Khamis, 18 April 2013

KETUA PEMUDA TENOM JAMAWI ( JJ ) MANGSA KEADAAN


JAMAWI
Jangkaan saya tepat JAMAWI sukar untuk naik meski pun beliau mendapat sokongan padu seluruh rakyat Tenom,, JAMAWI atau (JJ) namanya begitu sinonim dikenali bukan saja di Tenom, Negeri Sabah malah seluruh rakyat Malaysia mengenali JAMAWI JAAFAR KETUA PEMUDA UMNO TENOM merangkap Expo Pemuda Malaysia. (Setiausaha Kerja kepada YBM Datuk Seri Shafie Afdal Menteri KKLW).

Bukan setakat kali ini beliau dijatuhkan malah sejak beliau bertanding atas tiket Ketua Pemuda UMNO Tenom lalu beliau sudah diasak, cuba dicantas namun nasib masih menyebelahi JJ sebab kenapa kerana tiada asas  para penyokong beliau dan rakyat Tenom menolak kepimpinan beliau khususnya dikalangan pemuda. Jamawi adalah yang sangat layak menerajui kepimpinan pemuda Tenom berdasarkan keperibadian beliau yang sangat dusukai, mudah didekati, ringan tangan membantu dan banyak lagi menjadi daya tarikan JJ kenapa rakyat Tenom sangat menyenangi beliau.

Nama Jamawi telah lama disebut-sebut bakal menarajui kepimpinan daerah Tenom, Beliau sudah lama bekerja keras, meskipun dia jenis tidak banyak cakap tetapi dia bekerja dan rakyat melihat apa yang JJ buat. Harapan rakyat tenom kepada JJ menarajui kepimpinan Tenom terlalu tinggi mereka sangat berharap akan menjadi kenyataan. Sokongan rakyat Tenom kepada beliau tahap 90% tanpa berbelah bagi.

Pengumuman calun beberapa hari lalu telah meranapkan harapan rakyat Tenom kerana calon harapan mereka tiba-tiba lenyap dalam senarai meskipun PM sendiri telah mengumumkan nama JJ sebagai calun MP untuk parlimen Tenom bagi menggantikan MP yang sedia ada kerana pristasi MP yang ada sekarang tidak begitu memberansangkan. Harapan hanyalah tinggal harapan nama JJ akhirnya tiada dalam senarai, takkan PM berbohong pula ! tak kan PM bermain silang kata ! Rata-rata rakyat Tenom tertanya-tanya dan menunggu-nunggu, kenapa? mengapa? apa terjadi? akhirnya terjawab segala tanda tanya ....rupanya JJ menjadi korban oleh sekolompok manusia yang ingin terus menjadi maharaja kuasa ,.di bumi kinabalu ini.

Penyokong JJ sangat kecewa dengan apa yang telah diputuskan sehingga berlaku demonstrasi secara aman diperkarangan pejabat umno tenom bagi memprotes dan minta kepimpinan pusat agar JJ di calonkan. Protes ini bukan setakat melalui banner tetapi sudah bersesaksakan di maya FB berbagai nada yang disuarakan sehingga ada yang mencadangkan  JJ beralih sokongan  bertanding atas tiket parti bebas. Suara hanya tinggal suara mampukah timun menentang durian?? sudah tentu tidak hanya akan terluka diri sendiri...

Saya percaya JJ masih waras meskipun hatinya begitu kecewa namun atas sokongan kuat penyokong yang sentiasa memberi semangat agar JJ meneruskan perjuangan, JJ telah tampil membuat kenyataan di FB bahawa beliau akan turun padang membantu kemenangan BN kawasan Tenom. JJ bukan jenis manusia yang mudah melata JJ ada karisma, berwibawa masih setia pada parti keramat ini,
Sabarlah JJ Insyah-Allah ada yang lebih baik menanti.

Persoalan kenapa JJ menjadi mangsa ??? angkara siapa ??? saya fikir ramai yang berteka-teki ?
tidak elok berburuk sangkah takut mengundang dosa.., kadang-kadang manusia ini tidak mampu menyimpan rahsia...akan terbongkar juga...kata orang ini semasa JJ bertanding ketua pemuda, Manusia inilah yang diarahkan menghantar hadiah dari rumah ke rumah kepada para perwakilan...dengan tujuan JJ harus di kalahkan namun katanya JJ agak sukar dikalahkan kerana dia bekerja kuat,,,orang Tenom suka JJ....lalu kelompok manusia yang berhati busuk ini teramatlah kecewa kerana JJ terus kekal menjawat ketua pemuda UMNO Tenom.

Selasa, 16 April 2013

Renunglah Diri Dicermin


WANITA PALING CANTIK
Dalam dunia ini macam-macam ragam ada, berjiwa besar, berjiwa kerdil, bernafsu besar, tamak, kedekut dan langsung tidak sedar diri pun ada macam-macam ada,,Aku terkejut seorang kawan lama yang aku temui baru-baru ini, memberi tahu aku,  rakan kami yang seorang ni sedang tegar perasan...
 
Kerana jawatannya bakal berakhir tak lama lagi atas sebab faktor umur yang sudah melebihi daripada sepatutnya,  Kerana pertubuhan ini telah memaktubkan syarat yang mana seseorang ketua akan tamat jawatannya apa bila umur sampai ketahap sekian ,,,. meskipun kawan ini masih terlalu sayang melepaskan jawatannya namun dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana telah menjadi dasar pihak pertubuhan berkenaan. Justeru Hakikat ini terpaksa dia telan meski pun agak berat.

Aku terkejut besar rupanya si ketua yang bakal tamat khidmat itu rupanya dalam diam-diam menyimpan hasrat yang begitu tinggi ingin mendapatkan jawatan yang lebih besar selepas bersara, namun timbul diminda ini bagaimana dia nak urus tadbir tugas itu jika dia memegang jawatan tersebut, tugas hakiki pun selalu dia abaikan kerana lebih menumpuhkan tugasan sambilannya ...menurut kawan aku,  pihak majikannya pernah mengenakan tindakan tatatertib atas sebab tidak hadir bertugas selama berbulan- bulan namun kabarnya dia ini, sangat hebat memainkan peranan sehingga terlepas begitu saja.

 ...Terkejut beruk tahap gaban aku.... bukan calan-calang jawatan yang dia nak, 1. Jawatan Timbalan Pengarah,  2. Dia nak kejar Jawatan Senator..apa punya kaki .Huhuhu...keinginan melebihi dari kemampuannya..tugas kecil pun dia tak mampu buat. inikan pula tugas yang lebih mencabar.... sikapnya yang suka menguasai orang lain menyebabkan dia tidak ramai kawan bersikap kuku besi, mencatur...dah lama aku perhatikan sikapnya itu benar2 diwarisinya daripada ..blaa! blaaaa! blaaaa

Bukannya mendengki sekecil kuman pun tiada dilubuk hati, akan tetapi aku hanya terkasima....    Jika iya pun agak-agaklah setakat mana kemampuan diri, Jangan terlebih-lebih melagak...jangan sampai tak sedar diri...cerminlah diri dihadapan cermin kerana cermin tidak pernah berbohong.....

Aku selalu merenung diri diermin dari atas ke bawah...hehehe

Isnin, 15 April 2013

Mencari Cahaya

Di dalam kegelapan kumencari cahyaMu…
Cahaya yang mampu menerangi selok belok dunia yang luas...
menembus celah hati yang sempit...
mewarnai kegelapan malam...
menghiasi hati yang gundah...
menghangatkan jiwa yang beku...
mengisi setiap ruang dada...
mengalirkan kehangatan  ke syaraf yang lemah...
membinari mata yang sedih...
menghiasi senyuman yang miris...
begitu indah cahyaMu…

cahayaMu mengusir kegelapan kemiskinan...
merentas samudra jiwa pengemis...
meluluhlantakkan keputusan...
menumbuhkan semangat harapan...
menghadirkan impian yang besar…

Ahad, 14 April 2013

Nasi dan Kicap bercampur Kopi indah dikenang..

Terpandang kicap dan nasi di dapur tiba-tiba aku terkenang satu peristiwa saat aku di zaman kanak-kanak,  kicap dan nasi ada kenangan yang tak pernah luntur diingatan. Menu itulah selalu menjadi santapan kami dua beradik yang masih di sekolah rendah ketika itu, makan begitu lebih mudah dan tidak banyak karenah ambil nasi dan bubuh kicap terus makan. Maklumlah ibubapa sangat sibuk seawal subuh sudah turun kebendang tidak sempat menyediakan sarapan yang sesempurnanya. Namun begitu bukanlah menjadi satu masalah bagi kami kerana dah biasa buat urusan sendiri.

Satu hari, seperti biasa sebelum ke sekolah aku kedapur untuk makan, aku tak tahu kicap dalam botol itu telah habis sangkaku masih ada kerana aku melihatnya masih berisi setengah, seperti biasa aku mencedok nasi dari belangga dan terus bubuh kicap diatas nasi, aku terkejut dan kehairanan kenapa kicap itu seperti pasir tapi warnanya hitam lalu aku hidu hemm... macam bau kopi kenapa pula jadi begini hatiku berbisik "sambil aku merenung-renung nasiku yang sudah bertukar rupa berbintik hitam...tiba-tiba aku dengar suara orang ketawa, semakin lama semakin kuat deraian ketawanya,, aku cuba mencari darimana datangnya hilaian tawa itu, rupanya abangku bersembunyi dibalik pintu dari tadi memerhati aku ketika aku sedang bersiap-siap hendak makan...

Aku bertanya kepadanya siapa yang bubuh kopi dalam botol kicap dia mengaku dia yang lakukan... dia ketawa terbahak-bahak sambil berlalu meninggalkan aku di dapur..alahai sakitnya hatiku,,dia memang selalu kenakan aku saat ketika zaman kanak-kanak ...Semuanya hanya tinggal kenangan, kami pun dah masing-masing berkeluarga jarang pula bertemu ...Ha Ha Ha...


Jumaat, 12 April 2013

Dentum Guruh Di Langit Menikam Kalbu



Semalam begitu kuatnya dentuman guruh dilangit menggegar bumi dan kilat pula sabung-menyabung tidak berhenti-henti menganggu lenaku yang panjang....paginya aku dengar semua orang bercakap tentangnya---dahsyat, takut, rasa nak kiamat dan macam-macam cerita.. aku juga seperti mereka penuh dengan rasa takut..tutup telinga bergulung dalam selimut ...tak boleh tidur,,aduhhh
Itu baru bunyi guruh...semangat sudah terbang bagaimana jika perang berlaku atau kiamat ???

Semangat kita sememangnya tidak kuat kerana kita tidak pernah melalui keadaan getir sebagaimana berlaku ditempat lain, kita jarang sekali mendengar bunyi sedahsyat itu sebagaimana yang berlaku di bumi palastin atau dimana-mana yang terlibat peperangan...bermandi peluru setiap hari..dentuman meriam..tembakan..bom disana-sini...betapa bersyukurnya kita tinggal dibumi bertuah ini...kita bahagia...kita damai..mimpi kita tidak pernah terganggu dek semua itu....
Tetapi mimpi kita hanya diganggu dentuman guruh di langit...