Rabu, 18 April 2012

Keputusan dua beradik mohon murtad 10 Mei


PULAU PINANG 18 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan sehingga 10 Mei ini keputusan bantahan awal kes dua beradik yang memohon mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad). Hakim Syarie, Othman Ibrahim menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan mahkamah menyediakan alasan penghakiman sebelum keputusan kes dibuat. Dalam kes yang difailkan penghujung 2010, Roslina Abdul Rashid dan adiknya, Rosli masing-masing berumur 30-an selaku plaintif, menamakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai defendan.

Permohonan itu dikemukakan berikutan undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 memberi kuasa kepada mahkamah untuk mendengar dan memutuskan semua tindakan serta prosiding membabitkan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam. - UTUSAN

Ahad, 8 April 2012

Bukan Kudung sebarang Kudung



KLANG: Wanita ini kudung kaki kiri, tetapi dipercayai mendalangi sindiket jual bayi warga tempatan kepada pasangan yang tiada anak untuk dijadikan anak angkat. Dia yang juga warga Singapura dikesan menghantar gambar bayi berkenaan melalui MMS dan menawarkannya mengikut harga tertentu bergantung kepada kedudukan kewangan pasangan yang berminat membeli. Malah, sindiket terbabit yang disyaki bergiat aktif sejak dua bulan lalu itu turut menggaji tiga wanita rakyat tempatan sebagai pengasuh bayi berkenaan sebelum dijual.

Sudahlah cacat tak sedar-sedar masih  mampu melakukan perkara tidak bermoral. Namun kecacatan fizikal tidak menghalang nafsu jahat bermaharajalela.

Selasa, 3 April 2012

Cantik di Pandang damai dihati



Setiap insan pasti suka melihat yang indah-indah, dan bunga adalah kesukaan insan bernama wanita, tanpa tumbuhan ini menghias halaman sudah pasti tidak akan terlihat keindahan sebuah teratak tempat berteduh, walau teratak itu tidak semegah banglo mewah, namun andai dihiasi dengan jambangan ini pasti keserian akan terserlah. Bukan saja hiasan pada luaran, hiasan dalaman teratak harus ada,  Irama dan Lagu tak dapat di pisahkan. Hanya sekadar pandangan peribadi saja.

Ahad, 1 April 2012

Bayi berwajah Katak



Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin. Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu. Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan. Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.


“Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey,” katanya

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil. Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera. Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya. Bayi itu tidak mempunyai otak. Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.