Rabu, 2 Januari 2013
Sambutlah Tetamu dengan muka yang paling manis
Beberapa hari lalu , Aku telah menghadiri undangan majlis perkahwinan di beberapa buah kampung, ada lima jemputan yang harus aku hadiri pada hari tersebut, maklumlah diakhir tahun begini ramai yang menggambil kesempatan melangsungkan perkahwinan kerana ramai yang sedang bercuti, Dalam majlis tersebut ada perkara yang boleh di jadikan iktibar, yang mana betapa pentingnya sikap ramah dalam bab menyambut tetamu jika tidak pasti jadi bahan cerita dan kurang menyenangkan kepada para tetamu.
Ketika aku menghadiri majlis perkahwinan di salah sebuah kampung dari jauh sudah terlihat senyuman manis tuan rumah kepada para tetamu seterusnya bersalam dan memperlawa menjamu hidangan yang telah tersedia sambil beramah mesra, tetamu rasanya sangat dihormati walaupun berlaku hanya sekejap, kerana kita faham dalam keadaan begitu tuan rumah agak sibuk.
Setelah selesai menjamu dimajlis itu aku terpaksa minta diri daripada tuan rumah untuk meninggalkan majlis kerana ada beberapa majlis lagi yang harus aku hadiri. Aku pun meneruskan perjalanan menghadiri undangan seterusnya dengan penuh bersemangat, Setibanya aku di majlis yang kedua itu sungguh berbeza keadaan, alangkah malunya aku kerana tuan rumah dan para ahli keluarganya yang berada di situ tidak pun memperlawa atau menyapa kepada tetamu yang datang, membiarkan kami tercengang-cengang dan serba salah, sekurang-kurangnya persilakanlah duduk atau bersalam kah mungkin juga sibuk tapi berama- mseralah dengan para undangan walau hanya sesaat pun memadailah. Ini tidak, tuan rumah membiarkan saja tetamu terpingga-pingga dalam keadaan serba salah. Aku dan beberapa tetamu yang lain hanya melopong akhirnya kerana malas dengan suasana sebegitu aku meninggalkan majlis itu dan meneruskan menghadiri undangan keseterusnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan