Khamis, 26 Januari 2012

Sikap terlalu baik memakan diri


Mungkin telah di takdirkan aku di lahirkan sebagai manusia pemurah, pantang melihat orang lain susah, bila saja ada di kalangan rakan-rakan atau saudara mara yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang dan memikirkan masalah sendiri cepat saja aku menghulurkan bantuan terutamanya dari sudut kewangan. Dengan janji mereka akan membayarnya semula dalam masa yang singkat, begitulah selalu mereka berkata-kata, namun  bila tiba waktu yang di janjikan mereka memberi alasan yang berbagai.Yang paling menyakitkan hati ada dikalangan mereka bila bertemu berpura-pura tidak nampak. Aku pula yang rasa malu menggunung.

Akhirnya semua itu telah menjadi pengajaran, aku lupakan semuanya apa yang berlaku, aku telah berjanji pada diri sendiri bahawa tidak akan mengulangi kesilapan lalu, aku lebih berhati-hati selepas apa yang menimpa berulang-kali. Ya niat kita membantu seikhlasnya namun mereka hanya merosakkan kepercayaan. yang saudara mara itu tidak mengapa, aku tidak berkira sangat tapi rakan-rakan itu buat aku hilang percaya.

Pernah suatu hari, datang seorang lelaki ke rumah meminta tolong , katanya hendak meminjam wang kerana wangnya tidak cukup membeli keperluan sekolah anak-anaknya, aku menolak dengan lembut, aku katakan padanya bahawa aku tidak banyak wang ketika itu, ada pun hanya cukup-cukup, untuk keperluan anak-anak. dia pun pergi dengan penuh kehampaan. Sebelum ini pun aku pernah menghulurkan bantuan padanya tanpa  meminta bayaran, hanya pada hari itu aku benar-benar tidak dapat membantu.

Selepas orang itu pergi, anak-anak mendekatiku, masing-masing dengan wajah sedih dan berkata kesihan pada orang itu, anak-anaknya tentu susah.. Aduh! meruntun perasaan, sesungguhnya aku juga sedih, sayu, bercampur kesal kerana tidak dapat membantu. Namun apa daya, kerana selalu ditipu itulah keputusan yang aku ambil...aku bukan orang kaya hanya sekadar makan gaji..gaji pun hanya cukup2 maklumlah semuanya dibayar menggunakan gaji, belanja anak2, rumah, kereta dan semuanya dibayar sendiri.

Saat yang perit bila aku susah  malu pula untuk meminta pertolongan pada saudara-mara atau juga rakan-rakan....malah aku sanggup meminjam along dari menyusahkan orang lain.

Ya Allah ampunkan dosa-dosa ini di atas ke angkuhan ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan