Isnin, 10 Jun 2013

BANDARAYA KU BAWAH BAYU




Wellcome To Sabah Malaysia
Bandaraya kota kinabalu ibu negeri Sabah Malaysia
Bandaraya Kota Kinabalu Sabah, negeri kelahiranku, semestinya rasa berbangga tinggal di sebuah negeri yang aman damai walau pelbagai etnik dan budaya menghuni negeri ini. Kestabilan politik menyumbang kepada keamanan negara ini, jika tidak sudah tentu keamanan tidak akan wujud.

Namun mengecewakan wujudnya manusia-manusia yang cuba mengacau-bilaukan kedamaian ini   dengan slogan-slogan mencari keadilan, keadilan apa yang cuba dicari, malah cuba berusaha menghancurkan keamanan yang ada. Lihat di negara luar sana kerana  kepimpinan yang tidak adil menyebabkan negara kacau-bilau, rakyat pula mencetuskan huru-harah.

Kata arwah ibu mereka sempat mengharungi suasana zaman jepun, betapa derita dan sengsaranya mereka saat itu, orang-orang dipancung, diseksa hidup-hidup dan pelbagai seksaan yang dilakukan. Cerita ibu buat aku cukup menginsafi dan bersyukur kerana tidak melalui keadaan seperti itu. Alhamdulillah kerana berada di sebuah negara yang aman jauh dari peperangan.

Bantu Golongan Muda Miliki Rumah

HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.


GOLONGAN muda khususnya mereka yang merancang memiliki rumah buat pertama kali pasti gembira dengan tumpuan utama kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang merencana bukan sahaja rumah lebih murah, malah mudah dimiliki.
Buat permulaan, di bawah Bajet 2013, sejumlah RM1.9 bilion diperuntukkan untuk membina 123,000 rumah mampu milik di lokasi strategik seluruh negara.
Bagi memudahkan pemilikan rumah, mereka yang membeli rumah pertama yang bernilai sehingga RM400,000 layak diberi pelepasan yuran duti setem sekurang-kurangnya 50 peratus sehingga akhir 2014.
Ini sekali gus menunjukkan kerajaan komited menyediakan peluang pemilikan rumah sendiri kepada semua peringkat masyarakat terutamanya golongan muda. Malah, ia dilakukan pada ketika harga rumah di luar kemampuan mereka yang berpendapatan sederhana.
Tiga jabatan kerajaan telah diberi kepercayaan untuk merealisasikan hasrat tersebut iaitu Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Jabatan Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara.
Pendapatan sederhana
Seperti yang dijanjikan, kerajaan kini berusaha memudahkan golongan berpendapatan sederhana dari kawasan bandar memiliki rumah sendiri yang berharga antara RM150,000 dan RM300,000 melalui program PR1MA.
Ini dilakukan melalui kerjasama dengan pemaju perumahan swasta untuk membina 80,000 rumah mampu milik di lokasi utama negara seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Seremban dan Kuantan yang akan dijual dengan harga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
Di Johor Bahru misalnya, PR1MA telah mengenal pasti beberapa lokasi tanah di Larkin, Tampoi, Kulaijaya, Plentong dan Pasir Gudang untuk membina 8,000 unit rumah mampu milik.
SPNB pula menerima peruntukan RM320 juta untuk membina 22,855 unit rumah termasuk apartmen kos rendah dan sederhana di bawah program Rumah Mesra Rakyat dan Rumah Mampu Milik.

KERAJAAN komited menyediakan peluang pemilikan rumah sendiri untuk semua golongan termasuk golongan muda.


Melalui Program Rumah Mesra Rakyat sebanyak 21,000 unit rumah berharga RM65,000 seunit akan dibina tahun ini. Para pembeli akan menikmati subsidi sebanyak RM20,000 dan dua peratus lagi tambahan subsidi terhadap kadar faedah.
Tanpa mengabaikan golongan muda berpendapatan rendah, Jabatan Perumahan Negara menerima peruntukan sebanyak RM543 juta bagi membina 45 Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang melibatkan pembinaan 20,454 unit rumah baharu menggunakan sistem bangunan perindustrian.
Untuk membantu kakitangan sektor awam yang tergolong dalam kategori itu, kerajaan mengkhususkan 20 peratus daripada jumlah unit baharu PPR selain satu peratus kuota khas untuk orang kelainan upaya (OKU).
Apapun, pembeli dijamin penjimatan yang sangat besar memandangkan setiap unit akan dijual dengan harga sehingga RM40,000 sedangkan harga pasarannya ialah RM120,000 seunit.
Projek terbengkalai
Selain memastikan pembinaan ratusan ribu rumah mampu milik untuk golongan muda bekerjaya, kerajaan juga komited untuk membantu menghidupkan semula kes rumah terbengkalai.
Selain memperjuangkan nasib pembeli dan menyediakan lebih banyak rumah, kerajaan mahu menghapuskan projek-projek terbengkalai yang menyakitkan mata selain memberi pandangan buruk kepada pelabur dan pelancong asing.
Antara 2010 dan Disember 2012, usaha gigih KPKT telah berjaya menyelesaikan 118 projek perumahan terbengkalai swasta.
Lantas, kementerian akan terus mengatur strategi bagi menangani isu tersebut termasuk melalui insentif cukai khas kepada syarikat swasta bagi memastikan pemaju menyiapkan projek yang mereka laksanakan.
Insentif cukai khas itu termasuk kepada bank yang akan menerima pengecualian cukai terhadap pendapatan daripada faedah yang diterima daripada pemaju projek perumahan terbengkalai. Pemaju juga akan menerima potongan berganda terhadap faedah pinjaman, manakala kontraktor dan pembeli rumah asal akan mendapat pengecualian duti setem.
Kementerian percaya strategi itu akan menggalakkan pemaju menghidupkan semula projek yang terbengkalai memandangkan pihak bank dijangka akan lebih bersedia untuk menyediakan pinjaman bagi memastikan hasrat itu dapat ditunaikan.
Kaedah itu dijangka mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya 30 projek perumahan terbengkalai sekali gus memperjuangkan nasib sehingga 8,000 pembeli rumah. - Bernama

Ahad, 9 Jun 2013

Aura Mandi Bunga


Kebaikan :

- Badan akan berasa segar
- Menaikkan dan Menyempurnakan Seri Wajah
- Minda terasa segar tiada tekanan
- Menstabilkan Aura Badan
- Badan Harum dan Wangi
- Mengurangkan dan merawat penyakit yang berpunca dari sihir dan makhluk halus
- Dan Banyak Lagi

Mandi bunga, ada orang kata boleh,  ada orang kata tak boleh hukumnya haram..hemm apa pun  Setiap amalan yang kita lakukan bergantung kepada niat masing-masing.
 kesan yang baik dapat dirasakan antaranya sentiasa berfikiran positif, berkeyakinan dan sebagainya. Jika mandi bunga jangan niat kelain pula hehe..

Beberapa kali saya telah mencuba mandi bunga namun rasanya biasa-biasa saja, tiada yang apa pun yang berubah, fikiran pun masih seperti biasa, entahlah pandangan orang terhadap kita entah bagaimana hehehe

AIR MATAKU TUMPAH DI KUALA LUMPUR


Ingatkan aku terlalu tabah melalui detik-detik itu, malang sungguh jelas aku lemah, aku bergelar IBU saat usiaku 23 tahun, demi masa depan,  ku korbankan seluruh jiwa ragaku meninggalkan anak kecilku berusia 4 bulan, aku berusaha setabah siti fatimah az zahrah anak rasulullah namun bagai langit dan bumi, ternyata aku tidak mampu.

Sebaik tiba di tanah semenanjung bumi yang begitu asing buat pertama kali ku jejak, aku bagaikan insan sesat jalan, seperti lagaknya mabuk kapal, fikiran macam orang bingung  mencari-cari sesuatu yang hilang.

Sejak menerima surat tawaran yang bakal menabalkan aku bergelar seorang guru sebaik aku melahirkan zuriatku yang pertama rezki anak agaknya, hati ini silih berganti memikirkan hendak melangkah pergi atau melupakan saja semuanya namun bila memandang wajah comel anakku semangat ini berkobar-kobar demi masa depan.

Setibanya aku dan rombongan di Kuala Lumpur hatiku bertambah sayu..aku pujuk hati ini agar terus tabah..  penempatanku di Kuala Lumpur, fikirku mudahlah aku balik ke tanah air bila tiba hari cuti..hatiku berbisik,, Ketibaan kami di pusat Latihan itu.. disambut oleh seorang warden perempuan bertubuh gemuk, sudahlah gemuk garang pula letih sangat-sangat, dengan tingkahlakunya. Rasa macam haiwan diperlakukan sudahlah aku dalam kesedihan dihambat pula dengan situasi yang sungguh menyiksakan.

Selepas Mendengar taklimat pada petang itu semua peserta menggambil tempat masing-masing, setiap satu bilik penghuni kena duduk empat orang.Selesai berkemas aku pun kebilik air untuk mandi. entah kenapa sebaik saja aku masuk ke bilik air nak bersiram tiba-tiba jantungku berdegup kencang.. aku sudah tidak tahan aku  meraung menanggis dan terus menanggis tanpa dapat ditahan-tahan, aku putar sehabisnya kepala paip agar air itu deras keluar mencurah-curah tujuanku berbuat begitu agar tanggisanku tak didengar dek orang,,,huhhh selepas habis aku menanggis lega sedikit perasaanku...sesungguhnya aku rindukan anak kecilku yang baru berumur 4 bulan......huhhh benar-benar aku menderita jiwa rindukan si kecil pada saat itu....jika boleh saat itu juga aku ingin terbang balik ke tanah air rindunya aku setengah mati...

Malangnya selama setahun itu sekalipun aku tak sempat balik, kursus terlalu padat..derita jiwaku hanya Tuhan yang tahu. Akhirnya berkat kesabaran berjaya juga aku menamatkan kursusku. Tiba masanya aku kembali ke tanah air, perkara utama yang aku tak sabar, bertemu dengan anakku yang dah berumur setahun lebih, setibanya aku dirumah aku melihat anakku dah besar, aku terus memeluknya erat sambil aku menanggis, anakku pula terpingga-pingga kehairanan,,,dia dah tak kenal akuuuu...