Selasa, 18 September 2012

I Love My Family

Keluarga bahagia adalah idaman setiap insan bergelar ibu dan bapa. Kebahagiaan itu bermula daripada rumah yang terhasil dari kesepakatan suami isteri mendidik anak-anak menjadi insan berahlak. Anak-anak pula dididik mencintai Tuhan, Agama, bangsa dan sayangkan negara. Jangan biarkan jenerasi kita tanpa didikan dengan nilai-nilai murni ini.

Hari ini betapa sedihnya kita dengan perilaku anak-anak muda yang semakin hilang nilai kesopanan, rendah moral tidak berahlak, siapakah yang bersalah dalam soal ini? jangan terkejut jika tiba-tiba anak kita terlibat dengan perkara yang sungguh memalukan, kerana soalan pertama orang akan tanya anak siapakah itu? tentulah nama kedua ibubapa turut terbabit.  Bagaimana perasaan kita sebagai kedua ibubapa, tentulah terkejut dan kecewa, sebagaimana yang berlaku baru-baru ini, telah mengemparkan 1 negara, seorang anak muda dengan begitu biadap dan kurang hajar menghina pemimpin Negara

Alangkah rendahnya ahlak anak muda seperti ini. Kita patut sama-sama membendung perkara ini jangan sampai berlaku lagi. Pihak pentadbir negara harus bertegas dalam hal seumpama ini, jika tidak perkara ini pasti akan berulang lagi.  jadikan ini sebagai iktibar, perilaku anak-anak cerminan dari asuhan orang tua. Jangan sampai kita jadi bahan kutukan kerana perilaku anak-anak yang sebegini.

Orang tidak akan bertanya berapa banyak harta kamu, tetapi lazimnya orang akan bertanya berapa ramai anak kamu....maknanya anak-anak itu lebih bernilai berbanding harta. kita sama-sama fikirkan.


Jumaat, 7 September 2012

Diary Seorang Sahabat



 Dia adalah seorang insan seperti anda, di lahirkan nun jauh di desa sana, tahap pendidikan tidaklah tinggi mana hanya setakat SPM, selepas tamat sekolah dia bekerja makan gaji dengan kerajaan, tidak pernah bercita-cita menyambung pengajian kerana berfikir yang penting sudah bekerja dan dapat gaji, namun segala-galanya berubah setelah melalui kehidupan yang sukar, mahligainya di landa badai, terataknya musnah.

Dia meratapi nasib malang yang menimpa dirinya sampai ke satu tahap yang dia hampir hilang pertimbangan, lupa tentang dirinya siapa, jika bukan kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil sudah pasti sahabat ini sudah membawa diri entah kemana . Mungkin suratan takdir telah tertulis sejak dari azali demikian suratan hidupnya, namun akhirnya dia pasrah menerima ketentuan ilahi..

Sahabat ini mengalami kemurungan yang teruk, Setelah kembali pulih, berkat daripada sokongan keluarga dan rakan-rakan dia kembali bangkit meneruskan perjuangan hidup, hidup ini mesti diteruskan, kegagalan tidak bermakna gagal selamanya, pasti ada hikmah Allah uji sampai ketahap begini.  sesungguhnya kehidupan ini sukar di ramal apa yang bakal berlaku hari esok.

Syukur pada TUHAN berkat kesabaran kini saya melalui hari-hari bahagia bersama anak-anak yang kian membesar dan salah seorangnya telah berjaya kemenara gading  Alhamdulillah ucapnya.

Buat renungan kaum wanita di luar sana sentiasa bersedia apa juga kemungkinan melanda dalam kehidupan ini, bukan kita meminta hanya sentiasa sediakan payung sebelum hujan tiba. Sentiasalah memanjatkan doa semoga Allah sentiasa melindungi rumahtangga kita dari dilanda badai. namun kita hanya merancang Allah juga yang menentukan segalanya.

Tiada wanita inginkan kehidupan porak peranda, tiada wanita ingin bergelar ibu tunggal namun itulah hakikat bahawa perjalanan hidup ini sudah ditentukan oleh Tuhan, kita selaku manusia hanya merancang namun dia pencipta yang menentukan.

Kajol Mahu Berlakon Sehingga Usia 70 Tahun

Kajol: Saya Mahu Berlakon Sehingga Usia 70 Tahun
Kajol

Membintangi filem-filem cereka bercorak komersial bukan lagi sesuatu yang dikejar oleh bintang Kuch Kuch Hota Hai, Kajol. Sebaliknya, dia lebih gemar menjayakan sesebuah filem yang berorientasikan wanita yang keuntungannya tidak seberapa jika dibandingkan dengan filem-filem cereka bercorak komersial. "Kalau boleh saya mahu buat sekurang-kurangnya 3 buah filem yang boleh meninggalkan kesan serta mampu mencipta sejarah dan industri perfileman Bollywood dan untuk ke arah itu, saya tengah cari skrip yang sesuai.

"Saya dan Ajay (suami) juga sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam sebuah filem bersama tetapi buat masa ini kami masih belum mencapai apa-apa keputusan lagi kerana sibuk mempromosikan filem Son Of Sardar yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. "Apapun selagi hayat masih ada, saya masih mahu berlakon sehingga usia saya 70. Siapa tahu saya boleh berlakon sebagai seorang nenek yang seksi dan jelita,"katanya.

Bagus juga kalau usia sampai ke angka itu yaa...


Rabu, 5 September 2012

Mereka bilang aku wanita pelik

Sesungguhnya tidak, aku masih bermasyarakat, bergaul dengan orang, bertandang kerumah orang bila dijemput, menghadiri majlis-majlis dan sebagainya. Hanya barangkali mereka melihat sikap aku yang ada kalanya suka bersendirian, tapi bukan bercakap sorang-sorang..ada waktu-waktunya aku suka bersendirian bila ketika dalam keadaan banyak kerja atau ada urusan yang terpaksa dibuat dalam kadar segera.

Kebetulan aku memang suka membaca, kalau bukan buku, laptop aku akan bawa ke mana-mana. kalau masa-masa kursus pula, aku suka tidur dalam bilik berseorangan bukan aku tidak mahu berkongsi dengan rakan lain, tapi aku selesa dalam keseorangan. sebabnya aku ini jenis lambat bangun, penampilan kemas itu ciri-ciri aku, tidak selesa dalam keadaan semborono, aku bersiap merapi diri memakan masa , jadi untuk tidak menyusahkan orang, yang terpaksa menunggu lama, atau timbul ketidakselesaan rakan, maka lebih baiklah aku bersendirian, aku selesa, tidak menyusahkan kawan dan siapa-siapa saja. itu sahaja...tiada apa-apa yang pelik pun...