Sebagai kakitangan kerajaan banyak perkara yang buat kita rasa tidak puas hati, kekadang berlaku pilih kasih di kalangan pegawai atasan yang buat kita rasa kecewa, menyampah, meluat, geram dan panas hati. Yang suka angkat kaki, mengampu dan banyak gaya ditonjolkan bagi menarik perhatian pihak atasan. Sikap begini mungkin ada baiknya juga kerana boleh menyumbang keuntungan kepada si pengampuh.
Sehingga tiba-tiba ada yang mendapat anugerah yang entah dari sudut mana dia dilihat menyumbang kepada kecemerlangan itu walhal belum pun panas kerusi tempat dia duduk,, yang bertungkus-lumus pula langsung tidak mendapat apa-apa, mungkin agaknya kerana tidak mahir mengampuh atau angkat kaki atau bermuka-muka sebab itu tidak menarik perhatian .
Dalam hal-hal angkat kaki ini saya sememangnya tidak berbakat, saya tidak suka bersikap suka berpura-pura, saya akan buat sebagaimana yang sepatutnya tanpa menunjuk-nunjuk. saya melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab. Tanpa kemahiran mengangkat kaki. apa pun tak apalah bukannya ada niat dengki tapi memang tak adillah..Tidak dapat anugerah pun tak apa janji gembira melaksanakan tugas dan hati sentiasa ceria hemmmm....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan