GEORGETOWN: Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin, digesa tampil
bersama membuat pengakuan berhubung status sebenar Farah Afifah Azmin
dari segi hukum syarak.
Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, berkata
pengakuan itu perlu dilakukan segera bagi merungkai persoalan dan
kekeliruan mengenai anak Shamsidar, Farah Afifah.
Katanya, pelbagai pihak dalam PKR sendiri tertanya-tanya
mengenai perkara itu tetapi tidak berani bersuara kerana takut dipecat,
sejak dulu lagi. “Apakah pertalian sebenar mengikut hukum syarak antara anak
Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai,
Nurul Izzah dengan anak Azmin dan Shamsidar iaitu Farah Afifah.
“Perkara ini semakin hangat diperkatakan, malah saya sendiri
terdetik untuk tampil selepas rakan baik Anwar, Datuk S Nallakaruppan,
membuat pendedahan apa yang selama ini disembunyikan,” katanya pada
sidang media di rumahnya di Jelutong, di sini semalam. Ditanya mengenai perbincangan hangat dalam PKR mengenai status
Farah Afifah, Aminah berkata, beliau yang satu ketika dulu masih
berjuang bersama PKR sering mendengar khabar angin berkenaan namun
enggan percaya. “Dulu, apabila saya berjumpa dengan beberapa sahabat dalam
PKR, mereka sering memperkatakan tetapi disebabkan tiada bukti kukuh,
kami hanya mendiamkan diri,” katanya.
Aminah yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia
(PKIM), berkata kedua-dua isteri pemimpin tertinggi PKR itu perlu
memperbetulkan tanggapan orang ramai terutama penyokong parti berkenaan.“Ramai yang beranggapan bahawa PKR adalah sebuah Parti Seks
Bebas dan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), malah
perjuangan politik yang selama ini diperjuangkan adalah topeng
semata-mata.
“Ada yang berkata perjuangan sebenar PKR adalah perjuangan
nafsu seks pemimpin seiring dengan usaha PKR mempromosikan agenda
seksualiti mereka saja,” katanya.