Rabu, 18 April 2012

Keputusan dua beradik mohon murtad 10 Mei


PULAU PINANG 18 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menangguhkan sehingga 10 Mei ini keputusan bantahan awal kes dua beradik yang memohon mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam (murtad). Hakim Syarie, Othman Ibrahim menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan mahkamah menyediakan alasan penghakiman sebelum keputusan kes dibuat. Dalam kes yang difailkan penghujung 2010, Roslina Abdul Rashid dan adiknya, Rosli masing-masing berumur 30-an selaku plaintif, menamakan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai defendan.

Permohonan itu dikemukakan berikutan undang-undang yang mula terpakai sejak 1 Januari 2006 lanjutan kepada Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 memberi kuasa kepada mahkamah untuk mendengar dan memutuskan semua tindakan serta prosiding membabitkan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan