Isnin, 30 Januari 2012

Mengenali Wali Songo

SALAH seorang Wali Songo yang terkenal ialah Sheikh Maghribi. Beliau juga dikenali dengan nama Maulana Malik Ibrahim, Sunan Gresik juga dikenal dengan nama Maulana Maghribi (Syeikh Maghribi) kerana beliau dikatakan berasal dari wilayah Maghribi (Afrika Utara). Namun hingga kini tidak diketahui secara pasti sejarah tentang tempat dan tahun kelahirannya. Beliau dikatakan lahir sekitar pertengahan abad ke-14. Beliau berasal dari keluarga Islam yang taat beragama, dan beliau mempelajari agama Islam sejak kecil, namun tidak diketahui siapa gurunya, hingga beliau kemudiannya menjadi seorang ulama.


Sunan Gersik
Sunan Gersik diyakini sebagai pelopor penyebaran agama Islam di Jawa. Beliau berdakwah secara intensif dan bijaksana. Sunan Gresik bukan orang Jawa, namun beliau mampu memahami keadaan masyarakat yang dihadapinya dan menerapkan kaedah dakwah yang tepat untuk menarik perhatian masyarakat kepada Islam. Usaha menghilangkan sistem kasta dalam masyarakat pada masa itu menjadi objek dakwah Sunan Gresik.  Cita-cita dan perjuangannya menyebarkan Islam di Jawa kemudian diteruskan oleh anaknya, Sunan Ampel.

Sunan Giri
Sunan Giri ialah putera Maulana Ishak. Nama asalnya Radin Paku. Beliau ditugaskan oleh Sunan Ampel untuk menyebarkan agama Islam di Blambangan. Sunan Giri pernah belajar di Pesantren Ampel Denta.
Setelah dewasa, dalam perjalanan menunaikan haji bersama-sama Sunan Bonang, beliau singgah di Pasai untuk mendalami ilmu agama. Sekembalinya ke Jawa, Sunan Giri membina pondok pengajian agama di daerah Giri. Beliau banyak menghantar pendakwah ke Bawean (Madura), bahkan juga ke Lombok, Ternate dan Tidore di Maluku. Makam Sunan Giri atau Raden Paku terletak di Bukit Giri, dekat Gresik, Jawa Timur.
Syarif Hidayatullah.  Nama asal Sunan Gunung Jati ialah Syarif Hidayatullah. Beliau adalah cucu raja Pajajaran yang lahir di Mekah. Setelah dewasa, beliau memilih untuk berdakwah di Jawa. Di Jawa, beliau bertemu bapa saudaranya, Raden Walangsungsang (Pangeran Cakrabuana).
Setelah bapa saudaranya meninggal dunia, beliau menggantikan bapa saudaranya dan Berjaya menjadikan Cirebon sebagai kerajaan Islam pertama di Jawa Barat. Beliau juga adalah pengasas Kesultanan Banten yang bermula dengan puteranya, Sultan Maulana Hasanuddin. Atas inisiatif Sunan Gunung Jati, Sunda Kelapa diserang  pada 1527 di bawah pimpinan Fatahillah, panglima perang Kesultanan Demak yang juga menantu Sunan Gunung Jati.

Sunan Muria
Sunan Muria ialah salah seorang Wali Songo yang sangat berjasa dalam penyebaran Islam di kawasan desa. Putera Sunan Kalijaga ini suka menyendiri dan tinggal di desa bersama-sama rakyat biasa.
Dalam menyebarkan Islam, Sunan Muria selalu menjadikan desa terpencil sebagai tempat dakwahnya.
Sinom dan Kinanti. Seperti para Wali Songo yang lain, Sunan Muria juga menggunakan kesenian sebagai cara berdakwah. Dua puisi yang diciptanya dan sangat terkenal ialah puisi Sinom dan Kinanti. Puisi Sinom umumnya menggambarkan suasana ramah-tamah dan mengandungi nasihat. Puisi Kinanti pula bernada gembira dan digunakan untuk menyampaikan ajaran agama, nasihat dan falsafah hidup.

Sunan Drajat
Sunan Drajat dikenal sebagai seorang wali yang berjiwa sosial tinggi. Beliau banyak memberikan pertolongan kepada yatim piatu, fakir miskin, orang sakit dan orang susah. Perhatiannya yang besar terhadap masalah sosial sangat tepat pada masa itu kerana beliau hidup pada masa keruntuhan Kerajaan Majapahit (sekitar 1478). Rakyat pada ketika itu dalam keadaan kacau-bilau dan menyedihkan. Sunan Drajat juga menggunakan media kesenian semasa berdakwah. Untuk itu, beliau mencipta puisi Jawa yang hingga kini masih digemari, iaitu puisi Pangkur.


Sunan Kudus
Sunan Kudus atau Jaafar Sadiq digelar wali al-'ilmi (orang berilmu luas) oleh para Wali Songo kerana mempunyai keahlian khusus dalam bidang agama. Oleh sebab kepakarannya itu, beliau banyak dikunjungi oleh para penuntut dari pelbagai wilayah. Beliau juga diamanahkan untuk mengendalikan pemerintahan di daerah Kudus. Beliau menjadi pemimpin agama dan juga pemerintah di wilayah itu. Masjid Menara Kudus
Sebagai permulaan untuk menyebarkan Islam, Sunan Kudus membina sebuah masjid di daerah Loran pada 1549. Masjid itu diberi nama Masjid al- Aqsa atau al-Manar. Wilayah sekitarnya disebut Kudus, nama yang diambil daripada nama kota al-Quds (Baitulmaqdis di Palestin) yang pernah dikunjunginya. Masjid itu kemudian dikenal dengan nama Masjid Menara Kudus kerana di sebelahnya terdapat menara tempat beduk masjid. Masjid yang dibina oleh Sunan Kudus ini juga merupakan salah satu masjid tertua di Indonesia.

Sunan Kalijaga
Sunan Kalijaga berasal dari suku Jawa asli. Beliau berdakwah dengan cara berkelana. Dengan wawasan yang luas dan pemikiran yang tajam, Sunan Kalijaga tidak hanya disukai oleh rakyat, tetapi juga oleh cendekiawan dan pemerintah. Raden Fatah dari Kesultanan Demak sering kali meminta nasihatnya.
Dandanggula Sunan Kalijaga juga dikenal sebagai budayawan dan seniman (seni suara, ukir dan busana). Beliau mencipta aneka cerita wayang yang berunsur Islam, Sunan Kalijaga memperkenalkan sejenis wayang yang diperbuat daripada kulit kambing (wayang kulit), kerana pada masa itu wayang selalunya dilukis pada seperti kertas lebar (wayang beber). Dalam seni suara, beliau ialah pencipta lagu Dandanggula. Sebahagian dari lirik lagu Dandanggula ciptaan Sunan Kalijaga adalah tentang rukun iman.

Orang Bunian tidak secantik yang digambarkan

gambar Hiasan
KISAH orang bunian sering diperkatakan khalayak di seluruh dunia. Banyak versi cerita yang melingkari kewujudan makhluk halus itu. Segelintir pihak mengatakan orang bunian ialah puteri kayangan yang disumpah turun ke bumi, sesetengah yang lain mendakwa ia orang alim yang menuntut ilmu salah. Ada pula yang percaya ia sejenis makhluk seakan-akan manusia. Seorang pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah memberitahu, kisah orang bunian wujud di seluruh dunia termasuk di benua Eropah.
“Sepanjang yang saya ketahui, dahulu di Hulu Klang ramai orang mengatakan mereka pernah terserempak dengan orang bunian malah berinteraksi dengan mereka. “Orang bunian akan meminjamkan pinggan mangkuk kepada orang kampung semasa majlis perkahwinan,” katanya kepada Jurnal. Namun, kerana sikap segelintir penduduk kampung yang tidak memulangkan pinggan mangkuk yang dipinjam selain merosakkannya menyebabkan orang bunian berkenaan menghilangkan diri dan enggan bekerjasama lagi dengan mereka.

Idrus mempunyai perspektif berbeza mengenai takrifan orang bunian.
“Jika disebut orang bunian, ia seolah-olah manusia sebenar iaitu makhluk Tuhan yang paling sempurna sedangkan orang bunian ialah jin,” ujarnya. Katanya lagi, orang bunian mampu bertukar rupa seperti manusia  kerana jin atau makhluk halus boleh bertukar rupa dan fizikal dengan mudah. Idrus memberitahu, orang bunian hidup secara berkumpulan dan memiliki perkampungan. Mereka juga mempunyai istana, pentadbiran dan gelaran. “Kadang-kadang perkampungan mereka ada di taman perumahan malah mungkin di sebelah rumah kita. Tetapi selagi kita tidak mengganggu mereka, tidak akan ada masalah,” ujarnya.
Bagaimanapun menurut Idrus, orang bunian kebiasaannya menetap di hutan tebal dan tasik bagi mengelakkan berjumpa dengan manusia.

Bunian Eropah
Sifat orang bunian juga berbeza mengikut negara mereka tinggal.
“Di Malaysia orang bunian menggunakan bahasa Melayu manakala di Indonesia mereka bercakap dalam bahasa ibunda negara itu. Di Britain pula mungkin bahasa Inggeris.“Ia kedengaran agak lucu tetapi itulah hakikatnya. Pakaian mereka juga berbeza-beza mengikut musim dan keadaan,” ceritanya. Bagi masyarakat Barat, orang bunian tergolong dalam jenis hantu. Idrus mengaku dia pernah berjumpa dengan makhluk halus  itu. Bahkan Idrus pernah mengajak penulis memasuki alam bunian itu tetapi penulis menolaknya kerana khuatir tidak akan kembali.“Tidak perlu untuk pergi ke alam bunian, sekadar berjumpa pun boleh. Tetapi kebanyakan orang yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa tidak akan dapat melihatnya. “Ini kerana mereka telah pengsan dahulu sebab rupa orang bunian tidak menawan seperti yang disangka. Mereka sebenarnya makhluk hodoh,” ujarnya. Idrus berkata, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum berjumpa dengan orang bunian. Antaranya seseorang perlu menyediakan apa sahaja tujuh jenis makanan dan tujuh jenis bunga di samping teh O, kopi O dan air suam. Hari untuk bertemu mereka pula adalah pada malam Selasa disertai bacaan tertentu. Malam Selasa dianggap sebagai malam persahabatan antara manusia dan makhluk halus itu.

Khamis, 26 Januari 2012

Diary Kehidupan


Setelah melalui fasa kehidupan yang memeritkan, buat saya lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan yang mendatang, itulah hikmah yang sangat mahal, dan sentiasa beringat bahawa hidup ini tidak selalu indah, ada waktu bahagia, ada waktu gembira, ada waktu berduka dan semuanya ada. Kata pujangga " HIDUP INI TIDAK INDAH TANPA CABARAN" dan cabaran itu mendewasakan insan yang pernah melaluinya. Hati ini sering berbisik " TERIMA KASIH TUHAN KERANA KAU KURNIAKAN AKU DUGAAN INI" harga penderitaan itu tidak ternilai hikmahnya....ingatlah bila ditimpa dugaan bersyukurlah kerana dibalik dugaan itu terselit seribu rahmat.

Kita sekadar penumpang

Mengenang kembali perjalanan kehidupan di alam ini, begitu pantas masa beredar terasa baru semalam di lahirkan, membesar dan kini usia semakin meningkat, saya sering mengenang banyak waktu dileburkan  dengan pengisian tidak berfaedah alangkah ruginya, namun kesedaran ini akan di pergunakan sebaik mungkin sebelum ajal menjemput pergi.

Ada kalanya rasa takut menghadapi kematian kerana amal ibadat ini, ada kah telah sempurna, ada kah saya layak menghuni syurga Allah sedang diri ini di saluti dosa-dosa silam, dosa-dosa sesama insan, dosa-dosa terhadap Tuhan..diri sedaya-upaya menjadi insan beriman namun ada kalanya tersasar juga tanpa di sedari.
Saya sedar diri ini bukan insan sempurna, namun tidaklah alasan ketidaksempurnaan itu untuk melakukan perkara diluar batasan, sebagai seorang insan yang berakal, kehidupan ini perlu diwarnai dengan keimanan, ketakwaan pada ilahi. Sesungguhnya kita hanyalah sekadar penumpang di alam ini.

Sikap terlalu baik memakan diri


Mungkin telah di takdirkan aku di lahirkan sebagai manusia pemurah, pantang melihat orang lain susah, bila saja ada di kalangan rakan-rakan atau saudara mara yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang dan memikirkan masalah sendiri cepat saja aku menghulurkan bantuan terutamanya dari sudut kewangan. Dengan janji mereka akan membayarnya semula dalam masa yang singkat, begitulah selalu mereka berkata-kata, namun  bila tiba waktu yang di janjikan mereka memberi alasan yang berbagai.Yang paling menyakitkan hati ada dikalangan mereka bila bertemu berpura-pura tidak nampak. Aku pula yang rasa malu menggunung.

Akhirnya semua itu telah menjadi pengajaran, aku lupakan semuanya apa yang berlaku, aku telah berjanji pada diri sendiri bahawa tidak akan mengulangi kesilapan lalu, aku lebih berhati-hati selepas apa yang menimpa berulang-kali. Ya niat kita membantu seikhlasnya namun mereka hanya merosakkan kepercayaan. yang saudara mara itu tidak mengapa, aku tidak berkira sangat tapi rakan-rakan itu buat aku hilang percaya.

Pernah suatu hari, datang seorang lelaki ke rumah meminta tolong , katanya hendak meminjam wang kerana wangnya tidak cukup membeli keperluan sekolah anak-anaknya, aku menolak dengan lembut, aku katakan padanya bahawa aku tidak banyak wang ketika itu, ada pun hanya cukup-cukup, untuk keperluan anak-anak. dia pun pergi dengan penuh kehampaan. Sebelum ini pun aku pernah menghulurkan bantuan padanya tanpa  meminta bayaran, hanya pada hari itu aku benar-benar tidak dapat membantu.

Selepas orang itu pergi, anak-anak mendekatiku, masing-masing dengan wajah sedih dan berkata kesihan pada orang itu, anak-anaknya tentu susah.. Aduh! meruntun perasaan, sesungguhnya aku juga sedih, sayu, bercampur kesal kerana tidak dapat membantu. Namun apa daya, kerana selalu ditipu itulah keputusan yang aku ambil...aku bukan orang kaya hanya sekadar makan gaji..gaji pun hanya cukup2 maklumlah semuanya dibayar menggunakan gaji, belanja anak2, rumah, kereta dan semuanya dibayar sendiri.

Saat yang perit bila aku susah  malu pula untuk meminta pertolongan pada saudara-mara atau juga rakan-rakan....malah aku sanggup meminjam along dari menyusahkan orang lain.

Ya Allah ampunkan dosa-dosa ini di atas ke angkuhan ini...

Rabu, 25 Januari 2012

Siapa Dia Sebelum Daku

Siapa pun dia, tak kisah yang penting kita bersama mencipta kehidupan baru, bahagia dalam mencari titik permulaan, melupakan segala kepahitan yang pernah kita lalui. Sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dalam mencapai segala impian yang kita inginkan. Aku teringat satu lagu yang di dendangkan oleh penyanyi Fransisca Peter " Siapa Dia Sebelum Daku " tak perlu dicari, tak perlu diimbas, semua insan ada kenangan manis dan pahit dalam kehidupan, itu lumrah alam, kita perlu memahami hakikat itu. Semoga kehidupan kita akan terus harmoni sampai ke akhirnya. Aku hanya mengharapkan kau menerimaku seadanya begitu juga aku. Kerana aku tidak mampu menyintai seperti cinta pertamaku dulu, cinta setulus suci yang telah membawa ke gerbang mahligai akhirnya kecundang di pertengahan jalan.

Cinta yang kusulam dan jaganya separuh mati, tiada lagi insan lain yang bertakhta di sanubari ini melainkan dia, dia pertama dan terakhir, cinta suci, namun dalam saat melayari bahagia menyulam cinta dan kasih sayang bersama permata hati, dia berkasih dengan insan lain, aku yang terbodoh hanya bersabar dan bersabar, namun akhirnya kesabaran perlahan punah akhirnya aku melangkah pergi hanya Tuhan yang maha tahu bagaimana siksanya hati ini dengan tindakan itu, namun apa dayaku aku tak mampu menoleh lagi aku mengucapkan selamat tinggal derita...aku noktakan cinta pertamaku buat selamanya...
 


Kehidupan sesudah mati

Disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu satu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka