Khamis, 17 Januari 2013

Sendiriii.......


Kesendirian yang kurasa
membuatku terus berfikir
dan mencuba untuk
memahahami segalanya
dan terus berfikir
hingga aku tak tahu lagi
apa yang sebenarnya kufikirkan
hanya bisa merasa
betapa hidup ini
begitu melelahkan
tiada harapan untuk
bisa tersenyum
seakan hati ini
telah terluka parah
ku disini terduduk
dengan mata nanar
terhalang airmata yang meleleh tiada henti
kutatap gelapnya langit
tanpa bintang
KAU tentu melihatku
yang kelelahan
mengharungi takdir-MU
yang cuba terus bertahan dijalan-MU
tolong hulurkan tangan-MU
hingga aku dapat berdiri
dan melangkah lagi
mengharungi kehidupan
yang belum selesai kujalani
tolong biarkan bintang-bintang
bersinar lagi
hingga aku dapat
menentukan arah
dan tidak tersesat

Binatang lagi tahu erti kasih sayang



Saya menulis tentang ini kerana melihat pada sikap binatang ini begitu tinggi daya prihatin terhadap anaknya, buat saya berfikir dia hanya seekor binatang namun akalnya lebih sempurna berbanding manusia yang membuang anak dan jadi pembunuh. Berbeza sekali dengan binatang ini, saya perhatikan sungguh dalam kasih sayang terhadap anak-anaknya. Sesaat anaknya hilang  dari pandangan dia akan memanggil-manggil anaknya dan dia tidak suka anaknya diganggu. Malah dia akan berusaha mempertahankan anaknya dari sebarang ganguan atau ancaman.


Aku Tidak Bijak Membodek..

Sebagai kakitangan kerajaan banyak perkara yang buat kita rasa tidak puas hati, kekadang berlaku pilih kasih di kalangan pegawai atasan yang buat kita rasa kecewa, menyampah, meluat, geram dan panas hati. Yang suka angkat kaki, mengampu dan banyak gaya ditonjolkan bagi menarik perhatian pihak atasan. Sikap begini mungkin ada baiknya juga kerana boleh menyumbang keuntungan  kepada si pengampuh.

 Sehingga tiba-tiba ada yang mendapat anugerah yang entah dari sudut mana dia dilihat menyumbang kepada kecemerlangan itu walhal belum pun panas kerusi tempat dia duduk,, yang bertungkus-lumus pula langsung tidak mendapat apa-apa,  mungkin agaknya kerana tidak mahir mengampuh atau angkat kaki atau bermuka-muka sebab itu tidak menarik perhatian .

Dalam hal-hal angkat kaki ini saya sememangnya tidak berbakat, saya tidak suka bersikap suka berpura-pura, saya akan buat sebagaimana yang sepatutnya tanpa menunjuk-nunjuk. saya melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab. Tanpa kemahiran mengangkat kaki. apa pun tak apalah bukannya ada niat dengki tapi memang tak adillah..Tidak dapat anugerah pun tak apa janji gembira melaksanakan tugas dan hati sentiasa ceria hemmmm....

Rabu, 16 Januari 2013

Aku Tidak Mahu Bersubahat


Perkara ini selalu buat aku rasa serba salah, bila setiap kali bos minta aku berbohong, alahai lama2 aku naik rimas, patutkah aku turuti segala arahan bos ini..aku rasa bengang..aduhai..bukan setakat sekali atau dua kali sudah berulang kali ...sudah berlambak dosa aku ni angkara bos seorang ni..

Dahlah jarang masuk ofes, tanggungjawab selalu diabaikan, nasib baiklah aku ada untuk handle segala urusan dia jika tidak mengamuklah bos diatas sana huhu...

Tidak sangguplah aku menangung dosa selamanya ..patut kalau dah tidak sanggup menjalankan tugas  lebih baik letak jawatan , kerja sendiri lagi baik tidak terikat dengan siapa2..kerjakah atau tidak kerja kah lantaklah...Aku kekadang naik pelik dengan pegawai yang bersikap sambil lewa dalam menjalankan tugas, bagaimana kedudukan gaji mereka, apakah halal disisi hukum? tentu sudah berstatus haram, makan gaji buta,,,