![]() |
| Aku impikan sebuah teratak begini terbina di kampung kelahiranku Telah sekian lama aku mengimpikan sebuah teratak terbina di kampung kelahiranku, maklumlah sejak kecil di desa inilah tersingkap seluruh kehidupan ini, berbagai kenangan suka dan duka dalam menikmati kehidupan sebagai anak kampung. Di desa ini darahku tertumpah, tak hairanlah jiwaku juga telah tertanam disini. Tak segah banglo mewah pun sudah cukup memadai bagiku, sekadar tempat berteduh dan selesa jauh dari keributan, kedamaian dan ketenangan menjadi dambaan. Saat ini aku tinggal dalam suasana perumahan, dimaklumi suasana disini kehidupan bermasyarakat sesama jiran agak terbatas, masing-masing dengan kehidupan sendiri walau berbelas tahun berjiran namun tak mengenali antara satu dengan yang lain, adalah bersapa hanya sekali-sekala, kekadang bila bersua hanya mampu melontarkan senyuman itu pun kepada yang sudi membalasnya, kadang-kadang tu kita senyum tak pun dibalas tak apalah yang penting kita sudah sedekahkan senyuman. InsyahAllah moga impian ini akan terlaksana pada satu masa dengan izin Allah. |
Ahad, 16 Februari 2014
Rumahku Syurgaku
Rabu, 12 Februari 2014
Kek Cheese
Brownies:
Bhn A
2biji telur
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat manis
100ml minyak
1/2 cwn gula castor
Bhn B yg diayak bersama:
1/3 cwn serbuk koko
1/2 cwn tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
Satukan bhn2 A dan msukkan ke dalam blender,, kisar perlahan2 hingga sebati. Masukkan bhn B yg diayak dan dikisar lg hingga sebati,, masukkan ke dlm loyang yg digriskan dahulu dan dialas dgn kertas mnyak,, kukus lbh kurang 25-30minit hingga masak.(simpan sket shaja adunan utk bt corak ats lapisan keju nnti). Bila brownies dh msak, bru tuangkan adunan keju diatasnya,,
Lapisan keju:
500gm cream cheese
4biji telur
140gm gula halus
Sdikit esen vanilla
Pukul cream cheese hingga gebu,, masukkan gula dan pukul hingga sebati.masukkan pula telur dan een vanilla. Pukul hingga rata..tuang ke ats brownies yg dh siap dikukus,, kemudian ambik sket adunan brownies dan titiskan ke ats adunan keju,, lorekkan dgn hujung lidi,,, kukus smula lbh kurang 20minit dgn api yg sederhana hingga masak..
Ahad, 2 Februari 2014
Seringkali Terlepas Majlis
![]() |
| Moga bahagia hingga ke Janna |
Selesai semua urusan aku pun masuk ofes, diatas mejaku ada beberapa sampul surat pelbagai warna. Pantas aku menggambil sambil duduk dikerusi, satu persatu aku buka semuanya kad undangan majlis perkahwinan.
Dalam hati pasti aku hadir kerana majlis itu diadakan antara hari jumaat dan sabtu kebetulan pula cuti pada hari tersebut dan semuanya berlangsung waktu petang. Dalam hp ku juga beberapa mesej dihantar oleh rakan memaklumkan berlaku kematian di kampung berkenaan. Maaf banyak-banyak kepada pihak keluarga yang meninggal kerana aku tak sempat hadir.
Petang ahad ini baru aku teringat tentang kesemua undangan itu, aku terlupa kerana keseronokan duduk rumah ..satu undangan pun tak sempat aku hadir. Ini kali lah pasti kena taggih kenapa aku tak datang..
Kerana aku asyik sibuk diluar dengan tugasan, bila hari cuti kesempatan itulah aku gunakan sepenuh masaku bersama keluarga. Bila berada dirumah perkara diluar pun semuanya aku lupa ... apa pun aku ucapkan selamat pengantin baru kepada semua mempelai semoga bahagia hingga ke syurga.
Isnin, 27 Januari 2014
Tamu Misteri diambang senja
![]() |
| gambar hiasan |
Tiba-tiba kulihat dia tergesa-gesa menuruni anak tangga sampai ke bawah sambil memanggil-manggilku, dan terus saja mendapatkan aku, dia berdiri dihadapanku, lalu berkata ibu! ibu! temankan nana diatas, nana takutlah, tadi ada kawan ibu datang, dia masuk dari jendela tuturnya, aku memandang wajahnya, dia nampak cemas .. endah tak endah aku menjawab iya kah nana.. iya ibu jawabnya jelas, sambil nana memimikkan mukanya dan menjeling tajam memandang aku..macam tulah dia tengok nana, bersungguh-sungguh dia menerangkan, dia cakap sama nana, aku bertanya? dia tidak cakap sama nana..jawab nana lantas memeluk aku.
Aku pula sengaja menunjukkan riaksi tidak begitu menggambil peduli apa yang dia ceritakan.. aku bertanya dia pakai baju apa? pakai baju putih jawabnya...pakai kasut warna apa tanyaku lagi sekadar mau menduga..dia tiada kaki, dia masuk almari ibu jawabnya tanpa tersekat-sekat..??? biar betul budak ni bisik hatiku....
Aku pandang muka nana meyakinkan pada nana, bahawa itu kawan ibu yang baik dan tidak jahat, nana memandang aku sambil mengerutkan dahinya. ... dalam hati ini sebenarnya terasa seram...
Langgan:
Catatan (Atom)


