Isnin, 18 Februari 2013

Kemiskinan ibarat mutiara berharga



Sesekali mengimbau kehidupan silam, menjadikan aku seorang manusia yang sangat menghargai kehidupan ini. Keperitan hidup masa lalu menjadi kenang-kenanganku bersama kedua orang tuaku dan kami adik-beradik. Kemiskinan itu sebenarnya ibarat mutiara yang sangat berharga, paling manis untuk dikenang kerana tanpa kemiskinan itu melingkari kehidupan masa lalu mungkinkah aku tidak akan mengenali erti kehidupan sebenar.

Aku tidak pernah menyesal dilahirkan miskin, kerana dalam kemiskinan itulah sebenarnya satu kehidupan yang telus ikhlas. Kemiskinan itu banyak mengajar aku menjadi seorang yang tabah dan cekal. memberi semangat padaku untuk terus berusaha menggapai impian membina kehidupan yang lebih selesa  pada satu masa nanti.

Alhamdulillah kini segalanya telah berubah, tidak pun terlalu mewah tapi sekurang-kurangnya lebih selesa berbanding dahulu. Ramai manusia berubah sikap bila berada dimenara kejayaan dan kejayaan ini menyebabkan ramai yang terjerumus kepada satu kehidupan yang kelam kabut. Kemiskinan adalah dugaan dan kekayaan itu juga adalah dugaan. Yang lebih malang ada dikalangan manusia ini lupa pada  Tuhan,  Inilah jenis manusia yang ibarat kata pepata " kacang lupakan kulit.. " lupa bahawa segala kenikmatan hidup itu adalah kurniaan yang maha esa.

Semoga apa yang berlegar disekitar kehidupan ini akan menjadi satu iktibar atau pedoman hidup agar sentiasa muhasabah diri dalam melalui apa juga keadaan. Membina kehidupan yang tenang disamping insan-insan yang dikasihi.


Isnin, 11 Februari 2013

Selamat Tahun Baru Cina 2013

Sempat menghadiri majlis tahun baru cina anjuran parti gerakan bertempat di kompleks sukan likas, dihadiri oleh berbagai kaum dan agama. Inilah amalan masyarakat sabah menyumbang kepada keharmonian dan perpaduan walau berbeza fahaman politik. Semoga kita masyarakat Sabah terus harmoni tanpa mengira adat, bangsa, keturunan, agama. Begitu meriah majlis ini dengan persembahan tarian budaya cina.

Khamis, 7 Februari 2013

Aku hanya diam


Ku hanya diam…
Diam mengikuti waktu yang terus berjalan…
Mengikuti lekuk wadah yang terngadah…
Mengikuti desiran angin yang berhembus…

Tapi.,
Kini semuanya berubah…
Aku tak dapat hanya diam saja…
Selama cahaya masih terang…
Selama jalan masih berliku…
Semakin banyak pula rintangan yang kian menghadang…
Kini ku terus berjalan…
Berjalan, walau terkadang ku harus berlari…
Tanpa arah dan tujuan…
Ku tak pernah putus asa untuk mencari…
Mencari dan terus mencari…
Tanpa lelah ku terus mencari…
Walau harus ku lewati jurang yang terjal…
Ataupun harus menaiki tebing yang amat tinggi…
Tak ada kata menyerah…
Masa depan jauh lebih berat…
Masa depan adalah tantangan yang harus dihadapi dengan sebuah
tekat dan keberanian diri…

Rabu, 6 Februari 2013

Sajak Untuk Insan Bernama Suami



Buat Suami,
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam …
Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN & CIUMANnya biasa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya…
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya biasa membawa PERDAMAIAN.