Rabu, 28 Mac 2012

Jamu Mak Dara terbukti berkesan

Jamu Mak Dara merupakan makanan tambahan produk tradisional yang telah diamalkan oleh golongan wanita . Wanita yang mengamalkan memakan jamu terbukti mempunyai tubuh badan yang menarik dari dalaman dan luaran, Jamu ini mampu membantu memperlambatkan proses ketuaan dan rasa sentiasa bertenaga. Wanita yang telah melahirkan anak sangat digalakkan mengamalkan produk seumpama ini bagi membantu mengekalkan kecantikan tubuh badan.
Dan yang paling mengejutkan bila mengamalkan produk ini hubungan intim bersama suami seperti ketika malam pertama, sungguh, hanya bila meminum jamu ini badan terasa panas membahang dalam beberapa minit, selepas itu akan kembali seperti biasa. saya bukan berkempen untuk produk ini, saya tiada kepentinganpun, hanya ingin berkongsi pada wanita diluar sana. Kita sebagai wanita yang telah melahirkan anak perlu penjagaan jangan biarkan tubuh kita tidak terjaga.

Jumaat, 9 Mac 2012

Always with me


Ya ALLAH tergamaknya seorang anak memperlakukan IBUnya begini

Berderai air mataku menonton video kisah ibu ini, Nasib baiklah pemilik dan pekerja Hotel itu orang budiman, Cina pula tu,  Sampai hati si anak memperlakukan ibunya begini.
 Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu. Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan. Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.


Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel. Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.




Khamis, 8 Mac 2012

Kisah Hakim, Nenek dan Ubi Kayu



sedih juga kisah ini- andai sayalah tuan ladang itu, saya akan sedekahkan saja, apa sangat setakat ubi kayu

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. “Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.” Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.