SAYA perlu balik Dr. Niva, pukul 5.00 petang ni kek saya masak.
Minta maaf sangat sebab tak dapat nak minum sekali, kata seorang
peserta yang menghadiri ceramah Ketagihan Facebook yang diadakan di
Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Ampang, Selangor bulan lepas.
Wanita berusia dalam lingkungan 50an itu tergesa-gesa pulang ke rumah semata-mata untuk membuka Internet dan bermain permainan Cafe World di dalam laman sosial facebook.
Pakar runding Klinikal Psikologi dan Neuropsikologi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nivashinie Mohan berkata, perkara berkenaan memang benar-benar berlaku selepas ceramahnya mengenai ketagihan facebook.
Wanita berkenaan berkata, saya hadir untuk dengar ceramah kerana ia berakhir jam 4.30 petang dan saya sempat untuk balik ke rumah pada masa kek saya masak dalam Cafe World, katanya sambil tersenyum. Senario ketagihan facebook tidak mengenal batas, semua orang boleh mengalaminya sama ada lelaki, wanita, remaja sehinggalah warga emas. Walaupun di negara ini, ketagihan facebook tidak ketara, di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) terdapat ramai pesakit menunjukkan tanda-tanda ketagihan.
Antara tanda ketagihan facebook adalah suka berbual maya atau chat dalam facebook sehingga mengganggu kehidupan sosial. Biasanya apabila mereka dihalang untuk login facebook tanda berikut akan muncul seperti berpeluh, menggigil, tidak boleh tidur, tidak fokus, risau dan rasa tertekan.
Biasanya mereka lebih suka bergaul dengan rakan-rakan dalam facebook dan hilang kawan di luar.
Di AS, ketagihan facebook telah lama dikesan sejak 2008 tetapi di negara ini belum terdapat diagnosis yang tepat, ujarnya. Dr. Niva berkata, ketagihan facebook sama dengan ketagihan Internet, permainan komputer, telefon bimbit dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Secara amnya, ketagihan facebook bukan dilihat dengan penggunaan facebook yang lama tetapi gangguan yang dicetuskan semasa penggunaannya.
Biasanya mereka menggunakan facebook selama satu atau dua jam tetapi jika dihadkan penggunaan mereka menjadi tidak tentu arah, katanya. Facebook tidak boleh diharamkan, kata Dr. Niva tetapi perlu digunakan secara sederhana seperti hadkan penggunaan apabila terdapat tanda-tanda ketagihan.
Walaupun golongan berusia 18 hingga 34 tahun merupakan pengguna facebook terbesar tetapi ketagihannya tidak mempunyai had umur. Bukan semua yang ada dalam facebook tidak elok.
Misalnya di AS, ketua asrama di sana berkawan dengan semua pelajar di dalam facebook bagi mengenali mereka yang bermasalah.
Di Malaysia, biasanya sekolah antarabangsa membekalkan pelajarnya dengan komputer tetapi mengehadkan penggunaan teknologi pada hari tertentu bagi meningkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar, katanya. Kanak-kanak yang kehilangan kemahiran bersosial biasanya menjadi hiperaktif atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Ini kerana mereka yang banyak bermain permainan komputer dan Internet menggunakan gerakan tangan yang cepat.
Mereka lebih gemar bermain dengan permainan Internet yang lebih interaktif, berwarna-warni dengan grafik yang menarik.
Ini tentu menjauhkan mereka daripada buku yang kelihatan kaku dan tidak menarik. Biasanya mereka akan hilang daya imaginasi dan kekuatan berfikir, katanya. Bagaimanapun mereka masih mempunyai banyak kelebihan seperti kemahiran motor halus (guna jari jemari), membantu koordinasi dan mengatur strategi. Kajian ke atas 200 orang pelajar di China mendapati mereka yang ketagih facebook mengalami otak kecut sehingga 20 peratus. Bagaimana kajian yang mendalam perlu dilakukan kerana sampel yang diambil kecil dan tidak dapat mewakili satu populasi, katanya. Dr. Niva menambah, ketagihan facebook boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal dengan mendapat bantuan pakar.

Sumber Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan