Rabu, 2 Januari 2013

Sambutlah Tetamu dengan muka yang paling manis



Beberapa hari lalu , Aku telah menghadiri undangan majlis perkahwinan di beberapa buah kampung, ada lima  jemputan yang harus aku hadiri pada hari tersebut, maklumlah diakhir tahun begini ramai yang menggambil kesempatan melangsungkan perkahwinan kerana ramai yang sedang bercuti, Dalam majlis tersebut ada perkara yang boleh di jadikan iktibar, yang mana betapa pentingnya sikap ramah dalam bab menyambut tetamu jika tidak pasti jadi bahan cerita dan kurang menyenangkan kepada para tetamu.

Ketika aku menghadiri majlis perkahwinan di salah sebuah  kampung dari jauh sudah terlihat senyuman manis  tuan rumah kepada para tetamu seterusnya bersalam dan memperlawa menjamu hidangan yang telah tersedia sambil beramah mesra, tetamu rasanya sangat dihormati walaupun berlaku hanya sekejap, kerana kita faham dalam keadaan begitu tuan rumah agak sibuk.

Setelah selesai  menjamu dimajlis itu aku terpaksa minta diri daripada tuan rumah untuk meninggalkan majlis kerana ada beberapa majlis lagi yang harus aku hadiri. Aku pun meneruskan perjalanan menghadiri undangan seterusnya dengan penuh bersemangat, Setibanya aku di majlis yang kedua itu sungguh berbeza keadaan, alangkah malunya aku kerana tuan rumah dan para ahli keluarganya yang berada di situ tidak pun memperlawa atau menyapa kepada tetamu yang datang, membiarkan kami tercengang-cengang dan serba salah, sekurang-kurangnya persilakanlah  duduk atau bersalam kah mungkin juga sibuk tapi berama- mseralah dengan para undangan walau hanya sesaat pun memadailah. Ini tidak,  tuan rumah membiarkan saja tetamu terpingga-pingga dalam keadaan serba salah. Aku dan beberapa tetamu yang lain hanya melopong akhirnya kerana malas dengan suasana sebegitu aku meninggalkan majlis itu dan meneruskan menghadiri undangan keseterusnya.


Tahun baru 2013

Belum terlewat saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada warga dunia yang masih berada di muka bumi ini semoga tahun ini banyak membawa tuah buat kita semua. Sejak saya wujudkan blog yang tak sepertinya ini, banyak perkara telah saya pelajari antaranya berkenaan dengan dunia blog dan bermacam-macam perkara. Telah lama saya meneroka blog-blog para blogger namun belum terlintas difikiran untuk buka blog sendiri pada ketika itu, kerana tak tahu lagi bagaimana membuat blog, lagi pula asyik sibuk saja langsung tiada masa.

Satu hari tiba-tiba saya jatuh sakit selama tiga minggu saya terlantar, sepanjang tiga minggu itu saya terlalu stress kerana sakit saya tidak sembuh-sembuh, namun dalam masa sakit-sakit itu tidaklah sampai tidak mampu melakukan kerja-kerja dirumah. Salah satu pendekatan yang saya ambil menghilangkan stres saya menghadap laptop seharian sambil meninjau blog-blog yang ada dalam enternet. buka punya buka sampailah saya terjumpa teknik membuat blog. maka saya pun terus-menerus membuka sambil belajar..alahai ingatkan susah sangat buat blog, rasanya tak sampai pun 1 minit.

Setelah terwujudnya blog ini, baru tahu mencipta blog memangnya mudah tetapi bahan pengisian dalam blog ini yang menjadi terstak-stak hehe, ada blog tapi tiada bahan baru untuk dimuatkan sepilah blog.  ciplak-ciplak artikel orang ok juga cuma tidak best pula rasanya kerana perbuatan ini boleh membantutkan jari-jemari untuk menulis serta berfikir dan paling best tulislah artikel sendiri...

Blog yang paling saya tidak suka baca, apa bila penulis blog itu menulis perkataan  sepotong-sepotong saya tidak faham alahai saya terus tidak jadi baca, patut tulislah ayat penuh agar pembaca faham dan tidak stres bila membaca.

Saya bukanlah hebat sangat dalam tulis-menulis ini, maklum sajalah sudah lama meninggalkan dunia penulisan setelah tamat persekolahan dulu. Pernah mengikuti persatuan penulis namun saya tidak dapat meneruskan lantaran tuntutan tugas jabatan yang begitu padat. Akhirnya otak saya terbiar beku dan tidak kreatif lagi bermain bahasa hehe.

Namun setelah ada blog timbul pula keinginan untuk menulis sekurang-kurang otak yang sudah beku ini dapat diguna pakai semula setelah sekian lama terbeku. Berkat dari kekerapan meneroka parablog banyak membantu saya mencairkan kebekuan otak yang telah lama direhatkan.

Walau pun hanya sekadar blog picisan kata orang " akan tetapi maksud blog picisan itu adalah blog yang tidak bermutu, blog tiada gred, blog yang carut-mencarut...hehe rasa-rasanya ada juga mencarut sikit-sikit..  sekurang-kurang ada juga bahan bermanfaat yang boleh dikongsi walau hanya secebis ayat yang penting pembaca faham.


Selasa, 20 November 2012

Dasar Manusia tidak bersyukur

Manusia merupakan sebaik-baik mahluk yang Tuhan ciptakan, tiada mahluk lain sesempurnanya melainkan manusia. ini adalah anugerah Ilahi kepada kita yang harus disyukuri, Namun telah menjadi dasarnya sebilangan manusia di muka bumi ini tidak mensyukuri segala nikmat yang dikecapi. malah dengan bongkak dan angkuh  bersikap seolah-olah mereka itulah manusia paling hebat.

Khamis, 18 Oktober 2012

Rentetan Kehidupan Zaiton Sameon

Perjalanan hidup setiap individu itu memang dipenuhi dengan pelbagai liku dan ranjau yang berwarna warni dan tidak dinafikan, segala pengalaman itulah yang membuatkan seseorang itu matang dalam menghargai kehidupan yang mereka miliki. Kehidupan seorang anak seni juga tidak kurang menariknya apabila pelbagai pengalaman yang ditempuh sepanjang karier dan kehidupan menjadi tatapan umum semua pihak sama ada peminat mahupun sebaliknya. Apatah lagi jika pengalaman itu melibatkan kejadian-kejadian tragis seperti terbabit dalam sebuah kemalangan yang meragut nyawa individu tersayang sewaktu berada di puncak kegemilangan karier seninya. Itulah antara sedikit daripada coretan kisah hidup seorang penyanyi yang dahulunya terkenal di seluruh pelosok negara melalui lagu-lagu seperti Menadah Impian, Kabut Serangkai Mawar dan Menaruh Harapan.

Zaiton Sameon merupakan seorang penyanyi yang berada di tangga teratas sewaktu di puncak popularitinya dan menjadi sanjungan peminat tetapi kehilangan segala-galanya selepas terbabit dengan satu kemalangan ngeri pada tahun 1990. Filem Zaiton Ceritaku yang dikeluarkan syarikat produksi Bruang Filem Sdn. Bhd. ini bertujuan menceritakan perjalanan dan liku-liku hidup yang terpaksa diharungi penyanyi Zaiton Sameon selepas kemalangan tersebut. Filem berbentuk autobiografi ini juga mempertaruhkan pelakon dan penyanyi, Nadia Aqilah Bajuri yang memegang watak sebagai Zaiton dalam filem pertama lakonannya.

Gadis berusia 26 tahun ini mengakui bahawa dia dapat merasa emosi dan kesedihan yang dialami oleh Zaiton sendiri sewaktu melakonkan watak penyanyi itu. "Saya memang suka hidup dalam watak yang diberi, jadi apabila memainkan watak ini, saya dapat merasakan kesedihan yang ditanggung penyanyi itu. "Apabila dia kehilangan segalanya akibat kemalangan termasuk karier seni malah anak kesayangannya, kadangkala saya tidak dapat menahan daripada turut bersimpati kepadanya," katanya yang ditemui selepas majlis pra-tonton filem itu baru-baru ini.

Nadia yang turut menyanyikan lagu Menaruh Harapan dalam filem itu menambah, dia berharap filem itu dapat mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap penyanyi itu yang telah banyak berjasa dalam industri seni tanah air. "Filem ini menunjukkan cabaran demi cabaran yang terpaksa dilalui oleh Zaiton selepas kehilangan insan-insan yang tersayang dalam hidupnya. "Saya juga berharap masyarakat dapat memberikan penghormatan yang sewajarnya diterima oleh Zaiton kerana dia merupakan seorang wanita yang cekal dan tabah," katanya.

Wanita ini juga berharap peminat dapat mendalami penderitaan dan cabaran yang terpaksa dilalui seorang penyanyi yang telah menghiburkan jutaan peminatnya suatu masa dahulu.