Isnin, 10 Jun 2013

BANDARAYA KU BAWAH BAYU




Wellcome To Sabah Malaysia
Bandaraya kota kinabalu ibu negeri Sabah Malaysia
Bandaraya Kota Kinabalu Sabah, negeri kelahiranku, semestinya rasa berbangga tinggal di sebuah negeri yang aman damai walau pelbagai etnik dan budaya menghuni negeri ini. Kestabilan politik menyumbang kepada keamanan negara ini, jika tidak sudah tentu keamanan tidak akan wujud.

Namun mengecewakan wujudnya manusia-manusia yang cuba mengacau-bilaukan kedamaian ini   dengan slogan-slogan mencari keadilan, keadilan apa yang cuba dicari, malah cuba berusaha menghancurkan keamanan yang ada. Lihat di negara luar sana kerana  kepimpinan yang tidak adil menyebabkan negara kacau-bilau, rakyat pula mencetuskan huru-harah.

Kata arwah ibu mereka sempat mengharungi suasana zaman jepun, betapa derita dan sengsaranya mereka saat itu, orang-orang dipancung, diseksa hidup-hidup dan pelbagai seksaan yang dilakukan. Cerita ibu buat aku cukup menginsafi dan bersyukur kerana tidak melalui keadaan seperti itu. Alhamdulillah kerana berada di sebuah negara yang aman jauh dari peperangan.

Bantu Golongan Muda Miliki Rumah

HARGA pasaran rumah yang tinggi ketika ini menyukarkan golongan muda untuk memiliki rumah.


GOLONGAN muda khususnya mereka yang merancang memiliki rumah buat pertama kali pasti gembira dengan tumpuan utama kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang merencana bukan sahaja rumah lebih murah, malah mudah dimiliki.
Buat permulaan, di bawah Bajet 2013, sejumlah RM1.9 bilion diperuntukkan untuk membina 123,000 rumah mampu milik di lokasi strategik seluruh negara.
Bagi memudahkan pemilikan rumah, mereka yang membeli rumah pertama yang bernilai sehingga RM400,000 layak diberi pelepasan yuran duti setem sekurang-kurangnya 50 peratus sehingga akhir 2014.
Ini sekali gus menunjukkan kerajaan komited menyediakan peluang pemilikan rumah sendiri kepada semua peringkat masyarakat terutamanya golongan muda. Malah, ia dilakukan pada ketika harga rumah di luar kemampuan mereka yang berpendapatan sederhana.
Tiga jabatan kerajaan telah diberi kepercayaan untuk merealisasikan hasrat tersebut iaitu Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA), Jabatan Kewangan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara.
Pendapatan sederhana
Seperti yang dijanjikan, kerajaan kini berusaha memudahkan golongan berpendapatan sederhana dari kawasan bandar memiliki rumah sendiri yang berharga antara RM150,000 dan RM300,000 melalui program PR1MA.
Ini dilakukan melalui kerjasama dengan pemaju perumahan swasta untuk membina 80,000 rumah mampu milik di lokasi utama negara seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Seremban dan Kuantan yang akan dijual dengan harga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
Di Johor Bahru misalnya, PR1MA telah mengenal pasti beberapa lokasi tanah di Larkin, Tampoi, Kulaijaya, Plentong dan Pasir Gudang untuk membina 8,000 unit rumah mampu milik.
SPNB pula menerima peruntukan RM320 juta untuk membina 22,855 unit rumah termasuk apartmen kos rendah dan sederhana di bawah program Rumah Mesra Rakyat dan Rumah Mampu Milik.

KERAJAAN komited menyediakan peluang pemilikan rumah sendiri untuk semua golongan termasuk golongan muda.


Melalui Program Rumah Mesra Rakyat sebanyak 21,000 unit rumah berharga RM65,000 seunit akan dibina tahun ini. Para pembeli akan menikmati subsidi sebanyak RM20,000 dan dua peratus lagi tambahan subsidi terhadap kadar faedah.
Tanpa mengabaikan golongan muda berpendapatan rendah, Jabatan Perumahan Negara menerima peruntukan sebanyak RM543 juta bagi membina 45 Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang melibatkan pembinaan 20,454 unit rumah baharu menggunakan sistem bangunan perindustrian.
Untuk membantu kakitangan sektor awam yang tergolong dalam kategori itu, kerajaan mengkhususkan 20 peratus daripada jumlah unit baharu PPR selain satu peratus kuota khas untuk orang kelainan upaya (OKU).
Apapun, pembeli dijamin penjimatan yang sangat besar memandangkan setiap unit akan dijual dengan harga sehingga RM40,000 sedangkan harga pasarannya ialah RM120,000 seunit.
Projek terbengkalai
Selain memastikan pembinaan ratusan ribu rumah mampu milik untuk golongan muda bekerjaya, kerajaan juga komited untuk membantu menghidupkan semula kes rumah terbengkalai.
Selain memperjuangkan nasib pembeli dan menyediakan lebih banyak rumah, kerajaan mahu menghapuskan projek-projek terbengkalai yang menyakitkan mata selain memberi pandangan buruk kepada pelabur dan pelancong asing.
Antara 2010 dan Disember 2012, usaha gigih KPKT telah berjaya menyelesaikan 118 projek perumahan terbengkalai swasta.
Lantas, kementerian akan terus mengatur strategi bagi menangani isu tersebut termasuk melalui insentif cukai khas kepada syarikat swasta bagi memastikan pemaju menyiapkan projek yang mereka laksanakan.
Insentif cukai khas itu termasuk kepada bank yang akan menerima pengecualian cukai terhadap pendapatan daripada faedah yang diterima daripada pemaju projek perumahan terbengkalai. Pemaju juga akan menerima potongan berganda terhadap faedah pinjaman, manakala kontraktor dan pembeli rumah asal akan mendapat pengecualian duti setem.
Kementerian percaya strategi itu akan menggalakkan pemaju menghidupkan semula projek yang terbengkalai memandangkan pihak bank dijangka akan lebih bersedia untuk menyediakan pinjaman bagi memastikan hasrat itu dapat ditunaikan.
Kaedah itu dijangka mampu menyelamatkan sekurang-kurangnya 30 projek perumahan terbengkalai sekali gus memperjuangkan nasib sehingga 8,000 pembeli rumah. - Bernama

Ahad, 9 Jun 2013

Aura Mandi Bunga


Kebaikan :

- Badan akan berasa segar
- Menaikkan dan Menyempurnakan Seri Wajah
- Minda terasa segar tiada tekanan
- Menstabilkan Aura Badan
- Badan Harum dan Wangi
- Mengurangkan dan merawat penyakit yang berpunca dari sihir dan makhluk halus
- Dan Banyak Lagi

Mandi bunga, ada orang kata boleh,  ada orang kata tak boleh hukumnya haram..hemm apa pun  Setiap amalan yang kita lakukan bergantung kepada niat masing-masing.
 kesan yang baik dapat dirasakan antaranya sentiasa berfikiran positif, berkeyakinan dan sebagainya. Jika mandi bunga jangan niat kelain pula hehe..

Beberapa kali saya telah mencuba mandi bunga namun rasanya biasa-biasa saja, tiada yang apa pun yang berubah, fikiran pun masih seperti biasa, entahlah pandangan orang terhadap kita entah bagaimana hehehe

AIR MATAKU TUMPAH DI KUALA LUMPUR


Ingatkan aku terlalu tabah melalui detik-detik itu, malang sungguh jelas aku lemah, aku bergelar IBU saat usiaku 23 tahun, demi masa depan,  ku korbankan seluruh jiwa ragaku meninggalkan anak kecilku berusia 4 bulan, aku berusaha setabah siti fatimah az zahrah anak rasulullah namun bagai langit dan bumi, ternyata aku tidak mampu.

Sebaik tiba di tanah semenanjung bumi yang begitu asing buat pertama kali ku jejak, aku bagaikan insan sesat jalan, seperti lagaknya mabuk kapal, fikiran macam orang bingung  mencari-cari sesuatu yang hilang.

Sejak menerima surat tawaran yang bakal menabalkan aku bergelar seorang guru sebaik aku melahirkan zuriatku yang pertama rezki anak agaknya, hati ini silih berganti memikirkan hendak melangkah pergi atau melupakan saja semuanya namun bila memandang wajah comel anakku semangat ini berkobar-kobar demi masa depan.

Setibanya aku dan rombongan di Kuala Lumpur hatiku bertambah sayu..aku pujuk hati ini agar terus tabah..  penempatanku di Kuala Lumpur, fikirku mudahlah aku balik ke tanah air bila tiba hari cuti..hatiku berbisik,, Ketibaan kami di pusat Latihan itu.. disambut oleh seorang warden perempuan bertubuh gemuk, sudahlah gemuk garang pula letih sangat-sangat, dengan tingkahlakunya. Rasa macam haiwan diperlakukan sudahlah aku dalam kesedihan dihambat pula dengan situasi yang sungguh menyiksakan.

Selepas Mendengar taklimat pada petang itu semua peserta menggambil tempat masing-masing, setiap satu bilik penghuni kena duduk empat orang.Selesai berkemas aku pun kebilik air untuk mandi. entah kenapa sebaik saja aku masuk ke bilik air nak bersiram tiba-tiba jantungku berdegup kencang.. aku sudah tidak tahan aku  meraung menanggis dan terus menanggis tanpa dapat ditahan-tahan, aku putar sehabisnya kepala paip agar air itu deras keluar mencurah-curah tujuanku berbuat begitu agar tanggisanku tak didengar dek orang,,,huhhh selepas habis aku menanggis lega sedikit perasaanku...sesungguhnya aku rindukan anak kecilku yang baru berumur 4 bulan......huhhh benar-benar aku menderita jiwa rindukan si kecil pada saat itu....jika boleh saat itu juga aku ingin terbang balik ke tanah air rindunya aku setengah mati...

Malangnya selama setahun itu sekalipun aku tak sempat balik, kursus terlalu padat..derita jiwaku hanya Tuhan yang tahu. Akhirnya berkat kesabaran berjaya juga aku menamatkan kursusku. Tiba masanya aku kembali ke tanah air, perkara utama yang aku tak sabar, bertemu dengan anakku yang dah berumur setahun lebih, setibanya aku dirumah aku melihat anakku dah besar, aku terus memeluknya erat sambil aku menanggis, anakku pula terpingga-pingga kehairanan,,,dia dah tak kenal akuuuu...

Sabtu, 8 Jun 2013

KENANGAN DALAM KERETA API PURBA DARI TENOM KE BEAUFORT

Kesibukan pilihan raya lepas baru saja berlalu, berkira-kira hendak melancong tapi tak tahu pula menunju kemana ...rasanya duduk rumah lagi baik cukupkan rehat mengembalikan semula tenaga yang banyak tercurah semasa kesibukan lalu.

Duduk rumah lama-lama pun terasa boringnya...tidur lagilah boring sangat-sangat...mana-mana sajalah mari pigi melancung naik injin puput dari Tenom ke Beaufort dari Beaufort ke Tanjung Aru hahaha..mungkin sekali-sekala bolehlah sambil menikmati dan menghayati riuh-rendah kebisingan bunyi kereta api sepanjang   perjalanan.

Teringat pula saya kenangan dalam kereta api masa lalu, peristiwa ini berlaku ketika saya masih berstatus gadis manis lagi. Waktu itu saya dari Beaufort hendak ke Tenom menaiki kereta api purba negeri sabah yang masih setia berkhidmat hingga ke saat ini. Dulu tempat duduknya keras macam batu, mungkin sekarang sudah di upgred agaknya, saya pun sudah lama tidak menaikinya lagi. Hanya sesekali saya melihat kereta api purba itu berjalan dilandasannya diiringi bunyi rim yang kedengaran ala-ala irama purba dengan ngaumannya menceriakan suasana di perjalanan haha.

Ketika berada di Beaufort saya menaiki kereta api itu menuju ke Tenom, dalam kereta api itu ada sepasang suami isteri tiba-tiba bertengkar, kedengaran puncanya  si isteri ni cemburu pada si suami, kerana agak lambat masuk kedalam kereta api,  disangka suaminya menggambil kesempatan mengurat perempuan. Si isteri ini langsung tak malu tak mengendahkan para penumpang disekeliling, si isteri membebel tak henti-henti. Oleh kerana si suami ini tidak tahan dengan bebelan si isteri lalu si suami ini cuba beralih tempat duduk.

 Belum pun sempat si suami duduk, tiba-tiba si isteri ini membaling sepatunya ke arah suaminya haha nasib baik tak kena orang, bergedebuklah sepatu si isteri tu menghentam belakang si suami.nasib baik suami itu tidak membalas balingan si isteri itu, jika dia membalas agaknya perkara silat-menyilat pasti berlaku dalam kereta api purba itu,..aduilah kesihannya si suami terkejut beruk .bercampur menahan rasa malu.

Macam juga jiran saya yang sebelah rumah , asyik bergaduh laki bini..kadang-kadang bergaduh sampai ke pagi, habis segala barang di hempas-hempas.. yang belakang rumah lain lagi kes, ini pula asyik melalak-lalak mendera anak, siap dengan bahasa yang mencabar jiwa nurani,,menyumpah-nyumpah pada si anak kecil ini. mau saja saya lapor polis.. sampai bilalah saya tinggal di tempat begini...benar saya tidak selesa.. 

TIBA-TIBA GELAS PECAH


 
Peristiwa ini berlaku ketika saya membuka sebuah restoran di sebuah bandar. Sejak restoran itu dibuka banyak perkara aneh berlaku, saya tidak pernah terfikir langsung tentang apa-apa lebih-lebih lagi tentang perbuatan sihir. Setelah genap lima bulan restoran saya beroperasi,  satu hari sedang saya duduk di dapur restoran itu, tiba-tiba gelas kaca yang berada di hadapan saya  pecah dengan bunyi yang agak kuat, saya terkejut,  dalam hati  berbisik, bagaimana gelas itu boleh pecah walhal ia tidak diusik oleh sesiapa,

Perkara gelas pecah itu saya cuba berfikiran positif tidak kisah sangat, saya biarkan ia berlalu. Selang beberapa hari kemudian ketika pekerja saya menghantar minuman kepada seorang pelanggan, sebaik pekerja saya meletakkan gelas berisi minuman itu diatas meja tiba-tiba gelas itu pecah berderai dengan bunyi yang agak kuat, sekuat letupan sebiji belon, minuman itu habis tumpah diatas meja, pelanggan yang sedang duduk itu terkejut sambil berkata ini petanda buruk.  Kebetulan saya berada disitu waktu itu.

.Seingat saya telah empat kali gelas pecah itu berlaku hanya berlainan waktu dan hari. Hati ini mula tidak tenteram dan sering tertanya-tanya kenapa ia berlaku. Sepanjang waktu saya asyik tringat tentang gelas yang sudah beberapa kali pecah itu, Saya memberitahu ayah saya tentang perkara yang berlaku, ayah hanya memberi riaksi yang bersahaja, mungkin dia tidak mahu saya jadi terlalu risau.

Akhirnya saya berjumpa seorang ustaz bertanyakan tentang perkara tersebut, kata ustaz itu, ini berlaku disebabkan ada unsur perbuatan sihir namun ustaz itu tidak menyatakan perbuatan siapa. Yang peliknya lagi duit pendapatan harian yang tersimpan dalam laci kadang-kadang hilang tanpa diketahui siapa yang menggambilnya. Banyak lagi perkara pelik berlaku. Akhirnya saya menggambil keputusan restoran itu saya tutup bagi mengelakkan dari terus rugi dan mengelak perkara yang mungkin lebih buruk berlaku..

Siksanya Kuruskan Badan


Zaman ini ramai dikalangan para wanita berlumba-lumba melangsingkan badan agar kelihatan seksi dan menarik, sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan sesusuk tubuh yang diidamkan. Perkara ini telah mendorong banyak pengusaha produk kecantikan mencipta berbagai produk khusus bagi memenuhi kehendak para pelanggan. Produk ini pula tidak pasti apakah ada jaminan kesalamatan atau pun tidak.

Ramai pengguna telah terpedaya sehingga sanggup membelanjakan ribuan ringgit, ada yang berjaya dan ada pula yang gagal dan lebih malang kesan sampingan daripada produk tersebut telah menjejaskan kesihatan para pengguna. Seperti berlaku sesak nafas, sakit jantung, sakit buah pinggang dan sebagainya.

Kesihan sungguh saya tengok seorang sahabat saya bersungguh-sungguh ingin kurus, makan produk pelangsing sehingga nampak sakit, tapi tak juga kurus, sebabnya dia masih makan dengan kuantiti yang banyak, tak ada disiplin, makan nasi macam gunung kinabalu....

Pada saya semua produk ini tak pernah saya sentuh, saya hanya menggunakan cara sendiri sejak dari zaman anak dara lagi, sehinggalah saya melahirkan beberapa orang anak dan sampailah kehari ini, bentuk tubuh saya tidak pernah berubah masih kekal seperti dulu. Ramai sahabat bertanya bagaimana saya menjaga perut yang sentiasa kelihatan kempis, perut wanita kelihatan buncit apabila telah melahirkan ramai anak, tapi ramai juga wanita bujang berperut buncit semuanya berpunca daripada makanan. 

Sebenarnya teknik mengempiskan perut ini juga telah lama saya amalkan sejak saya dari sekolah rendah lagi kerana saya memang berperut buncit. Amalan ini telah menjadi kebiasan sehinggalah ke hari ini. 


gambar google
Petuanya pemakanan sentiasa sya jaga, makanan tambahan tu adalah saya amalkan iaitu Prime Ros Oil, antara kebaikannya mengelakkan sembelit, banyak dijual dipasaran Farmasi. Makan jamu saya amalkan..banyak minum air putih. Bersenam saya jarang lakukan kerana kesibukan tugas.

Dalam menjaga bentuk tubuh rasanya tidak perlulah menyeksa diri yang paling penting disiplin dlam soal menjaga pemakanan itu yang utama

Manjakani Menjarangkan Kelahiran

Saya ingin berkongsi kepada para ibu yang telah melahirkan anak, tahukah anda bahawa manjakani boleh menjarakkan kelahiran, petua ini saya perolehi dari seorang ibu tua yang pernah mengamalkan petua ini, menurut ibu tua ini zamannya belum wujud perancang keluarga, lalu dia telah mengamalkan petua tradisional ini dan ternyata berkesan.

Bagi para ibu di kampung-kampung mungkin masih terdapat dikalangan anda yang takut mengamalkan perancang cara moden iaitu melalui memakan pil atau suntikan. Cara tradisional dapatkan majakani yang ada dijual dipasaran berbentuk biji, basuh terlebih dahulu dan rebus jangan terlalu banyak cukuplah sekadar tiga biji dalam sukatan tiga gelas air,  rebus dalam belanga. Air rebusan ini diminum setiap kali anda bersih dari haid. Boleh jiga diminum sebagai minuman harian. Rasanya agak pahit tetapi terpulang kepada anda untuk mengurangkan rasa pahit boleh ditambah air.

Bukan saja boleh membantu menjarakkan kelahiran tetapi boleh membantu merapatkan alat rahim wanita serta awet muda. Saya telah mengamalkan petua ini sejak kelahiran anak pertama, dan ternyata berkesan sehingga tiga tahun umur anak saya yang sulung barulah lahir anak kedua. Saya juga mengamalkan meminum air rebusan manjakani ini sebagai minuman harian sehinggalah kesaat ini.

 Apa pun dari kita saja bah itu rajin atau sebaliknya.
 Soal kelahiran kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Selamat mencuba.

Aku Akan Terus Berkarya

Sesekali memory lalu hadir bertandang mengetuk pintu hatiku, suatu waktu yang ditinggalkan betapa indah untuk dikenang..zaman kanak-kanakku dan remajaku...ahh terlalu indah bila diingat kembali.

Zaman kanak-kanakku tinggal di kampung yang serba kekurangan, namun saat paling indah zaman remaja. Zaman remajaku dibangku sekolah, aku suka menulis sajak ..tentang ketuhanan..tentang alam..tentang kehidupan..tentang kecintaan tanah air....paling mengembirakan bila karyaku tersiar dalam majalah atau surat kabar...

Aku aktif berpersatuan, aku banyak terlibat dengan berbagai persatuan....ahhh sesuatu yang indah. kesibukan itu telah memagar diriku memisahkan aku dari dunia penulisan, banyak perkara yang utama ditumpuhkan akhirnya aku terhenti menulis..puluh tahun aku tidak menulis, aku jadi lupa, aku tidak kreatif lagi ....bakat agaknya sudah malap...namun kini jiwaku kembali segar masih ada niat untuk berkarya semula,

Aku masih ingat apa bila karyaku tersiar dalam sebuah majalah mingguan wanita tahunnya aku dah tak ingat..bertajuk " SEORANG ISTERI"  dan " DI PENJURU MALAM " beberapa orang sahabat bertanya siapakah yang aku maksudkan dengan sajak itu,,

Bila tugasku bertambah sibuk aku terhenti menulis..aku lebih suka menulis sajak berbanding cerpin kerana menulis cerpin memakan masa yang agak lama..sajak pula kadang-kadang idea datang sepantas kilat .....

Jumaat, 7 Jun 2013

Saya Belum Berpunya NORA DANIS


 Pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Puteri, Nora Danish Mohd. Hanif mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa. Bagaimanapun ibu tunggal itu tidak menolak kemungkinan seandainya suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk bergelar isteri semula.
Nora berkata, setelah menempuh pelbagai dugaan sebelum ini, dia tidak akan terburu-buru membuat keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat."Pada masa ini saya tidak  mahu lagi memikirkan soal jodoh, biarlah Allah yang menentukan soal itu. Perkara utama saya sekarang adalah menumpukan sepenuhnya terhadap kerjaya.

"Saya tidak akan terburu-buru untuk berumah tangga sekarang, biarlah saya tumpukan soal kerjaya terlebih dahulu dan andai suatu hari nanti dibukakan pintu hati, saya tidak menolaknya.
"Lagipun anak saya sudah berumur empat tahun jadi teringin juga untuk kembali mempunyai anak selepas ini," katanya tersipu-sipu malu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Krim Mandian Ulung Fruitale FairWhite UV di ruang legar pasar raya Mydin Mall di sini hari ini. Kehadiran pelakon jelita itu ke negeri ini adalah untuk mempromosikan produk penjagaan diri sabun buku dan krim mandian dengan ekstrak buah-buahan semula jadi tersebut.

Sejak memegang status janda setelah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli pada 2008, pelakon cantik itu berhadapan dengan pelbagai cabaran. Dia tidak pernah lekang dengan pelbagai gosip percintaan apabila dikaitkan dengan beberapa rakan artis seperti Zizan Razak, Adi Putra dan terbaharu, Shaheizy Sam.
Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu kegiatan seninya, Nora berkata, dia sedang sibuk menjalani penggambaran untuk program sempena Hari Raya Aldilfitri tidak lama lagi.