sekadar gambar hiasan |
Saya pernah memujuknya agar mengikuti agama yang kami anuti sekarang ini, namun dengan lembutnya dia menolak dan memberitahu saya bahawa sampai akhir hayatpun dia tetap dengan agama anutannya sama sekali dia tidak akan berganjak tegasnya. Saya tidak mampu memujuknya dan tetap menghormati keputusannya.
Saya teringat kisah Nabi Muhammad saw bersama datuk kesayangannya Abu Talib, diakhir hayat, datuknya kekal dengan agama anutannya, walau dia merupakan kekasih Allah, sesuci-sucinya insan pilihan Tuhan pun tidak mampu memujuk datuknya mengikuti agamanya sendiri iaitu Islam, inikan saya hanya insan kerdil yang tidak punya apa-apa, kurang ilmu dan sebagainya.
Namun dihati kecil ini, tersimpan rasa hampa kerana tidak berupaya memujuk makcik ini berhijrah sehingga dia menghembus nafasnya yang terakhir. Saya pasrah menyerahkan segala-galanya pada ilahi, hanya dia yang lebih mengetahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan