Sabtu, 31 Mac 2012

Ingatan Buat Wanita Kehidupan ini Umpama Roda


sekadar gambar hiasan
HANYA wanita memahami hati dan perasaan kaumnya, terutama bila dimadukan. Bukan setakat itu, mereka tahu bagaimana terhirisnya jiwa dan derita bila suami ada kekasih. Tetapi lain pula dengan adik ipar saya, bukan saja menyokong, malah menggalak dan menolong adik-beradiknya berpoligami. ''Apa yang menghairankan ipar saya, Jaja pernah menderita kerana ditipu dan dimadukan oleh suaminya yang mengaku bujang. Tetapi sekarang dia seolah-olah suka kalau wanita lain dimadukan. '' Itu cerita Nurhasanah dalam surat dan ketika kami berbual panjang di telefon baru-baru ini. ''Saya tak faham sikapnya yang tidak sedih ketika dimadukan dahulu. Mungkin kerana dia yang mengambil suami orang, sebab itu dia tak ada perasaan sedih seperti adik dan kakak iparnya yang dimadukan. ''Saya masih ingat lagi Jaja menghadapi masalah besar ketika dia hendak kahwin, sudahlah ditipu dan dimadukan malangnya dia sendiri tak tahu dirinya isteri ke berapa, tanya suami tak pernah bercakap benar. ''Seingat saya sepanjang perkahwinan, Jaja menderita. Puncanya dia kenal dengan orang kumpulan dakwah. Di situ dia kenal bakal suami. Terpikat kerana orang banyak ilmu konon berjubah, berjanggut, boleh berikan kebahagiaan dunia akhirat. Lebih bangga konon lelaki ini duda.

''Pada hari perkahwinan dia tak mahu sanding, cukup dengan kenduri dan dia akan ikut suami pindah ke tempat suami bekerja. Selepas seminggu berkahwin dia tak pindah. Suami balik, dia ditinggalkan. Selepas itu baru terbongkar rahsia, suaminya bukan duda tapi ada isteri dan empat anak. Jaja kekal duduk rumah emak di kampung. Di situ bermula episod sedih dalam kehidupan Jaja hingga dia ada tiga anak. Suami jarang balik sebab takutkan isteri pertama. ''Sepatutnya dengan pengalaman yang dilalui, dia simpati dengan adik dan kakak iparnya tetapi dia sokong abang dan adik lelakinya berpoligami. Sepatutnya dia menasihati mereka supaya lupakan niat nak kahwin lagi, dan pentingkan masa depan anak-anak. ''Sekarang Jaja tak bermadu sebab suami dah meninggal dunia, tetapi rasanya, air matanya baru sahaja kering disebabkan perangai suaminya. ''Ketika tiba hari nikah, bakal suami Jaja datang sehelai sepinggang tanpa diiringi saudara mara. Lebih teruk dia datang berlenggang tanpa duit hantaran. Kerana malu, mak mertua saya pinjamkan baju Melayu anaknya untuk dipakai bakal pengantin. ''Orang berbohong mana boleh simpan rahsia lama-lama. Bila rahsia terbongkar dia cakap isterinya tak marah. Sebenarnya dia amat takut isteri tua. Kalau tak takut kenapa sepanjang 26 tahun kahwin, dia tak pernah bawa Jaja jumpa ibunya dan mertua saya tak pernah kenal besannya. Hingga kini semua anak Jaja tak kenal adik-beradik isteri pertama ayah mereka. ''Lebih sedih ketika suami Jaja sakit setahun lalu Jaja tak berani menziarah atau menjaga suami di hospital sebab takut kena ganyang dengan madu.

Meninggal dunia ''Keadaan berterusan hingga suaminya meninggal dunia. Jaja dan anak-anak langsung tidak diberitahu. Setelah seminggu suaminya meninggal baru Jaja dapat berita tetapi tak tahu di mana kuburnya.
''Saya hairan macam mana dia boleh lupakan ketika hidupnya susah, dia terpaksa menanggung tiga anaknya kerana suami jarang beri nafkah. Dia seolah-olah tidak serik dengan pengalaman pahit bermadu, malah menjadikan rumahnya seperti hotel untuk adik-beradiknya membawa isteri baru dan kenalkan kepada ibu mereka . ''Ibu mertua saya gembira anak lelakinya kahwin lagi. Bila ditanya mertua saya kata dah jodoh dia.
''Saya tumpang sedih dengan nasib biras saya yang dimadukan. Janganlah kerana sedikit hadiah, ibu mertua dan Jaja, butakan mata mereka. ''Saya tak kisah kalau adik ipar saya orang kaya, berpangkat, banyak wang, sebab boleh beri makan anak-anak. Ini hidup susah, setakat bawa lori anak lima cukupkah duit nak kahwin dua? ''Biasanya mereka kahwin di sempadan nak sembunyi dari isteri pertama ada perkahwinan mereka tidak didaftarkan. Kami duduk bersempadan negara jiran nak kahwin beberapa kali tak jadi masalah, dekat keluar masuk pun senang. ''Nak bercerai pun tak ada masalah. Kalau mereka rasa tak dapat apa yang dicitakan dengan isteri baru atau masalah lain mereka bercerai. Mereka kahwin cerai macam tukar pakaian. ''Contohnya adik ipar saya nombor empat kahwin tujuh kali, kini tinggal tiga orang isteri dengan sembilan anak, sedangkan gajinya tak seberapa. Bukan menghina, kalau dia ada duit takkan dia biarkan kereta rosak tak dibaiki. ''Dulu sebelum kereta rosak, adik ipar saya lebih teruk, bukan setakat dia kahwin di sempadan, dia jadi orang tengah, ambil upah menguruskan kalau ada orang nak berpoligami.

 ''Melihat keadaan hidup biras-biras saya yang dimadukan, buat saya insaf, tak mustahil saya akan terima nasib sama kalau saya tak siapkan diri dari awal. Saya bersyukur kerana ada pelajaran dan kerja tetap. ''Kerana itu saya sentiasa bersiap-sedia, saya ada rumah, kereta dan simpanan sendiri. Tak seperti biras-biras saya hanya bergantung hidup pada suami, sebab tidak bekerja. ''Ditakdirkan saya tak selesa dengan apa yang dilakukan oleh suami, saya tak perlu pening kepala. Saya boleh berdikari malah bersyukur saya ada pencen untuk hari tua. ''Kepada wanita di luar sana dan nasihat saya kepada biras-biras saya bahawa hidup ini umpama langit, tak selalunya cerah, ingat hari ini lelaki itu suami kita, esok lusa belum pasti. ''Jika kita sudah membuat persediaan, ditakdirkan badai menyerang, sudah tentu persediaan yang ada boleh membalut rasa sedih. Apa lagi jika keluarga suami senang dengan perkahwinan baru anak lelakinya sokong seratus peratus. Tentu kita rasa lebih sakit hati.'' Itu nasihat Nurhasanah kepada setiap wanita yang telah berkahwin atau pun masih gadis.

Awas! Taktik menculik budak di pasaraya



Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa. Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.






Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar. Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas
SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA! " YA ALLAH NGERINYA"

Busana Moden

Anggun bergaya busana moden untuk pengantin

Rabu, 28 Mac 2012

Jamu Mak Dara terbukti berkesan

Jamu Mak Dara merupakan makanan tambahan produk tradisional yang telah diamalkan oleh golongan wanita . Wanita yang mengamalkan memakan jamu terbukti mempunyai tubuh badan yang menarik dari dalaman dan luaran, Jamu ini mampu membantu memperlambatkan proses ketuaan dan rasa sentiasa bertenaga. Wanita yang telah melahirkan anak sangat digalakkan mengamalkan produk seumpama ini bagi membantu mengekalkan kecantikan tubuh badan.
Dan yang paling mengejutkan bila mengamalkan produk ini hubungan intim bersama suami seperti ketika malam pertama, sungguh, hanya bila meminum jamu ini badan terasa panas membahang dalam beberapa minit, selepas itu akan kembali seperti biasa. saya bukan berkempen untuk produk ini, saya tiada kepentinganpun, hanya ingin berkongsi pada wanita diluar sana. Kita sebagai wanita yang telah melahirkan anak perlu penjagaan jangan biarkan tubuh kita tidak terjaga.

Jumaat, 9 Mac 2012

Always with me


Ya ALLAH tergamaknya seorang anak memperlakukan IBUnya begini

Berderai air mataku menonton video kisah ibu ini, Nasib baiklah pemilik dan pekerja Hotel itu orang budiman, Cina pula tu,  Sampai hati si anak memperlakukan ibunya begini.
 Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu. Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan. Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.


Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel. Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.




Khamis, 8 Mac 2012

Kisah Hakim, Nenek dan Ubi Kayu



sedih juga kisah ini- andai sayalah tuan ladang itu, saya akan sedekahkan saja, apa sangat setakat ubi kayu

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. “Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.” Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.