JAMAWI |
Bukan setakat kali ini beliau dijatuhkan malah sejak beliau bertanding atas tiket Ketua Pemuda UMNO Tenom lalu beliau sudah diasak, cuba dicantas namun nasib masih menyebelahi JJ sebab kenapa kerana tiada asas para penyokong beliau dan rakyat Tenom menolak kepimpinan beliau khususnya dikalangan pemuda. Jamawi adalah yang sangat layak menerajui kepimpinan pemuda Tenom berdasarkan keperibadian beliau yang sangat dusukai, mudah didekati, ringan tangan membantu dan banyak lagi menjadi daya tarikan JJ kenapa rakyat Tenom sangat menyenangi beliau.
Nama Jamawi telah lama disebut-sebut bakal menarajui kepimpinan daerah Tenom, Beliau sudah lama bekerja keras, meskipun dia jenis tidak banyak cakap tetapi dia bekerja dan rakyat melihat apa yang JJ buat. Harapan rakyat tenom kepada JJ menarajui kepimpinan Tenom terlalu tinggi mereka sangat berharap akan menjadi kenyataan. Sokongan rakyat Tenom kepada beliau tahap 90% tanpa berbelah bagi.
Pengumuman calun beberapa hari lalu telah meranapkan harapan rakyat Tenom kerana calon harapan mereka tiba-tiba lenyap dalam senarai meskipun PM sendiri telah mengumumkan nama JJ sebagai calun MP untuk parlimen Tenom bagi menggantikan MP yang sedia ada kerana pristasi MP yang ada sekarang tidak begitu memberansangkan. Harapan hanyalah tinggal harapan nama JJ akhirnya tiada dalam senarai, takkan PM berbohong pula ! tak kan PM bermain silang kata ! Rata-rata rakyat Tenom tertanya-tanya dan menunggu-nunggu, kenapa? mengapa? apa terjadi? akhirnya terjawab segala tanda tanya ....rupanya JJ menjadi korban oleh sekolompok manusia yang ingin terus menjadi maharaja kuasa ,.di bumi kinabalu ini.
Penyokong JJ sangat kecewa dengan apa yang telah diputuskan sehingga berlaku demonstrasi secara aman diperkarangan pejabat umno tenom bagi memprotes dan minta kepimpinan pusat agar JJ di calonkan. Protes ini bukan setakat melalui banner tetapi sudah bersesaksakan di maya FB berbagai nada yang disuarakan sehingga ada yang mencadangkan JJ beralih sokongan bertanding atas tiket parti bebas. Suara hanya tinggal suara mampukah timun menentang durian?? sudah tentu tidak hanya akan terluka diri sendiri...
Saya percaya JJ masih waras meskipun hatinya begitu kecewa namun atas sokongan kuat penyokong yang sentiasa memberi semangat agar JJ meneruskan perjuangan, JJ telah tampil membuat kenyataan di FB bahawa beliau akan turun padang membantu kemenangan BN kawasan Tenom. JJ bukan jenis manusia yang mudah melata JJ ada karisma, berwibawa masih setia pada parti keramat ini,
Sabarlah JJ Insyah-Allah ada yang lebih baik menanti.
Persoalan kenapa JJ menjadi mangsa ??? angkara siapa ??? saya fikir ramai yang berteka-teki ?
tidak elok berburuk sangkah takut mengundang dosa.., kadang-kadang manusia ini tidak mampu menyimpan rahsia...akan terbongkar juga...kata orang ini semasa JJ bertanding ketua pemuda, Manusia inilah yang diarahkan menghantar hadiah dari rumah ke rumah kepada para perwakilan...dengan tujuan JJ harus di kalahkan namun katanya JJ agak sukar dikalahkan kerana dia bekerja kuat,,,orang Tenom suka JJ....lalu kelompok manusia yang berhati busuk ini teramatlah kecewa kerana JJ terus kekal menjawat ketua pemuda UMNO Tenom.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan