagi pula asyik sibuk saja langsung tiada masa.
Satu hari tiba-tiba saya jatuh sakit selama tiga minggu saya terlantar, sepanjang tiga minggu itu saya terlalu stress kerana sakit saya tidak sembuh-sembuh, namun dalam masa sakit-sakit itu tidaklah sampai tidak mampu melakukan kerja-kerja dirumah. Salah satu pendekatan yang saya ambil menghilangkan stres saya menghadap laptop seharian sambil meninjau blog-blog yang ada dalam enternet. buka punya buka sampailah saya terjumpa teknik membuat blog. maka saya pun terus-menerus membuka sambil belajar..alahai ingatkan susah sangat buat blog, rasanya tak sampai pun 1 minit.
Setelah terwujudnya blog ini, baru tahu mencipta blog memangnya mudah tetapi bahan pengisian dalam blog ini yang menjadi terstak-stak hehe, ada blog tapi tiada bahan baru untuk dimuatkan sepilah blog. ciplak-ciplak artikel orang ok juga cuma tidak best pula rasanya kerana perbuatan ini boleh membantutkan jari-jemari untuk menulis serta berfikir dan paling best tulislah artikel sendiri...
Blog yang paling saya tidak suka baca, apa bila penulis blog itu menulis perkataan sepotong-sepotong saya tidak faham alahai saya terus tidak jadi baca, patut tulislah ayat penuh agar pembaca faham dan tidak stres bila membaca.
Saya bukanlah hebat sangat dalam tulis-menulis ini, maklum sajalah sudah lama meninggalkan dunia penulisan setelah tamat persekolahan dulu. Pernah mengikuti persatuan penulis namun saya tidak dapat meneruskan lantaran tuntutan tugas jabatan yang begitu padat. Akhirnya otak saya terbiar beku dan tidak kreatif lagi bermain bahasa hehe.
Namun setelah ada blog timbul pula keinginan untuk menulis sekurang-kurang otak yang sudah beku ini dapat diguna pakai semula setelah sekian lama terbeku. Berkat dari kekerapan meneroka parablog banyak membantu saya mencairkan kebekuan otak yang telah lama direhatkan.
Walau pun hanya sekadar blog picisan kata orang " akan tetapi maksud blog picisan itu adalah blog yang tidak bermutu, blog tiada gred, blog yang carut-mencarut...hehe rasa-rasanya ada juga mencarut sikit-sikit.. sekurang-kurang ada juga bahan bermanfaat yang boleh dikongsi walau hanya secebis ayat yang penting pembaca faham.

Langgan:
Catatan (Atom)