Rabu, 1 Februari 2012

Tanah Pusaka Jadi Rebutan

Manusia akan hilang punca bila sikap tamak menguasai akal dan fikiran, perkara ini sering berlaku dikalangan keluarga apa lagi setelah ketiadaan kedua ibu, namun berlaku juga walaupun ibubapa masih ada.

Ibubapa masih hidup dua beradik ini sudah sibuk berebut harta, itu cerita yang sempat saya kongsi dengan masyarakat kampung ketika saya balik ke kampung seminggu lalu. Si abang ingin membolot tanah milik ibubapanya tempat mereka tinggal, si adik pula inginkan bahagiannya, kerana tiada kesepakatan adik beradik ini, hampir berbunuhan sesama sendiri, mujurlah ada jiran tetangga yang menyabarkan mereka.

Adik beradik perempuan hanya diam , alasannya, anak perempuan tidak berhak mendapat bahagian, kerana  akan mengikuti suami. Nampak sangat ketidakadilan berlaku dalam perkara ini. Sedangkan agama telah menetapkan sekurang-kurangnya anak perempuan mendapat satu bahagian mana kala anak lelaki mendapat dua bahagian. namun yang berlaku adalah sebaliknya. kerana kejahilan ibubapa dalam perkara ini mengundang berlakunya kes ini.

Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita, terutamanya dikalangan keluarga berbangsa Dusun/Kadazan banyak sangat kes seperti ini berlaku, mencetus putus hubungan persaudaraan di kalangan adik-beradik. Biasanya anak-anak perempuan ini tidak banyak karenah dalam perkara ini, hanya akur dengan segala kata yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, namun sewajarnya anak-anak perempuan perlu diberi agihan sama rata kerana peranan mereka dalam menjaga kebajikan keluarga terutamanya kepada kedua ibu bapa tidak dinafikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan