Saya ingin berkongsi kepada para ibu yang telah melahirkan anak, tahukah anda bahawa manjakani boleh menjarakkan kelahiran, petua ini saya perolehi dari seorang ibu tua yang pernah mengamalkan petua ini, menurut ibu tua ini zamannya belum wujud perancang keluarga, lalu dia telah mengamalkan petua tradisional ini dan ternyata berkesan.
Bagi para ibu di kampung-kampung mungkin masih terdapat dikalangan anda yang takut mengamalkan perancang cara moden iaitu melalui memakan pil atau suntikan. Cara tradisional dapatkan majakani yang ada dijual dipasaran berbentuk biji, basuh terlebih dahulu dan rebus jangan terlalu banyak cukuplah sekadar tiga biji dalam sukatan tiga gelas air, rebus dalam belanga. Air rebusan ini diminum setiap kali anda bersih dari haid. Boleh jiga diminum sebagai minuman harian. Rasanya agak pahit tetapi terpulang kepada anda untuk mengurangkan rasa pahit boleh ditambah air.
Bukan saja boleh membantu menjarakkan kelahiran tetapi boleh membantu merapatkan alat rahim wanita serta awet muda. Saya telah mengamalkan petua ini sejak kelahiran anak pertama, dan ternyata berkesan sehingga tiga tahun umur anak saya yang sulung barulah lahir anak kedua. Saya juga mengamalkan meminum air rebusan manjakani ini sebagai minuman harian sehinggalah kesaat ini.
Apa pun dari kita saja bah itu rajin atau sebaliknya.
Soal kelahiran kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan