Selasa, 20 November 2012

Dasar Manusia tidak bersyukur

Manusia merupakan sebaik-baik mahluk yang Tuhan ciptakan, tiada mahluk lain sesempurnanya melainkan manusia. ini adalah anugerah Ilahi kepada kita yang harus disyukuri, Namun telah menjadi dasarnya sebilangan manusia di muka bumi ini tidak mensyukuri segala nikmat yang dikecapi. malah dengan bongkak dan angkuh  bersikap seolah-olah mereka itulah manusia paling hebat.

Khamis, 18 Oktober 2012

Rentetan Kehidupan Zaiton Sameon

Perjalanan hidup setiap individu itu memang dipenuhi dengan pelbagai liku dan ranjau yang berwarna warni dan tidak dinafikan, segala pengalaman itulah yang membuatkan seseorang itu matang dalam menghargai kehidupan yang mereka miliki. Kehidupan seorang anak seni juga tidak kurang menariknya apabila pelbagai pengalaman yang ditempuh sepanjang karier dan kehidupan menjadi tatapan umum semua pihak sama ada peminat mahupun sebaliknya. Apatah lagi jika pengalaman itu melibatkan kejadian-kejadian tragis seperti terbabit dalam sebuah kemalangan yang meragut nyawa individu tersayang sewaktu berada di puncak kegemilangan karier seninya. Itulah antara sedikit daripada coretan kisah hidup seorang penyanyi yang dahulunya terkenal di seluruh pelosok negara melalui lagu-lagu seperti Menadah Impian, Kabut Serangkai Mawar dan Menaruh Harapan.

Zaiton Sameon merupakan seorang penyanyi yang berada di tangga teratas sewaktu di puncak popularitinya dan menjadi sanjungan peminat tetapi kehilangan segala-galanya selepas terbabit dengan satu kemalangan ngeri pada tahun 1990. Filem Zaiton Ceritaku yang dikeluarkan syarikat produksi Bruang Filem Sdn. Bhd. ini bertujuan menceritakan perjalanan dan liku-liku hidup yang terpaksa diharungi penyanyi Zaiton Sameon selepas kemalangan tersebut. Filem berbentuk autobiografi ini juga mempertaruhkan pelakon dan penyanyi, Nadia Aqilah Bajuri yang memegang watak sebagai Zaiton dalam filem pertama lakonannya.

Gadis berusia 26 tahun ini mengakui bahawa dia dapat merasa emosi dan kesedihan yang dialami oleh Zaiton sendiri sewaktu melakonkan watak penyanyi itu. "Saya memang suka hidup dalam watak yang diberi, jadi apabila memainkan watak ini, saya dapat merasakan kesedihan yang ditanggung penyanyi itu. "Apabila dia kehilangan segalanya akibat kemalangan termasuk karier seni malah anak kesayangannya, kadangkala saya tidak dapat menahan daripada turut bersimpati kepadanya," katanya yang ditemui selepas majlis pra-tonton filem itu baru-baru ini.

Nadia yang turut menyanyikan lagu Menaruh Harapan dalam filem itu menambah, dia berharap filem itu dapat mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap penyanyi itu yang telah banyak berjasa dalam industri seni tanah air. "Filem ini menunjukkan cabaran demi cabaran yang terpaksa dilalui oleh Zaiton selepas kehilangan insan-insan yang tersayang dalam hidupnya. "Saya juga berharap masyarakat dapat memberikan penghormatan yang sewajarnya diterima oleh Zaiton kerana dia merupakan seorang wanita yang cekal dan tabah," katanya.

Wanita ini juga berharap peminat dapat mendalami penderitaan dan cabaran yang terpaksa dilalui seorang penyanyi yang telah menghiburkan jutaan peminatnya suatu masa dahulu.


Ahad, 30 September 2012

Family I Love



love my family with my hold heart.

My love is Joy to love my family
Family is sad and happy and love.
Family is fun and painful and pretty.
My family is like all families we have
love and we have happiness and tears
I love my hold family
My family is like angels who fly in sky
I am grateful that I have family that loves
me.
My family are kind and nice and fun to be
around
My family is painful like all familys are and
heart breaking and Evil sometimes
My family is heart breaking and deadly like
everyone else
Hey I can't stop loving my family not matter what
it coats in the family.
Way my family is just makes me want have family
with someone be as good as they are.
But God know I love my family
and our love is great to have in life
and even know they leave he world they still
a live in my hearts.
Kristina Riggs

One Morning


Eamon Grennan

Looking for distinctive stones, I found the dead otter

rotting by the tideline, and carried all day the scent of this savage
valediction. That headlong high sound the oystercatcher makes
came echoing through the rocky cove
where a cormorant was feeding and submarining in the bay
and a heron rose off a boulder where he'd been invisible,
drifted a little, stood again -- a hieroglyph
or just longevity reflecting on itself
between the sky clouding over and the lightly ruffled water.

This was the morning after your dream of dying, of being held
and told it didn't matter. A butterfly went jinking over
the wave-silky stones, and where I turned
to go up the road again, a couple in a blue camper sat
smoking their cigarettes over their breakfast coffee (blue
scent of smoke, the thick dark smell of fresh coffee)
and talking in quiet voices, first one then the other answering,
their radio telling the daily news behind them. It was warm.
All seemed at peace. I could feel the sun coming off the water.

Rabu, 26 September 2012

Khasiat Jus Strawberry

Strawberry adalah sumber makanan yang baik sebagai anti kanser kerana mengandungi asam elagik (ellagiz acid). Dalam sebuah penelitian, strobery sebagai buah yang paling teratas dalam jajaran makanan yang berhubungan dengan pengurangan kematian akibat kanser

Bahan-bahan ( 1 gelas )

  • 5 biji buah strawberi segar
  • 1 sb gula
  • 1/4 gelas susu segar /UHT boleh juga
  • 1/4 gelas kiub ais
  • 1.5 gelas air masak

Cara-cara

  1. Blendkan buah strawberi bersama air masak
  2. Masukkan gula, seterusnya susu dan akhirnya ais..blend lagi dan siap utk diminum.  (bagi yang tidak suka ais boleh juga disediakan tanpa ais atau suam). 

Sabtu, 22 September 2012

Malaysia Negara Istimewa




MENJAMU selera dengan masakan Arab kini seumpama satu fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan. Meskipun harganya agak mahal berbanding di restoran biasa, ia bukanlah penghalang kepada  orang ramai memenuhi restoran Arab terutama di Kuala Lumpur. Hidangan kebab kambing atau ayam dengan ramuan tersendiri sudah cukup membuatkan pelanggan terliur. Tidak cukup dengan itu, nasi Mandy yang menggunakan beras istimewa berlaukkan daging kambing panggang atau ayam panggang yang lembut memberikan kepuasan kepada penggemarnya. Di sebalik percambahan restoran Arab di negara ini, ia turut membuka peluang kepada golongan chef dari Asia Barat mencari peluang pekerjaan di negara ini. Meskipun sebahagian pekerja terpaksa berkorban dengan meninggalkan anak isteri di negara kelahiran mereka, tawaran gaji yang lumayan dan insentif-insentif lain antara faktor mereka sanggup berkelana di negara ini.


MOHAMMAD (kiri) mahir memasak pelbagai juadah Yemen sejak umurnya 14 tahun.


Selain itu, bukan mudah bagi pemilik restoran untuk mencari chef masakan Arab warga tempatan yang mampu memasak masakan tersebut dengan baik. Sehubungan itu, pemilik-pemilik restoran sanggup pulang ke negara asal masing-masing bagi mendapatkan chef-chef yang memenuhi kehendak mereka.
Mohammad Hamood, 33, dari Yemen antara individu yang mencari rezeki dengan bekerja di Restoran Hadramawt Palace di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Bapa kepada lapan orang anak itu sanggup berhijrah ke negara ini setelah dijanjikan tawaran gaji dua kali ganda berbanding ketika bekerja sebagai chef di negaranya. "Demi menyara keluarga, saya perlu berkorban meninggalkan tanah air, isteri dan anak-anak.


REPUTASI Malaysia menyebabkan ramai Chef dari Asia Barat tidak kisah meninggalkan anak dan isteri untuk bekerja di sini.


"Reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju membuatkan saya tidak berfikir banyak kali untuk menerima tawaran kerja ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Mahir memasak masakan Yemen sejak berusia 14 tahun, minat tersebut berputik hasil didikan bapanya yang memiliki sebuah restoran di negara tersebut. Walaupun tidak memiliki sebarang kelulusan formal dalam bidang masakan, pengalaman yang ditimba selama dua dekad membuktikan kepakaran yang dimilikinya. Berada di negara ini sejak awal tahun lalu, rutin kerja Mohammad sebagai ketua chef agak padat. Bermula seawal pukul 11 pagi, dia akan memastikan segala keperluan restoran mencukupi termasuk sayur-sayuran, rempah-ratus, ayam dan daging kambing. Selain menyediakan kelengkapan tersebut, beliau juga bertanggungjawab perlu memberi arahan dan memastikan lapan chef lain di  restoran berkenaan menyediakan menu-menu pada hari tersebut."Saya tinggal di asrama yang disediakan majikan, jadi tiada masalah untuk datang ke tempat bekerja. Pada hari cuti, saya akan berehat di asrama dan kadangkala bersiar-siar bersama rakan-rakan di Bukit Bintang.

Jumaat, 21 September 2012

Ribuan umat Islam protes


KUALA LUMPUR 21 Sept. - Ribuan umat Islam seluruh negara hari ini mengenepikan perbezaan fahaman politik untuk bergabung suara dengan berhimpun bagi mengutuk keras penerbitan filem anti-Islam, Innocence of Muslims di Amerika Syarikat (AS) dan penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW di Perancis.
Dalam protes aman yang dianjurkan serentak iaitu selepas solat Jumaat di seluruh negara hari ini, para peserta perhimpunan aman itu antaranya melaungkan seruan Allahuakbar serta meminta masyarakat dunia menghormati agama lain termasuk Islam.
Di ibu negara, kira-kira 10,000 peserta perhimpunan bantahan itu diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru anjuran Pergerakan Pemuda UMNO serta di hadapan Kedutaan AS, anjuran Dewan Pemuda Pas.
Sumber Utusan.

Consumer action


There are myriad ways that consumers can make more responsible fashion choices, says Sarah Ditty, deputy editor of the Ethical Fashion Forum's SOURCE Intelligence magazine.

"First, if you do need to buy something new, make sure you ask questions about the garment: Where was it made? How was it made? Who made it? What are the materials? How long will this last me? How do I care for it? How can I dispose of it when I'm finished with it?

"Look at the label, ask the shop assistant and do a little bit of extra research if you have to. Try to buy something with a Fair Trade, Organic or some other kind of ethical or environmental certification. When in doubt try to support small, local designers and look for high-quality, natural materials as they are usually designed for longevity.

"If you have a very limited budget, the least you can do is to try to buy vintage, second-hand, recycled or "upcycled" clothes so that you're giving a garment a new lease on life and diverting it from the landfill."

pearl Says



pearl Says
"Since the advent of women, nature becomes beautiful, because of the availability of men, the world becomes perfect. Consequently the availability of men and women behind Perfected a weakness a strength"

- DR. HM Al-Haj TUAH ISKANDAR

Rabu, 19 September 2012

Dayus




Dayus ialah lelaki yang mengetahui perkara dosa dilakukan oleh ahli keluarganya dan dia sekadar senyap dan membiarkan ia berlaku tanpa diambil apa-apa tindakan, dan termasuk dayus juga lelaki yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat". (Imam Az-Zahabi, Al-kabair)

Nabi saw. bersabda, "Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat, anak yang derhaka kepada ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki dayus." (HR Ahmad dan Nasaie)

Nabi saw. bersabda, "Tiga yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan lelaki dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya." (HR Ahmad)

Selasa, 18 September 2012

Aku Redha

sekadar gambar hiasan
Kali terakhir saya bertemu dengan makcik ini, ketika saya berkunjung kerumahnya, saya diberitahu oleh anak saudara, makcik sakit tidak dapat bergerak, kaki kanannya patah akibat tergelincir di bilik mandi. kebetulan saya pun jarang bertemu dengannya, saya hanya mengenalinya melalui cerita dari ayah, makcik ini adalah sepupu sekali dengan ayah. Namun agamanya berbeza dari ayah, makcik saya ini masih setia dengan agamanya  kristian.

Saya pernah memujuknya agar mengikuti agama yang kami anuti sekarang ini, namun dengan lembutnya dia menolak dan memberitahu saya bahawa sampai akhir hayatpun dia tetap dengan agama anutannya sama sekali dia tidak akan berganjak tegasnya. Saya tidak mampu memujuknya dan tetap menghormati keputusannya.

Saya teringat kisah Nabi Muhammad saw bersama datuk kesayangannya Abu Talib, diakhir hayat, datuknya  kekal dengan agama anutannya, walau dia merupakan kekasih Allah,  sesuci-sucinya insan pilihan Tuhan pun tidak mampu memujuk datuknya mengikuti agamanya sendiri iaitu Islam, inikan saya hanya insan kerdil yang tidak punya apa-apa, kurang ilmu dan sebagainya.

Namun dihati kecil ini, tersimpan rasa hampa kerana tidak berupaya memujuk makcik ini berhijrah sehingga dia menghembus nafasnya yang terakhir. Saya pasrah menyerahkan segala-galanya pada ilahi, hanya dia yang lebih mengetahui.



I Love My Family

Keluarga bahagia adalah idaman setiap insan bergelar ibu dan bapa. Kebahagiaan itu bermula daripada rumah yang terhasil dari kesepakatan suami isteri mendidik anak-anak menjadi insan berahlak. Anak-anak pula dididik mencintai Tuhan, Agama, bangsa dan sayangkan negara. Jangan biarkan jenerasi kita tanpa didikan dengan nilai-nilai murni ini.

Hari ini betapa sedihnya kita dengan perilaku anak-anak muda yang semakin hilang nilai kesopanan, rendah moral tidak berahlak, siapakah yang bersalah dalam soal ini? jangan terkejut jika tiba-tiba anak kita terlibat dengan perkara yang sungguh memalukan, kerana soalan pertama orang akan tanya anak siapakah itu? tentulah nama kedua ibubapa turut terbabit.  Bagaimana perasaan kita sebagai kedua ibubapa, tentulah terkejut dan kecewa, sebagaimana yang berlaku baru-baru ini, telah mengemparkan 1 negara, seorang anak muda dengan begitu biadap dan kurang hajar menghina pemimpin Negara

Alangkah rendahnya ahlak anak muda seperti ini. Kita patut sama-sama membendung perkara ini jangan sampai berlaku lagi. Pihak pentadbir negara harus bertegas dalam hal seumpama ini, jika tidak perkara ini pasti akan berulang lagi.  jadikan ini sebagai iktibar, perilaku anak-anak cerminan dari asuhan orang tua. Jangan sampai kita jadi bahan kutukan kerana perilaku anak-anak yang sebegini.

Orang tidak akan bertanya berapa banyak harta kamu, tetapi lazimnya orang akan bertanya berapa ramai anak kamu....maknanya anak-anak itu lebih bernilai berbanding harta. kita sama-sama fikirkan.


Jumaat, 7 September 2012

Diary Seorang Sahabat



 Dia adalah seorang insan seperti anda, di lahirkan nun jauh di desa sana, tahap pendidikan tidaklah tinggi mana hanya setakat SPM, selepas tamat sekolah dia bekerja makan gaji dengan kerajaan, tidak pernah bercita-cita menyambung pengajian kerana berfikir yang penting sudah bekerja dan dapat gaji, namun segala-galanya berubah setelah melalui kehidupan yang sukar, mahligainya di landa badai, terataknya musnah.

Dia meratapi nasib malang yang menimpa dirinya sampai ke satu tahap yang dia hampir hilang pertimbangan, lupa tentang dirinya siapa, jika bukan kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil sudah pasti sahabat ini sudah membawa diri entah kemana . Mungkin suratan takdir telah tertulis sejak dari azali demikian suratan hidupnya, namun akhirnya dia pasrah menerima ketentuan ilahi..

Sahabat ini mengalami kemurungan yang teruk, Setelah kembali pulih, berkat daripada sokongan keluarga dan rakan-rakan dia kembali bangkit meneruskan perjuangan hidup, hidup ini mesti diteruskan, kegagalan tidak bermakna gagal selamanya, pasti ada hikmah Allah uji sampai ketahap begini.  sesungguhnya kehidupan ini sukar di ramal apa yang bakal berlaku hari esok.

Syukur pada TUHAN berkat kesabaran kini saya melalui hari-hari bahagia bersama anak-anak yang kian membesar dan salah seorangnya telah berjaya kemenara gading  Alhamdulillah ucapnya.

Buat renungan kaum wanita di luar sana sentiasa bersedia apa juga kemungkinan melanda dalam kehidupan ini, bukan kita meminta hanya sentiasa sediakan payung sebelum hujan tiba. Sentiasalah memanjatkan doa semoga Allah sentiasa melindungi rumahtangga kita dari dilanda badai. namun kita hanya merancang Allah juga yang menentukan segalanya.

Tiada wanita inginkan kehidupan porak peranda, tiada wanita ingin bergelar ibu tunggal namun itulah hakikat bahawa perjalanan hidup ini sudah ditentukan oleh Tuhan, kita selaku manusia hanya merancang namun dia pencipta yang menentukan.

Kajol Mahu Berlakon Sehingga Usia 70 Tahun

Kajol: Saya Mahu Berlakon Sehingga Usia 70 Tahun
Kajol

Membintangi filem-filem cereka bercorak komersial bukan lagi sesuatu yang dikejar oleh bintang Kuch Kuch Hota Hai, Kajol. Sebaliknya, dia lebih gemar menjayakan sesebuah filem yang berorientasikan wanita yang keuntungannya tidak seberapa jika dibandingkan dengan filem-filem cereka bercorak komersial. "Kalau boleh saya mahu buat sekurang-kurangnya 3 buah filem yang boleh meninggalkan kesan serta mampu mencipta sejarah dan industri perfileman Bollywood dan untuk ke arah itu, saya tengah cari skrip yang sesuai.

"Saya dan Ajay (suami) juga sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam sebuah filem bersama tetapi buat masa ini kami masih belum mencapai apa-apa keputusan lagi kerana sibuk mempromosikan filem Son Of Sardar yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. "Apapun selagi hayat masih ada, saya masih mahu berlakon sehingga usia saya 70. Siapa tahu saya boleh berlakon sebagai seorang nenek yang seksi dan jelita,"katanya.

Bagus juga kalau usia sampai ke angka itu yaa...


Rabu, 5 September 2012

Mereka bilang aku wanita pelik

Sesungguhnya tidak, aku masih bermasyarakat, bergaul dengan orang, bertandang kerumah orang bila dijemput, menghadiri majlis-majlis dan sebagainya. Hanya barangkali mereka melihat sikap aku yang ada kalanya suka bersendirian, tapi bukan bercakap sorang-sorang..ada waktu-waktunya aku suka bersendirian bila ketika dalam keadaan banyak kerja atau ada urusan yang terpaksa dibuat dalam kadar segera.

Kebetulan aku memang suka membaca, kalau bukan buku, laptop aku akan bawa ke mana-mana. kalau masa-masa kursus pula, aku suka tidur dalam bilik berseorangan bukan aku tidak mahu berkongsi dengan rakan lain, tapi aku selesa dalam keseorangan. sebabnya aku ini jenis lambat bangun, penampilan kemas itu ciri-ciri aku, tidak selesa dalam keadaan semborono, aku bersiap merapi diri memakan masa , jadi untuk tidak menyusahkan orang, yang terpaksa menunggu lama, atau timbul ketidakselesaan rakan, maka lebih baiklah aku bersendirian, aku selesa, tidak menyusahkan kawan dan siapa-siapa saja. itu sahaja...tiada apa-apa yang pelik pun...
 


Selasa, 4 September 2012

Awas virus Tikus mengundang Maut



Kota Bharu: Jangkitan virus kencing tikus di negeri ini semakin membimbangkan apabila sudah mencatat tiga kes kematian. Tiga kematian yang disahkan akibat jangkitan virus itu, membabitkan tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II  (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, berkata walaupun jumlah kes jangkitan virus tidak banyak, ia sangat berbahaya.

"Penyakit jangkitan kuman kencing tikus ini tidak merebak, tetapi kesannya boleh menyebabkan kemudaratan yang teruk sehingga membawa kepada kematian. "Jangkitannya senang terkena jika tempat tinggal manusia mempunyai hubungan dengan habitat tikus. Contohnya kencing tikus yang mengalir ke kawasan air bertakung seperti sungai boleh menyebabkan jangkitan berlaku.

Badan perlu dibersihkan

"Ditambah pula jika air yang mengandungi kencing tikus itu tidak dibersihkan daripada badan, maka memudahkan lagi ia merebak," katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri HRPZ II, di sini, semalam. Sementara itu, beliau berkata kes denggi di negeri ini semakin berkurangAN apabila tiada kematian dilaporkan tahun ini, berbanding tahun sebelumnya.

"Sebelum ini jumlah kes denggi di negeri ini berada pada kedudukan ke-10 daripada 14 negeri berbanding sebelum ini nombor satu. Kejayaan ini berikutan mendapat kerjasama daripada semua jabatan kesihatan."Kes denggi berdarah masih ada, namun ia masih dapat dikawal dengan baik yang mana jumlahnya berlaku turun naik," katanya.

Apakah Golongan Manusia Sebiadap Ini Yang Kita Sokong Sebagai Pentadbir Negara



KUALA LUMPUR 3 Sept. - Polis hari ini mengedarkan 11 keping gambar menunjukkan beberapa peserta Perhimpunan Janji Bersih yang melakukan pelbagai kesalahan semasa ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Antara gambar-gambar diedarkan ialah dua peserta wanita memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan pada muka depan Mingguan Malaysia semalam. Turut diedarkan ialah gambar seorang pemuda menunjukkan punggung di atas gambar Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa keping gambar peserta lelaki dan wanita lain yang mengibarkan bendera untuk menggantikan Jalur Gemilang.

Menurut sumber, polis mengenal pasti pemuda berkenaan adalah pelajar sebuah kolej swasta di Cheras.
Bagaimanapun, ketika pemeriksaan polis, pelajar terbabit telah melarikan diri ke Batu Pahat, Johor.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kesemua 11 keping gambar diedarkan itu menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan tersebut.

"Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mengenali mana-mana individu yang gambarnya disiarkan oleh media supaya tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin, 3 September 2012

Rumah Mesra Rakyat-kenapa sukar dipohon?


RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) DIPERKENAL SPNB | BAJET 2012 | Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang berkonsepkan reka bentuk hijau yang lebih selesa mulai tahun depan. Pengarah Urusannya, Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, sebanyak 10,000 unit RMR yang diluluskan di dalam Bajet 2012 akan dibina dengan konsep demikian. Beliau berkata, empat reka bentuk baru akan ditawarkan dengan kos sebuah unit kira-kira RM65,000 yang RM20,000 daripadanya akan diberi subsidi oleh kerajaan. Kerajaan akan  menanggung jumlah keseluruhan subsidi itu sebanyak RM200 juta.

Kamarul Rashdan berkata, rumah-rumah tersebut berkeluasan 1,000 kaki persegi berbanding 866 kaki bagi reka bentuk asal. Antara keistimewaan lain yang turut disediakan pada rumah pasang-siap itu ialah ia diperbuat daripada komponen yang dapat menyerap haba panas serta tempat menadah air hujan.
Reka bentuk sebegitu adalah bagi memenuhi saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) pada tahun 2009 supaya rumah RMR dibina dengan memberi lebih keselesaan kepada penghuninya, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci RMR kepada seorang penerima di sini hari ini.
Kamarul Rashdan berkata, bagi mengurangkan beban rakyat untuk memiliki rumah tersebut, tempoh pembayaran baliknya akan dipanjangkan kepada 25 tahun yang pemilik hanya perlu membayar sekitar RM150 bulan sepanjang tempoh itu.

Urus Wasiat Sebelum Mati- Jangan Kerana Harta Kaum Keluarga Berantakan


Daripada Thalhah bin Musharrif, katanya: “Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa: Adakah Rasulullah SAW berwasiat? Jawabnya: Tidak! Aku bertanya: Mengapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat? Jawabnya: Baginda berwasiat dengan kitabullah azzawajalla (al-Quran).” (Riwayat Muslim)

Mati adalah penutup bagi usia seseorang yang hidup. Kedatangan mati adalah pasti dan tidak diragui, sekalipun tidak diketahui bila dan bagaimana kejadian bakal berlaku. Oleh itu seseorang yang mempunyai harta disarankan meninggalkan wasiat mengenai hartanya sebelum dia meninggal dunia.
Tujuannya ialah mengelak kesulitan pada menyelesaikan hartanya, terutama ketika maklumat mengenainya tidak diketahui seperti hutang belum dibayar, nazar yang belum disempurnakan dan sebagainya akan berlaku.

Seseorang yang mempunyai harta disarankan meninggalkan wasiat mengenai hartanya sebelum dia meninggal dunia” Urusan pembahagian harta selepas mati lebih mudah diselesaikan dengan adanya wasiat sama ada melalui pemegang wasiat atau surat yang disahkan dengan adanya saksi.
Bagaimanapun Rasulullah SAW tidak meninggalkan sebarang wasiat sebelum wafatnya kerana Baginda tidak mempunyai harta untuk diwasiatkan. Baginda hanya memiliki sebidang tanah, tetapi tanah itu telah diwakafkan faedahnya kepada umat Islam.

Sabda Baginda SAW: “Kami (para Nabi) tidak meninggalkan pusaka, harta yang kami tinggal semuanya sedekah (kepada seluruh umat Islam).”
Selain sebidang tanah, Nabi meninggalkan sebilah pedang dan keldai kacukan yang pernah ditungganginya.Kata Imam Nawawi, Nabi SAW tidak perlu berwasiat kerana semua harta baginda  Tidak ada wasiat kepimpinan selepas baginda wafat.

Para sahabat ada yang mewasiatkan sebahagian harta mereka kerana mendekati diri kepada Allah. Sebahagian mereka juga meninggalkan surat wasiat untuk diurus harta mereka selepas peninggalan mereka. Sementara itu, bagi yang mempunyai harta, mereka dinasihatkan supaya membuat wasiat dan tidak berlengah melakukannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pelik Kucing 2 wajah


LUAR BIASA…Venus
RALEIGH: Seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza pada mukanya mengejutkan pengguna Internet di seluruh dunia dan membolehkan kucing berkenaan, Venus, menjadi sensasi di atas talian dalam masa yang singkat.
Ribuan pengunjung melawati laman Facebook kucing aneh itu yang setakat ini sudah menerima 40,000 ‘like,’ sementara video mengenai kucing yang comel itu di YouTube ditonton hampir sejuta kali dalam masa beberapa hari saja.
Bulu muka kucing itu yang terbahagi secara simetri dengan warna hitam dan perang kemerah-merahan disamakan dengan versi lebih comel karektor komik, musuh Batman paling terkenal, Two-Face.

Rabu, 18 April 2012

Orang terkaya dunia diserang kanser prostat





Warren Buffet. (Reuters/Lucas Jackson)

Washington (Antara News) - Warren Buffet, pengusaha kaya asal Amerika Serikat, mengaku terkena kanser prostat stadium awal, namun ini tak akan memaksanya melepas jabatan pemilik bisnes Berkshire Hathaway, salah satu kerajaan bisnes terkaya dunia. Saloah seorang pengusaha terkaya dunia ini menderita kanser prostat stadium satu Rabu lalu dan akan menjalani terapi radiasi mulai pertengahan Julai.

Terapi yang akan memakan masa dua bulan itu telah membatasi ruang geraknya. "Tetapi itu tidak akan mengganggu rutin saya,” tutur Buffet seperti dikutip AFP. Hasil skaning menunjukkan tak ada kanser di bagian tubuhnya yang lain. “Doktor memberi kabar baik bahwa nyawa saya sama sekali tidak terancam,” jelas investor senior berumur 81 tahun itu.  Investor yang mendapat jolokan Oracle of Omaha kerana kepiawaiannya berprestasi  tinggi hingga menghasilkan keuntungan milian dolar mengaku sehat saja.

“Saya akan segera memberitahu pemegang saham bila kesihatan saya terganggu. Namun saya percaya hal itu tak akan terjadi dalam waktu dekat,” katanya. Kanser ini telah di kesan dari  hasil pemeriksaan klinik rutin Buffet menunjukkan kadar PSA (enzim kelenjar prostat) dalam darahnya melonjak drastik.  Kanser prostat ini biasanya akan menyerang lelaki berumur 50 tahun keatas.

Brad dan Angelina akhirnya sepakat menikah




Pasangan selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt
Los Angeles (ANTARA News) - Setelah tujuh tahun hidup bersama, Angelina Jolie dan Brad Pitt --salah satu pasangan paling serasi di dunia-- sepakat untuk menikah dan mengakhiri teka-teki tujuh tahun di media selebriti apakah mereka akan mengatakan, "Saya terima." Wanita juru bicara Brad, Jumat (13/4), pasangan tersebut telah sepakat untuk bernikah setelah Angelina diambil gambarnya di Los Angeles. Angelina mengenakan cincin permata besar, yang dirancang oleh Brad, di jarinya.

"Ya, sudah bersepakat. Itu adalah janji buat masa depan dan anak-anak mereka sangat bahagia. Belum ada tarikh yang ditetapkan saat ini," kata wanita juru bicara Brat Pitt, Cynthia Pett-Dante. Brad (48) dan Angelina (36) -- kini membesarkan enam anak bersama, termasuk tiga anak angkat, dan semuanya berusia 11 tahun.Desas-desus mengenai pernikahan mereka telah menghiasi halaman depan majalah selebriti selama bertahun-tahun, dan membuat media dunia berebutan  mencari informasi tentang tempat hingga Italia, India, Afrika selatan dan Prancis untuk melaporkan upacara "rahsia" yang bakal terjadi itu.

Bintang "Moneyball" tersebut awal 2012 mengatakan tekanan dari anak-anak mereka akhirnya memaksa mereka mempertimbangkan untuk mengikat tali pernikahan, setelah sebelumnya menolak pernikahan dan menganggapnya tak perlu. Mereka juga menunggu sampai kaum homoseksual dapat menikah secara sah. "(Pernikahan) itu tampaknya akan berarti lebih banyak anak kami. Kami mengeluarkan pernyataan ini beberapa waktu lalu bahwa kami takkan melakukannya sampai setiap orang bisa melakukannya. Namun saya kira kami tak bisa mempertahankannya," kata Brad kepada The Hollywood Reporte dalam wawancara Januari.

Pembuat perhiasan Robert Procop, Jumat (13/4), mengatakan ia telah membuat cincin pertunangan Angelina Jolie melalui kerja sama dengan Brad Pitt dan telah mengerjakannya selam satu tahun, demikian laporan Reuters --yang dipantau ANTARA News di Jakarta, Sabtu. "Perjalanan sangat kreatif --dari konsep sampai penyelesaian-- memerlukan waktu satu tahun, dan Brad Pitt menunggu sampai saat yang tepat untuk mengungkapkan perhiasan khusus itu buat Angelina Jolie," kata wanita juru bicara Procop.

Benarkah Afifah Anak Anuar Ibrahim- atau sekadar fitnah??


GEORGETOWN: Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin, digesa tampil bersama membuat pengakuan berhubung status sebenar Farah Afifah Azmin dari segi hukum syarak.
Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, berkata pengakuan itu perlu dilakukan segera bagi merungkai persoalan dan kekeliruan mengenai anak Shamsidar, Farah Afifah.

Katanya, pelbagai pihak dalam PKR sendiri tertanya-tanya mengenai perkara itu tetapi tidak berani bersuara kerana takut dipecat, sejak dulu lagi. “Apakah pertalian sebenar mengikut hukum syarak antara anak Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dengan anak Azmin dan Shamsidar iaitu Farah Afifah.

“Perkara ini semakin hangat diperkatakan, malah saya sendiri terdetik untuk tampil selepas rakan baik Anwar, Datuk S Nallakaruppan, membuat pendedahan apa yang selama ini disembunyikan,” katanya pada sidang media di rumahnya di Jelutong, di sini semalam. Ditanya mengenai perbincangan hangat dalam PKR mengenai status Farah Afifah, Aminah berkata, beliau yang satu ketika dulu masih berjuang bersama PKR sering mendengar khabar angin berkenaan namun enggan percaya. “Dulu, apabila saya berjumpa dengan beberapa sahabat dalam PKR, mereka sering memperkatakan tetapi disebabkan tiada bukti kukuh, kami hanya mendiamkan diri,” katanya.

Aminah yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), berkata kedua-dua isteri pemimpin tertinggi PKR itu perlu memperbetulkan tanggapan orang ramai terutama penyokong parti berkenaan.“Ramai yang beranggapan bahawa PKR adalah sebuah Parti Seks Bebas dan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), malah perjuangan politik yang selama ini diperjuangkan adalah topeng semata-mata.
“Ada yang berkata perjuangan sebenar PKR adalah perjuangan nafsu seks pemimpin seiring dengan usaha PKR mempromosikan agenda seksualiti mereka saja,” katanya.

Keputusan dua beradik mohon murtad 10 Mei


PULAU PINANG 18 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan sehingga 10 Mei ini keputusan bantahan awal kes dua beradik yang memohon mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad). Hakim Syarie, Othman Ibrahim menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan mahkamah menyediakan alasan penghakiman sebelum keputusan kes dibuat. Dalam kes yang difailkan penghujung 2010, Roslina Abdul Rashid dan adiknya, Rosli masing-masing berumur 30-an selaku plaintif, menamakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai defendan.

Permohonan itu dikemukakan berikutan undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 memberi kuasa kepada mahkamah untuk mendengar dan memutuskan semua tindakan serta prosiding membabitkan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam. - UTUSAN

Ahad, 8 April 2012

Bukan Kudung sebarang Kudung



KLANG: Wanita ini kudung kaki kiri, tetapi dipercayai mendalangi sindiket jual bayi warga tempatan kepada pasangan yang tiada anak untuk dijadikan anak angkat. Dia yang juga warga Singapura dikesan menghantar gambar bayi berkenaan melalui MMS dan menawarkannya mengikut harga tertentu bergantung kepada kedudukan kewangan pasangan yang berminat membeli. Malah, sindiket terbabit yang disyaki bergiat aktif sejak dua bulan lalu itu turut menggaji tiga wanita rakyat tempatan sebagai pengasuh bayi berkenaan sebelum dijual.

Sudahlah cacat tak sedar-sedar masih  mampu melakukan perkara tidak bermoral. Namun kecacatan fizikal tidak menghalang nafsu jahat bermaharajalela.

Selasa, 3 April 2012

Cantik di Pandang damai dihati



Setiap insan pasti suka melihat yang indah-indah, dan bunga adalah kesukaan insan bernama wanita, tanpa tumbuhan ini menghias halaman sudah pasti tidak akan terlihat keindahan sebuah teratak tempat berteduh, walau teratak itu tidak semegah banglo mewah, namun andai dihiasi dengan jambangan ini pasti keserian akan terserlah. Bukan saja hiasan pada luaran, hiasan dalaman teratak harus ada,  Irama dan Lagu tak dapat di pisahkan. Hanya sekadar pandangan peribadi saja.

Ahad, 1 April 2012

Bayi berwajah Katak



Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin. Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu. Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan. Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.


“Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey,” katanya

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil. Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera. Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya. Bayi itu tidak mempunyai otak. Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

Hentikan kezalimanmu wahai wanita


KEPONG – 24 jam selepas penemuan janin bayi di Jinjang kelmarin, satu lagi mayat bayi lelaki cukup sifat masih bertali pusat berserta uri ditemui di perangkap sampah di dalam longkang berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, semalam. Lebih menyayat hati, bahagian muka bayi tersebut kemek dipercayai akibat terhantuk dinding longkang (konkrit) semasa dihanyutkan. Bayi tersebut ditemui dalam keadaan terlangkup oleh seorang pekerja kontraktor pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang menjalankan tugas-tugas pembersihan di situ pada jam 11 pagi. Rafu’si Ahmad, 40, berkata, dia tiba di lokasi jam 10.30 pagi, sedikit lewat daripada kebia­saannya kerana hujan lebat pagi semalam.

 Menurutnya, ketika mahu mengaut sampah di lubang perangkap tersebut, dia melihat satu objek terapung dan menyangkanya anak patung. “Saya kaut ia naik ke atas dan melihat ada tali pusat, baru saya sedar ia adalah mayat bayi. “Ketika itu saya berasa amat terkejut dan berasa amat kasihan dengan nasib bayi berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian. Rafu’si kemudiannya bertindak memanggil seorang pemancing yang berada berhampiran untuk mendapatkan bantuan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bayi tersebut dipercayai dibuang kurang daripada 24 jam daripada masa ditemui. Katanya, mayat bayi tersebut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini, diminta hubungi balai polis terdekat,” katanya.

Mampu melakukan namun tidak mampu bertanggungjawab, malah menjadi manusia paling kejam lebih kejam dari haiwan.


Sabtu, 31 Mac 2012

Ingatan Buat Wanita Kehidupan ini Umpama Roda


sekadar gambar hiasan
HANYA wanita memahami hati dan perasaan kaumnya, terutama bila dimadukan. Bukan setakat itu, mereka tahu bagaimana terhirisnya jiwa dan derita bila suami ada kekasih. Tetapi lain pula dengan adik ipar saya, bukan saja menyokong, malah menggalak dan menolong adik-beradiknya berpoligami. ''Apa yang menghairankan ipar saya, Jaja pernah menderita kerana ditipu dan dimadukan oleh suaminya yang mengaku bujang. Tetapi sekarang dia seolah-olah suka kalau wanita lain dimadukan. '' Itu cerita Nurhasanah dalam surat dan ketika kami berbual panjang di telefon baru-baru ini. ''Saya tak faham sikapnya yang tidak sedih ketika dimadukan dahulu. Mungkin kerana dia yang mengambil suami orang, sebab itu dia tak ada perasaan sedih seperti adik dan kakak iparnya yang dimadukan. ''Saya masih ingat lagi Jaja menghadapi masalah besar ketika dia hendak kahwin, sudahlah ditipu dan dimadukan malangnya dia sendiri tak tahu dirinya isteri ke berapa, tanya suami tak pernah bercakap benar. ''Seingat saya sepanjang perkahwinan, Jaja menderita. Puncanya dia kenal dengan orang kumpulan dakwah. Di situ dia kenal bakal suami. Terpikat kerana orang banyak ilmu konon berjubah, berjanggut, boleh berikan kebahagiaan dunia akhirat. Lebih bangga konon lelaki ini duda.

''Pada hari perkahwinan dia tak mahu sanding, cukup dengan kenduri dan dia akan ikut suami pindah ke tempat suami bekerja. Selepas seminggu berkahwin dia tak pindah. Suami balik, dia ditinggalkan. Selepas itu baru terbongkar rahsia, suaminya bukan duda tapi ada isteri dan empat anak. Jaja kekal duduk rumah emak di kampung. Di situ bermula episod sedih dalam kehidupan Jaja hingga dia ada tiga anak. Suami jarang balik sebab takutkan isteri pertama. ''Sepatutnya dengan pengalaman yang dilalui, dia simpati dengan adik dan kakak iparnya tetapi dia sokong abang dan adik lelakinya berpoligami. Sepatutnya dia menasihati mereka supaya lupakan niat nak kahwin lagi, dan pentingkan masa depan anak-anak. ''Sekarang Jaja tak bermadu sebab suami dah meninggal dunia, tetapi rasanya, air matanya baru sahaja kering disebabkan perangai suaminya. ''Ketika tiba hari nikah, bakal suami Jaja datang sehelai sepinggang tanpa diiringi saudara mara. Lebih teruk dia datang berlenggang tanpa duit hantaran. Kerana malu, mak mertua saya pinjamkan baju Melayu anaknya untuk dipakai bakal pengantin. ''Orang berbohong mana boleh simpan rahsia lama-lama. Bila rahsia terbongkar dia cakap isterinya tak marah. Sebenarnya dia amat takut isteri tua. Kalau tak takut kenapa sepanjang 26 tahun kahwin, dia tak pernah bawa Jaja jumpa ibunya dan mertua saya tak pernah kenal besannya. Hingga kini semua anak Jaja tak kenal adik-beradik isteri pertama ayah mereka. ''Lebih sedih ketika suami Jaja sakit setahun lalu Jaja tak berani menziarah atau menjaga suami di hospital sebab takut kena ganyang dengan madu.

Meninggal dunia ''Keadaan berterusan hingga suaminya meninggal dunia. Jaja dan anak-anak langsung tidak diberitahu. Setelah seminggu suaminya meninggal baru Jaja dapat berita tetapi tak tahu di mana kuburnya.
''Saya hairan macam mana dia boleh lupakan ketika hidupnya susah, dia terpaksa menanggung tiga anaknya kerana suami jarang beri nafkah. Dia seolah-olah tidak serik dengan pengalaman pahit bermadu, malah menjadikan rumahnya seperti hotel untuk adik-beradiknya membawa isteri baru dan kenalkan kepada ibu mereka . ''Ibu mertua saya gembira anak lelakinya kahwin lagi. Bila ditanya mertua saya kata dah jodoh dia.
''Saya tumpang sedih dengan nasib biras saya yang dimadukan. Janganlah kerana sedikit hadiah, ibu mertua dan Jaja, butakan mata mereka. ''Saya tak kisah kalau adik ipar saya orang kaya, berpangkat, banyak wang, sebab boleh beri makan anak-anak. Ini hidup susah, setakat bawa lori anak lima cukupkah duit nak kahwin dua? ''Biasanya mereka kahwin di sempadan nak sembunyi dari isteri pertama ada perkahwinan mereka tidak didaftarkan. Kami duduk bersempadan negara jiran nak kahwin beberapa kali tak jadi masalah, dekat keluar masuk pun senang. ''Nak bercerai pun tak ada masalah. Kalau mereka rasa tak dapat apa yang dicitakan dengan isteri baru atau masalah lain mereka bercerai. Mereka kahwin cerai macam tukar pakaian. ''Contohnya adik ipar saya nombor empat kahwin tujuh kali, kini tinggal tiga orang isteri dengan sembilan anak, sedangkan gajinya tak seberapa. Bukan menghina, kalau dia ada duit takkan dia biarkan kereta rosak tak dibaiki. ''Dulu sebelum kereta rosak, adik ipar saya lebih teruk, bukan setakat dia kahwin di sempadan, dia jadi orang tengah, ambil upah menguruskan kalau ada orang nak berpoligami.

 ''Melihat keadaan hidup biras-biras saya yang dimadukan, buat saya insaf, tak mustahil saya akan terima nasib sama kalau saya tak siapkan diri dari awal. Saya bersyukur kerana ada pelajaran dan kerja tetap. ''Kerana itu saya sentiasa bersiap-sedia, saya ada rumah, kereta dan simpanan sendiri. Tak seperti biras-biras saya hanya bergantung hidup pada suami, sebab tidak bekerja. ''Ditakdirkan saya tak selesa dengan apa yang dilakukan oleh suami, saya tak perlu pening kepala. Saya boleh berdikari malah bersyukur saya ada pencen untuk hari tua. ''Kepada wanita di luar sana dan nasihat saya kepada biras-biras saya bahawa hidup ini umpama langit, tak selalunya cerah, ingat hari ini lelaki itu suami kita, esok lusa belum pasti. ''Jika kita sudah membuat persediaan, ditakdirkan badai menyerang, sudah tentu persediaan yang ada boleh membalut rasa sedih. Apa lagi jika keluarga suami senang dengan perkahwinan baru anak lelakinya sokong seratus peratus. Tentu kita rasa lebih sakit hati.'' Itu nasihat Nurhasanah kepada setiap wanita yang telah berkahwin atau pun masih gadis.

Awas! Taktik menculik budak di pasaraya



Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa. Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.






Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar. Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas
SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA! " YA ALLAH NGERINYA"

Busana Moden

Anggun bergaya busana moden untuk pengantin

Rabu, 28 Mac 2012

Jamu Mak Dara terbukti berkesan

Jamu Mak Dara merupakan makanan tambahan produk tradisional yang telah diamalkan oleh golongan wanita . Wanita yang mengamalkan memakan jamu terbukti mempunyai tubuh badan yang menarik dari dalaman dan luaran, Jamu ini mampu membantu memperlambatkan proses ketuaan dan rasa sentiasa bertenaga. Wanita yang telah melahirkan anak sangat digalakkan mengamalkan produk seumpama ini bagi membantu mengekalkan kecantikan tubuh badan.
Dan yang paling mengejutkan bila mengamalkan produk ini hubungan intim bersama suami seperti ketika malam pertama, sungguh, hanya bila meminum jamu ini badan terasa panas membahang dalam beberapa minit, selepas itu akan kembali seperti biasa. saya bukan berkempen untuk produk ini, saya tiada kepentinganpun, hanya ingin berkongsi pada wanita diluar sana. Kita sebagai wanita yang telah melahirkan anak perlu penjagaan jangan biarkan tubuh kita tidak terjaga.

Jumaat, 9 Mac 2012

Always with me


Ya ALLAH tergamaknya seorang anak memperlakukan IBUnya begini

Berderai air mataku menonton video kisah ibu ini, Nasib baiklah pemilik dan pekerja Hotel itu orang budiman, Cina pula tu,  Sampai hati si anak memperlakukan ibunya begini.
 Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu. Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan. Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.


Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel. Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.




Khamis, 8 Mac 2012

Kisah Hakim, Nenek dan Ubi Kayu



sedih juga kisah ini- andai sayalah tuan ladang itu, saya akan sedekahkan saja, apa sangat setakat ubi kayu

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu. Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain. Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu. ”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”. Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. “Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.” Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

Rabu, 22 Februari 2012

Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung




Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk free hair. Gambar free hair mereka sebenarnya sudah terlalu banyak terpapar di internet.
Alhamdulillah, iman yang masih ada dalam diri masih menjerit-jerit secara halus meminta supaya mereka kembali kepada fitrah. Di antara fitrah itu ialah menutup aurat mereka terutama dari kalangan wanita. Ia bukan kongkongan tetapi bermaksud membimbing masyarakat nmenjadi baik.
Bagi mereka yang belum insaf, maka ambillah peluang lebih awal sebelum gambar-gambar free hair dan ‘berpakaian tapi bertelanjang’ mereka terpampang dengan banyaknya dalam internet.

P. T. I

Pandatang Tanpa Izin dan Pendatang yang di izin, maksud keduanya kedengaran berbeza namun akhirnya akan sama seperti tajuk yang kedua. Isu ini sudah berpuluh tahun berkumandang di negara kita, namun sehingga saat ini tidak mampu ditangani, malah pertambahan  mereka semakin hari, semakin ketara,..yang sangat menghairankan mereka ini mudah sangat dapat my kad Biru berstatus warganegara. Apakah semua ini sengaja dilakukan atas dasar kepentingan politik semata-mata.?ataukah banyak dalang yang ingin mengaut keuntungan? Warga Filipin, Indon, Pakistan, dan lain2 bangsa semudahnya mendapat  MyKad, warga cina jarang kedengaran, namun saya mendapat maklumat, warga ini memang ada hanya mereka tidak begitu ketara, entah benar atau tidak hanya mereka yang benar-benar tahu tentang perkara ini. namun tidak mustahil berlaku.

Pihak kerajaan tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana sokongan warga tempatan kepada mereka ini menyumbang kepada payahnya membentras kehadiran mereka ke negara ini. Di negeri Sabah warga Indon dan felipin yang begitu ketara, setakat ini mungkin telah melebihi warga tempatan sampai bilakah perkara ini terus berlaku? Isu ini tidak pernah reda apa lagi pilihan raya bakal berlaku , maka isu ini yang begitu hangat di perkatakan oleh pembangkang.

Selasa, 21 Februari 2012

Matlamat DAP menghapuskan ketuanan Melayu



Lim Kit Siang (林吉祥)
LIM KIT SIANG pejuang Komunis

Salam buat semua warga malaysia yang cintakan perpaduan, aku ingin berkongsi keresah aku yang sangat dalam, aku berkesempatan mengikuti program BTN baru2 ini bukan sekali atau 2 kali malah dah puluh kali aku mengikuti program ini atas anjuran BTN, namun kali ini entah kenapa tiba2 aku jadi  takut, resah ..Ketika salah seorang penceramah menyentuh tentang perlembagaan negara dan agenda perjuangan DAP perasaanku menerawang terfikir bangsaku yang begitu bersungguh-sungguh menyokong perjuangan bakal pembunuh keturunan orang-orang melayu ini , Fakta tidak melupakan sejarah...hatiku begitu emosi mereka ini begitu lantang bersuara menghina bangsaku, kerana adanya tali barut melayu , orang2 melayu itu menghina-hina bangsanya, antaranya Anuar, Mat Sabu...

huhhh barulah aku tahu banyak fakta yang dipalsukan oleh mereka tentang perlembagaan negara dan perjuangan DAP pula antaranya mereka bersungguh-sungguh berjuang untuk menghapuskan ketuanan melayu..sedihnya sebahagian orang2
melayu itu turut berjuang kepada agenda mereka ini..apakah mereka  ini tidak sedar tentang hal ini, kita tahu DAP itu siapa, mereka itu tidak punya hati perut, tiada perasaan, berjiwa komunis, andai sejarah berulang apa akan jadi pada negara dan jenerasi kita akan datang , Bersatulah wahai orang2 melayu sesal kemudian tiada berguna.

Sabtu, 4 Februari 2012

Segar menghijau

Warna hijau melambangkan warna kedamaian, saya suka pada warna-warna alam buat  rasa tenang.
namun kata orang, orang yang suka pada warna hijau suka bersikap cemburu, hakikatnya benar, namun tidaklah cemburu sampai kepada tahap yang memudaratkan. cemburu itu biasa dalam sifat manusia, cemburu kearah positif adakalanya berguna juga untuk jadikan sebagai iktibar diri agar terus maju kehadapan membina kehidupan yang lebih cemerlang, sebagaimana orang lain perolehi. tidak salah bukan..

Kehidupan yang menyakitkan

Setiapkali saya terbaca kisah penderaan suami terhadap isteri jiwa saya rasa terusik, hati sering bertanya mengapa semua ini berlaku? bukankah sewajarnya suami itu pelindung kepada isteri, suami itu dicipta diatas muka bumi ini sebagai khalifah menjadi ketua keluarga, menjadi pemimpin namun itu tidak berlaku kepada kebanyakan lelaki di dunia ini, malah begitu dahsyat perlakuan lelaki ini terhadap pasangan mereka

Perkahwinan adalah sesuatu yang indah buat pasangan bergelar suami dan isteri namun keindahan itu seringkali tidak dapat dikecapi lantaran suami gagal menjadi nakhoda yang diimpikan oleh seorang isteri. penderaan fizikal dan penderaan jiwa sering berlaku, menambah malang bila berlaku perceraian , isteri disalahkan, berbagai tuduhan dilemparkan, yang menyedihkan penjagaan anak, adakalanya memihak kepada lelaki dan berlaku juga anak-anak terpaksa ditanggung oleh isteri sementara suami menghilang entah kemana. Semua ini buat saya sesak jiwa. Lebih baik tidak bersuami dari terus bergelora dengan penderitaan.

Manusia Semakin Hilang Ketamadunan

Tolong jangan bunuh kami

IBU Orang Utan yang ketakutan memeluk erat anaknya.
IBU Orang Utan yang ketakutan memeluk erat anaknya.
Tiada apa yang dapat dilakukan kecuali memeluk erat anaknya, menunggu pemburu haram dengan pisau di tangan, datang menghampiri. Nasib dua ekor Orang Utan ini seperti telur di hujung tanduk apabila dikelilingi oleh sekumpulan pemburu lelaki yang bakal mendapat upah membunuh haiwan itu daripada syarikat ladang kelapa sawit. Namun begitu, nasib masih menyebelahi haiwan itu apabila kumpulan penyelamat haiwan yang berpangkalan di Britain, Four Paws, tiba tepat pada masanya dan menyelamatkan mereka.Orang Utan betina yang hamil dan anaknya, juga betina, ditangkap dan dilepaskan di satu kawasan terpencil. Sebelum itu peranti kecil diletakkan pada haiwan itu untuk memastikan mereka boleh dijejak dan selamat.

Pakar primat Four Paws, Dr Signe Preuschoft berkata, “Kami tiba tepat pada masanya. Lewat beberapa minit saja, Orang Utan itu dan anaknya mungkin dibunuh.” “Kami lihat mereka dikelilingi sekumpulan lelaki muda dan sudah tentu haiwan itu ketakutan. “Kumpulan lelaki itu pula gembira kerana mereka akan mendapat upah kerana menangkap dan membunuh haiwan itu.“Kami tidak boleh membenarkan haiwan-haiwan itu dibunuh,” katanya.

Sebelum menyelamatkan ibu dan anak Orang Utan itu, anggota Four Paws sedang mencari Orang Utan yang pernah diselamatkan daripada dibunuh di Pulau Borneo di bahagian Indonesia, tapi tidak menemuinya. Penebangan hutan telah menghapuskan habitat Orang Utan dan bilangan mereka telah merosot daripada 250,000 beberapa dekad dahulu kepada hanya 50,000 yang tinggal di habitat semula jadi mereka.Bukan saja disebabkan penebangan kayu hutan yang menjadi ancaman kepada mereka, malah sejak beberapa tahun lalu, Orang Utan sengaja dibunuh.

Minyak sawit digunakan dalam beratus-ratus produk, daripada pembuatan coklat hingga ke kerepek kentang dan harganya yang rendah menyebabkan banyak hutan ditebang dan habitat mereka dimusnahkan untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Sesetengah syarikat ladang kelapa sawit menganggap Orang Utan sebagai haiwan perosak yang mengancam perniagaan mereka dan telah meletakkan harga untuk haiwan itu dibunuh. Eksekutif syarikat dilaporkan memberi upah hingga 70 pound (RM335) untuk setiap Orang Utan yang dijumpai di ladang, dibunuh.Berita itu pada mulanya dinafikan tetapi bukti pembunuhan itu tersebar September lalu apabila lubang di mana tulang haiwan itu ditemui oleh anggota penyiasat.

Jrucakap Four Paws Britain berkata, “Membunuh Orang Utan adalah satu kesalahan di Indonesia tetapi mereka kurang penguasaan.”“Tetapi sejak dua bulan lalu, 10 lagi tangkapan dibuat termasuk seorang pengurus kanan ladang di mana kubur yang paling dahsyat, ditemui,”

Rabu, 1 Februari 2012

Tanah Pusaka Jadi Rebutan

Manusia akan hilang punca bila sikap tamak menguasai akal dan fikiran, perkara ini sering berlaku dikalangan keluarga apa lagi setelah ketiadaan kedua ibu, namun berlaku juga walaupun ibubapa masih ada.

Ibubapa masih hidup dua beradik ini sudah sibuk berebut harta, itu cerita yang sempat saya kongsi dengan masyarakat kampung ketika saya balik ke kampung seminggu lalu. Si abang ingin membolot tanah milik ibubapanya tempat mereka tinggal, si adik pula inginkan bahagiannya, kerana tiada kesepakatan adik beradik ini, hampir berbunuhan sesama sendiri, mujurlah ada jiran tetangga yang menyabarkan mereka.

Adik beradik perempuan hanya diam , alasannya, anak perempuan tidak berhak mendapat bahagian, kerana  akan mengikuti suami. Nampak sangat ketidakadilan berlaku dalam perkara ini. Sedangkan agama telah menetapkan sekurang-kurangnya anak perempuan mendapat satu bahagian mana kala anak lelaki mendapat dua bahagian. namun yang berlaku adalah sebaliknya. kerana kejahilan ibubapa dalam perkara ini mengundang berlakunya kes ini.

Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita, terutamanya dikalangan keluarga berbangsa Dusun/Kadazan banyak sangat kes seperti ini berlaku, mencetus putus hubungan persaudaraan di kalangan adik-beradik. Biasanya anak-anak perempuan ini tidak banyak karenah dalam perkara ini, hanya akur dengan segala kata yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, namun sewajarnya anak-anak perempuan perlu diberi agihan sama rata kerana peranan mereka dalam menjaga kebajikan keluarga terutamanya kepada kedua ibu bapa tidak dinafikan.

Jiranku Pendatang Asing

Sejak pendatang asing itu menyewa di sebelah rumah, hati ini banyak makan hati dengan sikap mereka sudahlah pengotor, anak-anak mereka  suka berkeliaran kadang-kadang menganggu anak-anak jiran, nampak sangat mereka ini tidak berahlak, entah kenapalah pemilik rumah-rumah itu suka sangat menyewakan pada pendatang, jika baik tingkahlaku mereka tak apa juga ni bercakap pun mengalakan satu kampung,

Hebat-hebat pendatang ini, mereka sudah mampu menyewa rumah, memiliki kereta yang mahal-mahal, mengalahkan orang tempatan, aku yang kakitangan kerajaan ini hanya memiliki sebuah kereta keluaran negara, berbanding mereka kereta luar negara. beberapa hari lalu bertambah lagi dua buah keluarga datang menyewa dibarisan tempat tinggal kami. Agaknya kerabat mereka juga, aku langsung tidak ambil tahu. Inilah masalah  orang kita tiada langsung jati diri sebagai orang tempatan, Yang penting duit masuk dan tidak terbeban membayar bulanan rumah yang mereka beli. Apa akan jadi dengan negeri Sabah ini pada 10 tahun akan datang.....yang sangat menghairankan mereka ini memiliki KP, entah-entah ic projek.

Isnin, 30 Januari 2012

Mengenali Wali Songo

SALAH seorang Wali Songo yang terkenal ialah Sheikh Maghribi. Beliau juga dikenali dengan nama Maulana Malik Ibrahim, Sunan Gresik juga dikenal dengan nama Maulana Maghribi (Syeikh Maghribi) kerana beliau dikatakan berasal dari wilayah Maghribi (Afrika Utara). Namun hingga kini tidak diketahui secara pasti sejarah tentang tempat dan tahun kelahirannya. Beliau dikatakan lahir sekitar pertengahan abad ke-14. Beliau berasal dari keluarga Islam yang taat beragama, dan beliau mempelajari agama Islam sejak kecil, namun tidak diketahui siapa gurunya, hingga beliau kemudiannya menjadi seorang ulama.


Sunan Gersik
Sunan Gersik diyakini sebagai pelopor penyebaran agama Islam di Jawa. Beliau berdakwah secara intensif dan bijaksana. Sunan Gresik bukan orang Jawa, namun beliau mampu memahami keadaan masyarakat yang dihadapinya dan menerapkan kaedah dakwah yang tepat untuk menarik perhatian masyarakat kepada Islam. Usaha menghilangkan sistem kasta dalam masyarakat pada masa itu menjadi objek dakwah Sunan Gresik.  Cita-cita dan perjuangannya menyebarkan Islam di Jawa kemudian diteruskan oleh anaknya, Sunan Ampel.

Sunan Giri
Sunan Giri ialah putera Maulana Ishak. Nama asalnya Radin Paku. Beliau ditugaskan oleh Sunan Ampel untuk menyebarkan agama Islam di Blambangan. Sunan Giri pernah belajar di Pesantren Ampel Denta.
Setelah dewasa, dalam perjalanan menunaikan haji bersama-sama Sunan Bonang, beliau singgah di Pasai untuk mendalami ilmu agama. Sekembalinya ke Jawa, Sunan Giri membina pondok pengajian agama di daerah Giri. Beliau banyak menghantar pendakwah ke Bawean (Madura), bahkan juga ke Lombok, Ternate dan Tidore di Maluku. Makam Sunan Giri atau Raden Paku terletak di Bukit Giri, dekat Gresik, Jawa Timur.
Syarif Hidayatullah.  Nama asal Sunan Gunung Jati ialah Syarif Hidayatullah. Beliau adalah cucu raja Pajajaran yang lahir di Mekah. Setelah dewasa, beliau memilih untuk berdakwah di Jawa. Di Jawa, beliau bertemu bapa saudaranya, Raden Walangsungsang (Pangeran Cakrabuana).
Setelah bapa saudaranya meninggal dunia, beliau menggantikan bapa saudaranya dan Berjaya menjadikan Cirebon sebagai kerajaan Islam pertama di Jawa Barat. Beliau juga adalah pengasas Kesultanan Banten yang bermula dengan puteranya, Sultan Maulana Hasanuddin. Atas inisiatif Sunan Gunung Jati, Sunda Kelapa diserang  pada 1527 di bawah pimpinan Fatahillah, panglima perang Kesultanan Demak yang juga menantu Sunan Gunung Jati.

Sunan Muria
Sunan Muria ialah salah seorang Wali Songo yang sangat berjasa dalam penyebaran Islam di kawasan desa. Putera Sunan Kalijaga ini suka menyendiri dan tinggal di desa bersama-sama rakyat biasa.
Dalam menyebarkan Islam, Sunan Muria selalu menjadikan desa terpencil sebagai tempat dakwahnya.
Sinom dan Kinanti. Seperti para Wali Songo yang lain, Sunan Muria juga menggunakan kesenian sebagai cara berdakwah. Dua puisi yang diciptanya dan sangat terkenal ialah puisi Sinom dan Kinanti. Puisi Sinom umumnya menggambarkan suasana ramah-tamah dan mengandungi nasihat. Puisi Kinanti pula bernada gembira dan digunakan untuk menyampaikan ajaran agama, nasihat dan falsafah hidup.

Sunan Drajat
Sunan Drajat dikenal sebagai seorang wali yang berjiwa sosial tinggi. Beliau banyak memberikan pertolongan kepada yatim piatu, fakir miskin, orang sakit dan orang susah. Perhatiannya yang besar terhadap masalah sosial sangat tepat pada masa itu kerana beliau hidup pada masa keruntuhan Kerajaan Majapahit (sekitar 1478). Rakyat pada ketika itu dalam keadaan kacau-bilau dan menyedihkan. Sunan Drajat juga menggunakan media kesenian semasa berdakwah. Untuk itu, beliau mencipta puisi Jawa yang hingga kini masih digemari, iaitu puisi Pangkur.


Sunan Kudus
Sunan Kudus atau Jaafar Sadiq digelar wali al-'ilmi (orang berilmu luas) oleh para Wali Songo kerana mempunyai keahlian khusus dalam bidang agama. Oleh sebab kepakarannya itu, beliau banyak dikunjungi oleh para penuntut dari pelbagai wilayah. Beliau juga diamanahkan untuk mengendalikan pemerintahan di daerah Kudus. Beliau menjadi pemimpin agama dan juga pemerintah di wilayah itu. Masjid Menara Kudus
Sebagai permulaan untuk menyebarkan Islam, Sunan Kudus membina sebuah masjid di daerah Loran pada 1549. Masjid itu diberi nama Masjid al- Aqsa atau al-Manar. Wilayah sekitarnya disebut Kudus, nama yang diambil daripada nama kota al-Quds (Baitulmaqdis di Palestin) yang pernah dikunjunginya. Masjid itu kemudian dikenal dengan nama Masjid Menara Kudus kerana di sebelahnya terdapat menara tempat beduk masjid. Masjid yang dibina oleh Sunan Kudus ini juga merupakan salah satu masjid tertua di Indonesia.

Sunan Kalijaga
Sunan Kalijaga berasal dari suku Jawa asli. Beliau berdakwah dengan cara berkelana. Dengan wawasan yang luas dan pemikiran yang tajam, Sunan Kalijaga tidak hanya disukai oleh rakyat, tetapi juga oleh cendekiawan dan pemerintah. Raden Fatah dari Kesultanan Demak sering kali meminta nasihatnya.
Dandanggula Sunan Kalijaga juga dikenal sebagai budayawan dan seniman (seni suara, ukir dan busana). Beliau mencipta aneka cerita wayang yang berunsur Islam, Sunan Kalijaga memperkenalkan sejenis wayang yang diperbuat daripada kulit kambing (wayang kulit), kerana pada masa itu wayang selalunya dilukis pada seperti kertas lebar (wayang beber). Dalam seni suara, beliau ialah pencipta lagu Dandanggula. Sebahagian dari lirik lagu Dandanggula ciptaan Sunan Kalijaga adalah tentang rukun iman.

Orang Bunian tidak secantik yang digambarkan

gambar Hiasan
KISAH orang bunian sering diperkatakan khalayak di seluruh dunia. Banyak versi cerita yang melingkari kewujudan makhluk halus itu. Segelintir pihak mengatakan orang bunian ialah puteri kayangan yang disumpah turun ke bumi, sesetengah yang lain mendakwa ia orang alim yang menuntut ilmu salah. Ada pula yang percaya ia sejenis makhluk seakan-akan manusia. Seorang pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah memberitahu, kisah orang bunian wujud di seluruh dunia termasuk di benua Eropah.
“Sepanjang yang saya ketahui, dahulu di Hulu Klang ramai orang mengatakan mereka pernah terserempak dengan orang bunian malah berinteraksi dengan mereka. “Orang bunian akan meminjamkan pinggan mangkuk kepada orang kampung semasa majlis perkahwinan,” katanya kepada Jurnal. Namun, kerana sikap segelintir penduduk kampung yang tidak memulangkan pinggan mangkuk yang dipinjam selain merosakkannya menyebabkan orang bunian berkenaan menghilangkan diri dan enggan bekerjasama lagi dengan mereka.

Idrus mempunyai perspektif berbeza mengenai takrifan orang bunian.
“Jika disebut orang bunian, ia seolah-olah manusia sebenar iaitu makhluk Tuhan yang paling sempurna sedangkan orang bunian ialah jin,” ujarnya. Katanya lagi, orang bunian mampu bertukar rupa seperti manusia  kerana jin atau makhluk halus boleh bertukar rupa dan fizikal dengan mudah. Idrus memberitahu, orang bunian hidup secara berkumpulan dan memiliki perkampungan. Mereka juga mempunyai istana, pentadbiran dan gelaran. “Kadang-kadang perkampungan mereka ada di taman perumahan malah mungkin di sebelah rumah kita. Tetapi selagi kita tidak mengganggu mereka, tidak akan ada masalah,” ujarnya.
Bagaimanapun menurut Idrus, orang bunian kebiasaannya menetap di hutan tebal dan tasik bagi mengelakkan berjumpa dengan manusia.

Bunian Eropah
Sifat orang bunian juga berbeza mengikut negara mereka tinggal.
“Di Malaysia orang bunian menggunakan bahasa Melayu manakala di Indonesia mereka bercakap dalam bahasa ibunda negara itu. Di Britain pula mungkin bahasa Inggeris.“Ia kedengaran agak lucu tetapi itulah hakikatnya. Pakaian mereka juga berbeza-beza mengikut musim dan keadaan,” ceritanya. Bagi masyarakat Barat, orang bunian tergolong dalam jenis hantu. Idrus mengaku dia pernah berjumpa dengan makhluk halus  itu. Bahkan Idrus pernah mengajak penulis memasuki alam bunian itu tetapi penulis menolaknya kerana khuatir tidak akan kembali.“Tidak perlu untuk pergi ke alam bunian, sekadar berjumpa pun boleh. Tetapi kebanyakan orang yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa tidak akan dapat melihatnya. “Ini kerana mereka telah pengsan dahulu sebab rupa orang bunian tidak menawan seperti yang disangka. Mereka sebenarnya makhluk hodoh,” ujarnya. Idrus berkata, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum berjumpa dengan orang bunian. Antaranya seseorang perlu menyediakan apa sahaja tujuh jenis makanan dan tujuh jenis bunga di samping teh O, kopi O dan air suam. Hari untuk bertemu mereka pula adalah pada malam Selasa disertai bacaan tertentu. Malam Selasa dianggap sebagai malam persahabatan antara manusia dan makhluk halus itu.