Selasa, 18 September 2012

Aku Redha

sekadar gambar hiasan
Kali terakhir saya bertemu dengan makcik ini, ketika saya berkunjung kerumahnya, saya diberitahu oleh anak saudara, makcik sakit tidak dapat bergerak, kaki kanannya patah akibat tergelincir di bilik mandi. kebetulan saya pun jarang bertemu dengannya, saya hanya mengenalinya melalui cerita dari ayah, makcik ini adalah sepupu sekali dengan ayah. Namun agamanya berbeza dari ayah, makcik saya ini masih setia dengan agamanya  kristian.

Saya pernah memujuknya agar mengikuti agama yang kami anuti sekarang ini, namun dengan lembutnya dia menolak dan memberitahu saya bahawa sampai akhir hayatpun dia tetap dengan agama anutannya sama sekali dia tidak akan berganjak tegasnya. Saya tidak mampu memujuknya dan tetap menghormati keputusannya.

Saya teringat kisah Nabi Muhammad saw bersama datuk kesayangannya Abu Talib, diakhir hayat, datuknya  kekal dengan agama anutannya, walau dia merupakan kekasih Allah,  sesuci-sucinya insan pilihan Tuhan pun tidak mampu memujuk datuknya mengikuti agamanya sendiri iaitu Islam, inikan saya hanya insan kerdil yang tidak punya apa-apa, kurang ilmu dan sebagainya.

Namun dihati kecil ini, tersimpan rasa hampa kerana tidak berupaya memujuk makcik ini berhijrah sehingga dia menghembus nafasnya yang terakhir. Saya pasrah menyerahkan segala-galanya pada ilahi, hanya dia yang lebih mengetahui.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan