Khamis, 26 Disember 2013

" ITU PAKAIAN ORANG KRISTIAN "

Dua hari lalu aku dan suami telah ke bandar bersama anak perempuan kami yang baru berumur 7 tahun, tahun depan masuk ke tahun dua sekolah rendah. Kami ke bandar membeli  keperluan sekolahnya memandangkan tarikh persekolahan semakin hampir.

Kami terus saja menuju kesebuah kedai tempat kami membeli keperluan sekolah anak kami tahun lepas ketika dia baru  masuk tahun satu. Kerana teringat semua keperluan sekolah ada dikedai tersebut. Namun baju pinapo di kedai itu telah habis tiada stok. Tanpa membuang masa kami beralih ke kedai lain.

Di kedai tersebut ada baju sekolah yang diminta, aku pun terus mencari-cari saiz yang sesuai dengan tubuhnya, baju pinapo, aku terus mencapai baju tersebut dan padankan ke tubuhnya, saiznya tepat dengan tubuhnya, aku kata dengan anakku inilah saiz yang sesuai..

Tiba-tiba dia berkata dengan selemba, aku tidak mahu pakai baju itu, " itu baju orang kristian ".. aku dan suami berpandangan.. terkejut..?? mendengar kenyataan puteri kami yang baru 7 tahun itu.

Terfikir-fikir dari mana dia mendengar percakapan serupa itu, Selaku ibubapa kami tak pernah mengajar anak kami berkata begitu jauh sekali dari bercakap tentang agama lain.

Baju sekolah rendah (Baju Pinapo)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan