Jumaat, 27 Disember 2013

BUKANNYA TAK SUDI..

Bukannya tak sudi dia bertandang lagi ke rumah kami malah lebih dari sudi, di layan dengan baik, diberi makan secukupnya, ada kalanya di mandikan, meski pun dia bukan kepunyaan kami, tetapi milik jiran sebelah rumah. dah menjadi rutin subuh-subuh dah bising-bising minta bukakan pintu di belakang dapur.

Setelah dilayan dengan baik akhirnya dia tidak mahu kembali lagi ke pengkuan tuannya, dah menjadi sebahagian penghuni dalam rumah. Seisi rumah semuanya suka, lebih-lebih lagi si puteri kecilku, diberikannya nama si comel  mungkin kerana warna bulunya yang menarik, putih susu kekuningan dan kelabu chair memang cantik.

Namun perkara yang sangat-sangat menganggu deria rasaku tidak tahan dengan si comel ini suka membuang najisnya merata-rata buat aku pening. Habis pasu bungaku dipenuhi najis si comel, pokok bungaku juga jadi layu. Keadaan ini mengundang geramku pada si comel.

Akhirnya kami menggambil keputusan tidak mahu melayannya lagi biarkan dia kembali kepada tuannya semula..  Telah dihalau berulang kali namun si comel ini berdegil tidak mahu berganjak, rasa kesihan namun apa nak buat. Sesekali dia muncul di belakang dapur menziarah kami. Tetap saja kami layan dengan baik dan memberinya makan.

Khamis, 26 Disember 2013

" ITU PAKAIAN ORANG KRISTIAN "

Dua hari lalu aku dan suami telah ke bandar bersama anak perempuan kami yang baru berumur 7 tahun, tahun depan masuk ke tahun dua sekolah rendah. Kami ke bandar membeli  keperluan sekolahnya memandangkan tarikh persekolahan semakin hampir.

Kami terus saja menuju kesebuah kedai tempat kami membeli keperluan sekolah anak kami tahun lepas ketika dia baru  masuk tahun satu. Kerana teringat semua keperluan sekolah ada dikedai tersebut. Namun baju pinapo di kedai itu telah habis tiada stok. Tanpa membuang masa kami beralih ke kedai lain.

Di kedai tersebut ada baju sekolah yang diminta, aku pun terus mencari-cari saiz yang sesuai dengan tubuhnya, baju pinapo, aku terus mencapai baju tersebut dan padankan ke tubuhnya, saiznya tepat dengan tubuhnya, aku kata dengan anakku inilah saiz yang sesuai..

Tiba-tiba dia berkata dengan selemba, aku tidak mahu pakai baju itu, " itu baju orang kristian ".. aku dan suami berpandangan.. terkejut..?? mendengar kenyataan puteri kami yang baru 7 tahun itu.

Terfikir-fikir dari mana dia mendengar percakapan serupa itu, Selaku ibubapa kami tak pernah mengajar anak kami berkata begitu jauh sekali dari bercakap tentang agama lain.

Baju sekolah rendah (Baju Pinapo)

Isnin, 16 Disember 2013

SUDAH DI BERI BETIS NAK PEHA LAGI

Saya teringat setiap kali persidangan UMNO di adakan di PWTC Kuala Lumpur, yang sepatutnya hanya melibatkan para perwakilan saja, namun mereka yang tidak terlibat juga turut sama menggambil kesempatan ke persidangan tersebut sebagai pemerhati. Tiada masalah malah di alu-alukan menandakan kecintaan kita terhadap parti kita sebagai pendokong kerajaan.

Namun apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah sikap segelintir para pemerhati terutamanya dari bahagian saya iaitu disalah satu bahagian di negeri Sabah ini, sikap mereka ini kadang-kadang agak keterlaluan dan mengada-ngada, sudahlah tambang-menambang mereka di tanggung termasuk penginapan dan poket money di beri,  masih menunjukkan sikap tidak puas hati, jika boleh dalam hal2 urusan peribadi pun nak di tanggung juga, bukankah ini agak melampau.

Sasaran utama dalam perkara ini tentulah yang berjawatan ketua, tidak kiralah ketua bahagian, ketua wanita, ketua pemuda mungkin juga ketua puteri.  Inilah fenomena yang sering melanda setiap kali persidangan UMNO di adakan. Mungkin kah perkara sebegini tidak berlaku di tempat lain..??? Walau pun saya tidak terlibat dalam menguruskan perkara ini namun melihat gelagat serta sikap mereka ini buat saya geram dan malu, " SUDAH DI BAGI BETIS NAK PEHA LAGI" nampak sangat ambil kesempatan. Langsung tidak sanggup berkorban untuk keperluan sendiri. Ramai juga manusia macam ini dalam dunia ini...

Khamis, 12 Disember 2013

NOKTA PILU CINTA ANTARA DUA DARJAT

DALAM membicarakan jodoh pertemuan kita tidak seboleh-bolehnya terlupa bahawa di hujung kedua-duanya ada perceraian. Sebagai manusia kita hanya mampu berharap dan berusaha yang terbaik melalui doa dan ikhtiar. Sehinggakan kita merasakan setiap yang dipohonkan itu sesuatu yang terbaik dan tepat dalam hidup. 

 Sebetulnya, yang terbaik dan tepat bagi kita hanyalah yang ditakdirkan oleh Yang Maha Esa.
Sebagai manusia kita juga perlu akur dan reda bahawa setiap sesuatu akan sampai ke titik noktahnya.
Demikian jugalah ketentuan yang sudah ditakdirkan terjadi kepada jodoh bekas artis popular tahun 80-an, Mazuin Hamzah dengan adinda Sultan Brunei Darussalam, Pengiran Muda Sufri Bolkiah.
Kekuatan cinta yang bersemi bermula dari sepasang kekasih sehinggalah sebagai suami isteri yang terjalin selama hampir 17 tahun akhirnya rapuh juga.

Pengumuman secara rasmi perceraian Pengiran Muda Sufri Bolkiah dan Pengiran Bini Mazuin Hamzah disahkan oleh jurucakap Suruhanjaya Tinggi Brunei Darussalam di sini dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia 17 Februari lalu. Perkahwinan pasangan diraja itu telah berakhir dengan perceraian pada penghujung tahun lalu.

``Berita perceraian tersebut adalah benar dan mereka sekarang dengan haluan masing-masing,'' jelas kenyataan itu lagi. Jurucakap itu membuat kenyataan berkenaan sebagai mengulas pojok Sejenak Bersama Huzz dalam Mingguan Malaysia minggu lalu. Kenyataan itu turut memberitahu, Pengiran Sufri menganggap berita perceraiannya dengan bekas penyanyi kumpulan Quinnary M itu sebagai perkara yang cukup peribadi.

``Perkara ini adalah soal peribadi dan tidak semestinya Kerajaan Brunei Darussalam mengumumkan kepada peminat atau wartawan mengenai perceraian ini,'' kata kenyataan itu lagi. Bermula dari detik perceraian, bekas isteri Pengiran Sufri hanya dikenali sebagai Hajah Mazuin binti Hamzah sebagaimana disiarkan di akhbar rasmi kerajaan (Pelita Brunei) 24 Disember 2003 lalu. Episod cinta penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Aku Ingin Dekat Kepadamu dan Cinta Palsu itu bermula pada 10 Julai 1987.

Pertemuan pertama di Villa Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) itu memberi kesempatan kepada pasangan itu untuk bertentang mata antara satu sama lain. Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi dengan Mazuin, sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987.

Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan Mazuin pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepada kekasihnya itu bertaraf lima bintang.
Sebelum Mazuin dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri mengadakan pertemuan dengan artis wanita berkenaan yang ditemani ibunya, Maimon.

Di ruang pejabat di Istana Nurul Hana, Sufri secara gentleman menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin. Berdasarkan laporan dalam majalah URTV, sebelum menyunting si genit itu, Sufri terlebih dahulu bertanyakan Mazuin apakah dia sudah mempunyai pilihan hati. Tergamam dengan pertanyaan itu, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani puterinya itu juga ditanya oleh Sufri apakah beliau sudi untuk menerima kehadiran putera diraja itu sebagai menantunya.

Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana pada usia 23 tahun, wanita itu berpendapat, lebih baik anaknya sahaja yang menentukan masa depannya.
Kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.

Sekali lagi berita itu mendapat perhatian akhbar Utusan Malaysia yang berjaya mendapat pengakuan eksklusif Sufri yang mengesahkan baginda sudah melamar Mazuin. Bibit cinta antara Mazuin dan Sufri mula berputik selepas detik itu sebagaimana bergulingnya musim-musim, hidup manusia direncahkan dengan peristiwa yang pelbagai.

Berbulan-bulan persiapan dilakukan sehinggalah majlis pernikahan dan persandingan berlangsung secara gilang-gemilang. 11 Disember 1987 menyaksikan dua hati disimpul menjadi satu. Mazuin menjadi artis wanita pertama diangkat kedudukan sebagai permaisuri kepada kerabat diraja negara paling kaya di dunia.
Majlis perkahwinan pasangan ini kekal sebagai perkahwinan paling gemilang artis tempatan sehingga ke hari ini.

Namun, tiada siapa yang pernah menyangka kegemilangan majlis pernikahan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu. Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki bagi mendapatkan reaksinya.
Yang ada hanyalah catatan-catatan silam yang penuh dengan coretan manis Mazuin khususnya sebelum dia menduduki takhta di istana. Mazuin tidak pernah meminta kehidupannya ditakdir sedemikian rupa tetapi hakikatnya musim-musim indah yang pernah dilewatinya sudah berakhir.

Barangkali catatan hidup Mazuin ada signifikannya dengan lagu Penjara Cinta nyanyiannya sebelum bergelar orang istana. Sebahagian daripada kehidupan Mazuin diterjemahkan ke dalam lirik Penjara Cinta yang antara lain menyebut...

bagai merpati
Sepi disangkari
Tiada keindahan
Tak berteman

Tiada kebebasan
Tiada kedamaian
Hatiku berduka
Terpenjara...
Lirik penuh bermakna oleh Seri Bayu ini bagaikan menjelaskan segala-galanya mengenai kehidupan wanita
bernama Mazuin Hamzah.

Ini merupakan sebuah kisah cinta duka seorang wanita biasa yang berkahwin dengan seorang putera raja, kisah ini telah menjadi sejarah namun ianya tetap terpahat dalam diary peminat Mazuin Hamzah , kisah aku dengan Mazuin hampir serupa, hanya aku wanita biasa yang berkahwin dengan orang biasa, perkongsian hidup terpaksa di noktakan kerana sudah tiada persefahaman.

Jujurnya dialah satu-satunya lelaki yang pertama bertaktha di hatiku. Sepanjang hidupku, aku tidak pernah menyintai mana-mana lelaki di dunia ini melainkan dia. Sehingga kami di ijab kabul menjadi pasangan yang sah. Kami menyulam cinta selama tujuh tahun. Sepanjang aku bercinta dengannya ramai jejaka datang melamar,  tapi semuanya ku tolak atas faktor kesetiaan demi dia, aku terlalu setia namun dalam pada aku mengabdikan kesetiaanku rupanya dia ada hubungan dengan wanita lain, pun aku tak kisah aku tetap pertahankan seluruh kesetiaanku.

Bukan saja waktu kami bercinta dia bermain kayu tiga malah saat kami telah bertunang dan selepas kahwin pun sikap curangnya tidak pernah berubah. Akhirnya satu saat kesabaran dan kesetiaan yang sekian lama ku pertahankan tidak mampu di bendung lagi, akhirnya aku mengambil keputusan tanpa menoleh ke belakang aku melangkah  pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya. Saat itu dia menanggis air mata darah sekali pun sudah tidak mampu mengubah apa-apa. Aku nekad, semuanya sudah terlambat.

Derita jiwaku akhirnya berlalu, bahagianya hidup tidak didampinggi manusia yang tidak tahu menghargai segala pengorbanan. ya aku puas hati, benar-benar puas hati. Setiap diri kita ada hak untuk bahagia, kita banyak pilihan, memilih untuk bahagia atau derita. Aku tidak tersalah membuat pilihan kerana kini kehidupan ini lebih tenang dan damai. Terasa dunia ini lapang, aku terlepas dari satu ruang yang begitu sempit menyekat pernafasan.

Selepas berpisah aku nekad tidak akan berkahwin lagi, kerana derita jiwaku belum berakhir. namun manusia hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan segala-galanya.  Di takdirkan akhirnya aku bertemu jodoh untuk kedua kalinya. Aku mengharap agar jodohku kali ini adalah yang terbaik, tetapi benarlah apa yang dikata untuk mencari yang benar-benar sempurna itu adalah mustahil melainkan Tuhan saja yang selayaknya sempurna. Perkahwinan kedua ini buat aku banyak makan hati. Sejujurnya anak-anak tak bersetuju aku berkahwin lagi atas sebab mereka bimbang aku tidak bahagia.
  
Perjalanan hidup ini ada pasang surutnya, kadang-kadang ok kadang-kadang tidak ok..andai waktu yang lalu bisa kembali lagi, aku lebih memilih hidup sendiri dari berkahwin lagi kerana ternyata perkahwinan kedua ini pun tidak seperti apa yang ku harapkan.