Selasa, 18 September 2012

I Love My Family

Keluarga bahagia adalah idaman setiap insan bergelar ibu dan bapa. Kebahagiaan itu bermula daripada rumah yang terhasil dari kesepakatan suami isteri mendidik anak-anak menjadi insan berahlak. Anak-anak pula dididik mencintai Tuhan, Agama, bangsa dan sayangkan negara. Jangan biarkan jenerasi kita tanpa didikan dengan nilai-nilai murni ini.

Hari ini betapa sedihnya kita dengan perilaku anak-anak muda yang semakin hilang nilai kesopanan, rendah moral tidak berahlak, siapakah yang bersalah dalam soal ini? jangan terkejut jika tiba-tiba anak kita terlibat dengan perkara yang sungguh memalukan, kerana soalan pertama orang akan tanya anak siapakah itu? tentulah nama kedua ibubapa turut terbabit.  Bagaimana perasaan kita sebagai kedua ibubapa, tentulah terkejut dan kecewa, sebagaimana yang berlaku baru-baru ini, telah mengemparkan 1 negara, seorang anak muda dengan begitu biadap dan kurang hajar menghina pemimpin Negara

Alangkah rendahnya ahlak anak muda seperti ini. Kita patut sama-sama membendung perkara ini jangan sampai berlaku lagi. Pihak pentadbir negara harus bertegas dalam hal seumpama ini, jika tidak perkara ini pasti akan berulang lagi.  jadikan ini sebagai iktibar, perilaku anak-anak cerminan dari asuhan orang tua. Jangan sampai kita jadi bahan kutukan kerana perilaku anak-anak yang sebegini.

Orang tidak akan bertanya berapa banyak harta kamu, tetapi lazimnya orang akan bertanya berapa ramai anak kamu....maknanya anak-anak itu lebih bernilai berbanding harta. kita sama-sama fikirkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan