Ahad, 30 September 2012
Family I Love
love my family with my hold heart.
My love is Joy to love my family
Family is sad and happy and love.
Family is fun and painful and pretty.
My family is like all families we have
love and we have happiness and tears
I love my hold family
My family is like angels who fly in sky
I am grateful that I have family that loves
me.
My family are kind and nice and fun to be
around
My family is painful like all familys are and
heart breaking and Evil sometimes
My family is heart breaking and deadly like
everyone else
Hey I can't stop loving my family not matter what
it coats in the family.
Way my family is just makes me want have family
with someone be as good as they are.
But God know I love my family
and our love is great to have in life
and even know they leave he world they still
a live in my hearts.
Kristina Riggs
One Morning
Eamon Grennan
Looking for distinctive stones, I found the dead otter
rotting by the tideline, and carried all day the scent of this savage
valediction. That headlong high sound the oystercatcher makes
came echoing through the rocky cove
where a cormorant was feeding and submarining in the bay
and a heron rose off a boulder where he'd been invisible,
drifted a little, stood again -- a hieroglyph
or just longevity reflecting on itself
between the sky clouding over and the lightly ruffled water.
This was the morning after your dream of dying, of being held
and told it didn't matter. A butterfly went jinking over
the wave-silky stones, and where I turned
to go up the road again, a couple in a blue camper sat
smoking their cigarettes over their breakfast coffee (blue
scent of smoke, the thick dark smell of fresh coffee)
and talking in quiet voices, first one then the other answering,
their radio telling the daily news behind them. It was warm.
All seemed at peace. I could feel the sun coming off the water.
Rabu, 26 September 2012
Khasiat Jus Strawberry
Bahan-bahan ( 1 gelas )
- 5 biji buah strawberi segar
- 1 sb gula
- 1/4 gelas susu segar /UHT boleh juga
- 1/4 gelas kiub ais
- 1.5 gelas air masak
Cara-cara
- Blendkan buah strawberi bersama air masak
- Masukkan gula, seterusnya susu dan akhirnya ais..blend lagi dan siap utk diminum. (bagi yang tidak suka ais boleh juga disediakan tanpa ais atau suam).
Sabtu, 22 September 2012
Malaysia Negara Istimewa
|
MENJAMU selera dengan masakan Arab kini seumpama satu fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan. Meskipun harganya agak mahal berbanding di restoran biasa, ia bukanlah penghalang kepada orang ramai memenuhi restoran Arab terutama di Kuala Lumpur. Hidangan kebab kambing atau ayam dengan ramuan tersendiri sudah cukup membuatkan pelanggan terliur. Tidak cukup dengan itu, nasi Mandy yang menggunakan beras istimewa berlaukkan daging kambing panggang atau ayam panggang yang lembut memberikan kepuasan kepada penggemarnya. Di sebalik percambahan restoran Arab di negara ini, ia turut membuka peluang kepada golongan chef dari Asia Barat mencari peluang pekerjaan di negara ini. Meskipun sebahagian pekerja terpaksa berkorban dengan meninggalkan anak isteri di negara kelahiran mereka, tawaran gaji yang lumayan dan insentif-insentif lain antara faktor mereka sanggup berkelana di negara ini.
Selain itu, bukan mudah bagi pemilik restoran untuk mencari chef masakan Arab warga tempatan yang mampu memasak masakan tersebut dengan baik. Sehubungan itu, pemilik-pemilik restoran sanggup pulang ke negara asal masing-masing bagi mendapatkan chef-chef yang memenuhi kehendak mereka.
Mohammad Hamood, 33, dari Yemen antara individu yang mencari rezeki dengan bekerja di Restoran Hadramawt Palace di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bapa kepada lapan orang anak itu sanggup berhijrah ke negara ini setelah dijanjikan tawaran gaji dua kali ganda berbanding ketika bekerja sebagai chef di negaranya. "Demi menyara keluarga, saya perlu berkorban meninggalkan tanah air, isteri dan anak-anak.
"Reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju membuatkan saya tidak berfikir banyak kali untuk menerima tawaran kerja ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Mahir memasak masakan Yemen sejak berusia 14 tahun, minat tersebut berputik hasil didikan bapanya yang memiliki sebuah restoran di negara tersebut. Walaupun tidak memiliki sebarang kelulusan formal dalam bidang masakan, pengalaman yang ditimba selama dua dekad membuktikan kepakaran yang dimilikinya. Berada di negara ini sejak awal tahun lalu, rutin kerja Mohammad sebagai ketua chef agak padat. Bermula seawal pukul 11 pagi, dia akan memastikan segala keperluan restoran mencukupi termasuk sayur-sayuran, rempah-ratus, ayam dan daging kambing. Selain menyediakan kelengkapan tersebut, beliau juga bertanggungjawab perlu memberi arahan dan memastikan lapan chef lain di restoran berkenaan menyediakan menu-menu pada hari tersebut."Saya tinggal di asrama yang disediakan majikan, jadi tiada masalah untuk datang ke tempat bekerja. Pada hari cuti, saya akan berehat di asrama dan kadangkala bersiar-siar bersama rakan-rakan di Bukit Bintang.
Jumaat, 21 September 2012
Ribuan umat Islam protes
Dalam protes aman yang dianjurkan serentak iaitu selepas solat Jumaat di seluruh negara hari ini, para peserta perhimpunan aman itu antaranya melaungkan seruan Allahuakbar serta meminta masyarakat dunia menghormati agama lain termasuk Islam.
Di ibu negara, kira-kira 10,000 peserta perhimpunan bantahan itu diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru anjuran Pergerakan Pemuda UMNO serta di hadapan Kedutaan AS, anjuran Dewan Pemuda Pas.
Sumber Utusan.
Consumer action
There
are myriad ways that consumers can make more responsible fashion
choices, says Sarah Ditty, deputy editor of the Ethical Fashion Forum's
SOURCE Intelligence magazine.
"First, if you do need to buy something new, make sure you ask questions about the garment: Where was it made? How was it made? Who made it? What are the materials? How long will this last me? How do I care for it? How can I dispose of it when I'm finished with it?
"Look at the label, ask the shop assistant and do a little bit of extra research if you have to. Try to buy something with a Fair Trade, Organic or some other kind of ethical or environmental certification. When in doubt try to support small, local designers and look for high-quality, natural materials as they are usually designed for longevity.
"If you have a very limited budget, the least you can do is to try to buy vintage, second-hand, recycled or "upcycled" clothes so that you're giving a garment a new lease on life and diverting it from the landfill."

pearl Says
pearl Says
"Since the advent of women, nature becomes beautiful, because of the availability of men, the world becomes perfect. Consequently the availability of men and women behind Perfected a weakness a strength"
- DR. HM Al-Haj TUAH ISKANDAR
Rabu, 19 September 2012
Dayus
Dayus ialah lelaki yang mengetahui perkara dosa dilakukan oleh ahli keluarganya dan dia sekadar senyap dan membiarkan ia berlaku tanpa diambil apa-apa tindakan, dan termasuk dayus juga lelaki yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat". (Imam Az-Zahabi, Al-kabair)
Nabi saw. bersabda, "Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat, anak yang derhaka kepada ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus." (HR Ahmad dan Nasaie)
Nabi saw. bersabda, "Tiga yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan lelaki dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya." (HR Ahmad)
Selasa, 18 September 2012
Aku Redha
sekadar gambar hiasan |
Saya pernah memujuknya agar mengikuti agama yang kami anuti sekarang ini, namun dengan lembutnya dia menolak dan memberitahu saya bahawa sampai akhir hayatpun dia tetap dengan agama anutannya sama sekali dia tidak akan berganjak tegasnya. Saya tidak mampu memujuknya dan tetap menghormati keputusannya.
Saya teringat kisah Nabi Muhammad saw bersama datuk kesayangannya Abu Talib, diakhir hayat, datuknya kekal dengan agama anutannya, walau dia merupakan kekasih Allah, sesuci-sucinya insan pilihan Tuhan pun tidak mampu memujuk datuknya mengikuti agamanya sendiri iaitu Islam, inikan saya hanya insan kerdil yang tidak punya apa-apa, kurang ilmu dan sebagainya.
Namun dihati kecil ini, tersimpan rasa hampa kerana tidak berupaya memujuk makcik ini berhijrah sehingga dia menghembus nafasnya yang terakhir. Saya pasrah menyerahkan segala-galanya pada ilahi, hanya dia yang lebih mengetahui.
I Love My Family
Keluarga bahagia adalah idaman setiap insan bergelar ibu dan bapa. Kebahagiaan itu bermula daripada rumah yang terhasil dari kesepakatan suami isteri mendidik anak-anak menjadi insan berahlak. Anak-anak pula dididik mencintai Tuhan, Agama, bangsa dan sayangkan negara. Jangan biarkan jenerasi kita tanpa didikan dengan nilai-nilai murni ini.
Hari ini betapa sedihnya kita dengan perilaku anak-anak muda yang semakin hilang nilai kesopanan, rendah moral tidak berahlak, siapakah yang bersalah dalam soal ini? jangan terkejut jika tiba-tiba anak kita terlibat dengan perkara yang sungguh memalukan, kerana soalan pertama orang akan tanya anak siapakah itu? tentulah nama kedua ibubapa turut terbabit. Bagaimana perasaan kita sebagai kedua ibubapa, tentulah terkejut dan kecewa, sebagaimana yang berlaku baru-baru ini, telah mengemparkan 1 negara, seorang anak muda dengan begitu biadap dan kurang hajar menghina pemimpin Negara
Alangkah rendahnya ahlak anak muda seperti ini. Kita patut sama-sama membendung perkara ini jangan sampai berlaku lagi. Pihak pentadbir negara harus bertegas dalam hal seumpama ini, jika tidak perkara ini pasti akan berulang lagi. jadikan ini sebagai iktibar, perilaku anak-anak cerminan dari asuhan orang tua. Jangan sampai kita jadi bahan kutukan kerana perilaku anak-anak yang sebegini.
Orang tidak akan bertanya berapa banyak harta kamu, tetapi lazimnya orang akan bertanya berapa ramai anak kamu....maknanya anak-anak itu lebih bernilai berbanding harta. kita sama-sama fikirkan.

Jumaat, 7 September 2012
Diary Seorang Sahabat
Dia meratapi nasib malang yang menimpa dirinya sampai ke satu tahap yang dia hampir hilang pertimbangan, lupa tentang dirinya siapa, jika bukan kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil sudah pasti sahabat ini sudah membawa diri entah kemana . Mungkin suratan takdir telah tertulis sejak dari azali demikian suratan hidupnya, namun akhirnya dia pasrah menerima ketentuan ilahi..
Sahabat ini mengalami kemurungan yang teruk, Setelah kembali pulih, berkat daripada sokongan keluarga dan rakan-rakan dia kembali bangkit meneruskan perjuangan hidup, hidup ini mesti diteruskan, kegagalan tidak bermakna gagal selamanya, pasti ada hikmah Allah uji sampai ketahap begini. sesungguhnya kehidupan ini sukar di ramal apa yang bakal berlaku hari esok.
Syukur pada TUHAN berkat kesabaran kini saya melalui hari-hari bahagia bersama anak-anak yang kian membesar dan salah seorangnya telah berjaya kemenara gading Alhamdulillah ucapnya.
Buat renungan kaum wanita di luar sana sentiasa bersedia apa juga kemungkinan melanda dalam kehidupan ini, bukan kita meminta hanya sentiasa sediakan payung sebelum hujan tiba. Sentiasalah memanjatkan doa semoga Allah sentiasa melindungi rumahtangga kita dari dilanda badai. namun kita hanya merancang Allah juga yang menentukan segalanya.
Tiada wanita inginkan kehidupan porak peranda, tiada wanita ingin bergelar ibu tunggal namun itulah hakikat bahawa perjalanan hidup ini sudah ditentukan oleh Tuhan, kita selaku manusia hanya merancang namun dia pencipta yang menentukan.
Kajol Mahu Berlakon Sehingga Usia 70 Tahun
Kajol |
Membintangi filem-filem cereka bercorak komersial bukan lagi sesuatu yang dikejar oleh bintang Kuch Kuch Hota Hai, Kajol. Sebaliknya, dia lebih gemar menjayakan sesebuah filem yang berorientasikan wanita yang keuntungannya tidak seberapa jika dibandingkan dengan filem-filem cereka bercorak komersial. "Kalau boleh saya mahu buat sekurang-kurangnya 3 buah filem yang boleh meninggalkan kesan serta mampu mencipta sejarah dan industri perfileman Bollywood dan untuk ke arah itu, saya tengah cari skrip yang sesuai.
"Saya dan Ajay (suami) juga sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam sebuah filem bersama tetapi buat masa ini kami masih belum mencapai apa-apa keputusan lagi kerana sibuk mempromosikan filem Son Of Sardar yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. "Apapun selagi hayat masih ada, saya masih mahu berlakon sehingga usia saya 70. Siapa tahu saya boleh berlakon sebagai seorang nenek yang seksi dan jelita,"katanya.
Bagus juga kalau usia sampai ke angka itu yaa...
Rabu, 5 September 2012
Mereka bilang aku wanita pelik
Sesungguhnya tidak, aku masih bermasyarakat, bergaul dengan orang, bertandang kerumah orang bila dijemput, menghadiri majlis-majlis dan sebagainya. Hanya barangkali mereka melihat sikap aku yang ada kalanya suka bersendirian, tapi bukan bercakap sorang-sorang..ada waktu-waktunya aku suka bersendirian bila ketika dalam keadaan banyak kerja atau ada urusan yang terpaksa dibuat dalam kadar segera.
Kebetulan aku memang suka membaca, kalau bukan buku, laptop aku akan bawa ke mana-mana. kalau masa-masa kursus pula, aku suka tidur dalam bilik berseorangan bukan aku tidak mahu berkongsi dengan rakan lain, tapi aku selesa dalam keseorangan. sebabnya aku ini jenis lambat bangun, penampilan kemas itu ciri-ciri aku, tidak selesa dalam keadaan semborono, aku bersiap merapi diri memakan masa , jadi untuk tidak menyusahkan orang, yang terpaksa menunggu lama, atau timbul ketidakselesaan rakan, maka lebih baiklah aku bersendirian, aku selesa, tidak menyusahkan kawan dan siapa-siapa saja. itu sahaja...tiada apa-apa yang pelik pun...

Selasa, 4 September 2012
Awas virus Tikus mengundang Maut
Kota Bharu: Jangkitan virus kencing tikus di negeri ini semakin membimbangkan apabila sudah mencatat tiga kes kematian. Tiga kematian yang disahkan akibat jangkitan virus itu,
membabitkan tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali
Hasni Md Hassan, berkata walaupun jumlah kes jangkitan virus tidak
banyak, ia sangat berbahaya.
"Penyakit jangkitan kuman kencing tikus ini tidak merebak, tetapi kesannya boleh menyebabkan kemudaratan yang teruk sehingga membawa kepada kematian. "Jangkitannya senang terkena jika tempat tinggal manusia mempunyai hubungan dengan habitat tikus. Contohnya kencing tikus yang mengalir ke kawasan air bertakung seperti sungai boleh menyebabkan jangkitan berlaku.
Badan perlu dibersihkan
"Ditambah pula jika air yang mengandungi kencing tikus itu tidak dibersihkan daripada badan, maka memudahkan lagi ia merebak," katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri HRPZ II, di sini, semalam. Sementara itu, beliau berkata kes denggi di negeri ini semakin berkurangAN apabila tiada kematian dilaporkan tahun ini, berbanding tahun sebelumnya.
"Sebelum ini jumlah kes denggi di negeri ini berada pada kedudukan ke-10 daripada 14 negeri berbanding sebelum ini nombor satu. Kejayaan ini berikutan mendapat kerjasama daripada semua jabatan kesihatan."Kes denggi berdarah masih ada, namun ia masih dapat dikawal dengan baik yang mana jumlahnya berlaku turun naik," katanya.

Apakah Golongan Manusia Sebiadap Ini Yang Kita Sokong Sebagai Pentadbir Negara
Antara gambar-gambar diedarkan ialah dua peserta wanita memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan pada muka depan Mingguan Malaysia semalam. Turut diedarkan ialah gambar seorang pemuda menunjukkan punggung di atas gambar Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa keping gambar peserta lelaki dan wanita lain yang mengibarkan bendera untuk menggantikan Jalur Gemilang.
Menurut sumber, polis mengenal pasti pemuda berkenaan adalah pelajar sebuah kolej swasta di Cheras.
Bagaimanapun, ketika pemeriksaan polis, pelajar terbabit telah melarikan diri ke Batu Pahat, Johor.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kesemua 11 keping gambar diedarkan itu menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan tersebut.
"Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mengenali mana-mana individu yang gambarnya disiarkan oleh media supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Isnin, 3 September 2012
Rumah Mesra Rakyat-kenapa sukar dipohon?
RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) DIPERKENAL SPNB | BAJET 2012 | Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang berkonsepkan reka bentuk hijau yang lebih selesa mulai tahun depan. Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, sebanyak 10,000 unit RMR yang diluluskan di dalam Bajet 2012 akan dibina dengan konsep demikian. Beliau berkata, empat reka bentuk baru akan ditawarkan dengan kos sebuah unit kira-kira RM65,000 yang RM20,000 daripadanya akan diberi subsidi oleh kerajaan. Kerajaan akan menanggung jumlah keseluruhan subsidi itu sebanyak RM200 juta.
Kamarul Rashdan berkata, rumah-rumah
tersebut berkeluasan 1,000 kaki persegi berbanding 866 kaki bagi reka
bentuk asal. Antara keistimewaan lain yang turut disediakan pada rumah
pasang-siap itu ialah ia diperbuat daripada komponen yang dapat menyerap
haba panas serta tempat menadah air hujan.
Reka bentuk sebegitu adalah bagi
memenuhi saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) pada tahun 2009
supaya rumah RMR dibina dengan memberi lebih keselesaan kepada
penghuninya, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci RMR
kepada seorang penerima di sini hari ini.
Kamarul Rashdan berkata, bagi
mengurangkan beban rakyat untuk memiliki rumah tersebut, tempoh
pembayaran baliknya akan dipanjangkan kepada 25 tahun yang pemilik hanya
perlu membayar sekitar RM150 bulan sepanjang tempoh itu.
SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/rumah-mesra-rakyat-rmr-diperkenal-spnb-bajet-2012/#ixzz25Qa8ra00
Urus Wasiat Sebelum Mati- Jangan Kerana Harta Kaum Keluarga Berantakan
Daripada Thalhah bin Musharrif, katanya: “Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa: Adakah Rasulullah SAW berwasiat? Jawabnya: Tidak! Aku bertanya: Mengapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat? Jawabnya: Baginda berwasiat dengan kitabullah azzawajalla (al-Quran).” (Riwayat Muslim)
Mati adalah penutup bagi usia seseorang yang hidup. Kedatangan mati adalah pasti dan tidak diragui, sekalipun tidak diketahui bila dan bagaimana kejadian bakal berlaku. Oleh itu seseorang yang mempunyai harta disarankan meninggalkan wasiat mengenai hartanya sebelum dia meninggal dunia.
Seseorang yang mempunyai harta disarankan meninggalkan wasiat mengenai hartanya sebelum dia meninggal dunia” Urusan pembahagian harta selepas mati lebih mudah diselesaikan dengan adanya wasiat sama ada melalui pemegang wasiat atau surat yang disahkan dengan adanya saksi.
Bagaimanapun Rasulullah SAW tidak meninggalkan sebarang wasiat sebelum wafatnya kerana Baginda tidak mempunyai harta untuk diwasiatkan. Baginda hanya memiliki sebidang tanah, tetapi tanah itu telah diwakafkan faedahnya kepada umat Islam.
Sabda Baginda SAW: “Kami (para Nabi) tidak meninggalkan pusaka, harta yang kami tinggal semuanya sedekah (kepada seluruh umat Islam).”
Selain sebidang tanah, Nabi meninggalkan sebilah pedang dan keldai kacukan yang pernah ditungganginya.Kata Imam Nawawi, Nabi SAW tidak perlu berwasiat kerana semua harta baginda Tidak ada wasiat kepimpinan selepas baginda wafat.
Para sahabat ada yang mewasiatkan sebahagian harta mereka kerana mendekati diri kepada Allah. Sebahagian mereka juga meninggalkan surat wasiat untuk diurus harta mereka selepas peninggalan mereka. Sementara itu, bagi yang mempunyai harta, mereka dinasihatkan supaya membuat wasiat dan tidak berlengah melakukannya.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pelik Kucing 2 wajah
Ribuan pengunjung melawati laman Facebook kucing aneh itu yang setakat ini sudah menerima 40,000 ‘like,’ sementara video mengenai kucing yang comel itu di YouTube ditonton hampir sejuta kali dalam masa beberapa hari saja.
Bulu muka kucing itu yang terbahagi secara simetri dengan warna hitam dan perang kemerah-merahan disamakan dengan versi lebih comel karektor komik, musuh Batman paling terkenal, Two-Face.
Langgan:
Catatan (Atom)