Kami memberikan sentuhan rekaan yang berbeza-beza bagi setiap bahagian. Bagaimana pun perbezaan-perbezaan itu masih dapat mengekalkan kesepadanan gaya serta warna bagi mengimbangkan penampilan dapur yang elegan.
Kerja-kerja pemasangan memberi kami sedikit cabaran. Dalam projek ini kami hanya melaksanakan “kerja-kerja kayu/kabinet”. Kerja-kerja pembinaan table top dan pemasangan jubin dinding dilaksanakan pihak lain. Pembuatan kabinet memerlukan ketepatan tetapi pihak lain mungkin tidak berapa peka mengenainya. Jadi kami perlu bekerja lebih sedikit dalam usaha menutup perbezaan berkenaan.
Kami
“highlightkan” bahagian kabinet dapur yang bergaya moden dengan
penggunaan pintu “dark reflective glass” berbingkai aluminium serta ply
melamine ini. Nampak elegan dan kemas.
Dari
sudut pandangan yang berbeza. Jika anda perasan kami sememangnya lebih
suka menggunakan “dark reflective glass” berbanding dengan “frosted
glass” kerana ia nampak lebih mewah.
Sumber Blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan