Peristiwa ini berlaku ketika saya membuka sebuah restoran di sebuah bandar. Sejak restoran itu dibuka banyak perkara aneh berlaku, saya tidak pernah terfikir langsung tentang apa-apa lebih-lebih lagi tentang perbuatan sihir. Setelah genap lima bulan restoran saya beroperasi, satu hari sedang saya duduk di dapur restoran itu, tiba-tiba gelas kaca yang berada di hadapan saya pecah dengan bunyi yang agak kuat, saya terkejut, dalam hati berbisik, bagaimana gelas itu boleh pecah walhal ia tidak diusik oleh sesiapa,
Perkara gelas pecah itu saya cuba berfikiran positif tidak kisah sangat, saya biarkan ia berlalu. Selang beberapa hari kemudian ketika pekerja saya menghantar minuman kepada seorang pelanggan, sebaik pekerja saya meletakkan gelas berisi minuman itu diatas meja tiba-tiba gelas itu pecah berderai dengan bunyi yang agak kuat, sekuat letupan sebiji belon, minuman itu habis tumpah diatas meja, pelanggan yang sedang duduk itu terkejut sambil berkata ini petanda buruk. Kebetulan saya berada disitu waktu itu.
.Seingat saya telah empat kali gelas pecah itu berlaku hanya berlainan waktu dan hari. Hati ini mula tidak tenteram dan sering tertanya-tanya kenapa ia berlaku. Sepanjang waktu saya asyik tringat tentang gelas yang sudah beberapa kali pecah itu, Saya memberitahu ayah saya tentang perkara yang berlaku, ayah hanya memberi riaksi yang bersahaja, mungkin dia tidak mahu saya jadi terlalu risau.
Akhirnya saya berjumpa seorang ustaz bertanyakan tentang perkara tersebut, kata ustaz itu, ini berlaku disebabkan ada unsur perbuatan sihir namun ustaz itu tidak menyatakan perbuatan siapa. Yang peliknya lagi duit pendapatan harian yang tersimpan dalam laci kadang-kadang hilang tanpa diketahui siapa yang menggambilnya. Banyak lagi perkara pelik berlaku. Akhirnya saya menggambil keputusan restoran itu saya tutup bagi mengelakkan dari terus rugi dan mengelak perkara yang mungkin lebih buruk berlaku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan