Ini kali kedua saya menulis tentang JAMAWI JAAFAR kenapa saya berminat sangat menulis tentang dia, tiada apa yang tersirat mahu pun yang tersurat. Tiada kaitan langsung antara saya dan dia, hanya kami satu negeri tinggal di bumi bayu, rakan dalam perjuangan.
Sejak dari awal bila saya tahu Jamawi telah mengumumkan kesediaannya bertanding naib ketua pemuda umno malaysia, hati kecil ini mula berbicara, apa kah nasib JJ kali ini akan berulang kembali sebagaimana nasib yang menimpanya pada PRU 13. Firasat hati ini selalu benar atau mungkin hanya secara kebetulan saja.
Akhirnya menjadi kenyataan apa yang sering bermain di minda ini, walau pun Jamawi kalah hanya dengan beberapa undi, namun ia dilihat sebagai kalah yang bermaruah..sebelum keputusan di umumkan kabar angin bertiup malu-malu menyebarkan bahawa kekalahan JJ telah dirancang dengan begitu licik, entah benar atau tidak hanya Allah yang maha mengetahuinya. Itulah hakikat yang harus di terima oleh JJ walau pun pahit terpaksa di telan juga.
Itulah antara percaturan politik yang tidak dapat di elak, setelah undian semula di buat di beberapa bahagian bagi menentukan kemenangan di pihak siapa? apakah itu hanya sekadar lakonan untuk mengaburi ? walhal jika pihak kepimpinan menggambil keputusan mudah saja namun mungkin demi menjaga hati orang tertentu.. akhirnya JJ terpaksa akur kemenangan tidak menyebelahinya. Di korbankan demi kepentingan manusia lain.
Banyak yang tersirat yang tak mampu dirungkai. JJ patah sayap sekali lagi apa kah ia mampu terbang jauh untuk waktu mendatang, atau keberangkalian akan terus menjadi korban. di luah mati bapa ditelan mati emak .. Sabarlah JJ teruskan perjuangan " PANTANG ANAK KAMPUNG BERUNDUR SEBELUM BERJUANG, MANUSIA MAMPU MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan