Selasa, 16 April 2013

Renunglah Diri Dicermin


WANITA PALING CANTIK
Dalam dunia ini macam-macam ragam ada, berjiwa besar, berjiwa kerdil, bernafsu besar, tamak, kedekut dan langsung tidak sedar diri pun ada macam-macam ada,,Aku terkejut seorang kawan lama yang aku temui baru-baru ini, memberi tahu aku,  rakan kami yang seorang ni sedang tegar perasan...
 
Kerana jawatannya bakal berakhir tak lama lagi atas sebab faktor umur yang sudah melebihi daripada sepatutnya,  Kerana pertubuhan ini telah memaktubkan syarat yang mana seseorang ketua akan tamat jawatannya apa bila umur sampai ketahap sekian ,,,. meskipun kawan ini masih terlalu sayang melepaskan jawatannya namun dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana telah menjadi dasar pihak pertubuhan berkenaan. Justeru Hakikat ini terpaksa dia telan meski pun agak berat.

Aku terkejut besar rupanya si ketua yang bakal tamat khidmat itu rupanya dalam diam-diam menyimpan hasrat yang begitu tinggi ingin mendapatkan jawatan yang lebih besar selepas bersara, namun timbul diminda ini bagaimana dia nak urus tadbir tugas itu jika dia memegang jawatan tersebut, tugas hakiki pun selalu dia abaikan kerana lebih menumpuhkan tugasan sambilannya ...menurut kawan aku,  pihak majikannya pernah mengenakan tindakan tatatertib atas sebab tidak hadir bertugas selama berbulan- bulan namun kabarnya dia ini, sangat hebat memainkan peranan sehingga terlepas begitu saja.

 ...Terkejut beruk tahap gaban aku.... bukan calan-calang jawatan yang dia nak, 1. Jawatan Timbalan Pengarah,  2. Dia nak kejar Jawatan Senator..apa punya kaki .Huhuhu...keinginan melebihi dari kemampuannya..tugas kecil pun dia tak mampu buat. inikan pula tugas yang lebih mencabar.... sikapnya yang suka menguasai orang lain menyebabkan dia tidak ramai kawan bersikap kuku besi, mencatur...dah lama aku perhatikan sikapnya itu benar2 diwarisinya daripada ..blaa! blaaaa! blaaaa

Bukannya mendengki sekecil kuman pun tiada dilubuk hati, akan tetapi aku hanya terkasima....    Jika iya pun agak-agaklah setakat mana kemampuan diri, Jangan terlebih-lebih melagak...jangan sampai tak sedar diri...cerminlah diri dihadapan cermin kerana cermin tidak pernah berbohong.....

Aku selalu merenung diri diermin dari atas ke bawah...hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan