Isnin, 18 Februari 2013

Kemiskinan ibarat mutiara berharga



Sesekali mengimbau kehidupan silam, menjadikan aku seorang manusia yang sangat menghargai kehidupan ini. Keperitan hidup masa lalu menjadi kenang-kenanganku bersama kedua orang tuaku dan kami adik-beradik. Kemiskinan itu sebenarnya ibarat mutiara yang sangat berharga, paling manis untuk dikenang kerana tanpa kemiskinan itu melingkari kehidupan masa lalu mungkinkah aku tidak akan mengenali erti kehidupan sebenar.

Aku tidak pernah menyesal dilahirkan miskin, kerana dalam kemiskinan itulah sebenarnya satu kehidupan yang telus ikhlas. Kemiskinan itu banyak mengajar aku menjadi seorang yang tabah dan cekal. memberi semangat padaku untuk terus berusaha menggapai impian membina kehidupan yang lebih selesa  pada satu masa nanti.

Alhamdulillah kini segalanya telah berubah, tidak pun terlalu mewah tapi sekurang-kurangnya lebih selesa berbanding dahulu. Ramai manusia berubah sikap bila berada dimenara kejayaan dan kejayaan ini menyebabkan ramai yang terjerumus kepada satu kehidupan yang kelam kabut. Kemiskinan adalah dugaan dan kekayaan itu juga adalah dugaan. Yang lebih malang ada dikalangan manusia ini lupa pada  Tuhan,  Inilah jenis manusia yang ibarat kata pepata " kacang lupakan kulit.. " lupa bahawa segala kenikmatan hidup itu adalah kurniaan yang maha esa.

Semoga apa yang berlegar disekitar kehidupan ini akan menjadi satu iktibar atau pedoman hidup agar sentiasa muhasabah diri dalam melalui apa juga keadaan. Membina kehidupan yang tenang disamping insan-insan yang dikasihi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan