Jumaat, 27 Disember 2013

BUKANNYA TAK SUDI..

Bukannya tak sudi dia bertandang lagi ke rumah kami malah lebih dari sudi, di layan dengan baik, diberi makan secukupnya, ada kalanya di mandikan, meski pun dia bukan kepunyaan kami, tetapi milik jiran sebelah rumah. dah menjadi rutin subuh-subuh dah bising-bising minta bukakan pintu di belakang dapur.

Setelah dilayan dengan baik akhirnya dia tidak mahu kembali lagi ke pengkuan tuannya, dah menjadi sebahagian penghuni dalam rumah. Seisi rumah semuanya suka, lebih-lebih lagi si puteri kecilku, diberikannya nama si comel  mungkin kerana warna bulunya yang menarik, putih susu kekuningan dan kelabu chair memang cantik.

Namun perkara yang sangat-sangat menganggu deria rasaku tidak tahan dengan si comel ini suka membuang najisnya merata-rata buat aku pening. Habis pasu bungaku dipenuhi najis si comel, pokok bungaku juga jadi layu. Keadaan ini mengundang geramku pada si comel.

Akhirnya kami menggambil keputusan tidak mahu melayannya lagi biarkan dia kembali kepada tuannya semula..  Telah dihalau berulang kali namun si comel ini berdegil tidak mahu berganjak, rasa kesihan namun apa nak buat. Sesekali dia muncul di belakang dapur menziarah kami. Tetap saja kami layan dengan baik dan memberinya makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan