Ahad, 31 Mac 2013

Boring yang melampau

Perasaan boring kekadang menerpa dalam diri, entah kenapa ia berlaku, kekadang tidak tahu hendak buat apa .. kerja berlambak didepan mata...bertambah boring rasanya...kekadang rasa rimas , tak keruan, kekadang aku tak suka dengar orang lain banyak cakap..huhhh
mencari-cari punca tak tahu juga...harap2 tidada sihir berlaku  melemahkan manusia lain Allahualam....

Khamis, 28 Mac 2013

WARGA TUA KETAGIH FACEBOOK


“SAYA perlu balik Dr. Niva, pukul 5.00 petang ni kek saya masak. Minta maaf sangat sebab tak dapat nak minum sekali,” kata seorang peserta yang menghadiri ceramah Ketagihan Facebook yang diadakan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Ampang, Selangor bulan lepas.
Wanita berusia dalam lingkungan 50an itu tergesa-gesa pulang ke rumah semata-mata untuk membuka Internet dan bermain permainan Cafe World di dalam laman sosial facebook.
Pakar runding Klinikal Psikologi dan Neuropsikologi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nivashinie Mohan berkata, perkara berkenaan memang benar-benar berlaku selepas ceramahnya mengenai ketagihan facebook.

“Wanita berkenaan berkata, saya hadir untuk dengar ceramah kerana ia berakhir jam 4.30 petang dan saya sempat untuk balik ke rumah pada masa kek saya masak dalam Cafe World,” katanya sambil tersenyum. Senario ketagihan facebook tidak mengenal batas, semua orang boleh mengalaminya sama ada lelaki, wanita, remaja sehinggalah warga emas. Walaupun di negara ini, ketagihan facebook tidak ketara, di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) terdapat ramai pesakit menunjukkan tanda-tanda ketagihan.

Antara tanda ketagihan facebook adalah suka berbual maya atau chat dalam facebook sehingga mengganggu kehidupan sosial. Biasanya apabila mereka dihalang untuk login facebook tanda berikut akan muncul seperti berpeluh, menggigil, tidak boleh tidur, tidak fokus, risau dan rasa tertekan.
Biasanya mereka lebih suka bergaul dengan rakan-rakan dalam facebook dan hilang kawan di luar.
“Di AS, ketagihan facebook telah lama dikesan sejak 2008 tetapi di negara ini belum terdapat diagnosis yang tepat,” ujarnya. Dr. Niva berkata, ketagihan facebook sama dengan ketagihan Internet, permainan komputer, telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Secara amnya, ketagihan facebook bukan dilihat dengan penggunaan facebook yang lama tetapi gangguan yang dicetuskan semasa penggunaannya.

“Biasanya mereka menggunakan facebook selama satu atau dua jam tetapi jika dihadkan penggunaan mereka menjadi tidak tentu arah,” katanya. Facebook tidak boleh diharamkan, kata Dr. Niva tetapi perlu digunakan secara sederhana seperti hadkan penggunaan apabila terdapat tanda-tanda ketagihan.
Walaupun golongan berusia 18 hingga 34 tahun merupakan pengguna facebook terbesar tetapi ketagihannya tidak mempunyai had umur. Bukan semua yang ada dalam facebook tidak elok.
Misalnya di AS, ketua asrama di sana berkawan dengan semua pelajar di dalam facebook bagi mengenali mereka yang bermasalah.

“Di Malaysia, biasanya sekolah antarabangsa membekalkan pelajarnya dengan komputer tetapi mengehadkan penggunaan teknologi pada hari tertentu bagi meningkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar,” katanya. Kanak-kanak yang kehilangan kemahiran bersosial biasanya menjadi hiperaktif atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Ini kerana mereka yang banyak bermain permainan komputer dan Internet menggunakan gerakan tangan yang cepat.
Mereka lebih gemar bermain dengan permainan Internet yang lebih interaktif, berwarna-warni dengan grafik yang menarik.

“Ini tentu menjauhkan mereka daripada buku yang kelihatan kaku dan tidak menarik. Biasanya mereka akan hilang daya imaginasi dan kekuatan berfikir,” katanya. Bagaimanapun mereka masih mempunyai banyak kelebihan seperti kemahiran motor halus (guna jari jemari), membantu koordinasi dan mengatur strategi. Kajian ke atas 200 orang pelajar di China mendapati mereka yang ketagih facebook mengalami otak kecut sehingga 20 peratus. “Bagaimana kajian yang mendalam perlu dilakukan kerana sampel yang diambil kecil dan tidak dapat mewakili satu populasi,” katanya. Dr. Niva menambah, ketagihan facebook boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal dengan mendapat bantuan pakar.

Sumber Utusan

Ahad, 24 Mac 2013

12 Hal Dilakukan Wanita yang Paling Membosankan Lelaki






Pria Bosan Wanita
(Rahsia Cinta)
Duabelas hal yang perlu diketahui lelaki maupun wanita.

Kedua belas hal yang dilakukan wanita ini dapat dengan mudah membuat lelaki berpaling. Bagi para wanita, periksa diri anda untuk melihat seberapa banyak hal itu ada pada anda. Bagi para lelaki, analisa tindakan ini dan belajar mengoreksi dengan sabar atau maklumi mereka.

1. Terlalu banyak gosip

Selalu bicara tentang kehidupan wanita-wanita lain, tentang tubuh, hubungan, dan lain-lain, khususnya dari pandangan negatif, akan membuat lelaki memandang anda dangkal, rendah dan kurang percaya diri.

2. Penggali Emas

Lelaki tidak menginginkan hubungan yang didasarkan pada wang. Banyak wanita tanpa sedar akan bertanya lelaki pada pertemuan pertama, "Apa pekerjaan anda?" Dari sudut pandang lelaki, mereka sedang ditanya seberapa banyak harta mereka.

3. Banyak Peraturan

Tak seorang pun suka bila terus-menerus diberi tahu apa yang harus dilakukan, bagaimana melakukan, atau apa yang telah dilakukan itu salah.

4. Bergantung pada Lelaki

Beberapa wanita seperti tentakel atau golongan, melilit lelaki tanpa melepaskan. Mereka memerlukan lelaki untuk membantu segala hal. Mereka memanggil terus-menerus. Hal ini sering menguras energi dan kesabaran lelaki.

5. Cemburu

Ini adalah racun yang dapat merosak suatu hubungan. Jika anda ingin lelaki itu tetap jalan dengan anda, maka anda harus memberinya kebebasan. Jika ia dapat dipercaya, maka beri ia ruang untuk bernafas. Jika ia seorang playboy (mata keranjang), maka lebih baik hubungan itu diakhiri.

6. Kurang Terima kasih

Lelaki menilai penghargaan wanita atas perhatian mereka terhadap hal detail untuk menjaga sebuah hubungan. Sebuah kata terima kasih yang sederhana tidak terlalu dituntut tapi hal itu menunjukkan kesopanan anda.

7. Kurang Percaya Diri

Wanita yang cukup percaya diri  sangat menarik bagi para lelaki.

8. Membawa-bawa Masa Lalu

Ketika wanita berbicara terang-terangan tentang hubungan masa lalunya, lelaki melihatnya sebagai kurang adanya minat dalam hubungan yang sekarang.

9. Menyatakan Ketidakpuasan

Lelaki sangat meluat dengan wanita yang sering mengungkapkan ketidakpuasan karena tidak pernah ada yang cukup baik menurutnya.

10. Mesin Bercakap

Cari sesuatu yang baru dan bermakna untuk dibicarakan, jangan bercakap tentang topik duniawi terus-menerus.

11. Terlalu Banyak Barang Bawaan 

Ini adalah kesalahan yang sering dibuat wanita. Membawa terlalu banyak barang di perjalanan dan bershopingsakan membuat lelaki merasa seolah-olah mereka adalah pekerja transport anda. Hal ini juga sering terjadi ketika berbelanja.

12. Tidak menepati Waktu

Lelaki tidak suka menunggu terlalu lama kerana ini membuat lelaki cepat bosan.

Selasa, 19 Mac 2013

Diam itu lebih baik dari terus berbicara

DIAM?? ada rahsia di sebalik nya
LEBIH BAIK DIAM dan LOW PROFILE
Kita asyik berbicara setiap masa.. Bicara yang baik membawa kepada keselamatan dan kebaikan pada orang lain. Jika bicara tidak mengikut adabnya.. kerana mulut badan binasa! kita akan merana dunia dan akhirat. Lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia macam kita daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..
Kata-kata hikmah berpesan :
“Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana  kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.”

Bersemadilah Dengan Tenang Wahai Bunga-bunga bangsa


Wahai parajuritku al-fatihah buat kalian yang gugur dimedan juang, gugurmu dimedan juang mengundang sebak didada, meskipun aku bukan kalangan keluarga kalian atau siapa diantara kalian, namun kita adalah satu warga bernaung dibawah satu bumbung negara justeru perasaan hiba tetap ada, kerana kalian adalah benteng yang sentiasa mempertahankan kedaulatan, keamanan negara dari segala patualang yang buta hatinya, buta matanya dan buta akalnya. Patualang ini harus dibentras dari menganggugugat kadaulatan negara kita. Terima kasih perajuritku dan syhabas diatas perjuangan kalian.

Sejak tercetusnya malapetaka ini semua masyarakat berbicara tentangnya, ada yang sedih, takut dan berbagai perasaan  menyelubungi setiap warga terutamanya ditempat yang terlibat malah ditempat lain juga turut terkena tempias angkara penyebaran kabar angin oleh mereka yang tidak bertanggungjwab. malah daerahku juga turut terlibat menyebabkan berlaku sedikit keributan dan berlaku beberapa hari bandar menjadi sunyi sepi.

Lebih malang ada segelintir manusia memperlekeh terhadap para pejuang, bukan disambut dengan menadah tangan bersyukur atau berterima kasih malah diangap sebagai satu sendiwara kerajaan meskipun sudah beberapa nyawa yang terkorban masyah-Allah jenis manusia apakah mereka ini..Manusiawi atau haiwani atau syaitani sungguh biadap...

Aku hanya insan kerdil tidak mampu berbuat apa-apa  yang termampu aku sumbangkan hanyalah doa, doa dan terus mendoa semoga para parajuritku yang masih berjuang dimedan tempur sentiasa dalam lindungannya. Juga untuk kita rakyat Malaysia.

Sekadar gambar hiasan
Alhamdulillah saat ini kami masih berusaha mengumpul sumbangan untuk parajurit yang terlibat di Lahad Datu, Semoga sumbangan kami yang tidak seberapa ini mampu membantu meringankan segala beban yang ditanggung oleh mereka yang terlibat.

Isnin, 18 Mac 2013

Hujan Mengundang Kenangan


Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar bekerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi di waktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi

(c) Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua rindu...lagi..

(c) Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama airmata
Bersama pedih bersama rindu
kau datang dan kau pergi jua rindu...lagi..
Rindu.... lagi...

Ini merupakan senikata lagu nyanyian Allahyaraham Sudirman Hj Arshad
Bila mendengar lagu ini buat aku terkenang sahabat karibku,  terkenang saat masih di sekolah menengah dalam tingkatan dua, kami menyanyi lagu ini bersama, sahabat karibku ini telah lama kembali kealam berzah akibat barah rahim.

 Aku masih ingat saat itu kami pulang bersama setelah seisi persekolahan tamat bagi sidang petang. Dalam perjalanan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, lalu kami sama-sama menyanyikan lagi ini dalam keadaan basah kuyup, sambil menyanyi sambil kami ketawa...jiwa remajalah katakan sungguh seronok..

Antara empat orang sahabatku, dia sangat akrab padaku, dia seorang sahabat yang baik, kami akrab sejak dari sekolah  rendah, sehinggalah ke sekolah menengah, namun sayangnya dia telah pergi lebih awal, Tuhan lebih menyayanginya Al-Fatihah buat sahabatku...KAMSINAH