Entah yang keberapa kali saya menonton drama ini " TANAH KUBUR " lakonan hebat allahyarham Datuk Hj M Rajoli, Ahmad Tarmimi, Azian Ardawati, Ako Mustafa dan Yusni Jaafar, barisan pelakon yang tidak asing di kalangan peminat drama melayu tanah air. Menontonnya buat saya jadi hiba, miski pun ia hanya sekadar drama yang di lakonkan oleh kalangan manusia-manusia biasa namun ia mampu mengecutkan setiap jiwa yang menonton. Ceritanya begitu meruntun jiwa serta mengundang keinsafan yang begitu mendalam.
Selama ini saya tidak begitu berminat sangat menonton drama-drama melayu yang di tayangkan di televisyen kerana kebanyakan cerita yang di paparkan buat saya meluat dan menyampah, tengok tajuknya saja saya dah tiada mood hendak menonton, banyak perkara remeh yang di ceritakan, asyik-asyik itu juga tambahan pula para pelakonnya tidaklah sehabat mana, dilihat sangat mengada-ngada dan kebanyakan pelakonnya tidak begitu menghayati setiap watak yang dibawa.
Kisahnya di satu petang ketika di bulan ramadhan seperti selalu, saya balik dari kerja, kebetulan drama tersebut sedang di tayangkan di tv 2. Anak-anak saya sedang khusuk menonton drama ini, saya turut menonton sama sampai ke penamat cerita. Selesai menonton drama tersebut membekas pula di hati ini, terbayang sekujur jasad lakonan Ahmad Tarmimi Sariga tidak diterima bumi, kerana di saat hayatnya banyak melakukan dosa-dosa besar.
Itulah antara drama melayu yang membekas di hati ini, beberapa siri drama lagi yang saya suka tengok terutamanya kisah yang mengundang keinsafan. Tiada insan yang tidak melakukan dosa saat hayat di kandung badan, namun Tuhan itu maha pengasih dan penyayang amalan taubat mampu menjernihkan segala dosa.. Allahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan