Isnin, 3 September 2012

Urus Wasiat Sebelum Mati- Jangan Kerana Harta Kaum Keluarga Berantakan


Daripada Thalhah bin Musharrif, katanya: “Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa: Adakah Rasulullah SAW berwasiat? Jawabnya: Tidak! Aku bertanya: Mengapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat? Jawabnya: Baginda berwasiat dengan kitabullah azzawajalla (al-Quran).” (Riwayat Muslim)

Mati adalah penutup bagi usia seseorang yang hidup. Kedatangan mati adalah pasti dan tidak diragui, sekalipun tidak diketahui bila dan bagaimana kejadian bakal berlaku. Oleh itu seseorang yang mempunyai harta disarankan meninggalkan wasiat mengenai hartanya sebelum dia meninggal dunia.
Tujuannya ialah mengelak kesulitan pada menyelesaikan hartanya, terutama ketika maklumat mengenainya tidak diketahui seperti hutang belum dibayar, nazar yang belum disempurnakan dan sebagainya akan berlaku.

Seseorang yang mempunyai harta disarankan meninggalkan wasiat mengenai hartanya sebelum dia meninggal dunia” Urusan pembahagian harta selepas mati lebih mudah diselesaikan dengan adanya wasiat sama ada melalui pemegang wasiat atau surat yang disahkan dengan adanya saksi.
Bagaimanapun Rasulullah SAW tidak meninggalkan sebarang wasiat sebelum wafatnya kerana Baginda tidak mempunyai harta untuk diwasiatkan. Baginda hanya memiliki sebidang tanah, tetapi tanah itu telah diwakafkan faedahnya kepada umat Islam.

Sabda Baginda SAW: “Kami (para Nabi) tidak meninggalkan pusaka, harta yang kami tinggal semuanya sedekah (kepada seluruh umat Islam).”
Selain sebidang tanah, Nabi meninggalkan sebilah pedang dan keldai kacukan yang pernah ditungganginya.Kata Imam Nawawi, Nabi SAW tidak perlu berwasiat kerana semua harta baginda  Tidak ada wasiat kepimpinan selepas baginda wafat.

Para sahabat ada yang mewasiatkan sebahagian harta mereka kerana mendekati diri kepada Allah. Sebahagian mereka juga meninggalkan surat wasiat untuk diurus harta mereka selepas peninggalan mereka. Sementara itu, bagi yang mempunyai harta, mereka dinasihatkan supaya membuat wasiat dan tidak berlengah melakukannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan