Khamis, 9 Oktober 2014

Benarkah Nasib Setiap Insan Telah di Takdirkan


Semua insan inginkan kejayaan dalam hidup,  tiada seorang insan pun dalam dunia ini ingin gagal, jika boleh kegagalan itu harus dielak, kerana kegagalan adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Sehingga ada insan yang tidak mampu melaluinya bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana gagal.

Benarkah semua apa yang kita lalui dalam kehidupan ini berdasarkan kepada nasib seseorang yang telah di takdirkan....tak pasti , saya memikirkan saat saya bergelar pelajar semasa dibangku sekolah rendah sehinggalah ke sekolah  menengah. Kegagalan banyak menyelubungi kehidupan saya saat itu,  jujurnya saya katakan, saya bukanlah dalam kalangan pelajar bijak, tak juga bodoh sangat..pertengahanlah lebih kurang. Namun masih ada juga yang lebih tak bijak daripada saya..

Boleh bayangkan bagaimana perasaan seseorang yang sering gagal, pelbagai perasaan wujud antaranya, rasa rendah diri, malu, tekanan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi apa bila mendapat tekanan dari kedua ibubapa, menyalahkan kita kerana ditimpa kegagalan. Di malukan, diangap kita anak yang tidak membawa untung, hanya menghabiskan beras, menghabiskan duit orang tua. Kata-kata sebegitu mungkin sebagai motivasi dari mereka tetapi pada kita sebagai anak merasakan kata-kata sebegitu cukup menyebabkan hati terluka namun terpaksa ditelan juga.

Namun bila di renung kembali perjalanan hidup saya sering menempuh kegagalan rasanya tidak percaya bahawa hari ini saya boleh berbangga dengan apa yang telah saya capai, Boleh dikatakan dalam jutaan insan saya diantaranya berjaya mencapai impian hidup didunia ini, tidaklah sehingga mencakar langit tetapi berjaya mengharungi kegagalan yang sungguh memeritkan. Di penghujung keperitan itu akhirnya membuahkan hasil berkat daripada usaha yang tidak mengenal erti putus asa serta sabar dalam menangani setiap kegagalan sehingga akhirnya kejayaan itu dapat digenggam.

Anggapan nasib seseorang itu adalah takdir mungkin juga ada benarnya tetapi kita tidak boleh berserah kepada nasib semata-ma, harusnya kita berusaha, andai setelah berulang kali berusaha tetapi tetap juga begitu mungkin itu sudah benar-benar nasib yang telah di tentukan.

Satu perkara yang sering saya terkenang, cita-cita bergelar seorang guru agama tidak menjadi kenyataan mungkin Allah tidak izinkan kerana tidak sesuai, tetapi Allah telah merancang apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Benarlah ada perkara yang sangat kita sukai, tetapi tidak perolehi, sebaliknya perkara yang kita tidak sukai rupanya itulah yang kita dapat. Apa yang berlaku semuanya ada hikmah tersembunyi yang hanya Allah swt saja yang lebih mengetahuinya.

Banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan kita, kesedihan, kekurangan, kegagalan, penderitaan dan banyak lagi, seribu satu macam perkara. Betapa perit semua ini untuk kita telan namun sebagai manusia yang punya akal waras, seharusnya setiap kegagalan itu kita jadikan sebagai  satu motivasi bahawa masih ada jalan untuk kita melakukan yang lebih baik dari terus agal