Jumaat, 7 September 2012

Diary Seorang Sahabat



 Dia adalah seorang insan seperti anda, di lahirkan nun jauh di desa sana, tahap pendidikan tidaklah tinggi mana hanya setakat SPM, selepas tamat sekolah dia bekerja makan gaji dengan kerajaan, tidak pernah bercita-cita menyambung pengajian kerana berfikir yang penting sudah bekerja dan dapat gaji, namun segala-galanya berubah setelah melalui kehidupan yang sukar, mahligainya di landa badai, terataknya musnah.

Dia meratapi nasib malang yang menimpa dirinya sampai ke satu tahap yang dia hampir hilang pertimbangan, lupa tentang dirinya siapa, jika bukan kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil sudah pasti sahabat ini sudah membawa diri entah kemana . Mungkin suratan takdir telah tertulis sejak dari azali demikian suratan hidupnya, namun akhirnya dia pasrah menerima ketentuan ilahi..

Sahabat ini mengalami kemurungan yang teruk, Setelah kembali pulih, berkat daripada sokongan keluarga dan rakan-rakan dia kembali bangkit meneruskan perjuangan hidup, hidup ini mesti diteruskan, kegagalan tidak bermakna gagal selamanya, pasti ada hikmah Allah uji sampai ketahap begini.  sesungguhnya kehidupan ini sukar di ramal apa yang bakal berlaku hari esok.

Syukur pada TUHAN berkat kesabaran kini saya melalui hari-hari bahagia bersama anak-anak yang kian membesar dan salah seorangnya telah berjaya kemenara gading  Alhamdulillah ucapnya.

Buat renungan kaum wanita di luar sana sentiasa bersedia apa juga kemungkinan melanda dalam kehidupan ini, bukan kita meminta hanya sentiasa sediakan payung sebelum hujan tiba. Sentiasalah memanjatkan doa semoga Allah sentiasa melindungi rumahtangga kita dari dilanda badai. namun kita hanya merancang Allah juga yang menentukan segalanya.

Tiada wanita inginkan kehidupan porak peranda, tiada wanita ingin bergelar ibu tunggal namun itulah hakikat bahawa perjalanan hidup ini sudah ditentukan oleh Tuhan, kita selaku manusia hanya merancang namun dia pencipta yang menentukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan