Sabtu, 8 Jun 2013

KENANGAN DALAM KERETA API PURBA DARI TENOM KE BEAUFORT

Kesibukan pilihan raya lepas baru saja berlalu, berkira-kira hendak melancong tapi tak tahu pula menunju kemana ...rasanya duduk rumah lagi baik cukupkan rehat mengembalikan semula tenaga yang banyak tercurah semasa kesibukan lalu.

Duduk rumah lama-lama pun terasa boringnya...tidur lagilah boring sangat-sangat...mana-mana sajalah mari pigi melancung naik injin puput dari Tenom ke Beaufort dari Beaufort ke Tanjung Aru hahaha..mungkin sekali-sekala bolehlah sambil menikmati dan menghayati riuh-rendah kebisingan bunyi kereta api sepanjang   perjalanan.

Teringat pula saya kenangan dalam kereta api masa lalu, peristiwa ini berlaku ketika saya masih berstatus gadis manis lagi. Waktu itu saya dari Beaufort hendak ke Tenom menaiki kereta api purba negeri sabah yang masih setia berkhidmat hingga ke saat ini. Dulu tempat duduknya keras macam batu, mungkin sekarang sudah di upgred agaknya, saya pun sudah lama tidak menaikinya lagi. Hanya sesekali saya melihat kereta api purba itu berjalan dilandasannya diiringi bunyi rim yang kedengaran ala-ala irama purba dengan ngaumannya menceriakan suasana di perjalanan haha.

Ketika berada di Beaufort saya menaiki kereta api itu menuju ke Tenom, dalam kereta api itu ada sepasang suami isteri tiba-tiba bertengkar, kedengaran puncanya  si isteri ni cemburu pada si suami, kerana agak lambat masuk kedalam kereta api,  disangka suaminya menggambil kesempatan mengurat perempuan. Si isteri ini langsung tak malu tak mengendahkan para penumpang disekeliling, si isteri membebel tak henti-henti. Oleh kerana si suami ini tidak tahan dengan bebelan si isteri lalu si suami ini cuba beralih tempat duduk.

 Belum pun sempat si suami duduk, tiba-tiba si isteri ini membaling sepatunya ke arah suaminya haha nasib baik tak kena orang, bergedebuklah sepatu si isteri tu menghentam belakang si suami.nasib baik suami itu tidak membalas balingan si isteri itu, jika dia membalas agaknya perkara silat-menyilat pasti berlaku dalam kereta api purba itu,..aduilah kesihannya si suami terkejut beruk .bercampur menahan rasa malu.

Macam juga jiran saya yang sebelah rumah , asyik bergaduh laki bini..kadang-kadang bergaduh sampai ke pagi, habis segala barang di hempas-hempas.. yang belakang rumah lain lagi kes, ini pula asyik melalak-lalak mendera anak, siap dengan bahasa yang mencabar jiwa nurani,,menyumpah-nyumpah pada si anak kecil ini. mau saja saya lapor polis.. sampai bilalah saya tinggal di tempat begini...benar saya tidak selesa.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan