DIAM?? ada rahsia di sebalik nya
LEBIH BAIK DIAM dan LOW PROFILE
Kita asyik berbicara setiap masa.. Bicara yang baik membawa kepada
keselamatan dan kebaikan pada orang lain. Jika bicara tidak mengikut
adabnya.. kerana mulut badan binasa! kita akan merana dunia dan akhirat.
Lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara
sesuka hati dan sia-sia. Oleh itu DIAM adalah benteng bagi lidah manusia
macam kita daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia..
Kata-kata hikmah berpesan :
“Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya
cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam
lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.”
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan