Jumaat, 20 Februari 2015

Kabinet Dapur

Kali ini kami paparkan satu lagi projek kabinet dapur yang agak unik dari biasa. Unik kerana dapur rumah yang terletak di Kg Batu Muda, Kuala Lumpur ini dibahagikan kepada banyak bahagian di mana setiap bahagian mempunyai fungsinya yang tersendiri sesuai dengan keperluan pemiliknya.
Kami memberikan sentuhan rekaan yang berbeza-beza bagi setiap bahagian. Bagaimana pun perbezaan-perbezaan itu masih dapat mengekalkan kesepadanan gaya serta warna bagi mengimbangkan penampilan dapur yang elegan.
Kerja-kerja pemasangan memberi kami sedikit cabaran. Dalam projek ini kami hanya melaksanakan “kerja-kerja kayu/kabinet”. Kerja-kerja pembinaan table top dan pemasangan jubin dinding dilaksanakan pihak lain. Pembuatan kabinet memerlukan ketepatan tetapi pihak lain mungkin tidak berapa peka mengenainya. Jadi kami perlu bekerja lebih sedikit dalam usaha menutup perbezaan berkenaan.

Kami  "highlightkan" bahagian kabinet dapur yang bergaya moden dengan penggunaan pintu "dark reflective glass" berbingkai aluminium serta ply melamine ini. Nampak elegan dan mewah.
Kami “highlightkan” bahagian kabinet dapur yang bergaya moden dengan penggunaan pintu “dark reflective glass” berbingkai aluminium serta ply melamine ini. Nampak elegan dan kemas.
Dari sudut pandangan yang berbeza. Jika anda perasan kami sememangnya lebih suka menggunakan "dark reflective glass" berbanding dengan "frosted glass" kerana ia nampak lebih mewah.
Dari sudut pandangan yang berbeza. Jika anda perasan kami sememangnya lebih suka menggunakan “dark reflective glass” berbanding dengan “frosted glass” kerana ia nampak lebih mewah.
Montaj yang memaparkan bahagian kabinet dapur bergaya moden ini secara keseluruhannya.
Montaj yang memaparkan bahagian kabinet dapur bergaya moden ini secara keseluruhannya.
Bagi bahagian ini kami menampilkan gaya tradisional dengan penggunaan pintu solid bervarnish. Namun begitu ia tetap memiliki aura moden.Bagi bahagian ini kami menampilkan gaya tradisional dengan penggunaan pintu solid bervarnish. Namun begitu ia tetap memiliki aura moden.

Sumber Blog.

Jumaat, 13 Februari 2015

Contoh Desain Interior Dekorasi Ruang Tamu Ruang Keluarga Images

Red Living Room Design Ideas
Red Living Room Design Ideas | by CaraContoh.com | DOWNLOAD

Gambar desain rumah minimalis 2015 - sketsa denah rumah, Konsep desain rumah model minimalis modern 2015. ada banyak sekali gambar yang bisa dijadikan referensi untuk sebuah desain rumah minimalis. akan tetapi, tidak banyak.Desain interior rumah | ruang tamu|kamar tidur|mandi|dapur, Desain interior minimalis rumah mungil. desain interior minimalis rumah mungil, menyajikan beragam ide inspirasi contoh desain interior untuk rumah mungil, sederhana..


Bedroom Interior Design - Desain Kamar Idaman
Bedroom Interior Design - Desain Kamar Idaman | by CaraContoh.com | DOWNLOAD

Contoh desain warna cat dinding ruang tamu cerah , Bagian dinding interior ruang tamu merupakan bagian yang sangat penting dan butuh akan desain yang lebih bagus dan menarik, karena pada ruan.
Ruang tamu ini bertema retro. Aksen lampu berbentuk disko dengan ... Ruang tamu ini bertema retro. Aksen lampu berbentuk disko dengan ... | by CaraContoh.com | DOWNLOAD Ilustrasi Interior Ruang Tamu dan Kitchen Set Ilustrasi Interior Ruang Tamu dan Kitchen Set | by CaraContoh.com | DOWNLOAD Ruang Tamu Minimalis Modern Ruang Tamu Minimalis Modern | by CaraContoh.com | DOWNLOAD Desain Interior Ruang Tamu Minimalis Modern → Desain Interior Ruang Tamu Minimalis Modern → | by CaraContoh.com | DOWNLOAD gambar desain-design ruang tamu minimalis 20 Gambar desain-design ruang tamu minimalis 20 | by CaraContoh.com | DOWNLOAD ... tamu dari negara lain, karena biasanya ruang tamu dan ruang keluarga ... tamu dari negara lain, karena biasanya ruang tamu dan ruang keluarga | by CaraContoh.com | DOWNLOAD ... tampilan ruang tamu kita sehingga akan membuat tamu kita nyaman dan
... tampilan ruang tamu kita sehingga akan membuat tamu kita nyaman dan | by CaraContoh.com | DOWNLOAD

Sementara untuk partisi ruang tamu dengan ruang keluarga dipilih desain berikut..Interior ruang keluarga / living room melayani tujuan yang berbeda untuk orang yang berbeda. beberapa rumah mereka fungsikan sbg tempat pertemuan utama bagi keluarga.

Sumber Blog

Khamis, 9 Oktober 2014

Benarkah Nasib Setiap Insan Telah di Takdirkan


Semua insan inginkan kejayaan dalam hidup,  tiada seorang insan pun dalam dunia ini ingin gagal, jika boleh kegagalan itu harus dielak, kerana kegagalan adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Sehingga ada insan yang tidak mampu melaluinya bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana gagal.

Benarkah semua apa yang kita lalui dalam kehidupan ini berdasarkan kepada nasib seseorang yang telah di takdirkan....tak pasti , saya memikirkan saat saya bergelar pelajar semasa dibangku sekolah rendah sehinggalah ke sekolah  menengah. Kegagalan banyak menyelubungi kehidupan saya saat itu,  jujurnya saya katakan, saya bukanlah dalam kalangan pelajar bijak, tak juga bodoh sangat..pertengahanlah lebih kurang. Namun masih ada juga yang lebih tak bijak daripada saya..

Boleh bayangkan bagaimana perasaan seseorang yang sering gagal, pelbagai perasaan wujud antaranya, rasa rendah diri, malu, tekanan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi apa bila mendapat tekanan dari kedua ibubapa, menyalahkan kita kerana ditimpa kegagalan. Di malukan, diangap kita anak yang tidak membawa untung, hanya menghabiskan beras, menghabiskan duit orang tua. Kata-kata sebegitu mungkin sebagai motivasi dari mereka tetapi pada kita sebagai anak merasakan kata-kata sebegitu cukup menyebabkan hati terluka namun terpaksa ditelan juga.

Namun bila di renung kembali perjalanan hidup saya sering menempuh kegagalan rasanya tidak percaya bahawa hari ini saya boleh berbangga dengan apa yang telah saya capai, Boleh dikatakan dalam jutaan insan saya diantaranya berjaya mencapai impian hidup didunia ini, tidaklah sehingga mencakar langit tetapi berjaya mengharungi kegagalan yang sungguh memeritkan. Di penghujung keperitan itu akhirnya membuahkan hasil berkat daripada usaha yang tidak mengenal erti putus asa serta sabar dalam menangani setiap kegagalan sehingga akhirnya kejayaan itu dapat digenggam.

Anggapan nasib seseorang itu adalah takdir mungkin juga ada benarnya tetapi kita tidak boleh berserah kepada nasib semata-ma, harusnya kita berusaha, andai setelah berulang kali berusaha tetapi tetap juga begitu mungkin itu sudah benar-benar nasib yang telah di tentukan.

Satu perkara yang sering saya terkenang, cita-cita bergelar seorang guru agama tidak menjadi kenyataan mungkin Allah tidak izinkan kerana tidak sesuai, tetapi Allah telah merancang apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Benarlah ada perkara yang sangat kita sukai, tetapi tidak perolehi, sebaliknya perkara yang kita tidak sukai rupanya itulah yang kita dapat. Apa yang berlaku semuanya ada hikmah tersembunyi yang hanya Allah swt saja yang lebih mengetahuinya.

Banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan kita, kesedihan, kekurangan, kegagalan, penderitaan dan banyak lagi, seribu satu macam perkara. Betapa perit semua ini untuk kita telan namun sebagai manusia yang punya akal waras, seharusnya setiap kegagalan itu kita jadikan sebagai  satu motivasi bahawa masih ada jalan untuk kita melakukan yang lebih baik dari terus agal


Isnin, 29 September 2014

Bila Mendongak ke Langgit Tinggi Jangan Lupa Rumput di Bumi


Selembar kisah kehidupan ingin saya kongsikan kepada pembaca untuk kita jadikan sebagai renungan dan  iktibar agar jangan kita terus hanyut dibawa arus bila berada dipuncak kejayaan.  Langit tidak sentiasa cerah, ada kalanya mendung, hujan, ribut dan sebaliknya.

Saya berkongsi kisah ini bukan bertujuan membuka aib keluarga sendiri hanya mengingatkan agar kita sentiasa muhasabah diri bila kita mendapat apa juga bentuk kejayaan, kadang-kadang ada insan terlupa diri setelah berjaya mencapai apa yang di impikan. Kisah yang ingin saya kongsikan ini berkaitan dengan salah seorang saudara kandung saya suatu ketika dulu pernah bergelar seorang jutawan yang berjaya hasil dari jerih payahnya mengubah nasib kehidupannya dari susah menjadi senang. Dia menceburi pelbagai bidang perniagaan jatuh bangun telah dilaluinya tanpa menoleh kebelakang, berkat sabarnya akhirnya impiannya bergelar orang kaya menjadi kenyataan.

Kehidupannya 100% berubah, rezkinya pula tidak putus-putus mencurah-curah, kehidupan mewahnya dilihat melalui keretanya, rumahnya, siap dengan pemandu, pembantu rumah sampai beberapa orang. saudara saya ini sikapnya agak ego, isterinya pula seorang yang baik dan sederhana. walaupun sudah bergelar orang kaya dia tetap seperti dulu. Kekayaan saudara saya ini menjadi bualan masyarakat setempat dan menjadi contoh usahawan paling berjaya. Kami sekeluarga tumpang gembira walaupun kami tidak sedikit pun mendapat apa-apa daripada kekayaannya tumpang gembira sudah cukup memadai bagi kami.

Masa terus berlalu sepanjang saudara saya ini bergelar orang kaya perubahan sikapnya dilihat sangat berubah..antaranya  berkahwin lagi satu walau pun tidak mendapat restu dari isteri pertamanya namun dia bijak memujuk alasannya dia cukup mampu untuk membayai segala keperluan keluarganya. Akhirnya isterinya mengalah dan bersetuju. Tanggungjawabnya sebagai suami tidak pernah sekali-kali dia abaikan namun biasalah kalau suami telah ada yang baru, yang baru itulah perhatian utamanya. Kakak ipar pula makan hati namun apa yang mampu di lakukan hanya bersabar.

Ayah kami selalu mengingatkan saudara kami ini agar jangan sampai lupa pada Tuhan kerana menurut isterinya suaminya itu tidak pernah lagi mengerjakan solat jauh sekali dari mengerjakan puasa, Ayah kami juga sering meyarankan agar dia mengerjakan ibadat haji selagi masih ada kesempatan dan ada kemampuan. Nasihat ayah padanya langsung tak dipedulikan, dia masih muda itulah alasannya dan belum sampai waktunya.

Sumbangannya kepada perkara yang tidak mendatangkan pahala sampai mencecah ratusan ribu ringgit  tetapi sumbangan kepada hal-hal agama langsung tiada. dia semakin lalai dengan urusan duniawinya.
Namun perkara yang buat saya hormat padanya dia sangat prihatin terhadap  kebajikan kedua orang tua kami, apa-apa masalah berkaitan dengan kesihatan orang tua kami dia sentiasa membantu. dialah yang membiayai segala kos perubatan mereka.

Masa terus berlalu suatu ketika dia telah mendapat satu projek yang cukup besar jumlahnya berbanding sebelumnya, segala-galanya telah diurus, telah pun dilancarkan dan diresmikan oleh orang kenamaan, dalam news pun telah dihebahkan, jutaan ringgit telah dihabiskan selama menguruskan projek tersebut. menurutnya untuk melaksanakan projek ini perlu menggunakan kewangan sendiri terlebih dahulu, saudara saya ini telah melaksanakan seperti yang diminta oleh pihak bank kerana itu adalah antara syarat bila membuat loan.

Dalam perniagaan perkara jatuh-menjatuh, dengki, khianat adalah asam garamnya, satu hari tiba-tiba saudara saya mendapat tahu projeknya itu telah dibantah oleh pihak tertentu menyebabkan pihak bank membatalkan pinjamannya sedangkan projek itu telah mula dilaksanakan, jutaan ringgit telah dibelanjakan..perkara ini menyebabkan saudara saya ini diserang sakit  mujurlah sempat diselamatkan Alhamdulillah dia sembuh.

Saudara saya ini terus berusaha mencari punca kenapa projeknya telah di batalkan, akhirnya dia mendapat tahu rupanya orang kenamaan turut campurtangan dalam pembatalan projek tersebut, pelbagai alasan diberikan. Saudara saya tidak berpuas hati lalu menyaman sampai ke mahkamah tinggi. Namun dia tidak berjaya retusan ribu telah dibelanjakan bagi pembayaran guaman. Hanya sia-sia semuanya berakhir dengan kehampaan.

Sungguhpun kegagalan projek itu telah berlaku usahanya mendapatkan projek-projek lain tetap berjalan lancar, rezkinya tetap ada, namun ekoran kegawatan ekonomi melanda tahun,,, menyebabkan syarikatnya dilanda masalah bermula dari situlah banyak projeknya tergendala, kewangan pula semakin susut. Perkara ini menyebabkan dia sering diserang sakit.. kerana tertekan dengan banyak masalah yang bertimpa-timpa. Segala hartanya satu demi satu habis digadai, kesihatannya pula semakin tidak mengizinkan dia bergerak cergas kerana sakit-sakit sehingga ke hari ini, tiada apa yang tinggal, kehidupannya kembali seperti dulu. Simpati kami melihat keadaannya  namun apakan daya masa emas telah berlalu dan tak mungkin dapat kembali.

Mungkin banyak sesalannya ketika dia dalam keadaan kaya dahulu kerana banyak perkara yang tidak dilakukannya terutama melaksanakan rukun ke lima. Mujurlah beberapa orang anaknya telah bekerja dan anak-anak saja yang membela kehidupan mereka kini. Apa yang berlaku semuanya ada hikmah selepas apa yang berlaku telah kembali merubah kehidupannya, mujurlah Tuhan masih memberinya peluang dan keadaan fizikalnya masih normal mujurlah tidak berlaku kecacatan sebagaimana sesetengah orang yang sehinggah fizikal tidak berfungsi, sepanjang keadaannya yang tidak secergas dulu, kini dia menghabiskan sisa-sisa hayatnya dengan mendekatkan diri pada Tuhan Alhamdulillah.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Kawan Ketawa Ramai, Kawan Menanggis Seorang Diri

Kebelakang ini banyak sangat dugaan menimpa buat hati ini dirundung walang, kadang-kadang aku menanggis sendirian, hanya Tuhan yang tahu berat mana tekanan yang membebani jiwa ini. Benarlah kata pepata " Kawan ketawa ramai, kawan menanggis seorang diri ".. bijaklah memujuk hati sendiri. Bijaklah mencari damai dihati, bijaklah membahagiakan jiwa sendiri.

Mujurlah masih mampu meredah badai walau sesekali aku terpaksa tunduk pada kehendak emosi. Ya aku harus kuat mengharungi pada setiap cabaran kehidupan. jika bukan diri sendiri siapa lagi, mengapa harus lemah, ..manusia biasalah katakan tidak sehebat mana pun. Moga hati ini akan tenang selalu.


Rabu, 9 April 2014

Selawat Menyelamatkan Aku Dengan Izin ALLAH


Setelah selesai menguruskan segala urusan di bandar raya lewat tengahari kelmarin, terasa pula perut lapar kerana sejak pagi belum menjamah sebarang makanan hanya sempat meneguk segelas air bening sebelum keluar rumah.

Aku mengajak anakku singgah di sebuah restoran milik sahabatku, restoran ini antara yang terlaris di bandar raya ini, aku sering  berkunjung ke sini bila ada kesempat kerana terdapat menu ikan keli kegemaranku. Selesai meletakkan kereta ditempat parking kami terus masuk ke restoran tersebut, suasana masih lengang pelanggan tidak begitu ramai.

Tanpa membuang masa aku dan anakku terus saja menggambil nasi sambil meninjau-ninjau lauk-pauk yang terletak diatas meja, banyak pilihan..aku mencari-cari ikan keli yang sejak tadi telah tersemat dihati hendak makan, tinjau punya tinjau,  namun ikan keli tidak ku temui, lalu aku bertanya kepada pelayan restoran, katanya hari ini tiada ikan keli, dengan rasa hampa akhirnya aku menggambil ikan merah asam pedas sebagai pengganti walau pun hati tidak begitu berkenan.

Selesai memilih apa yang disukai,  kami duduk sambil memesan minuman. Tanpa membuang masa aku terus makan dengan penuh selera yang menggebu-gebu, ulam mangga campur sotong huuuhh paling mantap.membuka selera bercampur . Ikan merah asam pedas. Saat aku menelan makanan yang tidak berapa terkunya, aku terasa tekakku sakit..huhhh aku ketulangan, tulang ikan merah itu menyangkut di tekakku, aku minum seteguk air bagi menghilangkannya namun tulang itu tidak melucur ke bawah,...aku cuba lagi dengan menelan nasi  namun masih tidak berubah, terasa semakin sakit menyucuk tekak..

Aku berdehem berulang-kali namun tidak juga mengubah apa-apa ..aku mula rasa cemas kerana tekakku semakin sakit. aku berhenti sebentar dari terus berdehem, makan dan minum, aku tenangkan  keadaanku yang semakin risau, aku baca SELAWATdengan niat.sambil menyuap nasi ke mulut...Alhamdulillah dengan izin Allah tiba-tiba tulang itu sudah tidakku rasai,. tenteram jiwaku aku meneruskan makan sehingga selesai.

 MasyahAllah gelojoh punya pasal agaknya..

Jumaat, 4 April 2014

Keputusan Mengundang Sesal

Kerana terlalu mengejar jawatan tetap akhirnya " Yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran " sudah selesa dengan jawatan yang disandang, gaji lumayan, sahabat ini masih mencari peluang untuk jawatan tetap yang akhirnya memakan diri sendiri.

Tidak salah,  namun keputusan yang telah dibuat itu tidak mendatangkan untung, bukan saja terlepas jawatan yang sedia ada malah jawatan yang disangka tetap itu akhirnya di mansuhkan khidmat mereka di tamatkan, Jawatan yang hanya berstatus sandaran. Berkali-kali aku beri pandangan dan peluang untuk berfikir namun  tidak mengubah pendirian sahabat ini.

Kini merayu kembali ke jawatan asal , namun pihak jabatan tidak dapat membantu kerana perkhidmatan mereka  telah pun di tamatkan atas permintaan melalui surat perletakan jawatan secara terhormat. Itu adalah pilihan mereka minta khidmat ditamatkan. Inilah segelintir sikap manusia yang tamak dan tidak bersyukur tidak menggunakan akal yang panjang,

Jadikan ini sebagai satu iktibar agar usah terburu-buru dalam menggambil sebarang keputusan kerana belum tentu apa yang kita sangka lebih baik itulah yang lebih terbaik berbanding dengan apa yang kita sedia miliki.

Kini mereka telah kehilangan sumber pendapatan tetap, simpati melihat keadaan mereka namun apakan daya semuanya telah terlambat. Aku tidak mampu membantu. Berulang kali merayu agar di terima berkhidmat semula. Hanya maaf itu saja jawaban yang mampu terluah.

Khamis, 3 April 2014

Penjara rumah

Oleh Murshid Eunos
Hampir kesemua kes membabitkan remaja lari rumah atau mengamalkan gaya hidup liar mengatakan institut keluarga yang rapuh adalah punca utama. Mereka tidak tahan dikongkong dan langsung tidak diberi ruang bersuara bagi diri sendiri. Adakah ia salah ibu bapa dalam mendidik atau silap kaedah yang diguna pakai. MURSHID EUNOS cuba meneliti dari perspektif lebih luas.

Kebebasan memudaratkan anak, kongkongan menjadikan mereka liar. Itulah peribahasa moden yang boleh menggambarkan seribu satu masalah perilaku membabitkan remaja hari ini. Bagi menyelesaikan masalah berkaitan anak muda, perlu ada formula dan resipi yang tepat.


Ramai percaya didikan dalam bentuk kebebasan bertindak dan berfikir secara kreatif adalah sebaik-baik kaedah kerana kononnya itulah gaya moden hari ini. Tapi, ada yang kecundang akhirnya kerana kebebasan itu memakan diri sehingga anak tidak boleh berdisiplin mengikut undang-undang.

Umpamanya senario paling mudah untuk dilihat apabila anak disuruh memilih sendiri jalan yang disukai, sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, mengaji al-Quran atau tidak, suka hati sendiri kerana ibu bapa beranggapan yang agama adalah kesedaran hati bukan paksaan.

Sebenarnya, moden atau ‘sporting’ ada batasannya. Pandangan sebegini sungguh ekstrim dan membahayakan anak. Seolah-olah membiarkan anak sendiri sesat di tengah hutan yang gelap tanpa bimbingan tangan dan suluhan cahaya untuk mencari jalan keluar.

Hanya ibu bapa yang bodoh dan tidak bertanggungjawab saja akan membiarkan anaknya dibaham harimau atau tenggelam dalam lautan maksiat. Kepada mereka yang berfahaman bebas dalam mendidik anak, maka hendaklah mereka berlaku adil.

Anak berkembang dengan rangsangan dan keadaan persekitarannya. Jika di sekelilingnya sumber maksiat terlalu kuat dan kehidupan sosial tanpa batasan adalah ikutan mereka, mereka hanya mendiamkan diri kerana ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi mereka juga.

Itu soal ibu bapa yang mendidik dengan gaya ala New York. Bezanya dengan konsep didikan kebanyakannya diamalkan di kawasan bandar itu adalah kaedah ‘otoriter’ atau kuku besi yang memenjarakan jiwa anak. Anak tidak mempunyai peluang dan kebebasan langsung untuk memilih, semua diatur dengan disiplin yang ketat bahkan dalam perkara-perkara yang menjadi keperluan jiwanya sama sekali diharamkan walaupun agama menghalalkannya.

Amat berbahaya jika menggunakan pendekatan terlalu mengongkong anak bahkan tidak segan-segan mendera emosi dan fizikal jika mereka melawan. Agama melarang perbuatan mengeksploitasi anak, memaksakan kehendak kepada anak dan menafikan hak mereka untuk bergembira, bermain dan berhibur.


Salah ibu bapa sepenuhnya?

Anak sentiasa dieksploitasi oleh orang dewasa di sekelilingnya, sehingga mereka dipaksa untuk cepat dewasa dan melupakan alam fantasi kanak-kanak. Di sekolah, guru memberi tekanan untuk bersaing dalam prestasi akademik, bahkan di sesetengah sekolah langsung tidak ditekankan kegiatan kokurikulum bertujuan membina sahsiah diri.

Kerana terlalu ghairah dengan akademik, alam persekolahan menjadi kaku, keras dan menjemukan. Tiada rasa seronok dan teruja ketika melangkah ke gerbang sekolah.

Di rumah pula, ibu bapa terlalu menuntut segala-galanya mesti cemerlang, tuisyen sana sini, kelas tambahan dan pendedahan alam siber yang mempengaruhi anak menjadi anti sosial. Tak pandai bergaul atau bertukar idea dan kosong jiwa kepemimpinannya.

Waktu terluang pula diisi dengan duduk bermain ‘game’, tak tahu isu semasa dan buta berita dunia. Di sekolah tak aktif bermain sukan, di rumah pula memerap dalam bilik. Ibu bapa yang sibuk langsung tak ambil tahu perkembangan psikologi anak, yang remaja pula mula mencari teman sehati sejiwa kerana ibu bapa tidak boleh diajak berkongsi.

Anak memerlukan perhatian, mereka suka bercerita, kita pula malas nak melayan. Mereka suka bermain, kita pula tak ada masa, mereka suka dengan aktiviti lasak, kita pula takut cedera, mereka suka berfantasi kita pula pentingkan realiti.

Mereka minat sukan, kita pula beralasan banyak kerja, mereka mahu kita menjadi pendengar, sedangkan telinga kita tidak sensitif lagi. Mereka mahu ditemani kita pula terpaksa membahagi peranan di sana-sini. Sebagai ibu bapa kita wajib memenuhi hak anak, bukan hanya makan, minum dan wang ringgit tetapi keperluan jiwa mereka yang hauskan perhatian.

Itulah jenis kongkongan yang begitu menakutkan hingga munculnya satu kajian dan bahan berita yang acap kali kita dengar; “Terkongkong punca remaja lari dari rumah”.

Dalam keadaan ini anak hanya mempunyai satu daripada dua pilihan iaitu menjadi pelaksana kepada cita-cita mereka yang tidak kesampaian atau dikehendaki menjadi orang lebih berjaya daripada ibu bapa mereka.

Ibu bapa akan sedaya upaya memberi sepenuh perhatian kepada anak terutamanya anak remaja, baik dari segi kasih sayang mahupun pelajaran.

Namun hakikatnya, ibu bapa kurang menyedari benih yang ditanam dan tumbuh subur serta berbunga itu bukan semuanya berupaya menghasilkan buah. Mereka kurang sedar kadangkala, bunga akan gugur tanpa sempat menghasilkan buah.

Ibu bapa sepatutnya bersedia menerima sebarang kemungkinan dan tidak boleh mengharap apa yang dihajati daripada anak itu akan dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana anak bukannya robot yang boleh menjadi apa diinginkan ibu bapa.

Kegagalan ibu bapa menerima hakikat sebenar itulah kehidupan adalah antara faktor yang menjadi punca kebanyakan anak mengambil sesuatu tindakan di luar dugaan. Ekoran rasa terkongkong dan memikul beban harapan ibu bapa yang tinggi menggunung mengakibatkan anak remaja mengalami gangguan perasaan.


Jenis kongkongan

Antara penyebab utama golongan remaja mengambil sesuatu tindakan seperti lari dari rumah, membabitkan diri dengan gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah, seks bebas dan membuang anak adalah semata-mata mahu lari daripada keadaan yang dirasakan mengongkong kehidupan mereka.

Kebanyakan ibu bapa, menganggap apa yang dilakukan adalah semata-mata bertujuan mendidik namun ia diterima sebaliknya oleh remaja itu. Remaja pula merasakan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa hanya berupa kongkongan sekali gus penghalang kepada melaksanakan keinginan dan cita-cita sendiri.

Memperkatakan mengenai kongkongan ini, ia terbahagi kepada tiga bentuk utama. Pertamanya, kongkongan daripada ibu bapa yang terlalu mendisiplinkan anak remaja dan ditambah dengan ketidakfahaman mereka tentang konsep derhaka.

Kedua, kongkongan daripada ibu bapa yang bercita-cita ingin melihat anak berjaya dengan memaksa anak mengikut kehendak mereka.

Manakala yang ketiga pula ialah kongkongan jiwa yang dikaitkan dengan penghargaan kendiri anak.

Jarang sekali ibu bapa mahu memberi peluang kepada anak untuk menyuarakan kehendak dan keinginan mereka. Sebaliknya, ibu bapa hanya memikirkan kehendak mereka dalam segala hal termasuk menentukan mata pelajaran yang perlu diambil oleh anak, minat dan aktiviti bersosial.

Dalam keadaan ini sekiranya anak ini bertindak sesuatu di luar dugaan, mereka dengan mudah menuduh anak ini melakukan penderhakaan sebagaimana yang pernah berlaku kepada ramai remaja termasuk beberapa selebriti muda sebelum ini.

Merujuk kepada konsep Islam pun, sebelum menghukum anak itu derhaka, ibu bapa harus bertanya kepada diri mereka sendiri apakah mereka melakukan penderhakaan kepada anak. Itu yang sepatutnya dilakukan dan tidak semudah menjatuh label derhaka kepada anak.

Bukan sengaja Gen Y mengangkat isu ini untuk menyebelahi golongan remaja dan anak, sebaliknya inilah satu aspek dan sudut dalam senario remaja lari rumah atau remaja derhaka namun jarang sekali orang lain lihat. Terus semua kesalahan itu jatuh pada remaja dan anak.

Berkemungkinan juga ibu bapa yang sudah menempa kejayaan dalam bidang masing-masing hari ini terdorong untuk mengambil pendekatan meneruskan tradisi kejayaan keluarga terhadap anak remaja mereka tanpa memikirkan langsung perasaan anak dan zaman yang sudah jauh berubah.

Sikap sedemikian menyebabkan anak remaja merasa dinafikan kebebasan mereka untuk merancang dan memilih corak masa depan sendiri. Sebaiknya didiklah remaja, setakat termampu, apabila sampai satu tahap, biar anak itu mencari siapakah dirinya sendiri.

Situasi pada zaman ibu bapa dengan zaman anak mereka hari ini adalah jauh berbeza.


Tak tahan terkongkong

Terlanjur bercerita soal remaja terkongkong dan silap ibu bapa yang terlalu mengharap, Gen Y berkongsi satu masalah yang dikirimkan oleh seorang remaja mengenai hidupnya ditentukan oleh ibu bapa hingga dia tidak punya suara untuk membuat keputusan.

Gadis berusia 15 tahun ini mengakui hidupnya terlalu bosan kerana dikongkong tahap kritikal oleh ibu sehingga semuanya tidak boleh dan asyik dimarah. Tidak boleh keluar dengan kawan dan langsung tidak dibenarkan untuk bersosial dengan rakan sebaya, gadis ini merasakan hidupnya bagai katak di bawah tempurung.

Paling kritikal, gadis ini berniat untuk melarikan diri dan mencari kebebasannya sendiri.

Sebagai anak, kita kadangkala tidak mampu memahami cara ibu bapa mendidik kita. Bagaimanapun, sebagai anak kita mempunyai tanggungjawab untuk menghormati mereka. Anak harus memahami bahawa tanggungjawab sebagai ibu bapa adalah berat untuk dipikul.

Memang remaja mempunyai keinginan tersendiri untuk dipenuhi. Kadangkala keinginan itu bertentangan dengan apa yang dimahukan oleh ibu bapa. Kongkongan yang dirasakan oleh adik berkemungkinan kerana tidak berterus terang dengan apa yang dirasai kepada ibu bapa.

Bagi tujuan memperbaiki keadaan ini, apa kata kita sebagai anak berbaik-baik dengan ibu bapa seperti membuat sesuatu yang boleh melembutkan hatinya. Contohnya meringankan beban kerja rumah. Ini satu cara untuk memperbaiki hubungan kita dengan ibu bapa.

Jika kita sebagai anak banyak berselindung, ia kurang menyenangkan hati mereka dan membuatkan lebih banyak sangka buruk.

Selain itu, penting untuk kita sebagai anak memohon kepada Allah agar menghilangkan perasaan bosan dan tidak suka dengan tindakan ibu bapa. Perasaan yang menyenangkan kepada ibu bapa menyebabkan kita mudah untuk mentaati mereka yang juga perintah Allah.

Mungkin bukan saja untuk pengirim masalah ini namun buat kita semua sebagai anak remaja, kita dapat menghadapi semua ini dengan tabah. Perjalanan kita masih jauh kerana belum menghadapi dunia luar dengan orang mempunyai pelbagai ragam tidak terduga.

Sumber- Harian Mitro

Ahad, 30 Mac 2014

Denda RM50

Tiba-tiba datang seorang lelaki menghampiri keretaku bertanya, ko parking sini kah ? kalau ko parking sini saya denda ko RM50 , lebih-lebih lagi ko letak kereta dikawasan yang ada rumput, sama sekali tidak boleh..ini kawasan larangan,

,lelaki itu memberi amaran, wajah serius tanpa secalit senyum ,, sebentar saja.jawabku  .lelaki itu menyambung lagi amarannya, tengok kereta itu saya sudah saman sebab meletakkan kereta disitu bukan tempat parking ingat ahh..

Aku sempat melihat lambang pada baju lelaki itu , petugas Majlis Bandaraya agaknya.

selesai menghabiskan amarannya dia meninggalkan aku ..memikir pula aku yang.sudah sekian berulang kali aku parking ditempat itu belum pernah aku mendapat amaran sebegitu daripada mana-mana petugas ditempat itu.

Seorang sahabat pernah memberitahu aku jika parking di tempat itu, MBK tiada kuasa untuk menyaman kerana itu diluar bidang kuasa mereka tiada dalam undang-undang, namun katanya jangan beritahu orang, jarang yang tahu  perkara itu.

Sebab itu aku tidak pernah kisah,walau berapa jam pun, tidak pernah aku disaman, tempat itulah sering menjadi parkir, bila aku shoping ditempat itu, bagi mengelak aku membayar parking yang bukannya murah, hanya beberapa jam sudah beringgit-ringgit jumlahnya. lebih-lebih lagi di bandar raya..

Memakir ditempat itu pada masa akan datang terpaksa berfikir dua kali, jika tidak bersedia untuk membayar saman berkali ganda...

Isnin, 17 Mac 2014

Sakinah Yang Hilang

Sayang Sakinah (Bahagian 1)
Betul kata orang, dunia ini ibarat sebuah pentas lakonan. Umpama sebuah panggung teater. Di mana ditempatkan oleh-Nya ribuan juta pelakon. Pelakon plastik tidak terhitung ramainya. Bumi fana ini meletakkan variasi jenis pelakon. Beraneka ragamnya. Memunculkan kepelbagaian watak.
Jelas sekali, berbeza perwatakannya. Menghadirkan bermacam-macam persembahan hidup. Menayangkan ketidaksamaan sikap, berlainan pemikirannya. Daripada protagonis kepada yang antagonis. Daripada perihal lawa kepada perihal hodoh. Daripada si dungu kepada si bijaksana. Ah, memang betullah ada pantun yang mengatakan - lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.Aku setuju seandainya orang mengatakan dunia kini dikelilingi himpunan teknologi canggih. Aku akui seantero global ini disaluti bilangan kelompok manusia yang modenisasi. Aku tak nafikan itu!
Tapi sayangnya, ke mana menghilang belia Sakinah? Ke mana lenyapnya sikap perikemanusiaan manusia abad ini? Ke mana melayang kesantunan masyarakat era ini? Ke mana perginya sifat-sifat positif segelintir anak watan di usia ini? Memanglah rambut sama hitam, tapi hati yang berlainan. Semuanya perlu difikirkan.

Sejujurnya, aku menyayangi rakan sealiranku. Aku bangga dengan paras rupa mereka. Si Sakinah lawa, cantik, menawan hati. Yang lelaki pula tampan. Hidung mancung bak seludang. Kulit putih gebu bak kapas. Segala apa yang ada pada mereka memang menarik. Begitu indah ciptaan Yang Maha Kuasa. Semuanya sempurna.

Kadang-kadang cemburu pula aku terhadap kesempurnaan yang mereka miliki. Sayangnya, sikap yang mereka tonjolkan begitu mengguris hati. Tak semua, segelintir saja. Tak sesuai dek wajah. Pudar sudah perasaan bertimbang rasa. Luntur sudah warna simpati. Kian layu perasaan malu sesama sendiri. Selamatkanlah dunia kami Ya Tuhan!

Akhbar Harian Metro yang aku raih sebentar tadi dari 7 Eleven, masih ku tatap. Pengetahuan semasa ingin aku tambah. Biasalah pemegang gelaran mahasiswi katakan. Kandungannya aku teliti. Hati tertarik halaman hadapannya.

Umpan Badan - tajuk besarnya. Aku seret lagi penglihatan ke arah ayat seterusnya. Isteri jual gambar bogel untuk hidup mewah - ayat berikutnya yang aku hadam. Baris demi baris aku baca ayatnya. Kepala aku tergeleng-geleng. Tunjukkanlah nur kepada mereka, Ya Allah. Selamatkan mereka dari hutan kegelapan. Hatiku bermunajat pada-Nya.

Rasa kesal menyelinap ke seluruh belantara hatiku. Apa kejadahnya manusia hari ini? Perlukah menonjolkan sifat sebegitu hanya kerana ingin hidup mewah? Kenapa tak berusaha cara halal? Aku terus menyoal diri sendiri. Perlakuan manusia kini aku kira kian melampau. Melangkahi sempadan agama. Nilai-nilai moral kian terhakis. Aku kira inilah akibat proses modenisasi. Perasaan tamak haloba turut menguasai diri. Dunia kini menjadi terbalik. Bukan menuju ke hadapan, tapi berbalik semula kepada nostalgia lama. Dunia jahiliah, dunia tidak bertamadun.

Aku cuba mengawal perasaan marah yang membuak-buak. Terasa malu aku dengan kaum Hawa kini. Apa kata pelancong luar yang datang ke Malaysia? Apa fikiran orang asing yang meluangkan masa datang menjenguk? Betulkah Malaysia indah?

Tak! Aku kira tidak sama sekali. Meskipun indah, itu luaran. Meskipun menarik tapi hanya kerana bangunan pencakar langit, berdiri megah. Yang tersergam indah mewarnai bumi gemilang ini. Walau menawan kalbu, tapi hanya dengan alam semula jadinya. Rakyatnya berbilang kaum. Memiliki adat, tradisi serta budaya warna-warni. Itu tak dapat dinafikan. Bagaimana pula tahap moral penduduknya?

“Langsung tak malu ke buat benda terkutuk macam tu?” soal aku pada Jilah, rakan karibku.

“Entahlah...” selamba Jilah. Kemungkinan dia tak miliki idea, kiraku masa aku aju soalan.

Bukan hubungan songsang
Kami memang kerap meluangkan masa bersama lebih-lebih lagi bila ‘window shopping’. Ke mana saja kami melangkah, memang acap kali kami berdua-duaan. Ramai rakanku yang lain menyangka kami sedang menjalin hubungan. Hubungan songsang. Sangkaan mereka sama sekali salah. Hanya kami saja yang tahu betapa kami adalah rakan seperjuangan dalam menimba ilmu. Sudah lama kami memeterai sebuah ikatan kasih yang bernama persahabatan.

Bagiku, tak ada istilah bercinta. Apatah lagi dengan Jilah, haram di mata Sang Pencipta. Yang ada cuma teman tapi mesra. Yang wujud hanyalah istilah bercinta dengan Yang Maha Esa. Begitulah apa yang tersemat di lubuk hatiku. Dari momen aku mula mengenali kehadiran Jilah. Hingga kini, anggapan aku terhadapnya masih serupa. Tiada transformasi negatif yang berlaku.

“Ha’ah kan? Kenapa dorang tergamak buat macam tu? Kalau aku, memang aku malu tau. Dorang macam tak kisah langsung pun dengan tohmahan masyarakat. Tak peduli dengan hinaan yang bakal keluar daripada mulut orang lain. Biasalah manusia kan berbeza,” kini Jilah memberiku respon. Cara maklum balasnya seperti ada simptom-simptom, menandakan dia geram.

Aku juga dapat mengesan kiranya bahang kemarahannya. Mungkin Jilah juga turut merasa kurang selesa dengan panorama yang menakluki hati insan muda kini. Hati mereka dipenuhi najis dosa. Naluri anak muda kian dinodai belenggu nafsu. Bukan semua, sebahagian.

Aku pula tersenyum sambil fikiranku memikirkan sesuatu. Mindaku tercari-cari perkara yang aku biasa lakukan. Tak lengkap rasanya kalau sehari aku tidak melafazkannya. Pantun! Aku memang minat pantun Melayu meskipun aku bukan Melayu. Aku kira itu juga tradisi yang harus dijaga daripada dikunyah waktu. Warisan zaman-berzaman itu harus aku pelihara. Nilainya tak terungkap.

Dulu aku aktif dalam kelab pantun ketika masih menyarung pakaian seragam. Itulah momen bergelar pelajar belasan tahun di bangku sekolah menengah. Akulah bekas wira pemantun di sekolah. Bertahun-tahun ilmu dalam bidang itu kucuba kumpulkan dan aku simpan dalam kotak ingatan. Kini minatku masih ke situ.

Aku lafaz pada Jilah. Aku tutur padanya sebaik saja pantun itu selesai diproses dalam kilang mindaku. Dengan jedanya sekali.

Bunga kekwa bunga cendana,
Warnanya lesu serinya mati;
Rupa lawa tiadalah makna,
Andainya nafsu beraja di hati.

Jilah tersenyum mendengar aku berpantun. Dia memang selalu menjadi mangsa, tempat aku meluah perasaan. Bila tidak puas hati, pantun terus aku lafaz.

“Nina, kau ni kan, tak habis-habis dengan pantun kau tu! Ada pendekatan lain tak untuk menyindir orang?” Jilah mengomel manja. Kemudian, dia ketawa kecil. Aku hanya tersenyum menatap gelagatnya itu.

Aku ketawa mendengar luahan hati Jilah. Ku sambung lagi;

Cantik mempelai hatinya hiba,
Kekasih tiada luka melarat;
Maruah digadai dikuasai haloba,
Inilah petanda dunia akhirat.


Kucar-kacir dilanggar

Ketibaan monorel ke KL Sentral mengejutkan aku dan Jilah. Niatku untuk meluahkan satu lagi rangkap pantun terus mati serta merta. Terus aku atur langkah, bersedia untuk memasuki perut raksasa itu. Takut terlambat sampai di kolej kediaman. Akhbar yang aku baca tadi, sudah ditutup helaiannya. Segera aku simpan ke dalam beg. Di saat aku ingin meneroboskan diri ke dalam monorel, terasa badanku seperti ditolak oleh seseorang.

Langkahku menjadi kucar-kacir. Aku hampir-hampir tersungkur. Aku toleh semula ke belakang. Kelihatan seorang perempuan yang tak aku kenali berada di belakang. Hatiku mensyaki dialah orangnya. Tapi ku diamkan diri. Ku pendam perlakuannya.

Kebetulan ada tempat duduk masih kekosongan. Muat-muat untuk aku dan Jilah. Punggung terus aku labuhkan. Selesa rasanya.

“Tadi Jilah ada nampak tak orang yang tolak Nina?” soalku. Serasa geram bercampur-baur di kelopak hatiku.

Jilah mengerutkan dahinya. Perasan aku, kalau Jilah masuk dulu sebelum aku. Cuma ingin bertanya untuk memastikan kejadian itu. Benaknya dapat aku kenali, ada tanya-tanya di dalamnya.

“Hmm... Nina tadi kena tolak ke? Jilah tak perasan la.”

“Nina memang kena tolak tadi. Nasib baik tak tersungkur. Kalau jatuh kena langgar monorel tu macam mana? Mampu dia ganti balik nyawa Nina? Emm.. Entahlah siapa agaknya orang yang berani menolak Nina tu,” kepala ku geleng.

Aku meluahkan rasa kesalku pada Jilah. Perangai yang ada pada sebahagian rakyat Malaysia kini serba sedikit meranumkan buah kekecewaan dalam dusun hatiku. Ke mana menghilangnya nilai toleransi? Ke mana hanyutnya ladang rasa hormat-menghormati? Perlukah mereka sampai tolak-menolak? Haruskah mereka berebut gara-gara ingin masuk monorel? Aku menembak diri sendiri dengan pelbagai persoalan yang tak terjawab olehku sendiri.

Sekali lagi mindaku terfikir sesuatu. Sudah pasti pantun lagi. Fikiranku sedang menggali ayat dan rima yang sesuai untuk membina serangkap pantun. Aku kira Jilah mungkin dapat menghidu tingkah lakuku. Masak dia dengan ulahku. Sedikit aku merasa tak berpuas hati, memang aku akan meluahkannya dengan hanya berpantun. Tak kira di mana aku berada. Tak peduli masa apa pun. Niat hanya ingin menyalurkan mesej kepada orang lain.

Namun pantun kali ini aku cuma bicarakan dalam hatiku. Tak diluah pada Jilah.

Megah berkibar bendera Malaysia,
Berwarna cerah menawan hati;
Perlunya bersabar rakan belia,
Tidaklah usah pentingkan diri.
Penyeluk saku

“Jilah nampak tak apa yang Nina nampak?” Aku cuba memulakan perbualan. Terus Jilah mengalihkan pandangan ke mukaku. Apa dia nampak sesuatu yang mencurigakan sama seperti aku?

“Apa?” jawabnya ringkas.

“Nantilah Nina cerita pada Jilah. Lepas sampai kolej nanti. Tak ‘alert-lah’ Jilah ni!”

Setelah lama aku dan Jilah membisu, aku cuba bersuara semula. Cuba aku tutur sesuatu. Bola mataku mengenal pasti satu lagi perlakuan anak muda. Rakan sebayaku, kukira.

Waktu di dalam monorel, aku lihat seorang gadis cuba menyeluk saku seorang perempuan yang aku anggarkan dia sudah boleh digelar seorang ibu. Boleh jadi usianya di pertengahan 30-an. Ya, ku rasa sebegitu! Gadis tadi amatlah sempurna di mataku. Paras rupanya menawan. Putih melepak kulitnya. Tinggi, berhidung panjang dan mancung. Stailnya berpakaian menampakkan dia seperti model. Tapi sayangnya, dia penyeluk saku. Dasar gadis penyeluk saku, kutuk hatiku!

Huh, tak habis-habis rakanku menonjolkan perangai yang aku kira tak patut mereka tonjolkan! Wahai rakan tersayang, kembalilah ke jalan-Nya! Sedarlah. Bukalah matamu - aku berpuisi indah. Puisi pendek itu aku ucap di dalam hati.

Nasiblah seorang pak cik dengan cepat-cepat menghidu tingkah laku busuknya. Syukurlah. Patut dia dilaporkan kepada pak polisi yang ada di sekitar stesen yang bakal raksasa itu singgah sebentar lagi. Memang harus. Tidak adil bagi orang lain kalau perangainya itu diteruskan. Malas berdikarilah tu! Dasar kau pemalas - hina dalaman hati!

Tak henti-henti aku merasa kecewa. Perasaan itu lahir dengan sendirinya bila saja ku lihat kelakuan rakan-rakan seperjuanganku jauh terpesong. Kebanyakan lari daripada landasan agama. Sedih di dalam hati, tak terkata. Nak tegur, serasa malu. Kenapa mereka tidak memikirkan untuk hidup sesuai dengan kehendak-Nya? Apa mereka tahu yang bila-bila saja Yang Maha Esa boleh mengambil nyawa kita semua? Semua itu perlu difikirkan.

Sumber.Harian Metro

Sabtu, 15 Mac 2014

KEK MINYAK KARAMEL VERSI KUKUS








Bahan utk karemel...
5 sudu besar gula


Cara
Jadikan gula hangus di dalam loyang...

Bahan utk puding nye..
400mls susu cair
5 sudu besar gula
3biji telor
2biji telor kuning
1 audu kecil esen vanila

Cara
Masukan semua bahan dlm mangkok kacau perlahan2 jgn sampai berbuih...tuang bahan puding ni ke dlm loyang gula hangus tadi kukus dlm 15-20minit...

Bahan utk kek
5 biji telor
1/2 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn susu pekat
1 sudu kecik esen vanilla
2 cwn tepong naik sndiri
1 sudu ovelette

Cara
Pukul telor,gula & ovelette smpi putih kembng
Kemudian masukn esen vanila,minyak masak,susu pekat pukul lg smpi sebati
Stlh sebati semua bahan masukn tepong sikit demi sedikit yg ni pakai spatula...klu tak de pki senduk je...
Bahagikan mengikut warna...

Stlh karemel siap dikukus tadi...masukan adunan kek ke dlm karemel...lakukan dgn hati2 takut karemelnye pecah...selangselikan adunan sehingga habis..kemudian kukus slma 40minit @ shingga masak...

Khamis, 6 Mac 2014

Istimewakah Suami Orang

Tiba2 jiwaku mengeledak panas membahang agkara isu ini, membaca setiap komen yang dilontarkan, rata-rata pembaca mengutuk tanpa belas kesihan terhadap yang dikutuk..terutamanya insan bernama hawa, no komen, berani buat berani tanggung terimalah padanya, mereka sangat tak bersetuju dengan apa yang berlaku, termasuk juga aku.

Sorry, tiada ampun agak keras bunyinya, namun itulah fitrah seorang hawa yang pasti dan jelas tiada satu atau mana2 wanita dalam dunia ini yang sanggup dimadu atau diganggu rumahtangganya. Namun hawa juga yang banyak merosak hati wanita, macamlah sudah tiada lelaki lain dalam dunia ini.

Yang lelakinya pun sama 2x5 banyak sangat bohongnya, sendiwara plastiknya akhirnya dibongkar...dan semakin terbongkar selingku mereka. Andai aku dipihak si isteri dah lama aku tinggalkan sisuami yang tak setia ini, buat bajir air mata untuk di titiskan hanya kerana seorang lelaki begini.

Hanez Suraya seorang artis buat negara gempak gara-gara menganggu rumahtangga orang, dia penyebabnya isu ini tercetus  namun tak mengaku bersalah pula, mohon si isteri menuntut maaf dengan egonya dia berkata ..fuyooo sedapnya mulut berkata-kata..sekarang tanggunglah padahnya...

Ingatan buat Wanita atau gadis diluar sana sebelum menggambil tindakan atau cuba berangan-angan ingin berkahwin dengan suami orang fikirlah sehabis daya apakah keputusan itu satu tindakan bijak atau anda terpaksa berdepan dengan umpat keji masyarakat sekeliling, jangan salahkan sesiapa jika keadaan ini bakal berlaku kepada kehidupan anda. 

Ahad, 16 Februari 2014

Rumahku Syurgaku

 Aku impikan sebuah teratak begini terbina di kampung kelahiranku

Telah sekian lama aku mengimpikan sebuah teratak terbina di kampung kelahiranku, maklumlah sejak kecil di desa inilah tersingkap seluruh kehidupan ini, berbagai kenangan suka dan duka dalam menikmati kehidupan sebagai anak kampung. Di desa ini darahku tertumpah, tak hairanlah jiwaku juga telah tertanam disini.

Tak segah banglo mewah pun sudah cukup memadai bagiku, sekadar tempat  berteduh dan selesa jauh dari keributan, kedamaian dan ketenangan menjadi dambaan. 

Saat ini aku tinggal dalam suasana perumahan, dimaklumi suasana disini kehidupan bermasyarakat sesama jiran agak terbatas, masing-masing dengan kehidupan sendiri walau berbelas tahun berjiran namun tak mengenali antara satu dengan yang  lain,  adalah bersapa hanya sekali-sekala, kekadang bila bersua hanya mampu melontarkan senyuman itu pun kepada yang sudi membalasnya, kadang-kadang tu kita senyum tak pun dibalas tak apalah yang penting kita sudah sedekahkan senyuman.

InsyahAllah moga impian ini akan terlaksana pada satu masa dengan izin Allah.


Rabu, 12 Februari 2014

Kek Cheese


Brownies:

Bhn A
2biji telur
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat manis
100ml minyak
1/2 cwn gula castor

Bhn B yg diayak bersama:
1/3 cwn serbuk koko
1/2 cwn tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Satukan bhn2 A dan msukkan ke dalam blender,, kisar perlahan2 hingga sebati. Masukkan bhn B yg diayak dan dikisar lg hingga sebati,, masukkan ke dlm loyang yg digriskan dahulu dan dialas dgn kertas mnyak,, kukus lbh kurang 25-30minit hingga masak.(simpan sket shaja adunan utk bt corak ats lapisan keju nnti). Bila brownies dh msak, bru tuangkan adunan keju diatasnya,,

Lapisan keju:
500gm cream cheese
4biji telur
140gm gula halus
Sdikit esen vanilla

Pukul cream cheese hingga gebu,, masukkan gula dan pukul hingga sebati.masukkan pula telur dan een vanilla. Pukul hingga rata..tuang ke ats brownies yg dh siap dikukus,, kemudian ambik sket adunan brownies dan titiskan ke ats adunan keju,, lorekkan dgn hujung lidi,,, kukus smula lbh kurang 20minit dgn api yg sederhana hingga masak..

Ahad, 2 Februari 2014

Seringkali Terlepas Majlis

Moga bahagia hingga ke Janna
Hari isnin lalu aku agak lewat masuk ofes kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan, tidak boleh diabaikan kerana semuanya menuntut harus disegerakan jika tidak alamatlah intresnya pasti melambung.

Selesai semua urusan aku pun masuk ofes, diatas mejaku ada beberapa sampul surat pelbagai warna. Pantas aku menggambil sambil duduk dikerusi, satu persatu aku buka semuanya kad undangan majlis perkahwinan.

Dalam hati pasti aku hadir kerana majlis itu diadakan antara hari jumaat dan sabtu kebetulan pula cuti pada hari  tersebut dan semuanya berlangsung waktu petang. Dalam hp ku juga beberapa mesej dihantar oleh rakan memaklumkan berlaku kematian di kampung berkenaan. Maaf banyak-banyak kepada pihak keluarga yang meninggal kerana aku tak sempat hadir.

Petang ahad ini baru aku teringat tentang kesemua undangan itu, aku terlupa kerana keseronokan duduk rumah ..satu undangan pun tak sempat aku hadir. Ini kali lah pasti kena taggih kenapa aku tak datang..

Kerana aku asyik sibuk diluar dengan tugasan, bila hari cuti kesempatan itulah aku gunakan sepenuh masaku bersama keluarga. Bila berada dirumah perkara diluar pun semuanya aku lupa ... apa pun aku ucapkan selamat pengantin baru kepada semua mempelai semoga bahagia hingga ke syurga.

Isnin, 27 Januari 2014

Tamu Misteri diambang senja

gambar hiasan
Satu hari ketika aku sedang rehet-rehat duduk diruang tamu rumah sambil menonton TV waktu petang,  anak kecilku pula yang berumur dalam lingkungan hampir empat tahun itu berada dibilik kami ditingkat atas, sibuk dengan ipadnya menonton katun itulah aktiviti hariannya untuk menghilangkan keboringan.

Tiba-tiba kulihat dia tergesa-gesa menuruni anak tangga sampai ke bawah sambil memanggil-manggilku, dan terus saja mendapatkan aku, dia berdiri dihadapanku, lalu berkata ibu! ibu! temankan nana diatas, nana takutlah, tadi ada kawan ibu datang, dia masuk dari jendela tuturnya, aku memandang wajahnya, dia nampak cemas .. endah tak endah aku menjawab iya kah nana.. iya ibu jawabnya jelas, sambil nana memimikkan mukanya dan menjeling tajam memandang aku..macam tulah dia tengok nana, bersungguh-sungguh dia menerangkan,  dia cakap sama nana, aku bertanya?  dia tidak cakap sama nana..jawab nana lantas memeluk aku.

Aku pula sengaja menunjukkan riaksi tidak begitu menggambil peduli apa yang dia ceritakan.. aku bertanya   dia pakai baju apa?  pakai baju putih jawabnya...pakai kasut warna apa tanyaku lagi sekadar mau menduga..dia tiada kaki, dia masuk almari ibu jawabnya tanpa tersekat-sekat..??? biar betul budak ni bisik hatiku....

Aku  pandang muka nana  meyakinkan pada nana, bahawa itu kawan ibu yang baik dan tidak jahat, nana memandang aku sambil mengerutkan dahinya. ... dalam hati ini sebenarnya terasa seram...

Jumaat, 27 Disember 2013

BUKANNYA TAK SUDI..

Bukannya tak sudi dia bertandang lagi ke rumah kami malah lebih dari sudi, di layan dengan baik, diberi makan secukupnya, ada kalanya di mandikan, meski pun dia bukan kepunyaan kami, tetapi milik jiran sebelah rumah. dah menjadi rutin subuh-subuh dah bising-bising minta bukakan pintu di belakang dapur.

Setelah dilayan dengan baik akhirnya dia tidak mahu kembali lagi ke pengkuan tuannya, dah menjadi sebahagian penghuni dalam rumah. Seisi rumah semuanya suka, lebih-lebih lagi si puteri kecilku, diberikannya nama si comel  mungkin kerana warna bulunya yang menarik, putih susu kekuningan dan kelabu chair memang cantik.

Namun perkara yang sangat-sangat menganggu deria rasaku tidak tahan dengan si comel ini suka membuang najisnya merata-rata buat aku pening. Habis pasu bungaku dipenuhi najis si comel, pokok bungaku juga jadi layu. Keadaan ini mengundang geramku pada si comel.

Akhirnya kami menggambil keputusan tidak mahu melayannya lagi biarkan dia kembali kepada tuannya semula..  Telah dihalau berulang kali namun si comel ini berdegil tidak mahu berganjak, rasa kesihan namun apa nak buat. Sesekali dia muncul di belakang dapur menziarah kami. Tetap saja kami layan dengan baik dan memberinya makan.

Khamis, 26 Disember 2013

" ITU PAKAIAN ORANG KRISTIAN "

Dua hari lalu aku dan suami telah ke bandar bersama anak perempuan kami yang baru berumur 7 tahun, tahun depan masuk ke tahun dua sekolah rendah. Kami ke bandar membeli  keperluan sekolahnya memandangkan tarikh persekolahan semakin hampir.

Kami terus saja menuju kesebuah kedai tempat kami membeli keperluan sekolah anak kami tahun lepas ketika dia baru  masuk tahun satu. Kerana teringat semua keperluan sekolah ada dikedai tersebut. Namun baju pinapo di kedai itu telah habis tiada stok. Tanpa membuang masa kami beralih ke kedai lain.

Di kedai tersebut ada baju sekolah yang diminta, aku pun terus mencari-cari saiz yang sesuai dengan tubuhnya, baju pinapo, aku terus mencapai baju tersebut dan padankan ke tubuhnya, saiznya tepat dengan tubuhnya, aku kata dengan anakku inilah saiz yang sesuai..

Tiba-tiba dia berkata dengan selemba, aku tidak mahu pakai baju itu, " itu baju orang kristian ".. aku dan suami berpandangan.. terkejut..?? mendengar kenyataan puteri kami yang baru 7 tahun itu.

Terfikir-fikir dari mana dia mendengar percakapan serupa itu, Selaku ibubapa kami tak pernah mengajar anak kami berkata begitu jauh sekali dari bercakap tentang agama lain.

Baju sekolah rendah (Baju Pinapo)

Isnin, 16 Disember 2013

SUDAH DI BERI BETIS NAK PEHA LAGI

Saya teringat setiap kali persidangan UMNO di adakan di PWTC Kuala Lumpur, yang sepatutnya hanya melibatkan para perwakilan saja, namun mereka yang tidak terlibat juga turut sama menggambil kesempatan ke persidangan tersebut sebagai pemerhati. Tiada masalah malah di alu-alukan menandakan kecintaan kita terhadap parti kita sebagai pendokong kerajaan.

Namun apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah sikap segelintir para pemerhati terutamanya dari bahagian saya iaitu disalah satu bahagian di negeri Sabah ini, sikap mereka ini kadang-kadang agak keterlaluan dan mengada-ngada, sudahlah tambang-menambang mereka di tanggung termasuk penginapan dan poket money di beri,  masih menunjukkan sikap tidak puas hati, jika boleh dalam hal2 urusan peribadi pun nak di tanggung juga, bukankah ini agak melampau.

Sasaran utama dalam perkara ini tentulah yang berjawatan ketua, tidak kiralah ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda mungkin juga ketua puteri.  Inilah fenomena yang sering melanda setiap kali persidangan UMNO di adakan. Mungkin kah perkara sebegini tidak berlaku di tempat lain..??? Walau pun saya tidak terlibat dalam menguruskan perkara ini namun melihat gelagat serta sikap mereka ini buat saya geram dan malu, " SUDAH DI BAGI BETIS NAK PEHA LAGI" nampak sangat ambil kesempatan. Langsung tidak sanggup berkorban untuk keperluan sendiri. Ramai juga manusia macam ini dalam dunia ini...

Khamis, 12 Disember 2013

NOKTA PILU CINTA ANTARA DUA DARJAT

DALAM membicarakan jodoh pertemuan kita tidak seboleh-bolehnya terlupa bahawa di hujung kedua-duanya ada perceraian. Sebagai manusia kita hanya mampu berharap dan berusaha yang terbaik melalui doa dan ikhtiar. Sehinggakan kita merasakan setiap yang dipohonkan itu sesuatu yang terbaik dan tepat dalam hidup. 

 Sebetulnya, yang terbaik dan tepat bagi kita hanyalah yang ditakdirkan oleh Yang Maha Esa.
Sebagai manusia kita juga perlu akur dan reda bahawa setiap sesuatu akan sampai ke titik noktahnya.
Demikian jugalah ketentuan yang sudah ditakdirkan terjadi kepada jodoh bekas artis popular tahun 80-an, Mazuin Hamzah dengan adinda Sultan Brunei Darussalam, Pengiran Muda Sufri Bolkiah.
Kekuatan cinta yang bersemi bermula dari sepasang kekasih sehinggalah sebagai suami isteri yang terjalin selama hampir 17 tahun akhirnya rapuh juga.

Pengumuman secara rasmi perceraian Pengiran Muda Sufri Bolkiah dan Pengiran Bini Mazuin Hamzah disahkan oleh jurucakap Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam di sini dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia 17 Februari lalu. Perkahwinan pasangan diraja itu telah berakhir dengan perceraian pada penghujung tahun lalu.

``Berita perceraian tersebut adalah benar dan mereka sekarang dengan haluan masing-masing,'' jelas kenyataan itu lagi. Jurucakap itu membuat kenyataan berkenaan sebagai mengulas pojok Sejenak Bersama Huzz dalam Mingguan Malaysia minggu lalu. Kenyataan itu turut memberitahu, Pengiran Sufri menganggap berita perceraiannya dengan bekas penyanyi kumpulan Quinnary M itu sebagai perkara yang cukup peribadi.

``Perkara ini adalah soal peribadi dan tidak semestinya Kerajaan Brunei Darussalam mengumumkan kepada peminat atau wartawan mengenai perceraian ini,'' kata kenyataan itu lagi. Bermula dari detik perceraian, bekas isteri Pengiran Sufri hanya dikenali sebagai Hajah Mazuin binti Hamzah sebagaimana disiarkan di akhbar rasmi kerajaan (Pelita Brunei) 24 Disember 2003 lalu. Episod cinta penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Aku Ingin Dekat Kepadamu dan Cinta Palsu itu bermula pada 10 Julai 1987.

Pertemuan pertama di Villa Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) itu memberi kesempatan kepada pasangan itu untuk bertentang mata antara satu sama lain. Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi dengan Mazuin, sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987.

Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan Mazuin pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepada kekasihnya itu bertaraf lima bintang.
Sebelum Mazuin dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri mengadakan pertemuan dengan artis wanita berkenaan yang ditemani ibunya, Maimon.

Di ruang pejabat di Istana Nurul Hana, Sufri secara gentleman menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin. Berdasarkan laporan dalam majalah URTV, sebelum menyunting si genit itu, Sufri terlebih dahulu bertanyakan Mazuin apakah dia sudah mempunyai pilihan hati. Tergamam dengan pertanyaan itu, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani puterinya itu juga ditanya oleh Sufri apakah beliau sudi untuk menerima kehadiran putera diraja itu sebagai menantunya.

Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana pada usia 23 tahun, wanita itu berpendapat, lebih baik anaknya sahaja yang menentukan masa depannya.
Kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.

Sekali lagi berita itu mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia yang berjaya mendapat pengakuan eksklusif Sufri yang mengesahkan baginda sudah melamar Mazuin. Bibit cinta antara Mazuin dan Sufri mula berputik selepas detik itu sebagaimana bergulingnya musim-musim, hidup manusia direncahkan dengan peristiwa yang pelbagai.

Berbulan-bulan persiapan dilakukan sehinggalah majlis pernikahan dan persandingan berlangsung secara gilang-gemilang. 11 Disember 1987 menyaksikan dua hati disimpul menjadi satu. Mazuin menjadi artis wanita pertama diangkat kedudukan sebagai permaisuri kepada kerabat diraja negara paling kaya di dunia.
Majlis perkahwinan pasangan ini kekal sebagai perkahwinan paling gemilang artis tempatan sehingga ke hari ini.

Namun, tiada siapa yang pernah menyangka kegemilangan majlis pernikahan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu. Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki bagi mendapatkan reaksinya.
Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang penuh dengan coretan manis Mazuin khususnya sebelum dia menduduki takhta di istana. Mazuin tidak pernah meminta kehidupannya ditakdir sedemikian rupa tetapi hakikatnya musim-musim indah yang pernah dilewatinya sudah berakhir.

Barangkali catatan hidup Mazuin ada signifikannya dengan lagu Penjara Cinta nyanyiannya sebelum bergelar orang istana. Sebahagian daripada kehidupan Mazuin diterjemahkan ke dalam lirik Penjara Cinta yang antara lain menyebut...

bagai merpati
Sepi disangkari
Tiada keindahan
Tak berteman

Tiada kebebasan
Tiada kedamaian
Hatiku berduka
Terpenjara...
Lirik penuh bermakna oleh Seri Bayu ini bagaikan menjelaskan segala-galanya mengenai kehidupan wanita
bernama Mazuin Hamzah.

Ini merupakan sebuah kisah cinta duka seorang wanita biasa yang berkahwin dengan seorang putera raja, kisah ini telah menjadi sejarah namun ianya tetap terpahat dalam diary peminat Mazuin Hamzah , kisah aku dengan Mazuin hampir serupa, hanya aku wanita biasa yang berkahwin dengan orang biasa, perkongsian hidup terpaksa di noktakan kerana sudah tiada persefahaman.

Jujurnya dialah satu-satunya lelaki yang pertama bertaktha di hatiku. Sepanjang hidupku, aku tidak pernah menyintai mana-mana lelaki di dunia ini melainkan dia. Sehingga kami di ijab kabul menjadi pasangan yang sah. Kami menyulam cinta selama tujuh tahun. Sepanjang aku bercinta dengannya ramai jejaka datang melamar,  tapi semuanya ku tolak atas faktor kesetiaan demi dia, aku terlalu setia namun dalam pada aku mengabdikan kesetiaanku rupanya dia ada hubungan dengan wanita lain, pun aku tak kisah aku tetap pertahankan seluruh kesetiaanku.

Bukan saja waktu kami bercinta dia bermain kayu tiga malah saat kami telah bertunang dan selepas kahwin pun sikap curangnya tidak pernah berubah. Akhirnya satu saat kesabaran dan kesetiaan yang sekian lama ku pertahankan tidak mampu di bendung lagi, akhirnya aku mengambil keputusan tanpa menoleh ke belakang aku melangkah  pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Saat itu dia menanggis air mata darah sekali pun sudah tidak mampu mengubah apa-apa. Aku nekad, semuanya sudah terlambat.

Derita jiwaku akhirnya berlalu, bahagianya hidup tidak didampinggi manusia yang tidak tahu menghargai segala pengorbanan. ya aku puas hati, benar-benar puas hati. Setiap diri kita ada hak untuk bahagia, kita banyak pilihan, memilih untuk bahagia atau derita. Aku tidak tersalah membuat pilihan kerana kini kehidupan ini lebih tenang dan damai. Terasa dunia ini lapang, aku terlepas dari satu ruang yang begitu sempit menyekat pernafasan.

Selepas berpisah aku nekad tidak akan berkahwin lagi, kerana derita jiwaku belum berakhir. namun manusia hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segala-galanya.  Di takdirkan akhirnya aku bertemu jodoh untuk kedua kalinya. Aku mengharap agar jodohku kali ini adalah yang terbaik, tetapi benarlah apa yang dikata untuk mencari yang benar-benar sempurna itu adalah mustahil melainkan Tuhan saja yang selayaknya sempurna. Perkahwinan kedua ini buat aku banyak makan hati. Sejujurnya anak-anak tak bersetuju aku berkahwin lagi atas sebab mereka bimbang aku tidak bahagia.
  
Perjalanan hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang ok kadang-kadang tidak ok..andai waktu yang lalu bisa kembali lagi, aku lebih memilih hidup sendiri dari berkahwin lagi kerana ternyata perkahwinan kedua ini pun tidak seperti apa yang ku harapkan.