Akhirnya semua itu telah menjadi pengajaran, aku lupakan semuanya apa yang berlaku, aku telah berjanji pada diri sendiri bahawa tidak akan mengulangi kesilapan lalu, aku lebih berhati-hati selepas apa yang menimpa berulang-kali. Ya niat kita membantu seikhlasnya namun mereka hanya merosakkan kepercayaan. yang saudara mara itu tidak mengapa, aku tidak berkira sangat tapi rakan-rakan itu buat aku hilang percaya.
Pernah suatu hari, datang seorang lelaki ke rumah meminta tolong , katanya hendak meminjam wang kerana wangnya tidak cukup membeli keperluan sekolah anak-anaknya, aku menolak dengan lembut, aku katakan padanya bahawa aku tidak banyak wang ketika itu, ada pun hanya cukup-cukup, untuk keperluan anak-anak. dia pun pergi dengan penuh kehampaan. Sebelum ini pun aku pernah menghulurkan bantuan padanya tanpa meminta bayaran, hanya pada hari itu aku benar-benar tidak dapat membantu.
Selepas orang itu pergi, anak-anak mendekatiku, masing-masing dengan wajah sedih dan berkata kesihan pada orang itu, anak-anaknya tentu susah.. Aduh! meruntun perasaan, sesungguhnya aku juga sedih, sayu, bercampur kesal kerana tidak dapat membantu. Namun apa daya, kerana selalu ditipu itulah keputusan yang aku ambil...aku bukan orang kaya hanya sekadar makan gaji..gaji pun hanya cukup2 maklumlah semuanya dibayar menggunakan gaji, belanja anak2, rumah, kereta dan semuanya dibayar sendiri.
Saat yang perit bila aku susah malu pula untuk
meminta pertolongan pada saudara-mara atau juga rakan-rakan....malah aku sanggup meminjam along dari menyusahkan orang lain.
Ya Allah ampunkan dosa-dosa ini di atas ke angkuhan ini...
Ya Allah ampunkan dosa-dosa ini di atas ke angkuhan ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan