Mengenang kembali perjalanan kehidupan di alam ini, begitu pantas masa
beredar terasa baru semalam di lahirkan, membesar dan kini
usia semakin meningkat, saya sering mengenang banyak waktu dileburkan
dengan pengisian tidak berfaedah alangkah ruginya, namun kesedaran ini
akan di pergunakan sebaik mungkin sebelum ajal menjemput pergi.
Ada kalanya rasa takut menghadapi kematian kerana amal ibadat ini, ada
kah telah sempurna, ada kah saya layak menghuni syurga Allah sedang
diri ini di saluti dosa-dosa silam, dosa-dosa sesama insan, dosa-dosa
terhadap Tuhan..diri sedaya-upaya menjadi insan beriman namun ada
kalanya tersasar juga tanpa di sedari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan